FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, February 19, 2023

NILAI MENGHARGAI & DIHARGAI

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA.

MANUSIA yang ada nilai menghargai akan menyayangi apa sahaja yang dimiliki pada kadar yang ada kewajaran untuk melakukan perkara demikian. Namun pada pokoknya jika ada sifat menghargai akan melihat kurniaan Allah SWT dalam kehidupan ini sebagai anugerah yang amat & cukup perlu disyukuri.

 


Hari ini kita lihat ada orang yang menghina dan merendahkan orang lain termasuk dalam media sosial. Itu sebenarnya perlambangan kepada rendah dirinya orang tersebut.  Pernah diceritakan kisah Muhammad bin Bisyr yang pernah berguru dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Sufyan a-Thauri. Setiap kali bertemu dengan salah seorang guru beliau dan bertemu dengan guru yang lain, masing-masing menghargai antara satu sama lain dan meletakkan ulama lain itu tinggi, dipuji dan dihormati.

 

Begitu juga Baginda SAW menunjukkan contoh tauladan yang tinggi dalam menghargai dan memuji orang lain. Baginda bersabda, mafhumnya “Sahabatku ibarat bintang-bintang di langit…”, memberi gelaran “Pedang Allah”, “Singa Allah” kepada sahabat-sahabat Baginda sebagai menghargai mereka. Isterinya Sayyidatina Aisyah RA digelar “Humaira’” . Bahkan Baginda SAW menghargai makluk lain juga seperti binatang-binatang, pedang, dengan memberi nama kepada mereka sebagai menunjukkan penghargaan. Kenapa Nabi SAW mampu memberi penghargaan kepada orang lain? Kerana Baginda SAW sendiri memiliki harga diri yang paling tinggi.



Walaupun Baginda dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti  orang gila, ahli sihir, dan lain-lain namun ia tidak melemahkan Baginda SAW dan tidak menjejaskan sedikit pun peribadi Baginda SAW kerana Baginda SAW menyedari siapa Baginda SAW yang sebenarnya.


Begitu juga kita sebagai seorang pemimpin hendaklah sentiasa menghargai orang bawahan kita dan memberikan pujian dan galakan terhadap mereka. Ada ketikanya orang bukan sahaja tidak menghargai orang bawahannya bahkan pekerjaannya sendiri pun tidak dihargai sedangkan di luar sana ramai orang yang tidak memiliki pekerjaan dan menganggur.



 Misalannya, seseorang yang merasa syukur memperolehi pekerjaan, daripada nilai syukur itulah terbit perasaan menghargai terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Lalu ianya akan membuatkan seseorang itu akan bekerja dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh yang akhirnya menjadikan seseorang itu sangat berdedikasi dan punyai akauntabiliti yang tinggi.

 

Namun, bagi orang-orang yang tidak menghargai pekerjaannya dengan kata lain, kurang nilai syukur terhadap rezeki Allah SWT berikan, tidak akan berusaha untuk memperbaiki mutu pekerjaan, bahkan ada juga yang tidak melaksanakan amanah yang diberikan itu sebaik mungkin. Malah belua tidak akan kalsanakan tugasnya dengan baik.Justeru jika memiliki nilai penghargaan yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diberikan, seseorang mukmin itu akan melaksanakannya secara bersungguh-sungguh.



Begitu juga jika mempunyai nilai penghargaan yang tinggi kepada diri sendiri. Seseorang mukmin akan menjaga kesihatan tubuh badannya untuk mengelak dari sebarang penyakit yang boleh menjejaskan diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Justeru, seseorang mukmin akan menjauhi dirinya dari terjebak dalam sebarang perbuatan yang merosakkan diri sendiri seperti merokok,minum arak & ambil dadah.

 

Namun manusia yang jahil akan ilmu iaitu mempunyai ilmu tetapi tidak beramal juga tergolong sebagai orang-orang yang rugi dan tidak menghargai apa yang dimiliki. Justeru amat penting nilai penghargaan kerana misalannya orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang agamanya, sekiranya mempunyai penghargaan terhadap ilmunya, mereka akan mengamalkan ilmu iltu melalui perbuatan serta menjalankan dakwah melalui ilmu yang dimiliki itu.Sharing Is Caring  AND Caring is Loving.



