FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, April 17, 2011

THE GREAT MODULS FOR LEADERSHIP TRAINING PROGRAMME..SAY YES TO MODID






Semalam,telah berjalan Program Kem Kepimpinan Pengawas di SMK Kg.Kastam,Butterworth ,Pulau Pinang.Sekali lagi khidmat saya selaku Trainer & COACH utama Konsultan Jana Insan yang diberi kepercayaan dan amanah untuk membentuk & melahirkan bakal pemimpin masa depan yang berkesan. Saya namakan program ini sebagai FUTURE LEADER ARE BORN....

Program ini berlangsung selama sehari suntuk ,bermula dari jam 8.00 am hinggalah jam 5.00 petang.Wow ,cukup padat pengisiannya. dari modul ICE Breaking,Bina Kumpulan,Ceramah Utama,Himpunan Ativititi LDK,Permainan Uji IQ ,Problem Solving,Public Speaking,Ikrar Pelajar,Aku Janji Pelajar hinggalah ke sesi bergambar kenangan.

Menurut kata PK Hem dan Kaunselor,mereka pada peringkat awal cukup gusar dan risau takut2 pelajar keberatan untuk hadir,berdasarkan tinjauan rambang,pelajar merasakan program2 sebegini hanya diisi dengan slot ceramah sahaja,jadi mereka kurang berminat...Jelas,sangkaan mereka & para pelajar meleset sekali..Puan PK Hem & Kaunselor yang setia menanti seawal jam 7.30 hinggalah jam 5.00 pm,cukup teruja,seronok,puashati dan gembira diatas sambutan pelajar ( pengawas sekolah ) yang begitu seronok & komited mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan.

Hasil refleksi dan soal selidik para pengawas,hampir 99 % merasakan inilah program yang paling menyeronokkan dan cukup bermanfaat buat mereka. Mereka sedar,sangkaan mereka selama ini adalah meleset sama sekali..rupa-rupanya program kali ini,lain dari yang lain...

Patutlah,hasil dari pemerhatian saya selaku Trainer utama,pelajar-pelajar cukup `sporting` dan `aktif` dalam melibatkan diri setiap dari aktiviti2 yang telah diatur. Lega rasanya,bila MODUL MODID yang saya bina ini mampu menyemarakkan dunia Training & Motivasi diseluruh Malaysia terutamanya di Wilayah Utara.

Terimakasih kepada Kaunselor SMK Kg.Kastam yang telah sudi menjemput saya untuk mengendalikan program disini.Sebenarnya ini adalah kali ke 3 saya dipanggil untuk memberi khidmat latihan & motivasi disini.Kepercayaan yang diberikan ini,akan saya laksanakan dengan sehabis baik.

Kepada 85 orang pengawas yang telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan sepanjang kursus ini,saya ucapkan tahniah. Setiap kata2 sokongan dan pujian kepada saya,saya cukup hargai,Ingatlah,kalianlah yang bakal menjadi pemimpin masa depan...dan kalianlah yang bakal menjadi MENTOR kepada adik-adik kalian.

Disini,saya lampirkan sebahagian koleksi photo yang dirakam sepanjang kursus tersebut. moga ianya menjadi kenangan terindah buat kalian semua. Kepada guru-guru lain yang setia menemani saya sepanjang program,sekalung penghargaan diucapkan paka kalian.

Sekian,selamat menjalankan tugas sebagai pengawas dan guru.

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
COACH utama & Master Trainer
Konsultan Jana Insan,BPJ,Sg.Petani,Kedah.






019-4741209

1 comment:

muslim said...

program kursus kepimpinan pengawas kali nie... memang yg teeerrrbaaaaaiiikkkkk gileeerrrr....

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...