FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, August 9, 2011

PROGRAM MOTIVASI DISEKOLAH /IPT/KOLEJ ADALAH SATU `KEWAJIPAN` & `KEPERLUAN`...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Hari ini tanggal 10 Ramadhan 1432 Hijrah....Satu fasa ramadhan telah berlalu, tinggal lagi 2 fasa yang bakal kita semua tempuhi. Dalam kesibukan kita mengerjakan ibadah puasa, media arus perdana masih lagi membicarakan tentang salah-laku dan masalah disiplin para pelajar.

Baru-baru ini ( MINGGU PERTAMA RAMADHAN ) ,satu kes masalah disiplin dan salah laku pelajar telah dikesan di Kemaman ,Terengganu,dimana 3 orang pelajar lelaki telah ditahan dan ditangkap kerana disyaki telah meletakkan kamera bersaiz mini didalam tandas wanita disekolah tempat mereka belajar dengan niat untuk `mengintip` dan `merakam` aktiviti pelajar perempuan.

Seolah-olah masalah disiplin pelajar  tiada penghujung. Malah dirasakan ianya semakin `membimbangkan` semua pihak. Siapa yang harus dipersalahkan ? Yang penting ,jangan kita persalahkan sesiapa dalam hal ini. semua pihak bertanggungjawab..semua pihak ada peranan..semua pihak mesti mengambil berat dalam hal ini...

Dalam masalah ini pihak sekolah kena menjalinkan `hubungan `yang baik dengan semua pihak..Pihak ibu-bapa sendiri..pihak guru..pihak polis..pihak masyarakat kena ada satu jalinan yang baik..agar masalah disiplin pelajar ini mampu kita bendung..

Di pihak sekolah, peranan mengawal masalah disiplin dan salah laku pelajar biasanya diletakkan dibahu Guru Disiplin dan Guru Kaunseling @ Kaunselor.....Persoalannya,mampukah Guru Disiplin untuk menangani semua masalah ini...adakah mampu pihak Kaunselor Sekolah memainkan peranan dalam mendidik,membimbing,menasihati dan mejalankan sesi kaunseling kepada semua pelajar yang bermasalah ?

Dalam hal ini, saya melihat peranan Trainer,Motivator dan Speaker menjadi semakin `perlu` dan khidmat mereka amat di`tagih` bagi membantu pihak Guru Disiplin & Kaunselor Sekolah dalam menangani masalah ini. Konsep pengagihan tugas Guru Disiplin dan Kaunselor kepada Trainer ,Speaker dan Motivator perlu diperluaskan lagi...

Maka bertepatan dengan tajuk `post` saya kali ini..peranan Motivator `amat-amat` perlu dalam membentuk pelajar-pelajar sekarang agar lebih berdisiplin,lebih berakhlak,lebih bermoral,lebih `berhala tuju`....Maka ..pesan saya kepada Guru-guru Disiplin dan Kaunselor seluruh Malaysia, jika kalian benar-benar berhasrat untuk `memajukan` dan `memandaikan` anak bangsa, maka rajin-rajinlah berhubung,bersahabat dan membuat jalinan yang baik lagi mesra dengan kelompok Trainer,Speaker dan Motivator yang ramai bilangannya di negara kita.

Tidak salah kita saling kenal mengenali antara satu sama lain....mungkin banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama demi `memajukan` dan `mengangkat` martabat anak-anak pelajar kita samada yang berada dibangku sekolah,kolej,IPT dan belia lepasan sekolah.

Semoga hubungan yang baik yang bakal terjalin antara kita nanti mampu untuk  membantu mengurangkan masalah sosial dan salah laku pelajar yang dilihat semakin meruncing sekarang. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan meneruskan kerja-kerja mulia ini ?

SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI ALLAH SWT...AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Yang Sentiasa Sedia Membantu

Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Add caption
Sg.Petani,Kedah D.Aman


Friday, August 5, 2011

DIMANA NILAI `KEISLAMAN` YANG DITERAPKAN ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semalam terkejut `beruk` dan `seram sejuk` badanku.. bila terbaca akhbar yang mendedahkan kegiatan `buli` dan `ragging` tahap maksima yang berlaku di sebuah Sekolah Tahfiz Persendirian di Kupang ,Baling,Kedah.Katanya,pelajar junior tersebut didera,dipukul,dipaksa lakukan seks Oral dan diliwat oleh pelajar senior sepanjang malam selama 40 hari ( minggu orientasi )...

Banyak benda pelik yang menghantui fikiranku yang waras ini . Antara persoalan yang `menyerabukkan` otakku tentang kejadian ini seperti dibawah :

1. Kenapa perkara ini boleh terjadi di Institusi Pengajian Agama/Islam yang secara umumnya sudah kita ketahui matlamat & objektif penubuhannya.
2. Apakah modul @ pengisian Minggu orientasi di Sekolah Tahfiz tersebut ?
3. Apakah ada dibuat pemantauan yang rapi oleh `Ustaz2 dan Pengurusan` sekolah tersebut ?
4. Apakah kualiti yang ada pada sekolah tersebut dan kualiti yang ada pada `Ustaz2 dan Guru2` disekolah Tahfiz tersebut?
5. Apakah sekolah ini ada berdaftar dengan JAIK @ KPM ?
6.Apakah `syllybus` sekolah Tahfiz ?
7.Sejauh manakah Sekolah Tahfiz sebegini mampu melahirkan cerdik pandai islam dan alim ulamak seperti yang dikehendaki ?
8. Apakah kredibiliti dan kapasiti tenaga pengajar disana ?
9. Kenapakah ibu bapa dan para waris menaruh kepercayaan yang tinggi kepada sekolah2 Tahfiz sebegini.
10. Perlukah Minggu Orientasi ini dilakukan sebegitu lama ?

Persoalan-persoalan diatas perlu dijawab oleh pihak2 terbabit.

Kepada ibu-bapa dan waris, jika hendak membuat sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan anak kita,buatlah kajian dan perancangan rapi supaya `pelaburan` kita itu berbaloi.

Kepada pihak pengurusan Sekolah Tahfiz yang `bercambah` bagai cendawan selepas hujan, apakah kalian benar-benar faham akan falsafah Pendidikan Islam? ,ianya bukan sekadar menguasai Ilmu agama tetapi `penghayatan` dan `ruh` ilmu itu perlu meresap kedalam diri pelajar.

Sama-sama kita fikirkan...Jangan sampai orang `ketawa` dan `mengutuk` sekolah2 agama persendirian dan Tahfiz...Orang diluar sana sentiasa melihat kita..mereka hanya tunggu untuk `BOM ` dan `BOO` kita..Salah siapa,kalau mereka mengutuk dan mengeji kita ?

Buatlah sesuatu yang mengundang pujian..bukannya `membiarkan` salah laku berleluasa hingga terbongkar `SESUATU` yang `BUSUK` dan `MUAL`....Serban putih yang dililit dikepala,,Jubah putih yang menutupi badan & kopiah putih yang melindungi kepala itu biarlah ia menjadi `TANDA` @ `DALIL` bahawa hati kita benar2 bersih.

Semoga Ada Perubahan Drastik dalam Pentadbiran Sekolah2 Agama Rakyat dan Tahfiz Persendirian....Niat Yang Betul Perlu Selari dengan Perancangan Yang Betul,Perlaksanaan Yang Betul dan Pemantauan Yang Betul.

Sama-sama kita fikirkan dan sama kita buat perubahan..

Yang membuahkan fikiran

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

6 Ramadhan

Wednesday, August 3, 2011

PRICE OF FREEDOM- ADAKAH IA SATU MODUL MOTIVASI YANG SESUAI DAN `EFISEN`

Alhamdulillah...

Lafaz syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT diatas nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang melimpah ruah buat diri ini. Dengan kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan Allah SWT, diri ini masih lagi mampu untuk berbicara diarena blog Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) yang amat ku sayangi ini.

Alhamdulillah, sekali lagi lafaz syukur ku panjatkan kehadrat Allah SWT kerana baru sekejap tadi aku selesai menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan untuk UPS 1 bagi student2 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Diharapkan pelajar-pelajar KMPP mampu berjaya dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Dikesempatan ini,aku berpeluang untuk mencoretkan buah fikiran dan pandanganku terhadap 1 isu yang cukup penting dan berkait rapat dengan bidang utama ku sebagai seorang Pensyarah/Pendidik dan juga bertindak sebagai seorang Perunding Motivasi/Trainer/Motivator yang saban hari berpeluang menyampaikan amanat,rangsangan,motivasi dan didikan kepada pelbagai kategori pelajar samada yang Cemerlang,sderhana ataupun lemah.

Pelbagai latarbelakang audiens yang ku temui.Ada anak orang kampung..ada anak orang bandar..ada anak orang kaya..ada anak orang miskin..ada anak orang sederhana..pendek kata,semua jenis golongan manusia sudah ku temui. Pelbagai kerenah,ragam,perangai ,akhlak dan sifat audiens yang ku temui.

Pelbagai jenis motivasi dan latihan telah aku handle dan aku uruskan. Dari Program Motivasi berbentuk akademik,kecemerlangan pelajar,pecutan terakhir untuk peperiksaan,motivasi pelajar GALUS,motivasi pelajar MALAS,motivasi pelajar BERISIKO dan juga motivasi pembinaan akhlak pelajar-pelajar bermasalah.

Dari pemerhatian rapi,kebanyakan anak-anak pelajar ini terdedah dengan pengaruh luar,ditambah pula dengan kurangnya didikan agama..maka potensi untuk mereka `hanyut` dalam dunia yang `khayal` ciptaan mereka adalah amat tinggi. Ditambah pula tiadanya,pemerhatian rapi dari ibu-ayah,kurang sikap prihatin masyarakat yang tidak mahu`jaga tepi kain orang` ,maka kes-kes sosial dan penurunan tahap disiplin pelajar semakin menjadi-jadi.

Menyentuh tentang isu Program Motivasi `Price Of Freedom` yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Kluang dengan kerjasama PIBG SMK Bandar Baru UDA, saya mengambil pendekatan `sederhana` dan `pertengahan`. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang ingin saya katakan disini hanyalah satu cadangan `peribadi` dari saya.

Sikap pihak ibu-bapa yang memarahi,memaki hamun dan mengutuk pihak pentadbir sekolah,JPN Johor dan Jabatan Penjara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Menegur boleh ! tapi bukan dengan cara memaki hamun! ianya tidak memberi pulangan yang baik . Malah ia akan mengusutkan lagi keadaan. Buanglah yang keruh,dan ambillah yang `jernih`.

Saya selaku seorang pensyarah@ pendidik dan terlibat secara langsung sebagai Perunding Motivasi /Trainer @ Motivator ingin menyarankan disini agar setiap Program Motivasi yang dilaksanakan perlulah mematuhi kriteria berikut :

1. Perlu diberi taklimat tentang bentuk,corak,tempoh masa, tempat dan kaedah yang digunakan kepada semua mereka yang terlibat samada ibu-bapa,para guru,para AJK PIBG dan orang lain yang terlibat agar mereka jelas dan faham benar2 apa yang berlaku.

2.Mereka yang mengendalikan Program Motivasi perlulah mempunyai pengalaman yang luas dan perlu mempunyai kepakaran dalam menghadapi pelbagai situasi.

3. Penganjuran Kursus @ Program Motivasi perlulah mendapat kelulusan pihak-pihak tertentu seperti PPD,JPN,Kementerian dan Organisasi yang terlibat.

4.Bentuk @ Corak kendalian Program Motivasi tersebut perlulah mengambil kira kepentingan audiens dan sesuai dengan tahap pemikiran,tahap akademik,tahap sosial para audiens.

