Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.
Team Building atau
Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan
dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang
telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di
antara para peserta@ahli pasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
oleh pihak atasan secara bersama.
Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka
Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap
orang peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan serta
menggerakkan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar
untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan
saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang
program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka masuk bekerja
nanti.
Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan
kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team
building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan
kepada organisasi.
Ini juga disebabkan kerana bukan hanya aktiviti indoor sahaja yang terlibat malahan aktiviti outdoor juga dijalankan untuk membawa satu pengalaman baru dalam diri para peserta. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.
Kami bersedia membantu mana2 organisasi untuk melaksanakan Indoor Team Building ( dalam dewan ) atau Outdoor Team Building ( luar dewan ) selama sehari atau 2 hari.Bolehlah contact no hp perkhidmatan kami,jika organisasi anda memerlukan khidmat bakti kami.
Tempat dan masa,pengurusan Organisasi anda yang tentukan.kami bekalkan jurulatih & trainer yang terbaik untuk membantu menggerakkan potensi dan kualiti warga kerja Organisasi anda.
selamat menghadiri team building & sama2 mencipta kejayaan
syeikh ghani alganuni
motivator/speaker/trainer
konsultan jana insan
sg.petani,kedah
019 4741209
No comments:
Post a Comment