Al-QURAN merupakan kitab suci bagi seluruh umat yang
beragama Islam. Ia juga sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang
dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, sewajarnya
Al-Qur`an perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal
yang demikian, adalah diharapkan agar anak-anak ini terpelihara dari segi
sahsiah dan rohaninya.
Bagi keluarga yang memang hidup berlandaskan
Al-Qur`an dan As-sunnah ianya sangat beruntung kerana hidup mereka pastinya
lebih teratur , terjamin dan diberkati. Sebaliknya, amatlah rugi bagi seorang
individu Muslim yang hidupnya jauh tersasar dan tiada usaha untuk menjadikan Al-Quran
sebagai rutin bacaan harian apatah lagi tidak mahir membacanya serta
menguasainya.
Seperti Sabda Rasulullah SAW:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan
yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya:
Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka:
Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
Daripada
hadis di atas, dapat dilihat bahawasanya terdapat banyak kelebihan yang Allah
berikan kepada ibubapa yang mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Qur`an
sejak kecil. Dewasa ini, ramai ibubapa telahpun mengambil inisiatif untuk
menghantar anak-anak mereka belajar al-Qur`an sejak kecil. Ini merupakan satu
perkembangan yang sangat bagus,baik dan perlu dikekalkan khususnya dalam
konteks untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan berkeperibadian
mulia. Mengikut pengalaman penulis sendiri, anak-anak kecil lebih mudah diajar
dan mudah mengingat setiap huruf dan ayat dalam Iqra`.
Oleh yang
demikian, masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat menbaca
al-Qur`an sedari kecil. Selain dari membaca Al-Qur`an, sebagai umat Islam, kita
digalakkan untuk tadabbur ayat-ayat Al-Qur`an. Secara tidak langsung kefahaman
tentang makna ayat al-`Quran tersebut lebih mendalam dan kita dapat menghayati
dan memahami setiap bait-bait ayat tersebut dengan lebih jelas.
Di samping itu, kebolehan dan kemampuan membaca
Al-Quran dengan baik beserta hukum Tajwid yang betul adalah seperti lorong,jalan
atau jambatan kepada memahami intisari & intipati surah dan sebagai satu
platform kepada pelaksanaan tuntutannya dalam menjalani kehidupan seharian yang
penuh pancaroba. Hasilnya, kita dapat lihat kehidupan seharian kita bagaikan
diatur, dicukupkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.
Generasi muslim perlu dididik sejak dari kecil
dengan kesungguhan dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik sehingga ianya
sebati dalam kehidupan seharian. Pelbagai teknik dan cara yang pratikal serta
relevan boleh digunakan bagi mengalakkan anak-anak kecil ini supaya cinta dan
berminat untuk membaca al-Qur`ansetiap hari.
Sebagai
contoh, untuk menambah lagi minat anak-anak, ibubapa boleh mula memperkenalkan
kad-kad interaktif sebagai asas pengenalan kepada huruf hijaiyyah. Selain itu,
boleh juga memanfaatkan sistem ganjaran (reward) kepada anak yang berjaya
mencapai sasaran yang dikehendaki. Sebagai contoh, apabila anak khatam Iqra’ 1
atau anak berjaya menghafal surah Al-Fatihah tanpa kesalahan besar, berikan
mereka hadiah yang mereka inginkan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung,
ia dapat memotivasikan mereka untuk terus menghafaz dan cintakan al-Qur`an.
Kita dapat melihat bahawa anak-anak
yang disulami dan dididik sejak awal untuk mencintai al-Qur`an, akhlaknya lebih baik dan mempunyai keperibadian yang luhur. Tidak dinafikan, pelbagai cabaran yang tidak dapat difikir dek akal yang berlaku pada masa ini memaksa ibubapa untuk menghantarkan anak-anak kecil ke sekolah agama untuk pada seawal usia 4 atau 5 tahun semata-mata bagi mendapat Pendidikan agama dengan sempurna. Namun, perlu diingat bahawa Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Yang bermaksud ibubapa itu sendiri perlu manjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam dan al-Qur`an.
Selain itu, Al-Qur`an merupakan kitab suci yang
merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ianya sangat relevan untuk diamalkan
pada setiap masa serta sepanjang zaman. Justeru itu, selamilah jiwa anak-anak
dengan al-Qur`an agar mereka sentiasa terpelihara dari perkara-perkara yang
negatif dan terhindar dari anasir-anasir luar. Suburkan jiwa mereka dengan
keindahan ayat-ayat al-Qur`an setiap hari agar jiwa mereka sentiasa tenang dan
mudah untuk menerima ilmu. Akhir kalam, jika kita tidak mulakan dari sekarang,
bila lagi? Tepuk dada tanya iman masing-masing. Anak-anak kecil ini seperti
kain putih yang bersih. Kita, sebagai ibubapa yang mencorakkan anak-anak
tersebut samada menjadi insan yang soleh solehah atau sebaliknya.
Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS,agensi kerajaan atau swasta yang nak buat program motivasi bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209@0194001209 untuk bertanyakan tentang modul,tarikh,masa dan bayaran program tersebut.Kami bersedia memberikan Impak yang cukup positif buat anak2 pelajar & masyarakat diluar sana,InsyaAllah
yang bersedia memberi khidmat bakti
Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan@Dinamika Diri Training
Sg.Petani,Kedah
019 4741209