ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA.
MANUSIA yang ada nilai menghargai akan menyayangi apa sahaja
yang dimiliki pada kadar yang ada kewajaran untuk melakukan perkara demikian.
Namun pada pokoknya jika ada sifat menghargai akan melihat kurniaan Allah SWT
dalam kehidupan ini sebagai anugerah yang amat & cukup perlu disyukuri.
Hari ini kita lihat ada orang yang menghina dan merendahkan
orang lain termasuk dalam media sosial. Itu sebenarnya perlambangan kepada
rendah dirinya orang tersebut. Pernah
diceritakan kisah Muhammad bin Bisyr yang pernah berguru dengan Imam Abu
Hanifah dan Imam Sufyan a-Thauri. Setiap kali bertemu dengan salah seorang guru
beliau dan bertemu dengan guru yang lain, masing-masing menghargai antara satu
sama lain dan meletakkan ulama lain itu tinggi, dipuji dan dihormati.
Begitu juga Baginda SAW menunjukkan contoh tauladan yang
tinggi dalam menghargai dan memuji orang lain. Baginda bersabda, mafhumnya
“Sahabatku ibarat bintang-bintang di langit…”, memberi gelaran “Pedang Allah”,
“Singa Allah” kepada sahabat-sahabat Baginda sebagai menghargai mereka.
Isterinya Sayyidatina Aisyah RA digelar “Humaira’” . Bahkan Baginda SAW
menghargai makluk lain juga seperti binatang-binatang, pedang, dengan memberi
nama kepada mereka sebagai menunjukkan penghargaan. Kenapa Nabi SAW mampu memberi
penghargaan kepada orang lain? Kerana Baginda SAW sendiri memiliki harga diri
yang paling tinggi.
Walaupun Baginda dituduh dengan pelbagai tuduhan
seperti orang gila, ahli sihir, dan
lain-lain namun ia tidak melemahkan Baginda SAW dan tidak menjejaskan sedikit
pun peribadi Baginda SAW kerana Baginda SAW menyedari siapa Baginda SAW yang
sebenarnya.
Begitu juga kita sebagai seorang pemimpin hendaklah sentiasa
menghargai orang bawahan kita dan memberikan pujian dan galakan terhadap
mereka. Ada ketikanya orang bukan sahaja tidak menghargai orang bawahannya
bahkan pekerjaannya sendiri pun tidak dihargai sedangkan di luar sana ramai
orang yang tidak memiliki pekerjaan dan menganggur.
Misalannya, seseorang
yang merasa syukur memperolehi pekerjaan, daripada nilai syukur itulah terbit
perasaan menghargai terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Lalu
ianya akan membuatkan seseorang itu akan bekerja dengan lebih tekun dan
bersungguh-sungguh yang akhirnya menjadikan seseorang itu sangat berdedikasi
dan punyai akauntabiliti yang tinggi.
Namun, bagi orang-orang yang tidak menghargai pekerjaannya
dengan kata lain, kurang nilai syukur terhadap rezeki Allah SWT berikan, tidak
akan berusaha untuk memperbaiki mutu pekerjaan, bahkan ada juga yang tidak
melaksanakan amanah yang diberikan itu sebaik mungkin. Malah belua tidak akan
kalsanakan tugasnya dengan baik.Justeru jika memiliki nilai penghargaan yang
tinggi terhadap tanggungjawab yang diberikan, seseorang mukmin itu akan
melaksanakannya secara bersungguh-sungguh.
Begitu juga jika mempunyai nilai penghargaan yang tinggi
kepada diri sendiri. Seseorang mukmin akan menjaga kesihatan tubuh badannya
untuk mengelak dari sebarang penyakit yang boleh menjejaskan diri untuk
beribadat kepada Allah SWT. Justeru, seseorang mukmin akan menjauhi dirinya
dari terjebak dalam sebarang perbuatan yang merosakkan diri sendiri seperti
merokok,minum arak & ambil dadah.
Namun manusia yang jahil akan ilmu iaitu mempunyai ilmu
tetapi tidak beramal juga tergolong sebagai orang-orang yang rugi dan tidak
menghargai apa yang dimiliki. Justeru amat penting nilai penghargaan kerana
misalannya orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang agamanya, sekiranya
mempunyai penghargaan terhadap ilmunya, mereka akan mengamalkan ilmu iltu
melalui perbuatan serta menjalankan dakwah melalui ilmu yang dimiliki itu.Sharing
Is Caring AND Caring is Loving.
Ilmu serta kefahaman terhadap ajaran Islam pastinya akan
menjadi pendokong terhadap dakwah islam yang murni. Namun jika tidak menghargai
ilmu yang dimiliki dengan cara tidak mengamalkannya dalam kehidupan iaitu tidak
dapat diteladani atau dimanfaatkan oleh orang lain ianya tidak akan memberi
apa-apa erti yang bermakna.
Hakikatnya dalam kehidupan ini apa sahaja usaha dan
perbuatan baik yang dibuat, jangan sesekali ianya oleh manusia semata, ini
kerana semua manusia jika lemah dan tidak sempurna seperti kita. Setiap
keringat yang tumpah jangan diharap untuk dinilai oleh manusia, tetapi jika ada
yang menghargai ianya bonus bagi kita, namun jika ada yang tidak memuji tidak
perlu merasa susah hati, ini kerana penghargaan yang tertinggi untuk direbut
manusia adalah penilaian dari Allah SWT.
jika ada mana2 organisasi yang ingin dapatkan khidmat bakti kami dalam ceramah motivasi & latihan utntuk staf serta kakitangan mereka,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan modul,tarikh & tempat yang sesuai untuk dijalankan program.
sekian selamat menghargai diri sendiri & orang lain
Yang sentiasa menghargai insan lain
Tn Abd Ghani Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan & Dinamika Diri Training & Services
Sg.petan,Kedah
019 4741209
No comments:
Post a Comment