FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, April 28, 2011

LANGKAH PERTAMA SINERGI DENGAN ENTITI HEBAT TV3


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Bertemu kembali dilaman bicara motivasi dinamika diri...Ingin saya kongsikan perasaan gembira dan teruja saya apabila menerima panggilan dari Cik Farina Pahrudin ,Assistan Producer Rancangan Motivasi Pagi TV3 pada 19 hb April 2011 yang lalu...katanya pada 27 @ 28.4.2011 akan dijalankan rakaman slot Motivasi Pagi TV 3 di suatu lokasi yang belum ditentukan lagi...& tajuknya juga belum ditentukan lagi....Beliau cuma bertanya tentang `kesudian` dan `kebersediaan` saya untuk menjalani rakaman itu.


Berbunga hati saya apabila diberi kesempatan yang dirasakan cukup `bernilai` ini..Saya terus menyahut pelawaan beliau dan bersedia untuk meneruskan rakaman itu. Alhamdulillah,selang beberapa hari saya telah menerima e-mail daripada beliau yang telah menyatakan butir-butir rakaman tersebut. 5 tajuk telah diberi,kesemuanya berkisar tajuk tulisan saya diblog ini . Manakala lokasinya ialah sebuah restoran hebat ala-bali dipinggir bandar...Restoran Bora Asmara,Sg.Penchala,Damansara.


Alhamdulillah,semalam 27.4.2011 selama 3 jam berkampung di Restoran Bora Asmara,Sg.Penchala,saya dan krew2 penerbitan slot Motivasi telah sempurna melakukan tugas yang diamanahkan. 4 tajuk @ episod sempat disiapkan.Berbagai pengalaman dan ilmu baru telah saya pelajari dari penerbit dan rakan-rakan krew penerbitan.


Alhamdulillah,ianya berjalan lancar..walaupun ada sedikit kesilapan kecil yang dilakukan ketika proses rakaman,tapi ianya tidak sedikit pun mengganggu kelancaran dan kualiti proses rakaman. Inilah ilmu dan pengalaman baru buat saya selaku Trainer dan Mentor Kejayaan Pelajar .Semoga dengan langkah pertama bersama TV 3 ini mampu melonjakkan semangat dan motivasi saya untuk terus berkarya dan berjuang diarena motivasi & industri training di Malaysia.


Terimakasih yang tidak terhingga saya kalungkan buat penerbit Program Motivasi Pagi,krew penerbitan dan juga pihak TV 3 sendiri khususnya yang telah memberi peluang kepada saya untuk terus menapak,berdiri dan seterusnya berkembang dalam bidang yang cukup saya minati ini.


Kejayaan yang saya miliki ini akan saya teruskan pada masa-masa akan datang bagi menyemarakkan lagi dunia motivasi dinegara kita yang tercinta ini. Rakan-rakan dan sidang penonton sekelian,berikanlah komen yang membina buat saya,agar saya mampu berikan yang terbaik pada masa-masa akan datang.Insya-Allah..amin


Sekian,


Salam Motivasi & Salam Sukses
Tuan Abd.Ghani Yusof
Perunding Motivasi & Mentor Kejayaan Pelajar
Konsultan Jana Insan,
Sg.Petani,Kedah.






29.4.2011- Jumaat . 6.00 am

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...