ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
PEMIMPIN NEGARA SERING BERTUKAR.TAHUN LEPAS SAHAJA KITA SUDAH ADA 3 PERDANA MENTERI.KINI PULA KITA MEMPUNYAI PM YANG KE 10 IAITU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG MENERAJUI KERAJAAN PERPADUAN.
SIAPA PUN PEMIMPIN KITA,KITA MESTILAH MENGHARGAI PENGORBANAN DAN JASA BAIK MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGARA.
Kita sering
mendengar perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi,masyarakat
dan negara bukan? namun siapakah pemimpin itu sebenarnya dan bagaimanakah
pemimpin yang menjadi dambaan & pilihan sesebuah organisasi?
Seorang
pemimpin perlu mempunyai visi dan misi terhadap organisasi yang dipimpin,
menyusun strategi terbaik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
supaya tercapai apa dirancang.
Organisasi
memerlukan pemimpin yang cukup berwibawa untuk membawa anak buah mahupun kumpulan
yang dipimpin ke arah kejayaan. Lantas, visi dan misi yang jelas perlu
diketengahkan dan dibincangkan bersama ahli organisasi supaya mereka dapat
menyumbang ke arah kejayaan organisasi.
Kejayaan
pula bukan sekadar boleh dipertahankan dalam tempoh singkat, contohnya kurang
setahun ataupun lima tahun, sebaliknya perlu bertahan bagi tempoh lebih
panjang.
Mencari
pemimpin begini amat sukar, terutama dalam situasi penuh dugaan dan mencabar
kini baik dari sudut ekonomi, politik, budaya, mahupun pendidikan. Lebih-lebih lagi
suasana pandemik Covid 19 kini semakin melangkah ke arah fasa endemik.
Keadaan
sebegini memerlukan pemimpin yang mampu bukan hanya boleh bertahan, malah mampu
membawa kumpulan untuk terus berusaha mencipta kejayaan, walaupun dalam keadaan
sukar.
Menurut
Teori Kualiti Deming, setiap pemimpin berkualiti tentu akhirnya dapat
menghasilkan produk mahupun perkhidmatan terbaik kepada sesebuah organisasi
mahupun komuniti .
Hanya
pemimpin@Ketua yang mempunyai kekuatan tahap pemikiran, sifat keperibadian yang
tinggi serta menggalakkan semangat kerjasama, dapat mencapai matlamat dihasratkan.
Pemimpin juga mestilah sanggup bersama-sama kumpulan membina kemajuan dirancangatau
ditetapkan.
Deming atau
nama penuhnya William Edwards Deming yang juga seorang tokoh pengurusan
berkualiti, turut menyatakan seseorang pemimpin yang bagus dan berkualiti tidak
hanya diukur daripada tahap kepintaran , tetapi juga dari sudut pemikiran dan
ketulusan hati.
Mengimbangkan
antara sisi emosi dan logik amat penting bagi membolehkan seseorang menjadi
pemimpin berkualiti dan terbaik
Dalam
keadaan kini, pelbagai kehendak pekerja dan pemegang taruh organisasi perlu
diberi pertimbangan wajar, bagi mengelak kecelaruan dan ketidakseimbangan
organisasi.
Lantas,
seorang pemimpin perlu bijak mengharungi suasana begini. Pemegang taruh yang
saling bergandingan dalam mencapai matlamat juga sudah pasti 'bonus' dan aset
kepada organisasi untuk mencapai kejayaan.
Kajian
psikologi menyatakan personaliti berkualiti seorang pemimpin memungkinkan
produktiviti dalam sesebuah organisasi boleh diperolehi.
Jika dalam
organisasi sesebuah syarikat berorientasikan keuntungan, sudah pasti yang
diharapkan adalah menghasilkan pendapatan tinggi. Ia akhirnya memberikan
keuntungan bersih kepada syarikat, begitu juga manfaat dari segi insentif atau
bonus kepada kakitangan.
Deming turut
menggambarkan cara penambahbaikan proses bagi mengatasi masalah sesuatu produk.
Ia merangkumi usaha reka bentuk lemah kepada lebih sempurna dan bahan salah
kepada yang tepat.
Namun,
memenuhi kehendak pemegang taruh tidak semudah apa yang difikirkan. Setiap
manusia tahap kehendak mereka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut
hiraki kehendak diri.
Oleh itu,
apa yang pasti, kepemimpinan berkualiti adalah yang terbaik bagi menentukan
kejayaan sesebuah organisasi untuk menyajikan sesuatu yang terbaik kepada
pemegang taruh.
JIKA ADA MANA2 ORGANISASI YANG NAK JEMPUT KUMPULAN KAMI UNTUK MEMBICARAKAN TENTANG KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK MENETAPKAN TARIKH,MASA DAN MODUL YANG SESUAI.
INSYAALLAH KAMI AKAN GERAKKAN POTENSI STAF KEPIMPINAN ANDA DENGAN BAIK DAN TERANCANG.KITA MAMPU MEMBINA PASUAN KEPIMPINAN YANG BAIK LAGI BERPRESTASI TINGGI.
SEKIAN SELAMAT MENGURUSKAN PASUKAN & TEAM YANG BAIK
SALAM PASUKAN TERBAIK DARI TEAM YANG TERBAIK
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
@DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG PETANI,KEDAH
019 4741209@0194001209
No comments:
Post a Comment