FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, September 4, 2012

MENCONGAK MASA DEPAN YANG GEMILANG

NOTA MESEJ MOTIVASI MODID
TAJUK : `MENCONGAK MASA DEPAN `
 
Minggu hadapan, jika tiada aral melintang sudah pasti pelajar-pelajar tahun 6 disemua sekolah kebangsaan akan menduduki peperiksaan penting yang bakal menentukan masa depan mereka samada kekal disekolah berstatus `biasa-biasa` atau bakal melanjutkan pelajaran disekolah-sekolah ELIT berstatus ASRAMA PENUH.
 Masa depan yang gemilang adalah bermula dari kecemerlangan akademik,kecemerlangan sahsiah,kecemerlangan peribadi dan kemantapan emosi. Pelajar-pelajar perlu dipandu ,dibimbing dan di didik agar tahu menentukan masa depan mereka. Tidak semua pelajar berpeluang untuk mendapat didikan yang sempurna,jadi kita perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan `keberjayaan` masa depan pelajar-pelajar ini.
Tugas ini ,tugas siapa ? Tugas Guru,tugas kaunselor,tugas para ibu-bapa,tugas masyarakat dan tugas kita semua ! Jangan menuding jari hanya kepada golongan tertentu sahaja yang berhak memainkan peranan tersebut ! semua orang ada peranan masing-masing. Laksanakan tugas dan peranan itu sebaik mungkin ,agar anak-anak pelajar ini tahu untuk `MENCONGAK` masa depan mereka secara terarah & terancang.
Ingat ! semua anak yang dilahirkan ada POTENSI untuk BERJAYA dan CEMERLANG ! Janganlah dipersiakan potensi mereka ! Lihat,perhati,dalami & cungkil bakat serta potensi mereka ! Siapa tahu,suatu hari nanti mereka ini bakal muncul menjadi INSAN HEBAT yang bakal menentukan masa depan negara,masa depan agama,masa depan masyarakat dan masa depan dunia !
Jom,kita sama-sama MENCONGAK masa depan generasi pewaris kita....anak-anak kita & pelajar kita !

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Pengarah Urusan
Konsultan Jana Insan @ MODID
18 syawal 1433 hijrah

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...