5. Pengendali kursus @ Program Motivasi perlulah menguasai pelbagai kemahiran,bukan hanya setakat memiliki satu `kelebihan` sahaja.

6. Pengendali kursus @ Program Motivasi perlulah mengkaji latar belakang peserta yang `diuruskan` dan `motivasikannnya`,agar ia menjadi lebih mudah pengendaliannya.

7. Berikan peluang kepada ibu-bapa @ pihak sekolah melihat dan memantau perjalanan program motivasi tersebut,agar semua pihak berpuas-hati.

8. Kaedah yang sesuai dan mempunyai pelbagai elemen adalah amat penting,terutamanya perlu ada pendekatan kerohanian @ `agama`,digabungjalin pula dengan pendekatan `lembut tapi tegas`.

9. Jangan terlalu `keras` @ `kasar`.kerana jika bersifat `kasar` atau` keras`..ia akan menjauhkan lagi para peserta dengan program sebegini pada masa-masa akan datang.

10. Perlu adakan borang penilaian kursus @ Program yang akan dinilai oleh peserta sendiri dan juga pihak waris ( ibu-bapa )- dengan ini akan dapat dibuat penilaian terhadap keberkesanan kursus @ Program Motivasi tersebut.

Selaku Perunding Motivasi @ Trainer yang telah bertanggungjawab memotivasi kan hampir 50,000 pelajar-pelajar diseluruh Malaysia,saya bersedia berkongsi idea dan pandangan dalam meningkatkan kualiti pelajar2 Melayu/Muslim kita.

Modul Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam mendidik,menasihati,membimbing,mengasuh dan memperbetulkan `hala tuju` pelajar-pelajar Melayu/Muslim kita jika ada jemputan dan pelawaan dari pihak tuan.

Semoga pelajar-pelajar Melayu/Muslim kita mampu muncul sebagai pelajar Cemerlang dalam semua bidang atau `VERSATILE`.

Sekian..

Salam Motivasi dan Salam Sukses




Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO,Master Trainer@ Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
4 Ramadhan 1435 Hijrah

PROGRAM MOTIVASI....CARANYA BIARLAH SESUAI & BERPADANAN

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Bertemu kembali diarena blog motivasi dinamika diri kesayanganku ini....alhamdulillah,syukur dan puji dipanjatkan kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih lagi memberi kekuatan untuk diri ini terus berkarya dan berjuang di medan Training & Motivasi...

Tertarik dengan isu beberapa orang pelajar disebuah sekolah ( JOHOR ) yang terpilih menyertai kem motivasi di sebuah penjara di Johor..berbagai pro dan kontra berhubung isu ini. Campurtangan pelbagai pihak telah menjadikan isu ini lagi menarik dan `panas`.

Malam tadi, dikesemua channel TV menyiarkan berita tentang isu ini. Ada yang mengatakan bahawa program ini dipersetujui bersama oleh pihak sekolah,PIBG dan waris mereka sendiri. Ada yang mengatakan pihak ibu-bapa tidak `berkenan` dengan cara pihak penjara melayan anak mereka seolah-olah anak mereka `banduan` sebenar. Disebelah pihak penjara pula,mengatakan ianya tidak berlaku ( penderaan )..katanya ianya hanyalah simulasi...

Biarlah siapa benar,siapa salah..janji isu ini kita kena selesaikan bersama...masalah disiplin pelajar memang serius..ini kenyataan..siapa yang harus dipersalahkan ? siapa yang yang perlu bertanggungjawab ? jawapannya..kita semua..Ibu bapa perlu mainkan peranan..sekolah dan guru-guru perlu mainkan peranan..,masyarakat juga perlu main peranan...semuanya pihak ada saham ...

