ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SALAM RABU DAN SALAM MOTIVASI
ANDA SEORANG BOS ? ANDA SEORANG PENYELIA? ANDA SEORANG PEKERJA ? JOM KITA PAKAT 2 BACA ATRIKEL TULISAN SAYA NI.
Kebanyakan orang @ bos malu untuk mengakui bahawa ramai
pekerjanya yang tidak bermotivasi yang berada di dunia ini. Ianya sama ada
mereka telah mencuba buat yang terbaik ataupun mereka tidak mendapatkan sepenuh
perhatian dan juga motivasi daripada pengurus untuk meningkatkan motivasi
mereka. Ini adalah situasi yang amat berbahaya bagi pengurus dalam menguruskan
pekerja-pekerja.
Menurut kajian yang dibuat oleh Dale Carnegie, kurang
daripada 25% pekerja bukan pengurusan sepenuhnya bermotivasi dan bekerja. Ini
jelas merupakan masalah yang mesti ditangani. Sekiranya pekerja merasa tidak
ada alasan untuk bekerja keras, mengapa mereka melakukannya? Membuat faktor
motivasi yang mudah tetapi berkesan dalam budaya syarikat anda adalah
jawapannya. Berikut adalah 5 cara untuk memotivasikan pekerja anda untuk
melakukan yang terbaik.
1. Tetapkan Matlamat Dan Mengiktiraf Kejayaan
Pekerja anda inginkan cabaran, itu adalah sifat biasa
manusia normal. Jika mereka datang setiap hari membuat tugas yang agak berat
yang sama untuk dilakukan tanpa tujuan yang dapat diterima, ianya akan
menjadikan pekerja itu tidak bermotivasi. Menetapkan matlamat yang betul untuk
semua pekerja. Ini amat membantu pekerja-pekerja mencapai matlamat tersebut dan
ini akan membantu pengurus agar dapat mengukur prestasi semua pekerja yang
datang.
Jika pekerja tidak mencapai matlamat yang telah disebutkan
oleh majikan, majikan boleh mengenal pasti sama ada mahu melepaskan mereka
ataupun meningkatkan lagi motivasi pekerja tersebut agar dapat mencapai
matlamat yang dimahukan. Apabila matlamat anda telah tercapai, pastikan anda
menyambutnya ataupun memberitahu kepada pekerja-pekerja anda tentang berita
gembira ini. Sambutan boleh dibuat dalam bentuk bersederhana juga ianya
bergantung kepada anda. Anda boleh mengadakan jamuan ataupun menaikkan gaji
mereka, agar mereka lebih bersemangat dalam mencapai matlamat yang seterusnya.
2. Memotivasikan Dan Mendengar Pekerja
Salah satu motivasi yang paling besar adalah di mana seorang
pengurus mendengar akan rintihan yang diluahkan oleh pekerja anda tentang
masalah yang mereka hadapi di tempat kerja mahupun masalah peribadi. Ini tidak
bermaksud bahawa setiap permintaan atau keluhan yang diluahkan oleh pekerja
anda perlu selesaikan tetapi mendengar apa yang diluahkan oleh pekerja anda
adalah motivasi. Kadang-kala pekerja ada idea-dea yang baharu untuk diberitahu,
ada kalanya juga idea itu adalah tidak masuk akal tetapi cukuplah setakat
mendengar idea & luahan mereka. Sesetengah orang amat menyukai jika ada
yang sudi mendengar rintihan mereka dan jika mereka dapat majikan yang tidak
mahu mendengar luahan mereka, ini mungkin akan menjejaskan prestasi mereka
untuk melakukan pekerjaan dalam mencapai matlamat syarikat.
3. Bayaran Gaji Pekerja Yang Setimpal/sepadan
Untuk memastikan pekerja anda dalam tahap terbaik, anda
perlulah membayar gaji mereka seperti yang dijanjikan dengan tepat. Ini mungkin
mudah bagi sesetengah organisasi untuk melakukan tetapi pastikan mereka tidak
ditangguhkan gajinya. Jika prestasi yang ditunjukkan amat memuaskan,berikan
mereka sedikit ganjaran bonus. Ini secara langsung akan memberi tahu mereka
bahawa mereka dihargai. Sekiranya anda tidak dapat membayar gaji mereka, maka
fikirkanlah cara untuk memberikan mereka bonus berdasarkan prestasi yang
ditunjukkan. Bonus boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk
kewangan mahupun percutian bergaji ianya bergantung kepada organisasi itu
sendiri.
4. Peduli Akan Masa Hadapan Pekerja
Sebagai seorang pengurus anda perlulah menunjukkan rasa
minat dan terlibat dalam menentukan masa depan pekerja anda untuk menaikkan
motivasi mereka. Ciptakan peluang bagi pekerja-pekerja anda untuk menaikkan
pangkat mereka ataupun membiayai pendidikan untuk mereka sambung ke peringkat
lebih tinggi. Pekerja akan rasa lebih bernilai dan dihargai apabila majikan
mereka mengambil berat tentang mereka dalam syarikat mahupun dalam kerjaya.
Sebagai seorang mentor anda perlulah membina kepercayaan dan motivasi dengan
pekerja anda untuk masa hadapan syarikat anda.
5. Mewujudkan Suasana Kerja Yang Baik
Pastikan syarikat anda mempunyai suasana kerja yang baik.
Jangan hanya memberikan gaji yang banyak dan memberikan kebaikan kepada semua
pekerja tetapi anda perlulah memastikan pekerja anda seronok dengan kerja2 yang
dibuat. Sekiranya suasana negatif yang terdapat dalam syarikat anda. Anda
perlulah memikirkan kenapa pekerja-pekerja anda perlu mencapai matlamat
syarikat sedangkan pekerja anda tidak menyukai kerja yang mereka buat? Anda
tidak perlu untuk meraikan secara berlebihan ataupun mengadakan meeting
hari-hari, cukup sekadar hanya membuat aktiviti berkumpulan seperti makan
tengah hari bersama-sama untuk membina semangat berpasukan ini cukup memberikan
mereka motivasi.
No comments:
Post a Comment