FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, January 31, 2023

MOTIVASI BUAT PELAJAR : SIAPA HARUS MULAKAN ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT BELAJAR BUAT ANAK2 PELAJAR SEMUA


HARI INI SAYA NAK BERKONGSI TOPIK `MOTIVASI BUAT PELAJAR`.


PENGENALAN

MOTIVASI MERUPAKAN KECENDERUNGAN DARIPADA DIRI SESEORANG YANG DAPAT MEMPENGARUHI TINGKAH LAKUNYA (KAMARUDDIN,1997). MOTIVASI MENENTUKAN HALA DAN KEBERKESANAN SESUATU PROSES PEMBELAJARAN. MOTIVASI MERUPAKAN ELEMEN YANG SANGAT PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (P&P). MOTIVASI BOLEH MEMBUATKAN PROSES P&P MENJADI LEBIH BERKESAN DAN MENARIK.

MOTIVASI MEMERLUKAN RANGSANGAN UNTUK DIWUJUDKAN. BAGI KONTEKS GURU DENGAN MURID, GURU MERUPAKAN PIHAK YANG AKAN MEMBERIKAN RANGSANGAN KEPADA PELAJAR UNTUK MENIMBULKAN MOTIVASI DAN KECENDERUNGAN MEREKA UNTUK BELAJAR. MOTIVASI ANTARA PELAJAR DAN GURU BOLEH TERDIRI DALAM BENTUK HADIAH, PENGHARGAAN , DAN KEPRIHATINAN TERHADAP MURID. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, GURU HARUSLAH BIJAK UNTUK MEMOTIVASIKAN MURID DENGAN PELBAGAI KAEDAH DAN TEKNIK YANG BERSESUAIAN DENGAN PEMIKIRAN MURID.


DEFINISI MOTIVASI   

PERKATAAN MOTIVASI BERASAL DARIPADA PERKATAAN BAHASA INGGERIS IAITU “MOTIVATION”. MENURUT KAMARUDIN HJ. HUSIN (1997), MOTIVASI MERUPAKAN KECENDERUNGAN DARIPADA DIRI SESEORANG YANG DAPAT MEMPENGARUHI TINGKAH LAKUNYA. HAL INI ADALAH KERANA MOTIVASI BERGANTUNG KEPADA KECENDERUNGAN SESEORANG INDIVIDU ITU SENDIRI UNTUK MEMBANGKITKAN DAN MENGAWAL MOTIVASI DIRI. SELAIN ITU, CROW & CROW (1981) MENGHURAIKAN MOTIVASI SEBAGAI SUATU DESAKAN YANG MENJADIKAN MANUSIA MENGUBAH SIKAP, MINAT ATAU KEGIATANNYA.

MOTIVASI PADA MURID SAMA ADA BOLEH DIBANGKITKAN MELALUI KECENDERUNGAN MURID ITU SENDIRI ATAUPUN DIBANGKITKAN OLEH PIHAK LAIN SEPERTI KELUARGA DAN GURU. MENURUT VROOM DALAM M. NGALIM PURWANTO (1992), MOTIVASI MEMACU KEPADA SUATU PROSES MEMPENGARUHI PILIHAN-PILIHAN INDIVIDU TERHADAP BERMACAM-MACAM BENTUK KEGIATAN YANG DIKEHENDAKI.


H. W BENARD, DALAM BUKUNYA PSYCHOLOGY OF LEARNING (1965), MENYATAKAN MOTIVASI IALAH PROSES MEMBANGKITKAN , MENGEKALKAN DAN MENGAWAL MINAT. HAL INI BERMAKSUD MOTIVASI IALAH CARA BAGAIMANA UNTUK MEWUJUDKAN MINAT PADA DIRI SESEORANG UNTUK MELAKUKAN SESUATU TINDAKAN ATAU KEGIATAN. SHARIFAH ALWIAH ALSAGOFF (1986) MENGHURAIKAN MOTIVASI SEBAGAI PERANGSANG TINDAKAN TERHADAP SESUATU TUJUAN YANG DAHULUNYA HANYA TERDAPAT SEDIKIT ATAU TIADA MINAT TERHADAP TUJUAN TERSEBUT. SECARA KESIMPULAN, BERDASARKAN PENDAPAT DI ATAS MOTIVASI DIDEFINISIKAN SEBAGAI SEBAB, TUJUAN ATAU PENDORONG KEPADA SESEORANG UNTUK MENGUBAH TINGKAH LAKU DAN MINATNYA TERHADAP SESUATU TUJUAN SAMA ADA KE ARAH POSITIF ATAU NEGATIF


IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P & P

IMPLIKASI MEMOTIVASIKAN PELAJAR DALAM P&P IALAH MEMPERCAYAI PENCAPAIAN PELAJAR BOLEH DIPERTINGKATKAN. CONTOHNYA, JANGAN ABAIKAN PELAJAR YANG LEMAH DALAM SUBJEK TERTENTU DAN BERI KATA PERANGSANG SERTA BERI KEPERCAYAAN KEPADANYA  UNTUK TERUS BERUSAHA. SELAIN ITU, SUASANA PEMBELAJARAN LEBIH MENYERONOKKAN. CONTOHNYA, MELAKUKAN AKTIVITI PERMAINAN YANG BERORIENTASIKAN SUBJEK TERTENTU.

PENGLIBATAN PELAJAR JUGA DAPAT DIPERTINGKATKAN MELALUI AKTIVITI SEPERTI UNIT BERUNIFORM DAN LAIN-LAIN. GURU JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SET INDUKSI YANG MENARIK UNTUK MEMBANGKITKAN NALURI INGIN TAHU PELAJAR SEPERTI MENAYANGKAN VIDEO DAN SEBAGAINYA. GURU JUGA HARUSLAH MENGGUNAKAN CIRI-CIRI KOMUNIKASI YANG POSITIF. CONTOHNYA, MEMBERI SENYUMAN DAN MENGANGGUK KEPALA SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PELAJAR BAGI MEMBERI SEMANGAT UNTUK PELAJAR LEBIH BERMOTIVASI.

 


CARA MEMOTIVASIKAN MURID DALAM KELAS

TERDAPAT DUA JENIS TEKNIK MOTIVASI IAITU MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EKSTRINSIK. MOTIVASI INTRINSIK DIWUJUDKAN SECARA SEMULA JADI DARIPADA RANGSANGAN DALAMAN. IA TERDIRI DARIPADA DORONGAN DAN MINAT INDIVIDU BAGI MELAKUKAN SESUATU AKTIVITI TANPA MENGHARAP ATAUPUN MEMINTA GANJARAN. BAGAIMANAPUN, BUKAN SEMUA MOTIVASI INTRINSIK DIWUJUDKAN SECARA SEMULA JADI.

TERDAPAT JUGA MOTIVASI INTRINSIK DIBENTUK DARIPADA PEMBELAJARAN DAN PENGALAMAN YANG MEMBAWA KEPUASAN. CONTOHNYA, TABIAT MEMBACA BUKU CERITA DAN BERMAIN ALAT MUZIK ADALAH GERAKAN MOTIVASI INTRINSIK YANG DIBENTUK DARIPADA PEMBELAJARAN DAN PENGALAMANNYA. IA JUGA DIKAITKAN DENGAN NALURI INGIN TAHU DAN DORONGAN MENCAPAI KECEKAPAN SESEORANG. (BRUNER,1966) CONTOHNYA BERMAIN PIANO ATAU MENGGUBAH LIRIK LAGU.

MOTIVASI EKSTRINSIK DIWUJUDKAN DARIPADA RANGSANGAN LUARAN DENGAN TUJUAN MENGGERAKKAN ORANG UNTUK MELAKUKAN SESUATU AKTIVITI YANG MEMBAWA FAEDAH KEPADANYA. MENURUT BELIAU LAGI, MOTIVASI EKSTRINSIK INI BOLEH DIRANGSANG  DALAM BENTUK-BENTUK SEPERTI PUJIAN, INSENTIF, HADIAH, GRED DAN MEMBENTUK SUASANA DAN IKLIM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF BAGI MENDORONGKAN PELAJAR BELAJAR. MOTIVASI EKSTRINSIK MERUPAKAN TEKNIK MOTIVASI YANG SERING DIGUNA PAKAI OLEH GURU UNTUK MEMOTIVASIKAN MURID.


KEPENTINGAN PROGRAM ATAU CERAMAH MOTIVASI

SECARA UMUMNYA, MOTIVASI ADALAH UNTUK MENGGERAKKAN SESEORANG AGAR MENIMBULKAN KEINGINAN DAN KEMAHUANNYA UNTUK MELAKUKAN SESUATU SEHINGGA MEMPEROLEH HASIL ATAU MENCAPAI TUJUAN TERTENTU (M. NGALIM PURWANTO, 1992). MOTIVASI PENTING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI MEMASTIKAN MURID SENTIASA MEMPUNYAI MINAT DAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR. MINAT DALAM BELAJAR PENTING BAGI MEMASTIKAN MURID SENTIASA MENGIKUTI AKTIVITI PENGAJARAN.

MOTIVASI MERUPAKAN SESUATU LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN MURID AGAR DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK. APABILA MURID BERMOTIVASI UNTUK BELAJAR, MEREKA LEBIH MEMAHAMI DAN MENERIMA INPUT PENGAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU DENGAN MUDAH.

MOTIVASI DAPAT MENIMBULKAN MINAT SESEORANG MURID TERHADAP MATA PELAJARAN DI SEKOLAH. MINAT MURID INI BERGANTUNG PADA BAGAIMANA SEORANG GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS. PENGGUNAAN MOTIVASI SEPERTI BERBENTUK PENGHARGAAN DAN KASIH SAYANG DAPAT MEMBANTU MURID MINAT TERHADAP MATA PELAJARAN YANG DIAJAR. GURU YANG PRIHATIN SANGAT DISUKAI OLEH MURID-MURID. APABILA SESEORANG GURU PRIHATIN TERHADAP MURIDNYA, MURID AKAN BERASA BAHAWA MEREKA DIHARGAI DAN MURID MENYUKAI GURU SERTA MEMINATI MATA PELAJARAN YANG DIAJAR, PELAJAR AKAN DAPAT MENERIMA APA SAHAJA YANG DIAJAR OLEH GURU DAN BERUSAHA MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

MOTIVASI DAPAT MEMBENTUK HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA GURU DAN MURID DAN ANTARA MURID DENGAN MURID. PENGARUH RAKAN AMAT PENTING SEMASA MURID MENGAWAL AKTIVITI PEMBELAJARAN MEREKA SENDIRI. MOTIVASI SANGAT MEMPENGARUHI EMOSI MURID. MISALNYA SEKIRANYA EMOSI MEREKA DIKECEWAKAN OLEH RAKAN MEREKA DALAM AKTIVITI KELAS, MURID BERKENAAN BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN PATAH SEMANGAT DAN TIDAK BERMOTIVASI UNTUK BELAJAR.


OLEH ITU, GURU SANGAT BERPERANAN BESAR DALAM MENGHIDUPKAN KEMBALI MOTIVASI AGAR MURID DAPAT BELAJAR DENGAN MINAT YANG TINGGI. MOTIVASI DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJADI LEBIH YAKIN TERHADAP KEPUTUSAN DIRI SENDIRI. MURID YANG SENTIASA YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI AKAN SENTIASA BERMOTIVASI UNTUK MENJADI SESEORANG YANG BERJAYA.

SELAIN ITU, MOTIVASI JUGA AKAN MEWUJUDKAN PERSAINGAN DI DALAM KELAS. GURU HARUS BIJAK MENGAWAL MURIDNYA AGAR DAPAT BERSAING DENGAN BAIK BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN. GURU HARUS BERUPAYA MEWUJUDKAN PERSAINGAN POSITIF DALAM KALANGAN PELAJARNYA AGAR MURID LEBIH TEKUN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI. BAGI TUJUAN MENGGALAKAN PERSAINGAN, GURU BOLEH MEMBERI PUJIAN DAN HADIAH ATAUPUN PENGHARGAAN KEPADA MURID YANG BERJAYA DALAM MATA PELAJARAN.

 HAL INI DAPAT MENINGKATKAN USAHA MURID YANG LAIN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG JUGA. BAGI MURID YANG TIDAK BERJAYA , GURU TIDAK HARUS MENDENDA ATAU MEMARAHI MURID YANG GAGAL KERANA ITU AKAN MENJATUHKAN LAGI SEMANGAT DAN MOTIVASI MEREKA UNTUK BELAJAR.

DI SAMPING ITU, MOTIVASI AKAN MENJADIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA. APABILA MURID SERONOK BELAJAR KEADAAN KELAS TIDAK AKAN  MENJADI TEGANG. GURU HARUS MENGAJAR DENGAN CARA YANG MENARIK AGAR DAPAT MENIMBULKAN KESERONOKAN BELAJAR DALAM KALANGAN MURID. KESERONOKAN BELAJAR INI PENTING BAGI MENINGKATKAN LAGI MUTU PENCAPAIAN AKADEMIK. MOTIVASI JUGA DAPAT MENDORONG PELAJAR MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIF DALAM PROSES PEMBELAJARAN. INTERAKSI ANTARA GURU DENGAN MURID SANGAT PENTING BAGI MENINGKATKAN TINDAK BALAS PELAJAR SEMASA GURU MENGAJAR.


TERAS MEMOTIVASIKAN PELAJAR MENURUT ESAH SULAIMAN (2003).

TERDAPAT BEBERAPA TERAS MOTIVASI YANG DIBERIKAN OLEH ESAH SULAIMAN, ANTARANYA IALAH MURID HENDAKLAH MEMBAHAGIKAN TUGAS DENGAN BETUL SUPAYA TUGAS YANG DILAKUKAN SEIMBANG. HAL INI KERANA, KESEIMBANGAN DALAM MELAKUKAN TUGAS AMAT PENTING DAN DAPAT MEMBANTU MURID UNTUK MENGATUR MASA MEREKA DENGAN BAIK.

SELAIN ITU JUGA, MURID MAMPU UNTUK MELAKUKAN PELBAGAI KERJA ATAU TUGASAN DENGAN BAIK DAN BERKUALITI KERANA KESEIMBANGAN YANG DILAKUKAN DALAM MENJALANKAN ATAU MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN. APABILA TUGASAN DIBUAT SECARA SEIMBANG, NESCAYA MURID TIDAK AKAN MEMPUNYAI MASALAH DALAM MENYIAPKAN TUGASAN MEREKA. MALAH, MEREKA JUGA MAMPU UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI LAIN DALAM MASA YANG SAMA KERANA TUGASAN ATAU KERJA SUDAH DIBUAT DENGAN BAIK DAN SIAP.

SELAIN ITU, TERAS MOTIVASI YANG KEDUA IALAH GURU PERLU MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BAHAN BANTUAN PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN. BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM KELAS MAMPU MEMBANTU GURU UNTUK MENYAMPAIKAN PENGAJARAN MEREKA DENGAN BERKESAN KEPADA PELAJARNYA. HAL INI KERANA, BAHAN INI MAMPU MEMUDAHKAN PELAJAR UNTUK MEMAHAMI DAN MEMBANTU MEREKA DALAM PENGAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU MEREKA.

 MALAH, PELAJAR JUGA MAMPU MENERIMA PEMBELAJARAN DENGAN CEPAT DAN MEMAHAMI TAKRIF KONSEP YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH GURU MEREKA. ANTARA ALATAN BAHAN BANTUAN DALAM PEMBELAJARAN YANG SERING DIGUNAKAN OLEH GURU IALAH GURU MENGGUNAKAN LCD UNTUK MEMBERI MURID PEMAHAMAN YANG SEBENAR MENGENAI PEMBELAJARAN YANG DIAJAR. TETAPI, GURU JUGA PERLU MENGETAHUI BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN MESTILAH SESUAI DENGAN SUBJEK YANG INGIN DIAJAR SUPAYA OBJEKTIF YANG INGIN DISAMPAIKAN BERKESAN KEPADA PELAJAR YANG MENERIMANYA.

SETERUSNYA IALAH, GURU MESTILAH TIDAK MEMPUNYAI SIKAP PERBANDINGAN DALAM KALANGAN PELAJARNYA ATAU LEBIH TEPAT DIKATAKAN GURU MESTILAH MENGELAKKAN PERBANDINGAN STATUS SOSIAL DALAM KALANGAN MURIDNYA. SEORANG GURU YANG BERKALIBER SELALUNYA BERSIKAP ADIL KEPADA PELAJARNYA KERANA SIKAP INI MERUPAKAN CERMINAN YANG POSITIF KEPADA PELAJARNYA.

SEKIRANYA SEORANG GURU BERSIKAP SAMBIL LEWA DAN HANYA MENUMPUKAN KEPADA PELAJAR YANG BERSTATUS TINGGI SAHAJA, INI AKAN MENYEBABKAN PELAJAR MEREKA YANG BERSTATUS SOSIAL RENDAH AKAN MERASA RENDAH DIRI DAN DIPINGGIRKAN DALAM KELAS. MALAH, MEREKA JUGA TIDAK MAHU MENERUSKAN PEMBELAJARAN MEREKA KERANA MALU DAN TIDAK MEMPUNYAI MINAT. HAL INI MERANGSANG MEREKA SUPAYA TIDAK MAHU MENONJOLKAN DIRI DAN AKAN TERUS MENJADI SEORANG YANG PASIF APABILA BERADA DI DALAM KELAS.

TERAS MOTIVASI YANG TERAKHIR IALAH SEORANG GURU YANG BIJAK AKAN MENGADAKAN PEMBAHARUAN DAN MEMBERIKAN CABARAN KEPADA PELAJARNYA. SEORANG GURU YANG BERKALIBER AKAN MEMBUAT PEMBAHARUAN MELALUI CARA PENGAJARANNYA KERANA PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN AKAN MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK BELAJAR DAN MEREKA JUGA AKAN SERONOK DENGAN AKTIVITI YANG MENCABAR MEREKA KERANA PENGAJARAN BARU YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA AKAN MENAMBAH PEMAHAMAN MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG YANG KREATIF DALAM MELAKUKAN TUGASAN YANG DILAKSANAKAN.

 MALAH, PEMBAHARUAN YANG DIBUAT AKAN MENJADIKAN MEREKA RASA TERCABAR DAN INGIN MENGETAHUI LANGKAH ATAU CARA YANG BETUL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG DIBERIKAN. SEBAGAI CONTOH, GURU MESTILAH MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA PELAJAR DAN MEMINTA PELAJAR UNTUK MENYAMPAIKAN PEMAHAMAN MEREKA MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING.

