Thursday, December 3, 2015

SEMINAR PROFESIONALISME DIRI WARGA POLITEKNIK BALIK PULAU






ALHAMDULILLAH..TANGGAL 1 HB DISEMBER 2015 ( SELASA ) YANG LALU ,KONSULTAN KAMI SEKALI LAGI DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PIHAK PENGURUSAN POLITEKNIK BALIK PULAU DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PARA PEKERJA MEREKA.

PROGRAM SEHARI BERIMPAK TINGGI TERSEBUT TELAH DIHADIRI OLEH BARISAN PENSYARAH DAN STAF DI POLITEKNIK BALIK PULAU SECARA SYIF. KEBANYAKAN PESERTA TERDIRI DARIPADA BARISAN PENSYARAH MUDA DAN KUMPULAN PENGURUSAN.

SEMINAR PROFESIONALISME DIRI YANG BERTEMAKAN `KUALITI DIRI V KUALITI ORGANISASI` TERSEBUT TELAH BERLANGSUNG DALAM SUASANA YANG CUKUP MERIAH,SANTAI,SUPPORTIF DAN ENERGETIK.

SAYA SELAKU PERUNDING MOTIVASI UTAMA BERGANDING BAHU DENGAN OTAI DUNIA PENDIDIKAN & TRAINING TN HJ OMAR FAROUK YANG MERUPAKAN PAKAR AKTIVITI `HOTS` ( HIGH ORDER THINKING SKILLS ) DAN KEBAT ( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ) TELAH MEMBERIKAN PELBAGAI TIPS2 BERGUNA BUAT PARA PESERTA .

ANTARA YANG DISENTUH DALAM SESI SEHARI TERSEBUT IALAH :

- KONSEP CEMERLANG `PERDANA ` DALAM PERKHIDMATAN AWAM
-MAKSUD CEMERLANG DARI SUDUT PANDANG PIHAK PENGURUSAN
-TEAM WORK SPIRIT
-TRANSFORMASI DIRI ( HIJRAH MINDA & HIJRAH TINDAKAN )
-MENANGANI TEKANAN KERJA 
-MENANGANI KONFLIK ANTARA KELUARGA DAN KERJA
-TIPS MENJADI PEKERJA HEBAT & SUPER

CERAMAH SANTAI YANG ENERGETIK DISELANG SELI DENGAN AKTIVITI2 HOTS YANG DIKENDALIKAN OLEH TN HJ OMAR FAROUK,ANTARANYA IALAH AKTIVITI BRAIN TEASERS,TRAFFIC JAM ACTIVITIES DAN BEBERAPA LAGI AKTIVITI UJI MINDA PESERTA.

SEMOGA POLITEKNIK BALIK PULAU TERUS CEMERLANG DALAM ARUS PENDIDIKAN PERDANA DALAM MELAHIRKAN TENAGA KERJA PAKAR PADA MASA HADAPAN.

TERIMAKASIH ATAS JEMPUTAN DAN SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DITERJEMAHKAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA SEBAGAI PEKERJA.INSYAALLAH

SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH


TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI / SENIOR SPEAKER/CORPORATE TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @04-4246033

No comments: