7 Kemahiran Yang Menjamin
Kerjaya Masa Depan
Sebagai
ibu, bapa, guru, dan pendidik, kita sudah pasti sentiasa mahukan yang terbaik
untuk anak-anak kita. Kemahiran lazim seperti membaca, menulis, dan mengira
adalah antara kemahiran yang kita rasakan amat penting untuk mereka belajar dan
kuasai. Manakala nilai-nilai seperti kerjasama, pemikiran kreatif, sifat ingin
tahu, dan tidak mudah putus asa juga adalah antara nilai yang baik untuk
diterapkan di dalam diri mereka.
Semua
ini dilakukan dengan harapan supaya suatu hari nanti, anak-anak kita ini akan
dapat ‘survive’ di dalam dunia yang kian & semakin mencabar di masa
hadapan. Namun begitu, adakah kemahiran-kemahiran yang kita ajar dan terapkan
kepada mereka sekarang ini masih relevan kepada mereka untuk 10 hingga 20 tahun
akan datang? Atau mungkin persoalan yang lebih rasional untuk dijawab; adakah
perkara yang diajar kepada kita 10 tahun lalu, masih layak untuk diajar kepada
anak-anak kita sekarang?
Seorang
penyelidik dari Harvard University yang bernama Tony Wagner telah membuat
kajian berkenaan ‘survival skills’ yang wajib dimiliki bagi mendepani arus
dunia abad ke-21. Di dalam kajiannya, beliau telah menemu ramah beratus-ratus
CEO daripada pelbagai industri seperti perniagaan sehinggalah kepada organisasi
‘non-profit’ dan institusi pendidikan. Dan hasilnya, beliau telah menyenaraikan
7 kemahiran yang sentiasa diperlukan dan akan kekal relevan di dalam abad ke-21
ini.
1) Pemikiran Kritikal
& Penyelesaian Masalah
Critical
Thinking and Problem Solving
Seseorang
yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja
situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari
formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang
diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki ‘advantage’
di dalam kerjayanya. Bagi mengasah kemahiran ini, para pelajar perlu dilatih
untuk mencari dan meneroka penyelesaian mahupun jawapan mereka sendiri, tanpa
kekangan daripada skema jawapan ataupun daripada pendidik itu sendiri. Dengan
ini, pelajar akan dilatih untuk memiliki pemikiran kreatif, dan belajar membuat
keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
2) Kerjasama Melalui
Rangkaian & Pengaruh Kepimpinan
Collaboration
Across Networks and Leading by Influence
Bukan
semua orang dilahirkan dengan sifat semula jadi untuk menjadi pemimpin.
Walaubagaimanapun, kebolehan untuk memimpin adalah satu aset yang sangat
bernilai untuk dimiliki oleh seorang yang ingin berjaya di dalam kerjaya. Di
samping itu, sifat kepimpinan ini harus bergerak seiring dengan kemahiran
kerjasama untuk bekerja secara berpasukan. Cara yang terbaik untuk melatih
kemahiran ini adalah dengan menggalakkan aktiviti dan perbincangan di dalam
kumpulan, di mana setiap ahli perlu memainkan peranan yang tersendiri di dalam
kumpulan tersebut. Di sini, pendidik perlu bijak untuk mengatur peranan para
pelajar supaya setiap orang berpeluang untuk menjadi pemberi ataupun penerima
arahan, dan juga mampu bekerja secara harmoni di dalam kumpulan.
3)
Ketangkasan & Kesesuaian
Agility
and Adaptability
Lihatlah
bagaimana dunia hari ini telah yang terlalu jauh berubah, dan lihatlah pula
kepada diri kita. Adakah kita juga mampu untuk beradaptasi dengan perubahan
yang berlaku disekeliling kita. Bagi seorang yang ingin berjaya, perubahan
sentiasa dilihat sebagai suatu peluang dan bukan ancaman kepada masa depan
mereka. Oleh itu, persekitaran dunia yang dinamik ini hendaklah diwujudkan oleh
pendidik di dalam pembelajaran sehari-hari. Kaedah, strategi, alat bantuan,
malah ruang pembelajaran juga perlu dipelbagaikan agar para pelajar sentiasa
bersedia untuk mengadaptasikan fikiran mereka terhadap sebarang perubahan yang
berlaku, dan mereka juga sentiasa bersedia untuk keluar daripada ‘comfort zone’
masing-masing.
4)
Inisiatif & Keusahawanan
Initiative
and Entrepreneurship
Sebagai
pemimpin dan penggerak di masa hadapan, pelajar kini seharusnya memiliki
inisiatif tersendiri untuk memberi sumbangan kepada dunia. Inisiatif ini mungkin
boleh bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti peranan dan
tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, dan komuniti setempat. Dengan ini,
anak-anak yang masih kecil ini akan dapat mempelajari pengalaman yang sangat
bermakna bahawa setiap orang di dunia ini mampu untuk memberikan impak yang
besar lagi positif kepada dunia, jika inisiatif itu lahir dari kesungguhan yang
berterusan.
5) Komunikasi Melalui
Tulisan dan Percakapan Secara Efektif
Effective
Oral and Written Communication
Walaupun
dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini dan masa akan datang,
kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan sentiasa menjadi skill yang
sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang akan menjadikan seseorang itu
kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Dan faktor inilah yang
mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat menentukan kebolehpasaran para
pelajar di masa akan datang. Namun begitu, kemahiran ini tidak datang secara
semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah secara berterusan sehinggalah kemahiran
ini menjadi sebahagian daripada diri mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran,
sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’, gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan
sebagainya adalah antara elemen yang perlu dilatih supaya kemahiran komunikasi
dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.
6)
Mencapai & Menganalisis Maklumat
Accessing
and Analyzing Information
Dunia
pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Segala informasi dapat diperolehi
dengan mudah, hanya dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber
yang mampu diakses oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi
mengenai pelbagai perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah
keburukan. Sebagai ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak
kecil untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama,
moral, budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya
mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di
dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti
‘hacking’, mencuri identiti, penipuan,
plagiarism, perjudian, dan sebagainya.
7)
Rasa Ingin Tahu & Imaginasi Yang Tinggi
Curiosity
and Imagination
Kanak-kanak
secara semula jadinya diahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka
juga memiliki daya imaginasi yang sangat luas; sehingga mampu membuahkan
perkara-perkara yang tidak tercapai oleh akal fikiran orang dewasa. Oleh itu,
tugas kita yang sebenar bukanlah untuk mengajar sifat ini kepada mereka, tetapi
peranan yang perlu kita mainkan adalah untuk membimbing kelebihan yang dimiliki
oleh mereka ke arah yang positif, dan turut memberi galakan yang berterusan
untuk mereka menggunakan daya kreativiti yang ada di dalam kehidupan seharian
dan aktiviti pembelajaran. Bayangkanlah potensi yang bakal dihasilkan jika
imaginasi anak-anak ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat
dimanfaatkan oleh dirinya dan orang disekelilingnya.
Anak-anak
pada hari ini perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan
mereka ‘survive’ di dalam dunia yang semakin mencabar. Dan seharusnya, peluang
untuk mempelajari ‘survival skills’ ini dicari dengan sebaik mungkin agar
benihnya dapat ditanam di dalam diri mereka sejak kecil lagi.
Seperti yang kita tahu, sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna ini. Malah, telah terbukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah dapat memberikan kesan yang lebih memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan pemikiran dan jati diri para pelajar.
CARILAH MOTIVATOR@SPEAKER YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DALAM MELONJAKKAN POTENSI PELAJAR2 ANDA.
Daya
pemikiran kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, kolaborasi dan kepimpinan,
nilai dinamik, keusahawanan, kemahiran komunikasi, analisis, dan sifat ingin
tahu. Kesemua elemen-elemen ini, jika dipraktikkan di dalam pembelajaran, ianya
pasti akan membuahkan hasil diluar jangkaan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti
pembelajaran tersebut turut melibatkan elemen-elemen teknologi terkini seperti
pengaturcaraan komputer, robotik, dron, dan elemen penciptaan inovasi seperti
animasi, game, fotografi, dan sebagainya.
Mana2
sekolah,ipta,ipts dan kolej yang ingin adakan seminar motivasi & pemikiran
kritis ,blehlah menjemput saya ditalian 019 4741209 untuk berbincang tentang
modul,haro & tempat program.
Sekian,
Salam Motivasi dan salam Sukses
Tn Abd Ghani Yusof
Konsultan Training/motivator/speaker
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209
No comments:
Post a Comment