ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHHI WABARAKATUH
SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES BUAT SEMUA BOS & JUGA PEKERJA SYARIKAT2 DIMALAYSIA.
MACAMANA DENGAN PRESTASI SYARIKAT@ORGANISASI. DIHARAPKAN SEMUANYA BERJALAN LANCAR.
TOPIK HANGAT MINGGU INI DARIPADA SAYA SELAKU TRAINER KORPORAT& SYARIKAT TENTANG PRESTASI PEKERJA.
Adakah anda sebagai bos@majikan pernah berhadapan dengan soal
pekerja yang bermasalah dalam organisasi? Jika ya anda harus mengatasi &
menguruskan masalah ini sebelum ia menjadi nanah dalam organisasi anda.
Memang cukup sakit bila melihat ada pekerja yang bermasalah
dalam organisasi anda. Pekerja bermasalah ini selalunya ponteng kerja, lewat
masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan
ketua, tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain,memburukkan
nama organisasi diluar dan berbagai lagi kesalahan yang boleh memberikan
tekanan serta kesan kepada organisasi.
Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana
organisasi, tidak kira sama ada kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak
semestinya terdiri daripada mereka yang berpangkat rendah tetapi juga
melibatkan golongan atasan.
Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu
perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin
oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat organisasi
itu sendiri kehilangan pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana
bosan berurusan dengan pekerja yang sering memberi masalah kepada mereka.
Sebagai seorang ketua & bos syarikat yang mahukan
perubahan supaya pekerjanya disiplin dan komited dengan kerja, ia perlu
mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, seperti :
1. Berbincang Dan Bersemuka Dengan Pekerja itu Sendiri
Lakukan perbincangan secara bersemuka(F2F) dengan individu
tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara
yang tidak sepatutnya, khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan
sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah
organisasi. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka
melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal
dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini
adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja
secara lembut tanpa paksaan.
2. Lakukan Pemantauan Awal & berkala Terhadap Pekerja
Anda
Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat@bos
organisasi, luangkan sedikit masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda
tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi
dengan mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan
pekerja cukup selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana,
keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat & ceria dalam sesebuah
organisasi tersebut.
3. Cipta Satu Sistem Ganjaran Pekerja/Reward Pekerja kita
Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada
pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu
sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun pakej percutian kepada
pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan
pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .
4. Sediakan Suasana Kerja Yang Santai & Ceria
Elakkan daripada memberi tekanan melampau kepada pekerja untuk melakukan
tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka menlaksanakan tugasan
yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika tugasan itu penting maka berikan
sedikit kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menangguhkan dahulu tugasan
yang sebelumnya.. Mungkin harus melakukan aktiviti seperti Ice Breaking sebelum
memulakan kerja.
5. Sediakan Ruang Kenaikan Pangkat/Gaji Kepada Pekerja
Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja
yang berpotensi dan cemerlang dalam organisasi anda. Kaedah ‘reward’ merupakan
salah satu kaedah yang digunakan oleh sesebuah syarikat bagi mengelakkan
pekerja mereka yang cemerlang, berpindah ke syarikat lain yang menawarkan gaji
yang lebih tinggi kepada mereka.Para pekerja akan lebih bersemangat untuk
melaksanakan tugas mereka jika ada ‘reward’ yang sedang menanti mereka. Selain
itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan wujud dalam organisasi anda.
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209
No comments:
Post a Comment