PEMBERIAN TUGASAN SEPERTI INI MAMPU MEMBERIKAN CABARAN KEPADA MURID UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN MEREKA. MALAH, CARA INI MAMPU MENJADIKAN PELAJAR YANG MAMPU BERFIKIR DI LUAR KOTAK DAN MENEMUI PELAJARAN YANG BARU SEMASA TUGASAN ITU DIPERSEMBAHKAN.

 


 KAEDAH PENDEKATAN UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM DIRI PELAJAR

ANTARA CARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEORANG GURU UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM DIRI PELAJAR MEREKA IALAH DENGAN MEMBERI PELAJAR MEREKA HADIAH BERBENTUK GANJARAN. HAL INI KERANA, MELALUI GANJARAN YANG DIBERIKAN PELAJAR AKAN LEBIH BERMINAT DAN BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PELAJARAN. GANJARAN YANG DIBERIKAN JUGA MESTILAH SETIMPAL DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN TERSEBUT.

APABILA SESEORANG PELAJAR ITU DIBERIKAN GANJARAN, PELAJAR LAIN JUGA AKAN MERASA INGIN GANJARAN ITU DIBERIKAN JUGA KEPADA MEREKA. HAL INI AKAN MENYEBABKAN MEREKA AKAN LEBIH TEKUN DAN SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PEMBELAJARAN DAN BERSAING SECARA SIHAT UNTUK MENCAPAI SEPERTI PELAJAR YANG DIBERIKAN GANJARAN ITU.

SELAIN ITU, CARA MENINGKATKAN  MOTIVASI YANG KEDUA IALAH MURID PERLU TETAPKAN MATLAMAT MEREKA SENDIRI. SEORANG PELAJAR YANG INGIN BERJAYA MESTILAH MEMPUNYAI MATLAMAT MEREKA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK TERLALU MENURUT PERMINTAAN ORANG LAIN KERANA HAL ITU AKAN MENYEBABKAN MEREKA MERASA TIDAK SELESA DAN AKAN KURANG UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA. SELAIN ITU, MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MESTILAH TIDAK MELEBIHI KEMAMPUAN KITA KERANA MATLAMAT YANG MUDAH DAN RINGKAS MAMPU MEMUDAHKAN MURID UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEREKA DENGAN JELAS.

MURID JUGA PERLU MENETAPKAN MATLAMAT DENGAN YAKIN DAN PERLU DILAKUKAN DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI KERANA SASARAN YANG INGIN DICAPAI AKAN MUDAH DIPEROLEH. IBU BAPA MESTILAH MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA MEREKA SUPAYA MEREKA AKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DISASARKAN. IBU BAPA JUGA MESTILAH MENGETAHUI MINAT ANAK MEREKA SUPAYA MEREKA TIDAK MEMAKSA ANAK MEREKA SUPAYA MENGIKUT KEINGINAN MEREKA KERANA HAL INI AKAN MENYEBABKAN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT DAN MALAS UNTUK BERUSAHA.

SETERUSNYA IALAH, SEORANG GURU YANG BAIK DAN HEBAT MESTILAH MENGAMBIL BERAT TENTANG KEPERLUAN ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJARNYA. SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI MASALAH YANG BERBEZA DAN MEREKA JUGA BIASANYA MALU DAN SEGAN UNTUK MEMBERITAHU MASALAH KEPADA GURU MEREKA KERANA TAKUT DIMARAHI.

SEKIRANYA HAL INI BERLAKU, GURU MESTILAH MEMAINKAN PERANANNYA DALAM MENDEKATI PELAJAR YANG BERMASALAH DENGAN PENDEKATAN YANG BERBEZA. MELALUI DENGAN CARA ITU, PELAJAR TIDAK AKAN MERASA MALU DAN MAMPU UNTUK MELUAHKAN MASALAH YANG DIHADAPI TANPA RASA RAGU-RAGU. SEORANG JUGA PERLU MENGAMBIL BERA TENTANG MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJARNYA KERANA TANPA PERHATIAN DARIPADA GURU, MEREKA AKAN MEMBERONTAK DAN BERSIKAP DI LUAR KAWALAN.

CARA LAIN UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM DIRI SEORANG PELAJAR IALAH MELALUI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH GURU MEREKA SENDIRI. PENGLIBATAN MURID AMAT PENTING DALAM AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH GURU KERANA MELALUI PENGLIBATAN INI, GURU MAMPU MELIHAT SEJAUH MANAKAH PELAJAR MEMAHAMI PEMBELAJARAN YANG DIAJARKAN KEPADA MEREKA.

GURU JUGA MAMPU MELIHAT SIKAP DAN PERSONALITI PELAJAR MELALUI PENGLIBATAN PELAJAR ITU SENDIRI. SEKIRANYA PELAJAR TERSEBUT AKTIF DALAM MELIBATKAN DIRI DENGAN SETIAP PERKARA YANG DIANJURKAN, ITU MENUNJUKKAN BAHAWA PELAJAR TERSEBUT BOLEH MENERIMA SETIAP PELAJARAN TERSEBUT DAN MEMAHAMI KONSEP YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU MEREKA.

DI SAMPING ITU IALAH, GURU MESTILAH MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN YANG DIAJAR. MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR BUKANLAH BERMAKSUD GURU TERSEBUT PERLU MENGAMBIL PERANAN DAN BERTINDAK SEBAGAI PENJAGA TERHADAP PELAJAR TERSEBUT TETAPI MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR DI SINI IALAH DALAM MEMASTIKAN MURID MENERIMA INPUT YANG DIBERIKAN BERKESAN DAN DIFAHAMI OLEH PELAJAR TERSEBUT. MALAH, SELURUH PELAJAR DALAM KELAS MAMPU MENERIMA SETIAP BUTIRAN YANG DIJELASKAN KEPADA MEREKA DAN MEREKA TIDAK AKAN MERASA KELIRU DENGAN APA YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH GURU MEREKA.

CARA YANG TERAKHIR UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI IALAH SEORANG GURU MESTILAH MENGELAKKAN DARIPADA MENGENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PELAJARNYA. APABILA SEORANG GURU MENGENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PELAJARNYA, EMOSI MEREKA MENJADI TIDAK STABIL DAN MENGANGGAP BAHAWA GURU MEREKA MEMBENCI MEREKA.

HAL INI AKAN MENYEBABKAN MEREKA AKAN MENJADI SEMAKIN AGRESIF DAN BERTINDAK MENGIKUT KATA HATI. DISEBABKAN PERKARA INILAH YANG MENYEBABKAN KELUARNYA ISU PELAJAR MENGGORES KERETA GURU YANG DIBENCINYA. SEORANG GURU YANG PROFESIONAL AKAN MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN CARA YANG BERHEMAH BUKANNYA TERUS MENGGUNAKAN HUKUMAN SEBAGAI ALAT UNTUK MEMBENTUK PELAJAR.


KAEDAH TERBAIK MEMOTIVASIKAN MURID DALAM KELAS.

ANTARA CARA UNTUK MEMOTIVASIKAN MURID DI DALAM KELAS IALAH DENGAN CARA MENGAMALKAN PENEGUHAN POSITIF DAN PENEGUHAN NEGATIF DI SAMPING MENGHANTAR MURID MENGIKUTI KEM MOTIVASI DI LUAR KELAS. AMALAN PENEGUHAN POSITIF MERUPAKAN SUATU USAHA YANG MENYEDIAKAN PENCETUS YANG TERANCANG DAN SESUAI SERTA MEMUNGKINKAN PENGULANGAN ATAU PENINGKATAN TINGKAH LAKU YANG DIKEHENDAKI YANG LEBIH BAIK.

CONTOHNYA, GURU MEMBERI HADIAH KEPADA MURID YANG TELAH MEMBUAT KERJA DENGAN BAIK. HAL INI BERTUJUAN SUPAYA MURID LAIN CENDERUNG UNTUK MEMBERIKAN HASIL YANG LEBIH BAIK DAN BERKUALITI KEPADA APA YANG DIPELAJARINYA. PENEGUHAN NEGATIF PULA IALAH GURU MENGGUNAKANNYA KETIKA TERDAPAT PERLAKUAN DAN TINDAKAN PELAJAR YANG BERSIFAT NEGATIF.

MENGENAKAN DENDA ATAU HUKUMAN DIGUNA PAKAI OLEH GURU SEKIRANYA PELAJAR TERSEBUT TIDAK MENYIAPKAN KERJA SEKOLAH YANG DIBERIKAN PADA MASA YANG TELAH DITETAPKAN. PENEGUHAN NEGATIF INI BERTUJUAN UNTUK MEMBUATKAN PELAJAR SEDAR AKAN KESILAPAN MEREKA DAN BERAZAM UNTUK MENGUBAH TINGKAH LAKU MEREKA KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

SELAIN ITU, GURU MESTILAH MENGGUNAKAN CARA PENGAJARAN YANG LEBIH MENARIK. CARA PENGAJARAN YANG MENARIK BERMAKSUD PENGAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU MESTILAH BERPUSATKAN KEPADA PELAJAR KERANA PELAJAR YANG MENERIMA INPUT YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU. MALAH, IA JUGA MESTI MELIBATKAN PROSES P&P SUPAYA MURID TIDAK MERASA BOSAN DAN HILANG TUMPUAN.

SEORANG GURU PERLU MENGUASAI DAN MEMPERKASAKAN DIRI DENGAN PELBAGAI ILMU PEDAGOGI SERTA MENGAMALKANNYA DI DALAM KELAS MAHUPUN DI LUAR KELAS. ANTARA CARA YANG PERLU DIGUNAKAN IALAH GURU TIDAK SEMESTINYA MENGGUNAKAN  PENGAJARAN SEHALA TETAPI PENGAJARAN DUA HALA JUGA MAMPU MENARIK MINAT PELAJAR TERBABIT. MALAH, GURU JUGA PERLU MEMBERI PELUANG DAN KEBEBASAN KEPADA PELAJAR UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN SUPAYA MEREKA MERASA DIPERLUKAN DAN MEMPUNYAI FUNGSI.

SETERUSNYA, GURU PERLU BIJAK MENGGUNAKAN PELBAGAI EMOSI UNTUK MERANGSANG PEMBELAJARAN DAN MOTIVASI MURID DI DALAM KELAS. APABILA PELAJAR TIDAK BERMINAT KERANA TIADA SEMANGAT UNTUK BELAJAR, GURU PERLU MEMAINKAN PERANAN DAN BERUPAYA UNTUK MENCERIAKAN KEADAAN DI DALAM KELAS SUPAYA EMOSI DAN SEMANGAT MEREKA HADIR UNTUK TERUSKAN PEMBELAJARAN.

GURU JUGA PERLU MELAKUKAN UNSUR KECINDAN SUPAYA MURID TIDAK MERASA BOSAN DAN MENGANTUK KETIKA GURU SEDANG MENGAJAR. CONTOHNYA, DALAM MATA PELAJARAN SASTERA GURU PERLU BERSYAIR, BERPANTUN, BERGURINDAM DAN SEBAIKNYA UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR. PADA MASA YANG SAMA, PELAJAR DAPAT BERGERAK SECARA AKTIF, TERHIBUR DAN MEMPELAJARI MATA PELAJARAN DENGAN MUDAH.

DI SAMPING ITU, GURU MESTILAH MENGGUNAKAN PENGAJARAN DAN PENERANGAN YANG JELAS KEPADA PELAJARNYA. APABILA SEORANG MURID LEMAH DALAM MEMBUAT TUGASAN DAN TIDAK AKTIF DALAM PENGLIBATAN ADALAH DISEBABKAN MEREKA TIDAK MEMAHAMI APA YANG PERLU MEREKA LAKUKAN.

GURU SEPATUTNYA MELUANGKAN MASA UNTUK MENJELASKAN MENGAPA MEREKA PERLU MENGAJAR SESUATU TOPIK DAN TENTANG KEPENTINGAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. APABILA PELAJAR MENGETAHUI TENTANG OBJEKTIF PEMBELAJARAN, MEREKA AKAN LEBIH BERMINAT UNTUK BELAJAR TETAPI JIKA PELAJAR TIDAK PASTI TENTANG APA YANG DILAKUKAN, MEREKA TIDAK AKAN BERMINAT UNTUK BELAJAR DAN MENDAPAT PRESTASI YANG KURANG BAIK.

CARA TERAKHIR UNTUK MEMOTIVASIKAN MURID DALAM KELAS IALAH GURU PERLU MENERIMA MURID SEADANYA SERTA PRIHATIN TERHADAP MURID. GURU TIDAK BOLEH BERSIKAP PILIH KASIH DAN PERLU MENERIMA MURID YANG TIDAK BIJAK DAN LEMAH DALAM MATA PELAJARAN. APABILA GURU MEMANDANG MURID YANG BERMASALAH DALAM KELAS SEBAGAI MASALAH DAN MENGGANGGU PROSES PEMBELAJARAN, GURU AKAN BERTINDAK MENGHALAU MURID KELUAR KELAS.

KESANNYA, PELAJAR TERSEBUT MERASA DISISIH DAN KECENDERUNGAN MEREKA UNTUK BELAJAR JUGA HILANG SERTA MEREKA JUGA DISISIH DARIPADA PROSES PEMBELAJARAN. GURU YANG MENGHINA MURID YANG LEMAH AKAN MENYEBABKAN MEREKA RUNTUH MINAT UNTUK BELAJAR. GURU SEPATUTNYA MEMBERI KATA PERANGSANG DAN MEMAHAMI KEADAAN MURID YANG BERMASALAH SUPAYA MEREKA AKAN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR.

 


JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,KOLEJ AWAM DAN SWASTA ATAU ORGANISASI YANG INGIN MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209.

KEJAYAAN PELAJAR ADALAH KOMITMEN KAMI

SELAMAT MENGURUSKAN PROGRAM PELAJAR DENGAN CEMERLANG

YANG INGIN MEMBANTU

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN@DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209

PEKERJA KITA PERLU DIMOTIVASIKAN: KENAPA ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM RABU DAN SALAM MOTIVASI

ANDA SEORANG BOS ? ANDA SEORANG PENYELIA? ANDA SEORANG PEKERJA ? JOM KITA PAKAT 2 BACA ATRIKEL TULISAN SAYA NI.

Kebanyakan orang @ bos malu untuk mengakui bahawa ramai pekerjanya yang tidak bermotivasi yang berada di dunia ini. Ianya sama ada mereka telah mencuba buat yang terbaik ataupun mereka tidak mendapatkan sepenuh perhatian dan juga motivasi daripada pengurus untuk meningkatkan motivasi mereka. Ini adalah situasi yang amat berbahaya bagi pengurus dalam menguruskan pekerja-pekerja.

 


Menurut kajian yang dibuat oleh Dale Carnegie, kurang daripada 25% pekerja bukan pengurusan sepenuhnya bermotivasi dan bekerja. Ini jelas merupakan masalah yang mesti ditangani. Sekiranya pekerja merasa tidak ada alasan untuk bekerja keras, mengapa mereka melakukannya? Membuat faktor motivasi yang mudah tetapi berkesan dalam budaya syarikat anda adalah jawapannya. Berikut adalah 5 cara untuk memotivasikan pekerja anda untuk melakukan yang terbaik.

BERIKUT ADA 5 TIPS UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PEKERJA KITA:

1. Tetapkan Matlamat Dan Mengiktiraf Kejayaan

Pekerja anda inginkan cabaran, itu adalah sifat biasa manusia normal. Jika mereka datang setiap hari membuat tugas yang agak berat yang sama untuk dilakukan tanpa tujuan yang dapat diterima, ianya akan menjadikan pekerja itu tidak bermotivasi. Menetapkan matlamat yang betul untuk semua pekerja. Ini amat membantu pekerja-pekerja mencapai matlamat tersebut dan ini akan membantu pengurus agar dapat mengukur prestasi semua pekerja yang datang.

 


Jika pekerja tidak mencapai matlamat yang telah disebutkan oleh majikan, majikan boleh mengenal pasti sama ada mahu melepaskan mereka ataupun meningkatkan lagi motivasi pekerja tersebut agar dapat mencapai matlamat yang dimahukan. Apabila matlamat anda telah tercapai, pastikan anda menyambutnya ataupun memberitahu kepada pekerja-pekerja anda tentang berita gembira ini. Sambutan boleh dibuat dalam bentuk bersederhana juga ianya bergantung kepada anda. Anda boleh mengadakan jamuan ataupun menaikkan gaji mereka, agar mereka lebih bersemangat dalam mencapai matlamat yang seterusnya.

 


2. Memotivasikan Dan Mendengar Pekerja

Salah satu motivasi yang paling besar adalah di mana seorang pengurus mendengar akan rintihan yang diluahkan oleh pekerja anda tentang masalah yang mereka hadapi di tempat kerja mahupun masalah peribadi. Ini tidak bermaksud bahawa setiap permintaan atau keluhan yang diluahkan oleh pekerja anda perlu selesaikan tetapi mendengar apa yang diluahkan oleh pekerja anda adalah motivasi. Kadang-kala pekerja ada idea-dea yang baharu untuk diberitahu, ada kalanya juga idea itu adalah tidak masuk akal tetapi cukuplah setakat mendengar idea & luahan mereka. Sesetengah orang amat menyukai jika ada yang sudi mendengar rintihan mereka dan jika mereka dapat majikan yang tidak mahu mendengar luahan mereka, ini mungkin akan menjejaskan prestasi mereka untuk melakukan pekerjaan dalam mencapai matlamat syarikat.

 


3. Bayaran Gaji Pekerja Yang Setimpal/sepadan

Untuk memastikan pekerja anda dalam tahap terbaik, anda perlulah membayar gaji mereka seperti yang dijanjikan dengan tepat. Ini mungkin mudah bagi sesetengah organisasi untuk melakukan tetapi pastikan mereka tidak ditangguhkan gajinya. Jika prestasi yang ditunjukkan amat memuaskan,berikan mereka sedikit ganjaran bonus. Ini secara langsung akan memberi tahu mereka bahawa mereka dihargai. Sekiranya anda tidak dapat membayar gaji mereka, maka fikirkanlah cara untuk memberikan mereka bonus berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Bonus boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk kewangan mahupun percutian bergaji ianya bergantung kepada organisasi itu sendiri.

 


4. Peduli Akan Masa Hadapan Pekerja

Sebagai seorang pengurus anda perlulah menunjukkan rasa minat dan terlibat dalam menentukan masa depan pekerja anda untuk menaikkan motivasi mereka. Ciptakan peluang bagi pekerja-pekerja anda untuk menaikkan pangkat mereka ataupun membiayai pendidikan untuk mereka sambung ke peringkat lebih tinggi. Pekerja akan rasa lebih bernilai dan dihargai apabila majikan mereka mengambil berat tentang mereka dalam syarikat mahupun dalam kerjaya. Sebagai seorang mentor anda perlulah membina kepercayaan dan motivasi dengan pekerja anda untuk masa hadapan syarikat anda.

 


5. Mewujudkan Suasana Kerja Yang Baik

Pastikan syarikat anda mempunyai suasana kerja yang baik. Jangan hanya memberikan gaji yang banyak dan memberikan kebaikan kepada semua pekerja tetapi anda perlulah memastikan pekerja anda seronok dengan kerja2 yang dibuat. Sekiranya suasana negatif yang terdapat dalam syarikat anda. Anda perlulah memikirkan kenapa pekerja-pekerja anda perlu mencapai matlamat syarikat sedangkan pekerja anda tidak menyukai kerja yang mereka buat? Anda tidak perlu untuk meraikan secara berlebihan ataupun mengadakan meeting hari-hari, cukup sekadar hanya membuat aktiviti berkumpulan seperti makan tengah hari bersama-sama untuk membina semangat berpasukan ini cukup memberikan mereka motivasi.



Untuk memastikan pekerja anda yang bermotivasi untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan adalah kunci bagi perniagaan yang berjaya dan sihat. Terdapat beberapa pekerja yang mungkin akan memerlukan sedikit dorongan dan motivasi untuk bekerja lebih keras dan ada beberapa pekerja yang boleh menyelesaikannya sendiri tetapi pada akhirnya pengurus itu sendiri yang perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan hal mereka


MANA MANA SEKTOR AWAM ATAU KORPORAT YANG INGIN LONJAKKAN POTENSI PEKERJA2 MEREKA MELALUI MODUL `SUPER WORKERS` KENDALIAN TEAM KAMI BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK MENETAPKAN TARIKH,MASA DAN TEMPAT KENDALIAN PROGRAM YER.

INSYAALLAH PIHAK KAMI AKAN BERUSAHA LONJAKKAN POTENSI DAN PRESTASI PEKERJA SYARIKAT ANDA DENGAN SEBAIKNYA.

SEKIAN SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI

YANG BERUSAHA MELONJAKKAN POTENSI PEKERJA


SYEIKH GHANI AL GANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN@DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH
0194741209@019 4001209.

Monday, January 30, 2023

MUKMIN YANG PALING SEMPURNA IMANNYA

 Mukmin Paling Sempurna Iman 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ


Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya." 


(HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih)


Pengajaran:


1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.


2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.


3.  Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.


4.  Lelaki beriman yang terbaik adalah yang paling baik akhlak terhadap isteri mereka.


5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.


6.  Berakhlak baik dan berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ


Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." 

(HR Tirmizi No: 2537)


Jadilah orang yang paling baik akhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.


SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES


SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
0194741209

Sunday, January 29, 2023

MUKMIN YANG SEMPURNA IMANNYA

 Mukmin Paling Sempurna Iman 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ


Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya."

 (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.


2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.



3.  Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.


4.  Lelaki beriman yang terbaik adalah yang paling baik akhlak terhadap isteri mereka.


5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.


6.  Berakhlak baik dan berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ


Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)


Jadilah orang yang paling baik akhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.

JAGALAH IMAN.SEMPURNAKAN AKHLAK.INSYALLAH SYURGA MENANTI


yang mengharapkan redha Allah 


  • Tn Syeikh Ghani Alganuni
  • Motivator/Trainer/Speaker
  • Dinamika Diri Training & Services
  • sg.petani.Kedah
  • 019 4741209

Friday, January 27, 2023

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN DAN LATIHAN ( TRAINING ) DALAM ORGANISASI

 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

Latihan dan pembangunan, mempunyai kedudukan strategik dan ia secara langsung menyumbang kepada matlamat dan objektif perniagaan organisasi. Dalam dunia korporat yang sentiasa berubah dan pantas, latihan dan pembangunan adalah satu fungsi yang amat diperlukan. Latihan dan pembangunan ( TRAINING )adalah salah satu perkara paling bawah dalam senarai keutamaan kebanyakan syarikat. Untuk memenuhi cabaran semasa dan masa depan perniagaan, latihan dan pembangunan dianggap sebagai aktiviti pembelajaran , mulai dari latihan pekerja untuk tugas-tugas mereka.

Selain itu, perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan ufuk perniagaan dan perkhidmatan pelanggan. Apabila ia dianjurkan, ia sering menjadi kegigihan jabatan sumber manusia. Latihan membolehkan pekerja memperoleh kemahiran baru, mengasah kemahiran yang sedia ada, melakukan yang lebih baik, meningkatkan produktiviti dan menjadi pemimpin yang lebih baik.



Walau bagaimanapun, bagi banyak perniagaan, kos latihan dan pembangunan agak mahal. Satu lagi sebab mengapa banyak majikan mengurangkan peluang latihan untuk pekerja mereka adalah kerana menghadiri sesi latihan boleh menangguhkan penyiapan projek kerana pekerja perlu mengambil masa untuk menghadiri program latihan.

Walaupun kekurangan potensi, latihan dan pembangunan dapat memberi pekerja dan syarikat itu faedah secara menyeluruh yang membuatkan masa dan wang dihabiskan untuk pelaburan berbaloi.

Berikut adalah beberapa sebab yang menunjukkan pentingnya latihan dan pembangunan:

Orientasi Pengambilan Pekerja Baru

Latihan adalah sangat penting untuk pekerja baru. Latihan juga penting dalam situasi di mana pekerja diperkenalkan kepada sistem baru dan diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sistem baru. Ini boleh dilakukan oleh seseorang dalam syarikat dan harus berfungsi sebagai platform untuk mendapatkan pekerja baru untuk mempercepat proses kerja di syarikat dan mengekang sebarang jurang kemahiran.


Peningkatan Prestasi

Pekerja yang menerima latihan lebih mampu melaksanakan tugas tugasnya. Latihan memberikan pemahaman yang jelas tentang tanggungjawab mereka terhadap pekerjaan mereka.JIka kelemahan dapat ditangani, prestasi pekerja akan menjadi bertambah baik.

 Latihan dan pembangunan juga dapat meningkatkan kekuatan anda dan membantu memperoleh kemahiran baru. Syarikat juga perlu meneliti keperluan latihan dan pembangunan untuk menyasarkan individu yang relevan. Pekerja yang berwibawa dapat membantu syarikat anda memegang jawatan sebagai pemimpin dan pesaing yang kuat dalam industri.



Peningkatan produktiviti

Dalam landskap yang pesat berkembang, produktiviti bukan hanya bergantung pada pekerja, tetapi juga pada teknologi yang mereka gunakan. Latihan dan pembangunan melancarkan proses dalam memastikan pekerja sentiasa peka dan serba tahu dalam teknologi terkini , menggunakan teknologi yang lebih baik dan membuang teknologi yang sudah lapuk.

Ini membantu menyelesaikan kerja dengan cekap dan dengan cara yang paling produktif. Peningkatan kecekapan dalam pemprosesan akan memastikan kejayaan projek dan seterusnya akan meningkatkan perolehan syarikat dan bahagian pasaran yang berpotensi.


Kepuasan Diri Pekerja

Pelaburan syarikat dalam program latihan menunjukkan syarikat menghargai pekerja. Latihan mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni. Pekerja yang telah mengikuti latihan kurang memerlukan pengawasan dan bimbingan . Latihan dapat meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pekerja dan membolehkan mereka menangani tugas tanpa pengawasan. 

Ini juga membolehkan penyelia dan pengurusan memberi tumpuan kepada lebih banyak perkara yang mendesak. Pekerja yang merasa dihargai dan dicabar melalui peluang latihan mungkin merasa lebih berpuas hati terhadap pekerjaan mereka.



SO,jika ada mana2 organisasi atau syarikat diluar sana yang memerlukan trainer/motivator atau speaker untuk mengendalikan kursus,latihan pembangunan atau training untuk pekerja serta staf mereka,bolehlah hubungi kami di Dinamika Diri Training & Services ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan modul serta tarikh latihan yang dicadangkan.

Kami bersedia memberikan bantuan tenaga pakar untuk menguruskannya.Dengan sedikit pelaburan wang ringgit,hasil yang diharapkan insyaAllah akan dapat digapai.


Kami hargai peluang yang diberi.Kami akan galas dan pikul amanah sebaik mungkin.

Pengalaman selama 30 tahun akan diguna pakai.insyaAllah.amin


"yang bersedia berkhidmat diarena training"


Syeikh Ghani Alganuni

Trainer/Motivator/Speaker

Dinamika Diri Training & Services ( DDTS )

Sg.petani.Kedah

019 4741209

Thursday, January 26, 2023

AKTIVITI TEAM BUILDING AMAT DIPERLUKAN-KITA SEDIA MEMBANTU

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Team Building atau  Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta@ahli pasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan secara bersama.


Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka


Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap orang peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan serta menggerakkan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat  yang telah ditetapkan.



Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan  untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka masuk bekerja nanti.



Program biasanya akan diadakan di luar dari lingkungan kerja, yang dipilih oleh organisasi di tempat mereka berkhidmat. Biasanya memakan masa beberapa hari dan para peserta perlu bermalam di sana dengan melakukan pelbagai aktiviti yang diatur mengikut visi dan misi sesebuah organisasi

Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan kepada organisasi.

Ini juga disebabkan kerana bukan hanya aktiviti indoor sahaja yang terlibat malahan aktiviti outdoor juga dijalankan untuk membawa satu pengalaman baru dalam diri para peserta. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.

Kami bersedia membantu mana2 organisasi untuk melaksanakan Indoor Team Building ( dalam dewan ) atau Outdoor Team Building ( luar dewan ) selama sehari atau 2 hari.Bolehlah contact no hp perkhidmatan kami,jika organisasi anda memerlukan khidmat bakti kami.

Tempat dan masa,pengurusan Organisasi anda yang tentukan.kami bekalkan jurulatih & trainer yang terbaik untuk membantu menggerakkan potensi dan kualiti warga kerja Organisasi anda.

selamat menghadiri team building & sama2 mencipta kejayaan 

'yang sentiasa fit untuk team building'

syeikh ghani alganuni

motivator/speaker/trainer

konsultan jana  insan

sg.petani,kedah

019 4741209

Wednesday, January 25, 2023

LINDUNGI ANAK & ISTERI KITA-MEREKA TANGGUNGAN KITA

 Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ


Daripada ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku ceritakan masalah itu, maka Baginda bersabda: “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada kehadiran anak-anak perempuannya (lalu dia berbuat baik kepada mereka), maka mereka akan menjadi pelindung baginya dari api neraka”. 

(HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan ahli keluarga khususnya anak-anak, termasuk penyediaan makanan, pakaian tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.


2.  Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.



3.  Ibu bapa yang bersusah payah memberikan sesuatu makanan atau menyediakan keperluan seperti pembiayaan pembelajaran dan lain-lain kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.


4.  Berusahalah menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.


SEBARANG JEMPUTAN MENGENDALIKAN BUAL BICARA & TALK BERKAITAN PARENTING SKILLS BOLEH SMS/WHATSAPP KE TALIAN : 019 4741209 


KITA ADALAH PELINDUNG MEREKA


SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG PETANI,KEDAH
019 4741209

Tuesday, January 24, 2023

JADILAH SUAMI MITHALI BUAT PASANGAN ANDA.

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLLAHI WABARAKATUH

PASANGAN KITA ADALAH PENDORONG KITA,TEMAN KITA,RAKAN KITA DAN SEGALANYAN BUAT KITA.JADIKANLAH PASANGAN KITA SEBAGAI MITHALI DALAM KEHIDUPAN.

Jadilah Suami Mithali




عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ


Daripada Al Aswad berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang apa yang dikerjakan Nabi SAW ketika berada di rumah. Maka 'Aisyah pun menjawab, "Baginda selalu membantu keluarganya, jika datang waktu solat maka baginda keluar untuk melaksanakannya (di masjid)." 

(HR Bukhari No: 635) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh apabila berada di rumah dengan membantu kerja-kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak dan lain-lain.


2.  Rasulullah SAW juga tidak mengabaikan ibadat solat fardhu di masjid apabila sampai waktunya di samping peranannya dalam masyarakat.



3.  Pemimpin yang baik ialah yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah,  keluarga (rumah tangga) dan kemudian tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan baik dan sempurna.



4.  Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.



Para suami sewajarnya mencontohi Rasulullah SAW dalam kehidupan berkeluarga dengan membantu urusan harian isteri di rumah dan menjaga kewajipan terhadap Allah seperti solat fardhu yang ditunaikan di masjid.


SUAMI MITHALI DAMBAAN SEMUA ISTERI


SEMOGA MAMPU MENJADI SUAMI MITHALI


TN SYEIKH GHANI AL GANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG PETANI

019 4741209 

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...