Ilmu serta kefahaman terhadap ajaran Islam pastinya akan menjadi pendokong terhadap dakwah islam yang murni. Namun jika tidak menghargai ilmu yang dimiliki dengan cara tidak mengamalkannya dalam kehidupan iaitu tidak dapat diteladani atau dimanfaatkan oleh orang lain ianya tidak akan memberi apa-apa erti yang bermakna.

 


Hakikatnya dalam kehidupan ini apa sahaja usaha dan perbuatan baik yang dibuat, jangan sesekali ianya oleh manusia semata, ini kerana semua manusia jika lemah dan tidak sempurna seperti kita. Setiap keringat yang tumpah jangan diharap untuk dinilai oleh manusia, tetapi jika ada yang menghargai ianya bonus bagi kita, namun jika ada yang tidak memuji tidak perlu merasa susah hati, ini kerana penghargaan yang tertinggi untuk direbut manusia adalah penilaian dari Allah SWT.



jika ada mana2 organisasi yang ingin dapatkan khidmat bakti kami dalam ceramah motivasi & latihan utntuk staf serta kakitangan mereka,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan modul,tarikh & tempat yang sesuai untuk dijalankan program.

sekian selamat menghargai diri sendiri & orang lain


Yang sentiasa menghargai insan lain


Tn Abd Ghani Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan & Dinamika Diri Training & Services
Sg.petan,Kedah

019 4741209

Wednesday, February 15, 2023

PEMIMPIN SILIH BERGANTI.YANG MANAKAH PALING BERKUALITI?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

PEMIMPIN NEGARA SERING BERTUKAR.TAHUN LEPAS SAHAJA KITA SUDAH ADA 3 PERDANA MENTERI.KINI PULA KITA MEMPUNYAI PM YANG KE 10 IAITU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG MENERAJUI KERAJAAN PERPADUAN.

SIAPA PUN PEMIMPIN KITA,KITA MESTILAH MENGHARGAI PENGORBANAN DAN JASA BAIK MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGARA.



Kita sering mendengar perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi,masyarakat dan negara bukan? namun siapakah pemimpin itu sebenarnya dan bagaimanakah pemimpin yang menjadi dambaan & pilihan sesebuah organisasi?

 

Seorang pemimpin perlu mempunyai visi dan misi terhadap organisasi yang dipimpin, menyusun strategi terbaik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya tercapai apa dirancang.

 


Organisasi memerlukan pemimpin yang cukup berwibawa untuk membawa anak buah mahupun kumpulan yang dipimpin ke arah kejayaan. Lantas, visi dan misi yang jelas perlu diketengahkan dan dibincangkan bersama ahli organisasi supaya mereka dapat menyumbang ke arah kejayaan organisasi.

 

Kejayaan pula bukan sekadar boleh dipertahankan dalam tempoh singkat, contohnya kurang setahun ataupun lima tahun, sebaliknya perlu bertahan bagi tempoh lebih panjang.




Mencari pemimpin begini amat sukar, terutama dalam situasi penuh dugaan dan mencabar kini baik dari sudut ekonomi, politik, budaya, mahupun pendidikan. Lebih-lebih lagi suasana pandemik Covid 19 kini semakin melangkah ke arah fasa endemik.

 

Keadaan sebegini memerlukan pemimpin yang mampu bukan hanya boleh bertahan, malah mampu membawa kumpulan untuk terus berusaha mencipta kejayaan, walaupun dalam keadaan sukar.




Menurut Teori Kualiti Deming, setiap pemimpin berkualiti tentu akhirnya dapat menghasilkan produk mahupun perkhidmatan terbaik kepada sesebuah organisasi mahupun komuniti .

 

Hanya pemimpin@Ketua yang mempunyai kekuatan tahap pemikiran, sifat keperibadian yang tinggi serta menggalakkan semangat kerjasama, dapat mencapai matlamat dihasratkan. Pemimpin juga mestilah sanggup bersama-sama kumpulan membina kemajuan dirancangatau ditetapkan.

 


Deming atau nama penuhnya William Edwards Deming yang juga seorang tokoh pengurusan berkualiti, turut menyatakan seseorang pemimpin yang bagus dan berkualiti tidak hanya diukur daripada tahap kepintaran , tetapi juga dari sudut pemikiran dan ketulusan hati.

 

Mengimbangkan antara sisi emosi dan logik amat penting bagi membolehkan seseorang menjadi pemimpin berkualiti dan terbaik

 


Dalam keadaan kini, pelbagai kehendak pekerja dan pemegang taruh organisasi perlu diberi pertimbangan wajar, bagi mengelak kecelaruan dan ketidakseimbangan organisasi.

 

Lantas, seorang pemimpin perlu bijak mengharungi suasana begini. Pemegang taruh yang saling bergandingan dalam mencapai matlamat juga sudah pasti 'bonus' dan aset kepada organisasi untuk mencapai kejayaan.

 


Kajian psikologi menyatakan personaliti berkualiti seorang pemimpin memungkinkan produktiviti dalam sesebuah organisasi boleh diperolehi.

 

Jika dalam organisasi sesebuah syarikat berorientasikan keuntungan, sudah pasti yang diharapkan adalah menghasilkan pendapatan tinggi. Ia akhirnya memberikan keuntungan bersih kepada syarikat, begitu juga manfaat dari segi insentif atau bonus kepada kakitangan.

 


Deming turut menggambarkan cara penambahbaikan proses bagi mengatasi masalah sesuatu produk. Ia merangkumi usaha reka bentuk lemah kepada lebih sempurna dan bahan salah kepada yang tepat.

 

Namun, memenuhi kehendak pemegang taruh tidak semudah apa yang difikirkan. Setiap manusia tahap kehendak mereka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut hiraki kehendak diri.

 


Oleh itu, apa yang pasti, kepemimpinan berkualiti adalah yang terbaik bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi untuk menyajikan sesuatu yang terbaik kepada pemegang taruh.


JIKA ADA MANA2 ORGANISASI YANG NAK JEMPUT KUMPULAN KAMI UNTUK MEMBICARAKAN TENTANG KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK MENETAPKAN TARIKH,MASA DAN MODUL YANG SESUAI.

INSYAALLAH KAMI AKAN GERAKKAN POTENSI STAF KEPIMPINAN ANDA DENGAN BAIK DAN TERANCANG.KITA MAMPU MEMBINA PASUAN KEPIMPINAN YANG BAIK LAGI BERPRESTASI TINGGI.


SEKIAN SELAMAT MENGURUSKAN PASUKAN & TEAM YANG BAIK


SALAM PASUKAN TERBAIK DARI TEAM YANG TERBAIK



TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
@DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG PETANI,KEDAH
019 4741209@0194001209 

Monday, February 13, 2023

CUTI SEKOLAH: APA AKTIVITI SESUAI UNTUK ANAK2 KITA

 ALHAMDULILLAH..SEMINGGU LAGI CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN AKAN BERMULA.IBU DAN AYAH MESTI SIBUK & PENING MEMIKIRKAN APAKAH AKTIVITI YANG TERBAIK BUAT ANAK2 KITA

JANGAN PENING KEPALA.BERLAPANG DADA.KITA RANCANG AKTIVITI2 YANG SESUAI DENGAN DIRI KITA.KALAU ADA PELUANG BUATLAH APA YANG SAYA TULIS DAN SAYA RANCANGKAN DISINI YER.INI SEKADAR CADANGAN SAHAJA.JIKA IANYA SESUAI BOLEH TERUSKAN. KALAU TAK SESUAI,BOLEH CUBA AKTIVITI LAIN YANG SESUAI DENGN MASA,

1. MOVIE TIME

Salah satu aktiviti yang menyeronokan dan murah adalah dengan menonton filem bersama anak-anak di rumah. Tak perlu nak beli tiket wayang dan menonton dalam masa yang terhad lagi kerana menonton filem di rumah adalah lebih casual. Bukan itu sahaja, dengan memilih filem yang menjadi kegemaran anak-anak, masa terluang cuti sekolah pun terisi dengan perkara yang menyeronokan. Antara filem yang boleh ditonton adalah Home Alone dan Harry Potter.Bukan setakat Astro,TV 1,TV 2,TV3 kita juga boleh melanggan TV berbayar seperti Nexflix.

