ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA PEKERJA
WALAU APA PUN KERJA KITA,KITA MESTI TETAP LAKSANAKAN IA SEBAIK MUNGKIN.KERANA IA ADALAH SATU AMANAH TUHAN. TAPI SAMPAI BILA KITA KENA TETAP BERSIKAP POSITIF DITEMPAT KERJA ?
PAKAR MOTIVASI ada berkata,
'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan
perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila
anda menyukai perkara yang anda lakukan'.
Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini? Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara. Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang cukup anda suka.
Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung lagi jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya. Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya.
Bertambah rugi lagi jika anda melakukan pekerjaan
yang anda tidak suka sama sekali dan tidak suka melakukannya.
Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan untuk dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan sekadar cita-cita tetapi adalah merupakan satu tanggungjawab.
Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti
anda telah memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan
tersebut dengan sebaiknya.
Berikut ialah lima tips@cara untuk kekal bermotivasi dalam
melaksanakan pekerjaan anda:
1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri kalian, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit?
Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu
alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah SWT.
Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah,
buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk
dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah
Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan
ketika melaksanakan pekerjaan anda.
Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk
menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya
dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan
rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.
2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang
diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan
yang tidak pernah diimpikan.
Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam
dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk
berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.
3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan
pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia
bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi
kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan
kepercayaannya kepada anda.
4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih
kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan
bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun.
Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa
depan lebih baik.
5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang
No comments:
Post a Comment