ALHAMDULILLAH
PUJI DAN SYUKUR BUAT ALLAH,TUHAN RABBUL JALIL YANG SETIA MENJELMAKAN PELBAGAI REZEKI BUAT KITA TERMASUKLAH KURNIAAN ANAK. RAMAI DARIPADA KITA YANG DAH BERKELUARGA TAPI BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT.ALHAMDULILLAH.
SAMADA DAH ADA ZURIAT ATAU BELUM ADA ZURIAT,KITA MESTI TETAP KENA UCAPKAN ALHAMDULILLAH DIATAS SEGALA NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT.ADA YANG BERPULUH TAHUN KAHWIN MASIH BELUM DIKURNIAKAN REZEKI ANAK. MUNGKIN ADA HIKMAH TERSELINDUNG DISEBALIKNYA.
DAN ADA JUGA YANG SELANG SETAHUN DIKURNIAKAN ANAK.RAMAI ANAK MEREKA.ITUPUN REZEKI ALLAH YANG WAJIB DISYUKURI.SEDIKIT ATAU BANYAK ITU SEMUA REZEKI ALLAH SWT.KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH SWT YANG MAHA MENENTUKAN.
KEPADA YANG SUDAH PUNYAI ANAK DAN ZURIAT SAYA UCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS.KALIAN SUDAH PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG CUKUP BESAR UNTUK MENDIDIK DAN MEMELIHARA MEREKA MENGIKUT ADAB,ATURCARA DAN DIDIKAN ISLAM YER.
ANTARA PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU AYAH TERHADAP ANAK-ANAKNYA IALAH :
1- MENGAJAR MEREKA MENGENAL PENCIPTA- ALLAH SWT
2-MENDIDIK MEREKA DENGAN AMALAN RASULULLAH SAW DALAM SETIAP AMAL KEHIDUPAN
3- MENGAJAR MEREKA KENAL TUHAN MELALUI SOLAT DAN AMALAN KETAATAN YANG LAIN
4-MENDIDIK MEREKA DENGAN ALQURAN,HADIS DAN SEGALA AJARAN ISLAM YANG LAIN
5-MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN & KESALAHAN MEREKA SECARA ADIL & TERTIB
6-MEMAMNDU MEREKA MENGENAL SEGALA PPERATURAN AGAMA.
ANAK ANAK KITA PERLUKAN BIMBINGAN DAN DIDIKAN LANGSUNG DARIPADA KITA. DIDIK MEREKA DENGAN AMALAN KEBAIKAN.DAN HINDARI DIRI MEREKA DARIPADA SEGALA UNSUR YANG MELALAIKAN.
ANAK ANAK PERLU DISAYANGI BUKAN DISAKITI.ANAK2 PERLU DIDEKATI BUKAN DIJAUHI.ANAK ANAK WAJAR DIBERIKAN PELUANG UNTUK BERTANYA BUKAN UNTUK DIDERA DAN DIBULI. ANAK-ANAK WAJAR SEKALI DIBERI PELUANG UNTUK MENGENAL ERTI KEHIDUPAN MELALUI LATIHAN2 YANG KITA AJARKAN.
AJARI ANAK-ANAK KITA DENGAN SEDIKIT LATIHAN YANG BERTERUSAN:
1- DIDIK ANAK UNTUK MENGEMASKAN TEMPAT TIDUR SENDIRI
2-LATIH ANAK ANAK UNTUK CUCI PINGGAN MANGKUK YANG DIGUNAKAN
3-DIDIK ANAK-ANAK UNTUK MENGAHRGAI ABANG2 DAN KAKAK2 YANG LAIN
4- LATIH ANAK-ANAK UNTUK CUCI KASUT SEKOLAH SECARA SENDIRI
5-LATIH ANAK-ANAK UNTUK BANGKIT DARIPADA TIDUR AWAL
6- DIDIKLAH ANAK2 AGAR MENGHORMATI INSAN YANG LEBIH TUA
JIKA ANAK-ANAK BUAT KESILAPAN,JANGAN TERUS DIMARAHI MEMBABI BUTA.LIHAT,KAJI DAN TELITI APA MASALAHNYA.TEGUR SECARA BERHEMAH DAN BERIKAN ALTERNATIF JALAN KEBAIKAN BUAT MEREKA.
JANGAN MARAH MEREKA SECARA MELAMPAU.TEGUR SECARA BAIK DAN BERIKAN PERINGATAN YANG JELAS SERTA WAJAR BUAT MEREKA. ANAK-ANAK KITA PUNYAI POTENSI YANG BERBEZA DIANTARA SATU SAMA LAIN.
ANAK2 KITA ADALAH KAIN PUTIH BERSIH YANG PERLUKAN CORAK DIDIKAN YANG SEMPURNA DARIPADA KITA. JANGANLAH MENGHARAPKAN INSAN LAIN YANG MENDIDIK ANAK KITA.KITA SEBAGAI IBU BAPA ADALAH INSAN PERTAMA YANG MEREKA KENAL DAN MEREKA IKUTI.
SEGALA TINGKAH LAKU SERTA PERBUATAN KITA AKAN DITIRU OLEH ANAK2.SO BERKATA-KATALAH DAN BERTINDAKLAH DENGAN BAIK DAN BIJAK.ANAK-ANAK MENJADIKAN IBU BAPANYA SEBAGAI HERO & HEROIN YANG WAJAR DICONTOHI.
SO,SEBAGAI IBU BAPA KITA AMAT WAJAR SEKALI MENUNJUKKAN PERKATAAN,PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU YANG BAIK YANG BAKAL JADI IKUTAN PARA ANAK2.SO,BERFIKIRLAH SEBELUM MENUTURKAN KATA-KATA DAN BERTINDAK.
SEMOGA SEDIKIT PESANAN DARIPADA SAYA ( AYAH YANG PUNYAI 2 ORANG ANAK PEREMPUAN INI ) MAMPU MELONJAKKAN KUALITI KALIAN SEBAGAI IBU BAPA & PARENTS YANG TERBAIK.INSYAALLAH.
ANAK ANAK KITA ADALAH CERMINAN DIDIKAN KITA. SO,DIDIKLAH MEREKA DENGAN SEBAIKNYA.JANGAN MEROSAKKAN KUALITI ANAK2 KITA DENGAN DIDIKAN YANG TERUK DAN MELANGGAR PERATURAN AGAMA.SEMOGA ALLAH SWT BERIKAN KITA JALAN DAN KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN DIDIKAN LANGSUNG KITA BUAT ANAK2 KITA,INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.
JIKA ADA MANA2 IPT,ORGANISASI,UNIVERSITI ATAU SEKOLAH YANG INGIN MENJEMPUT SAYA SEBAGAI PENCERAMAH MOTIVASI KEKELUARGAAN(PARENTING SLOT) BOLEHLAH MENGATUR TARIKH JADUAL DAN WAKTU PROGRAM UNTUK KITA SAMA-SAMA MERANCANG MASA DEPAN ANAK2 KITA.AMIN YA RABBAL ALAMIN. BOLEH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 (HP PENULIS/MOTIVATOR ) ATAU 0194001209 (PA-PN HALIFAH ).
SEKIAN,SALAM KASIH SAYANG
YANG BENAR BENAR INGIN JADI HEBAT
SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209
No comments:
Post a Comment