 


2.BALIK KAMPUNG JUMPA FAMILI

Menjadi salah satu kemestian apabila tiba musim cuti sekolah adalah balik kampung! Bukan setiap kali hari raya sahaja baru balik kampung tau, cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan nenek dan datuk di kampung. Tidak memerlukan bajet yang banyak dan menyeronokkan, balik kampung sudah pasti akan menjadi salah satu aktiviti pilihan jika anda tidak pergi melancong.

 


 3. AKTIVITI MEWARNA BERSAMA

Baiklah, masih ada masa lagi untuk anda menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Salah satu yang menjadi pilihan idea untuk anda adalah dengan melakukan aktivti mewarna. Memang anak-anak akan suka dengan aktiviti sebegini. Hal ini kerana, ia bukan sahaja dapat memaparkan kreativiti anak-anak, malah aktivti ini dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik dan keluarga. Bersepah sikit tak mengapa, janji seronok kan?



4. AKTIVITI MEMASAK

Memasak juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ‘bajet’ untuk anda luangkan masa bersama anak-anak di rumah. Tak payah pening kepala nak masak apa kerana banyak resipi menarik yang anak-anak akan suka. Barulah aktiviti memasak di rumah tidak menjadi bosan kerana si ibu pasti akan mempunyai banyak pembantu di dapur. Masak pun cepat siap!




5. KAYUH BASIKAL

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti mengayuh basikal juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Ambil masa untuk pergi ke taman permainan atau taman rekreasi dan beriadah di sana. Kalau tidak mahu untuk ke taman rekreasi pun, anda juga boleh melakukan aktiviti mengayuh basikal di kawasan perumahan sahaja. Boleh sambil tegur-tegur jiran



6. AJAK RAKAN-RAKAN ANAK KE RUMAH

Mungkin ada ketikanya yang ibubapa tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan risau mereka akan bosan berada di rumah. Tapi, jangan risau kerana anda boleh mengajak rakan-rakan kepada anak anda untuk meluangkan masa di rumah. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai ‘bonding’ persahabatan yang kuat walaupun tidak berjumpa di sekolah. Tak salah kalau anda sediakan makanan ‘snack’ untuk mereka.



7. MAIN ‘HIDE AND SEEK

Bukan sahaja antara kanak-kanak, permainan hide and seek juga sangat sesuai dimainkan bersama ibubapa. Kalau anda pernah tengok filem Hollywood kan, hide seek memang menjadi pilihan utama ketika bersama keluarga. Permainan yang menyeronokan ini juga dapat meningkatkan kekuatan memori anak-anak dan melatih mereka untuk menjadi lebih peka tau



8. BAWA ANAK KE PASAR

Haa, inilah salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Bukan sahaja dapat membantu si ibu atau ayah membawa barang, anak-anak juga dapat belajar mengenai barang-barang di pasar. Biasalah kalau dah duduk di bandar, kadang-kadang jenis ikan pun tak kenal kan



9. CUCI MATA DI BANDAR/ NAIK PENGANGKUTAN AWAM

Ini adalah salah satu cara ibubapa di negara Barat luangkan masa bersama anak-anak dengan bersiar-siar di bandar menaiki pengangkutan awam. Kita pun boleh ikut cara ini tambah pula dah ada banyak kemudahan awam seperti MRT,LRT,ETS,BUS & MONORAIL kan? Jadi, luangkan masa dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang sedikit adventurous ini. Masing2 dengan satu beg galas dan masing2 ada peta@HP yang siapkan perjalanan punya MAP yer.


 


 

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,SEKTOR KORPORAT,AGENSI SWASTA DAN JABATAN KERAJAAN YANG NAK ANJURKAN PROGRAM TRAINING ATAU MOTIVASI KEKELUARGAAN,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209@019 4001209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,PENGISIAN DAN HARI YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM TERSEBUT.INSYAALLAH,PIHAK KAMI DENGAN TANGAN TERBUKA AKAN BERSEDIA MEMBANTU MELANCARKAN PROGRAM KALIAN.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN,SALAM CUTI BERSAMA KELUARGA


YANG BERSEDIA MEMBANTU
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER.TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
0194741209

Thursday, February 9, 2023

AMAL KEBAIKAN TUNTUTAN AGAMA : JOM KITA KEJAR SYURGA ALLAH

 Amal Kebaikan Dituntut Agama


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا 

 

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: 

Rasulullah SAW telah bersabda: `Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat).

 (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih



Pengajaran Yang Dapat Diambil:


1.  lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak Covid-19 ini.


2.  Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu ingat & sentiasa mengambil perhatian.



3.  Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia insan  berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.


4.  Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;



a.  Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan. 


b.  Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. 


c.  Solat adalah cahaya. 



d.  Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).


e.  Sabar adalah sinaran. (bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar)


f.  Al-Qur’an adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).



5.  Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.


6.  Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

JIKA ADA MANA2 ORGANISASI ATAU AGENSI YANG NAK CARI MOTIVATOR@SPEAKER UNTUK PROGRAM KENDALIAN MEREKA,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209@019 4001209 UNTUK MENETAPKAN TARIKH,MASA DAN MODUL YANG DIPILIH.


KITA AMAT2 MENGALU-ALUKAN JEMPUTAN DARI KALIAN SUPAYA ILMU INI MAMPU KITA SEBAR LUASKAN BUAT SEMUA. AMIN YA RABBAL ALAMIN


  1. YANG BERSEDIA BERKHIDMAT
  2. TN SYEIKH GHANI AL GANUNI
  3. MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
  4. KONSULTAN JANA INSAN
  5. SG.PETANI
  6. 019 4741209@019 4001209

Wednesday, February 8, 2023

BERSIKAP POSITIF DITEMPAT KERJA : BOLEH ATAU TIDAK ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA PEKERJA

WALAU APA PUN KERJA KITA,KITA MESTI TETAP LAKSANAKAN IA SEBAIK MUNGKIN.KERANA IA ADALAH SATU AMANAH TUHAN. TAPI SAMPAI BILA KITA KENA TETAP BERSIKAP POSITIF DITEMPAT KERJA ?

PAKAR MOTIVASI ada berkata,

 

'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.

Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini? Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara. Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang cukup anda suka. 

Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung lagi jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya. Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. 

Bertambah rugi lagi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka sama sekali dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan untuk dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan sekadar cita-cita tetapi adalah merupakan satu tanggungjawab.

 Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda telah memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

 


Berikut ialah lima tips@cara untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja

Tanyalah diri kalian, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah SWT.

Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.

Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.


2. Tanamkan minat dan suka bekerja

Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.

Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.

 


3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri

Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.

 

4. Tekad untuk jadi lebih baik

Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?

Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.

 


5. Bertindak demi kecemerlangan

Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang
baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat

JIKA ADA MANA2 ORGANISASI ATAU AEGNSI YANG MEMERLUKAN MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM KALIAN,BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,MASA DAN TEMPAT PROGRAM

KITA BERSEDIA MENGENDALIKAN PROGRAM ANDA DENGAN MODUL YANG TERBAIK DAN BAYARAN YANG KOMPETETTIF. JANGAN LUPA CALL/SMS/WHATSAPP KE TALIAN 019 4741209@0194001209 UNTUK MENGATUR PERJALANAN PROGRAM ANDA.

SEKIAN,SELAMAT MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

YANG SENTIASA POSITIF

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH

Tuesday, February 7, 2023

MOTIVASIKAN PEKERJA SUPAYA MEREKA SENTIASA `BERMOTIVASI`

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMULILLAH KITA SUDAH PUN MASUK BULAN KEDUA TAHUN BARU 2023.ADAKAH TAHAP MOTIVASI DIRI KITA BERADA DITAHAP YANG SAMA ATAUPUN SUDAH BANYAK PERUBAHAN YANG BERLAKU ?