Dalam memperkatakan tentang program motivasi,ianya hanya layak dikendalikan oleh orang yang benar-benar mempunyai kemampuan .Program motivasi biarlah sesuai,sepadan,mendidik dan memberi kesan yang mendalam kepada para peserta. Kekerasan bukanlah `satu-satu`nya jalan yang terbaik untuk mendidik.Banyak lagi pendekatan lain yang boleh diketengahkan.

Setelah sekian lama berkecimpung dibidang motivasi,saya melihat pelajar-pelajar bermasalah ini perlukan belaian,bimbingan dan sentuhan...bukannya `kekerasan` yang hanya menjauhkan mereka dengan program-program motivasi.Buatlah program motivasi yang membina , bukannya program yang `membunuh` potensi anak-anak pelajar.

Motivasi Dinamika Diri ada pendekatan `sentuhan` & `belaian` yang mampu membina kekuatan dalaman pelajar yang bermasalah. kami akan terus menyokong usaha-usaha untuk membangunkan modal insan disekolah2 dan IPT diseluruh Malaysia. Kami bersedia membantu dan memberi khidmat bakti jika diperlukan.

Sekian,Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
Teratak Fahanie,Sg.Petani,Kedah
4 Ramadhan 1425 Hijrah.


Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN ADALAH `ONE STOP CENTRE ` UNTUK LAKUKAN TRANSFORMASI DIRI

Alhamdulillah..

Syukur dan puji pada Allah SWT diatas kurniaan rezeki,kesihatan dan umur yang panjang buat diri ini untuk terus berkarya di arena Motivasi dan Training,selain sesekali menulis di blog motivasi kesayanganku ini. Hari ini,tanggal 3 ramadhan ( 3 Ogos 2011 ) , masuk hari ke 3 kita semua umat islam menjalani Ibadah Puasa. Moga Ibadah puasa kita menepati kehendak ,benchmark dan KPi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Memang betul,bukan senang nak mencapai tahap ibadah para rasul,para anbiya`,para wali dan alim ulama. Apapun,selaku umat Muhammad yang telah di`labelkan` sebaik sebaik umat,maka kita tidak dapat tidak, mesti berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam ibadah sepertimana yang dikehendaki oleh agama,syariat dan Allah SWT.

Saya melihat kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak sebagai satu medan yang terbaik buat kita untuk menganalisa diri kita,membuat refleksi diri kita,buat muhasabah diri kita dan seterusnya berjuang untuk mencapai kemanisan iman.

Saya menganggap Ramadhan merupakan `One Stop Centre` dimana didalamnya terdapat pelbagai keistimewaan,terdapat pelbagai kemudahan,terdapat pelbagai ganjaran,terdapat pelbagai `tawaran` dan `offer` dari  Allah SWT. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah sahaja yang mampu untuk memanfaatkan `One Stop Centre` ini.

Kunjungilah masjid2 dan rumah Allah SWT bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini bagi mencari seribu manfaat dan ganjaran yang telah disediakan oleh Allah SWT. Maka rugilah mereka yang tidak menggunakan `One Stop Centre` ini dengan sebaiknya.

Bulan Ramadhan ini juga saya juga suka saya`labelkan` sebagai bulan motivasi bagi meningkatkan kualiti diri kita ,terutama sebagai Umat yang Cemerlang. Perbaiki diri kita, perbaiki jiwa kita,perbaiki akhlak kita dan buatlah perubahan yang drastik,hasil tarbiah dan didikan bulan Ramadhan yang mulia ini

Semoga Ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT dan semoga kita terus `termotivasi` untuk berterusan melakukan kerja-kerja kebajikan selepas `pulangnya` Ramadhan nanti. apakah kita masih berkesempatan untuk menjenguk Ramadhan lagi nanti ? Semuanya bergantung pada ketentuan Ilahi.Jika hayat kita masih ada,maka besarlah peluang untuk kita `menemui` lagi....kalau sebaliknya,maka inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sekian, Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Motivasi

Tn.Syeikh Ghani Al-ganuni
Anak Terengganu Di Perantauan
3 Ramadhan 1435 hijrah

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...