Tuesday, August 11, 2015

HANDLE PROGRAM` AIM THE TOP 2015` -SMART MRSM KOTA KINABALU








ALHAMDULILLAH..WALAUPUN FLIGHT SAYA ( AK 5336 ) YANG SEPATUTNYA BERLEPAS DARI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG KE KOTA KINABALU PADA PETANG 7.8.2015 YANG LEPAS `TAKE OFF` PADA JAM 4.45 ,TETAPI TERTUNDA ( RE-TIME ) PADA JAM 6.30 PETANG..NAMUN,KETENTUAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA.

AKHIRNYA ,PESAWAT AK 5336 BERLEPAS JUGA DALAM KEADAAN CUACA YANG AGAK KURANG BAIK DAN MENGHADAPI BEBERAPA KESUKARAN UNTUK MENDARAT DI BUMI SABAH. NAMUN,IANYA TIBA JUA DI TERMINAL 2 ,LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU PADA JAM 10.45 MALAM.

AKHIRNYA,PROGRAM AIM THE TOP 2015 BERJAYA JUGA DILAKSANAKAN PADA KEESOKAN HARINYA ( SEPERTI DIJADUALKAN ) PADA 8.8.2015 SELAMA SEHARI PENUH ( 6 JAM ) DI SMART MRSM KOTA KINABALU.

SERAMAI 250 PELAJAR CALON PT3 & SPM 2015 MRSM KOTA KINABALU TERLIBAT DALAM PROGRAM INI,DALAM USAHA MENGEMBALIKAN SEMULA RANKING MEREKA YANG AGAK `MENJUNAM` PADA TAHUN LEPAS.

ALHAMDULILLAH,SELAMA 6 JAM SAYA BERSIARAN BERSAMA PELAJAR2 AWESOME & ENERGETIK ,MEREKA NAMPAKNYA BERSEMANGAT WAJA UNTUK MEMPERBAIKI RANKING DAN SETERUSNYA MENINGKATKAN PENCAPAIAN MRSM KOTA KINABALU.

BANYAK TIPS2 DAN PESANAN YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN KEPADA PELAJAR2 DISANA SEBAGAI BEKALAN UNTUK MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT 3 & SPM 2015.

TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK KAUNSELOR SEKOLAH YANG MENCADANGKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENJEMPUT SAYA MEMBERIKAN CERAMAH MOTIVASI BERIMPAK TINGGI KEPADA PELAJAR2 MEREKA.

SEMOGA RANKING MRSM KOTA KINABALU MAMPU DILONJAKKAN KE TOP 20 ,INSYAALLAH.AMIN.

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209

No comments: