Wednesday, August 27, 2014

PECUTAN AKHIR `ASUS` KENDALIAN KORPORAT - BITUMIN ( KBC ) & TATIUC,KEMAMAN




ALHAMDULILLAH SETELAH MELALUI PERJALANAN YANG PANJANG LAGI JAUH ,BERMULA DARI SUNGAI PETANI TEMPAT SAYA BERMASTAUTIN HINGGALAH KEBANDAR KUALA TERENGGANU YANG MEMAKAN MASA HAMPIR 6 JAM,AKHIRNYA SAMPAI DIBUMI KELAHIRAN..

PADA 23.8.2014 ( SABTU ) SEHARIAN SAYA MENGENDALIKAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR DI SMK PANJI ALAM. SETELAH SELESAI BERPROGRAM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SMK PANJI ALAM, TEPAT JAM 6.00 PETANG KAMI MEMECUT LAJU KE DAERAH KEMAMAN,KERANA KEESOKANNYA BAKAL MENGENDALIKAN PROGRAM BERSKALA BESAR DI DAERAH KEMAMAN.

PADA 24.8.2014 KAMI MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR PELAJAR-PELAJAR UPSR DI DAERAH KEMAMAN YANG MELIBATKAN 4 BUAH SEKOLAH BERHAMPIRAN IAITU :

- SK TELOK KALONG
- SK BUKIT ANAK DARA
- SK BUKIT KUANG
- SK KIJAL

KESEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT MELEBIHI 400 PELAJAR ,DITAMBAH LAGI DENGAN ANAK-ANAK STAF BITUMIN COMPANY BERHAD ( KBC ) & JUGA ANAK-ANAK STAF TATIUC.

INILAH PENGALAMAN YANG BERHARGA PADA TAHUN 2014 KERANA PESERTA AGAK RAMAI DAN DEWAN YANG DIGUNAKAN AGAK BESAR ( DEWAN TATIUC ).

ALHAMDULILLAH,SELAMA 6 JAM LEBIH KITA BERPROGRAM,BANYAK YANG TELAH KITA KONGSIKAN BERSAMA ANAK-ANAK PELAJAR DISANA YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA BULAN SEPTEMBER NANTI.

SEMOGA APA YANG KAMI SAMPAIKAN SELAMA 6 JAM LEBIH ITU MAMPU MELONJAKKAN LAGI PRESTASI AKADEMIK DAN MAMPU MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT BUAT ANAK-ANAK PELAJAR DISANA. SEMOGA DAERAH KEMAMAN MAMPU MENCIPTA KEJUTAN DALAM UPSR NANTI..AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN, SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN,SP
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: