FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, November 2, 2009

ISTERI ADALAH RAKAN KONGSI.....

Hairan pun ada,pelik pun,geram pun ada dan takut pun ada....bila melihat paparan akhbar tentang perceraian dan masalah rumah tangga.....saban hari ,saban waktu macam kes kita dengar.....suami panas baran,suami pukul isteri,suami bunuh isteri,suami menghilang tanpa jejak.....

kenapakah lafaz taklik yang si suami sebut dan lafazkan ketika akad nikah...hilang entah kemana..
itulah perjanjian sisuami dengan si isteri dengan disaksikan wali dan 2 orang saksi.....tahukah bahawa kehidupan berumahtangga merupakan satu perkongsian.....ibarat sebuah syarikat...ada 2 orang pemegang saham....masing-masing mengharapkan keuntungan dari perkongsian tersebut.....tiada seorang pun dari pemegang syer/saham tersebut inginkan kegagalan......

Keuntungan dan kejayaan yang diharapkan dalam perkongsian ini memerlukan masa.....bukannya dalam waktu yang singkat....kepercayaan,ketelusan,ketulusan dan saling memahami adalah formula terbaik untuk memastikan perkongsian ini mencapai matlamatnya....

Kenapakah..ramai dari kita tak terfikir hal-hal ini semua.....
Ingatlah....Suami ada hak keatas isteri...
Ingatlah juga...isteri pun ada hak jugak keatas suami.....
masing-masing punyai hak keatas pasangan.....
Inilah yang dikatakan `sharing together`......

Bila berlaku perselisihan dan ketidaksefahaman.....ingatlah kepada hala tuju `syarikat` yang kita bina itu...
Tolong selamatkan perkahwinan ..tolong fikirkan tentang anak-anak......tolong fikirkan masa depan zuriat kita....

Allah berikan kita akal yang waras..kenapa kita tidak berfikir panjang.....
Awas pada godaan syaitan yang sentiasa ingin menjahanamkan kehidupan anak adam....
Perasaan cemburu membabi buta adalah satu bentuk `jarum suntikan maut` yang dihasilkan oleh syaitan....

Beristighfarlah banyak-banyak.....berzikirlah,bertahmidlah.....
Beriltuizamlah untuk menjadi yang terbaik.........

Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT.....
Harapan dari bekas peguam syarie ( Akulah tu )

Tuan Ghani Yusof Al-Modidi
Teratak fahanie,Sg.Petani
Kedah Darul Aman

3 .11.2009

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...