3
Darjat@kedudukan Puasa Menurut Imam Al-Ghazali
Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu
daripada rukun Islam yang diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan.
Definisi puasa dari sudut syarak pula ialah menahan dari perkara-perkara yang
membatalkan puasa, seperti menahan diri dari makan, minum, maksiat serta
perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.
Selain merupakan bulan yang diwajibkan bagi
umat Islam berpuasa, bulan Ramdan ini juga bulan yang CUKUP istimewa kerana pada
bulan inilah kitab Suci Al-Quran diturunkan. Dan seperti yang kita tahu bulan
ini juga istimewa kerana Ramadan adalah bulan dimana pintu2 syurga dibuka
seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA, Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Maksudnya: “ Tatkala datang bulan Ramadhan,
maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutuplah pintu-pintu neraka dan
syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai “
Riwayat Muslim
Darjat Puasa menurut Imam Al-Ghazali
Imam Ghazali RA mengklasifikasikan darjat
puasa ini kepada tiga bahagian iaitu:
1. Puasa al-Umum iaitu hanya menahan
perut dan Syahwatnya daripada tuntutan nafsunya sahaja. Puasa ini adalah puasa
golongan puasa awwam yang sekadar menahan diri dari makan, minum serta menjaga
kemaluannya.
2. Puasa al-Khusus iaitu puasa bagi
golongan para solihin. Mereka yang berada pada darjat kedua ini akan menjaga
pendengaran, penglihatan, percakapan serta seluruh panca inderanya daripada
melakukan kemaksiatan dan dosa.
Mereka ini menundukkan pandangan daripada
apa yang membalikkan hatinya daripada mengingati Allah SWT. Menjaga percakapan
daripada berbohong, mengumpat, mencela dan memaki. Dan mereka selalu
memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.
Terdapat 6 cara untuk mencapai tingkat Puasa
al-khusus iaitu:
Menjaga
pandangan
Menjaga
Lidah
Menjaga
pendengaran
Menjaga
anggota badan dari melakukan maksiat
Tidak
banyak makan ketika berbuka
Wujudkan
rasa takut dan khauf ketika berbuka
3. Puasa al-Khusus iaitu puasa yang
menjaga hatinya daripada mengingati hal keduniaan. Dan menumpukan sepenuh
hatinya hanya kepada Allah SWT dan hari akhirat serta memikirkan dunia hanya
untuk tuntutan agama sahaja. Puasa ini merupakan puasa para Anbia’, Sadiqin dan
Muqarrabin.
Ramadan
bulan membina tabiat @amal kebaikan baru
Bagi orang awam, tentunya bukan perkara yang
mudah untuk mencapai tahap ketiga iaitu tahap puasa khusus al khusus, namun di
sinilah titik permulaannya. Kita berlatih menjadi lebih baik meskipun tidak
sehebat spiritual para nabi dan salafus soleh.
Hikmah Allah mendidik manusia untuk berpuasa
adalah untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Orang yang berpuasa perlu
sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat selama 30 hari. Mereka digalakkan untuk tidak
membalas kejahatan, mengurangkan makan untuk mengawal hawa nafsu, menjaga
pandangan mata dan pendengaran dan sebagainya.
Charles
Duhigg dalam bukunya The Power of Habits telah memberitahu bahawa membentuk tabiat
memerlukan tempoh masa kerana perubahan tidak dapat berlaku secara tiba-tiba.
Dan menurut Duhigg, tempoh yang sesuai untuk berlatih perubahan sekurangnya 30
hari. Sesuai dengan Ramadan yang berlangsung selama 30 hari, umat Islam juga
sebenarnya sedang melalui madrasah latihan membentuk tabiat baru.
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai,
maka orang berpuasa janganlah berbuat kotor dan jangan pula berbuat perkara
bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka
katakanlah aku sedang berpuasa dua kali” (Riwayat al-Bukhari).
Justeru, ayuh manfaatkan sebaiknya Ramadan
yang kita sedang tempuhi ini untuk mencapai redha Allah dan bertaqarrub
denganNya. Moga kita sentiasa direzekikan bangun malam dan dipermudahkan
mengawal hawa nafsu.
Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS dan syarikat awam/swasta nak buat program bicara Motivasi Ramadhan,bolehlah hubungi talian : 019 4741209 atau 019 4001209 untuk bertanyakan modul,masa,hari & tempat program.
Kita bersedia memenuhi jemputan luar jika sesuai dengan kelapangan masa & waktu kami.insyaAllah.amin
yang menjadi penyampai amanah Allah
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209
No comments:
Post a Comment