FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, March 30, 2023

DIDIKAN AL-QURAN MERUPAKAN DIDIKAN TERBAIK BUAT KITA

 

Al-QURAN merupakan kitab suci bagi seluruh umat yang beragama Islam. Ia juga sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, sewajarnya Al-Qur`an perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal yang demikian, adalah diharapkan agar anak-anak ini terpelihara dari segi sahsiah dan rohaninya.

 

Bagi keluarga yang memang hidup berlandaskan Al-Qur`an dan As-sunnah ianya sangat beruntung kerana hidup mereka pastinya lebih teratur , terjamin dan diberkati. Sebaliknya, amatlah rugi bagi seorang individu Muslim yang hidupnya jauh tersasar dan tiada usaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan harian apatah lagi tidak mahir membacanya serta menguasainya.

 


Seperti Sabda Rasulullah SAW:

“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)

 

 Daripada hadis di atas, dapat dilihat bahawasanya terdapat banyak kelebihan yang Allah berikan kepada ibubapa yang mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Qur`an sejak kecil. Dewasa ini, ramai ibubapa telahpun mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka belajar al-Qur`an sejak kecil. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus,baik dan perlu dikekalkan khususnya dalam konteks untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan berkeperibadian mulia. Mengikut pengalaman penulis sendiri, anak-anak kecil lebih mudah diajar dan mudah mengingat setiap huruf dan ayat dalam Iqra`.

 


 Oleh yang demikian, masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat menbaca al-Qur`an sedari kecil. Selain dari membaca Al-Qur`an, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk tadabbur ayat-ayat Al-Qur`an. Secara tidak langsung kefahaman tentang makna ayat al-`Quran tersebut lebih mendalam dan kita dapat menghayati dan memahami setiap bait-bait ayat tersebut dengan lebih jelas.

 

Di samping itu, kebolehan dan kemampuan membaca Al-Quran dengan baik beserta hukum Tajwid yang betul adalah seperti lorong,jalan atau jambatan kepada memahami intisari & intipati surah dan sebagai satu platform kepada pelaksanaan tuntutannya dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba. Hasilnya, kita dapat lihat kehidupan seharian kita bagaikan diatur, dicukupkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

 


Generasi muslim perlu dididik sejak dari kecil dengan kesungguhan dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik sehingga ianya sebati dalam kehidupan seharian. Pelbagai teknik dan cara yang pratikal serta relevan boleh digunakan bagi mengalakkan anak-anak kecil ini supaya cinta dan berminat untuk membaca al-Qur`ansetiap hari.

 

 Sebagai contoh, untuk menambah lagi minat anak-anak, ibubapa boleh mula memperkenalkan kad-kad interaktif sebagai asas pengenalan kepada huruf hijaiyyah. Selain itu, boleh juga memanfaatkan sistem ganjaran (reward) kepada anak yang berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki. Sebagai contoh, apabila anak khatam Iqra’ 1 atau anak berjaya menghafal surah Al-Fatihah tanpa kesalahan besar, berikan mereka hadiah yang mereka inginkan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan mereka untuk terus menghafaz dan cintakan al-Qur`an.

 

Kita dapat melihat bahawa anak-anak



yang disulami dan dididik sejak awal untuk mencintai al-Qur`an, akhlaknya lebih baik dan mempunyai keperibadian yang luhur. Tidak dinafikan, pelbagai cabaran yang tidak dapat difikir dek akal yang berlaku pada masa ini memaksa ibubapa untuk menghantarkan anak-anak kecil ke sekolah agama untuk pada seawal usia 4 atau 5 tahun semata-mata bagi mendapat Pendidikan agama dengan sempurna. Namun, perlu diingat bahawa Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Yang bermaksud ibubapa itu sendiri perlu manjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam dan al-Qur`an.

 


Selain itu, Al-Qur`an merupakan kitab suci yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ianya sangat relevan untuk diamalkan pada setiap masa serta sepanjang zaman. Justeru itu, selamilah jiwa anak-anak dengan al-Qur`an agar mereka sentiasa terpelihara dari perkara-perkara yang negatif dan terhindar dari anasir-anasir luar. Suburkan jiwa mereka dengan keindahan ayat-ayat al-Qur`an setiap hari agar jiwa mereka sentiasa tenang dan mudah untuk menerima ilmu. Akhir kalam, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi? Tepuk dada tanya iman masing-masing. Anak-anak kecil ini seperti kain putih yang bersih. Kita, sebagai ibubapa yang mencorakkan anak-anak tersebut samada menjadi insan yang soleh solehah atau sebaliknya.

Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS,agensi kerajaan atau swasta yang nak buat program motivasi bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209@0194001209 untuk bertanyakan tentang modul,tarikh,masa dan bayaran program tersebut.Kami bersedia memberikan Impak yang cukup positif buat anak2 pelajar & masyarakat diluar sana,InsyaAllah


yang bersedia memberi khidmat bakti


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan@Dinamika Diri Training
Sg.Petani,Kedah
019 4741209

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...