FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Friday, November 6, 2009

PEKERJA SYARIKAT KORPORAT PERLU DIMOTIVASIKAN...


Tahniah kepada pengurusan syarikat Rapid Penang kerana telah menganjurkan program pembangunan sumber manusia ....
Latihan dan kursus motivasi untuk pekerja Rapid Penang telah diadakan pada hari ini...Jumaat 6.11.2009...beberapa orang Motivator telah dijemput untuk mengendalikan sesi ceramah motivasi tersebut....

Aku salah seorang motivator yang telah dijemput untuk berkongsi tips dengan pekerja-pekerja Rapid Penang....
Aku telah menyampaikan ceramah selama 3 jam....bermula jam 9.00 am hinggalah 12.00 pm...

Intipati ceramah aku:
1- bagaimana menjadi pekerja cemerlang
2- Mind Change
3-Anjakan paradigma seorang pekerja
4-Memikat hati Bos
5- menggerakkan syarikat
6- Time management
7- pengurusan stress
8- rakan sekerja yang sporting
9- Audit diri ( refleksi diri )
10- Menjejak kejayaan diri

Alhamdulillah..segalanya selesai..harap2 pekerja baru Rapid Penang telah mendapat suntikan semangat dan bermotivasi untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin...

Salam Motivasi
Tuan Ghani Yusof
Sg.petani,Kedah.
6 Nov.2009

Wednesday, November 4, 2009

AKU KINI JADI PANEL KONSORTIUM RAPID PENANG


ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA TUHAN...DIATAS NIKMAT KURNIAANNYA...
Terlalu besar dan terlalu agung nikmat tuhan....nikmat akal fikiran.....nikmat lisan.....Lisan dan lidah yang petah berbicara adalah suatu anugerah yang tidak ternilai......Dengan lidah kita menyeru manusia melakukan amar makruf,nahi mungkar...dengan lidah kita menegur orang lain ..dengan lidah kita memotivasikan orang lain...dengan lidah kita merangsang potensi orang lain......dengan lidah kita mampu menjana potensi manusia yang lemah daya tahannya.......

Anugerah ini perlu kita pelihara...gunakan ia untuk kebaikan.....
Esok,jumaat aku akan mengendalikan satu sesi `brainstorming `dan sesi `jana minda` untuk pekerja /pemandu Rapid Penang..satu konsortium yang besar dalam pengangkutan awam.....mungkin aku diberi masa selama 3 jam untuk kendalikan sesi `perubahan minda`.

Pekerja perlu dan mesti dimotivasikan.....tanpa ransangan motivasi mereka mungkin sudah terbiasa dengan `kelapukan sistem kerja` atau dalam kata lain terbiasa dengan `zon selesa` mereka....ramai dari mereka tiada peningktan dari segi kualiti kerja......tiada anjakan paradigma..tiada desakan untuk berubah......

Peningkatan dalam kualiti kerja amat perlu...peningkatan dalam hidup juga perlu......maka ini adalah medan terbaik untuk aku berkongsi ilmu dan tips untuk merangsang pekerja Rapid penang agar menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakna untuk syarikat mereka.....

Aku menjadikan buku-buku tulisan Stephen Covey sebagai rujukan dalam meningkatkan potensi diri...Buku-buku inilah sandaran kepada sesiapa yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka...untuk merubah cara hidup..untuk merubah paradigma diri...

`Dare to be different` ...jadilah yang lain dari yang lain........

Aku akan tetap meneruskan agenda aku dalam Siri Jelajah Motivasi Dinamika Diri...
2010 diharapkan lebih ramai manusia akan dimotivasikan oleh manusia bergelar Tuan Ghani Al-Modidi

Salam Sukses dan Salam Motivasi
Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.


Monday, November 2, 2009

ISTERI ADALAH RAKAN KONGSI.....

Hairan pun ada,pelik pun,geram pun ada dan takut pun ada....bila melihat paparan akhbar tentang perceraian dan masalah rumah tangga.....saban hari ,saban waktu macam kes kita dengar.....suami panas baran,suami pukul isteri,suami bunuh isteri,suami menghilang tanpa jejak.....

kenapakah lafaz taklik yang si suami sebut dan lafazkan ketika akad nikah...hilang entah kemana..
itulah perjanjian sisuami dengan si isteri dengan disaksikan wali dan 2 orang saksi.....tahukah bahawa kehidupan berumahtangga merupakan satu perkongsian.....ibarat sebuah syarikat...ada 2 orang pemegang saham....masing-masing mengharapkan keuntungan dari perkongsian tersebut.....tiada seorang pun dari pemegang syer/saham tersebut inginkan kegagalan......

Keuntungan dan kejayaan yang diharapkan dalam perkongsian ini memerlukan masa.....bukannya dalam waktu yang singkat....kepercayaan,ketelusan,ketulusan dan saling memahami adalah formula terbaik untuk memastikan perkongsian ini mencapai matlamatnya....

Kenapakah..ramai dari kita tak terfikir hal-hal ini semua.....
Ingatlah....Suami ada hak keatas isteri...
Ingatlah juga...isteri pun ada hak jugak keatas suami.....
masing-masing punyai hak keatas pasangan.....
Inilah yang dikatakan `sharing together`......

Bila berlaku perselisihan dan ketidaksefahaman.....ingatlah kepada hala tuju `syarikat` yang kita bina itu...
Tolong selamatkan perkahwinan ..tolong fikirkan tentang anak-anak......tolong fikirkan masa depan zuriat kita....

Allah berikan kita akal yang waras..kenapa kita tidak berfikir panjang.....
Awas pada godaan syaitan yang sentiasa ingin menjahanamkan kehidupan anak adam....
Perasaan cemburu membabi buta adalah satu bentuk `jarum suntikan maut` yang dihasilkan oleh syaitan....

Beristighfarlah banyak-banyak.....berzikirlah,bertahmidlah.....
Beriltuizamlah untuk menjadi yang terbaik.........

Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT.....
Harapan dari bekas peguam syarie ( Akulah tu )

Tuan Ghani Yusof Al-Modidi
Teratak fahanie,Sg.Petani
Kedah Darul Aman

3 .11.2009

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...