Ramadan Bulan Yang Cukup Istimewa
Tahukah kita bahawa antara anugerah istimewa
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW dan
ianya tidak dianugerahkan kepada umat lain?
Tidak lain Tidak bukan..ialah Anugerah
Ramadan dan keistimewaan yang ada di dalamnya. Mereka yang melaksanakan ibadat
di dalam bulan Ramadan ini akan memperolehi pelbagai kelebihan dan
keistimewaan.Ini janji Allah SWT
Pelbagai gelaran dan nama diberikan untuk
bulan Ramadan berdasarkan kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan, antaranya:
1.
Saiyidus Syuhur (Penghulu Sekalian Bulan)
2.
Syahrul Maghfirah (Bulan Keampunan)
3.
Syahrul Rahmah (Bulan dibuka pintu rahmah)
4.
Syahrul Mubarak (Bulan penuh barakah atau kebaikan)
5.
Syahrul Syiam (Bulan berpuasa)
6.
Syahrul Sadakah / Jud (Bulan menderma / Murah hati)
7.
Syahrul Quran (Bulan al-Quran)
8.
Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)
9.
Syahrul Taqwa (Bulan Taqwa)
10.
Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)
Pelbagai kelebihan dan keistimewaan ini
khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Alangkah ruginya jika kita membiarkan
Ramadan berlalu begitu sahaja. Rasulullah SAW bersabda:
عَن عَبْدِ
الرَّحْمَن
بْنِ
عَوْف
رَضِي
الله
عَنهُ:
أَنَّ
رَسُولَ
اللهِ
صَلَّى
اللهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
قَالَ:
إِنَّ
شَهْرَ
رَمَضَانَ
شَهْر
فَرَضَ
اللهُ
عَلَى
الْمُسْلِمِينَ
صِيَامَهُ
وَسَنَنْتُ
لَكُمْ
قِيَامَهُ
فَمَنْ
صَامَهُ
وَقَامَهُ
إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا
خَرَجَ
مِنَ
الذُّنُوبِ
كَيَوْم
وَلَدَتْهُ
أُمُّهُ.
Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA,
sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Ramadan, bulan di mana orang Islam
difardhukan berpuasa oleh Allah dan aku sunnahkan melakukan qiam (solat
tarawih) pada malamnya. Sesiapa berpuasa dan qiamnya dilakukan penuh keimanan
dan keikhlasan maka dihapus dosa-dosanya sepertimana dia dilahirkan oleh
ibunya. (HR Tabrani no: 1331)
Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang
barang siapa beribadat pada malam tersebut, ganjarannya melebihi 1000 bulan!
Iaitu malam lailatul qadar.
Marilah kita bersungguh-sungguh merebut
peluang beramal di bulan istimewa ini.
Mungkinkah Ramadan tahun ini terakhir buat kita?
Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi.JOM
kita rebut sebanyak-banyaknya anugerah & kelebihan yang Allah berikan
kepada kita didalam bulan Ramadhan ini yer.
Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS,agensi kerajaan atau Swasta yang nak buat program Motivasi Ramadhan@kuliah Ramadhan,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209@0194001209.bercakap dgn Tn Syeikh Ghani Alganuni untuk tetapkan tarikh,masa dan hari untuk dijalankan program tersebut.
Sekian,Salam Motivasi Ramadhan
yang bersedia berbicara
Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Lecturer
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209@0194001209
No comments:
Post a Comment