SETIAP ORANG PEKERJA AMAT MEMERLUKAN SUNTIKAN MOTIVASI.BERIKAN MEREKA PELBAGAI ELEMEN SUNTIKAN MOTIVASI ATAU SERAHKAN KEPADA KAMI UNTUK MEMOTIVASIKAN MEREKA SECUKUPNYA.

Teori & kaedah motivasi pekerja di tempat kerja

Terdapat pelbagai teori dan penyelidikan mengenai motivasi pekerja. Kami akan membincangkan beberapa teori motivasi penting di tempat kerja untuk menerangkan motivasi pekerja.

 

1. Hierarki keperluan Maslow Teori motivasi

Ahli psikologi Abraham Maslow datang dengan teori ini dalam kertas kerjanya yang terkenal pada tahun 1943 'Teori Motivasi Manusia'.

 

Asas teorinya adalah bahawa manusia perlu memenuhi keperluan paling asas mereka sebelum mereka dapat memperoleh motivasi untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.


Hierarkinya mempunyai lima peringkat:

 

Fisiologi :  keperluan asas ini, seperti makanan, air, tidur, dan tempat perlindungan, perlu dipenuhi agar seseorang dapat bertahan.

Keselamatan : keperluan ini membantu orang berasa selamat dan termasuk kesihatan, kebebasan, dan keselamatan peribadi dan kewangan.

Sosial ::  keperluan ini adalah untuk hubungan seperti cinta, persahabatan, hubungan, dan keluarga.

Harga  :  keperluan ini adalah untuk berasa baik tentang diri anda, yakin, dihargai, dan diiktiraf.

Kesedaran diri  :  bahagian atas piramid adalah keperluan untuk menjadi diri anda yang terbaik.

Teori ini masuk akal : jika anda bimbang tentang dari mana makanan anda yang seterusnya datang dan bagaimana anda mampu membelinya, anda tidak akan dapat melakukan banyak pemikiran terkemuka mengenai inisiatif strategik.


Apakah maksud ini untuk motivasi pekerja?

 

Menyokong keperluan pekerja anda di luar kerja adalah penting. Mereka tidak akan mencapai semua yang mereka mahu di tempat kerja jika mereka tidak pasti tentang gaji seterusnya atau diambil dengan kerja harian asas.

 

Inilah sebabnya mengapa banyak syarikat menawarkan faedah seperti kemudahan di lokasi, jadual kerja yang fleksibel, diskaun kemudahan kesihatan dan banyak lagi keistimewaan lain.


Pekerja bukan hanya pekerja - mereka adalah manusia dengan keperluan yang cukup kompleks, dan membantu mereka memenuhi lebih banyak keperluan tersebut dapat membolehkan mereka bersinar ketika mereka berada di tempat kerja dan berkembang maju di luarnya juga. ‍

 

Menurut Teori Maslow, untuk memahami motivasi seseorang di tempat kerja mereka, sesebuah organisasi perlu memahami motivasi umum seseorang terlebih dahulu. Seorang pekerja mula-mula berharap dapat memenuhi keperluan fisiologinya makanan, air, dan tempat tinggal.

 

Apabila ini dipenuhi, dia menggerakkan hierarki untuk memenuhi keperluan keselamatannya, kemudian ke seterusnya, dan sebagainya. Keperluan tertinggi dalam hierarki adalah kesedaran diri yang menggalakkan seseorang untuk menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

 


Seorang pekerja bekerja sehingga hierarki ini dan apabila memenuhi sebarang tahap keperluan, bercita-cita untuk yang seterusnya. Oleh itu, organisasi harus mengenal pasti kedudukan setiap pekerja dalam hierarki keperluan dan memotivasikannya untuk mencapai tahap seterusnya.

 

Motivasi pekerja mengikut teori ini boleh bergantung kepada jenis industri anda, saiz syarikat, peringkat semasa syarikat. Cth. Sebuah syarikat dengan sebahagian besar pekerja kolar putih mempunyai keperluan motivasi yang berbeza berbanding dengan syarikat yang sebahagian besarnya mempunyai pekerja kolar biru.

 JIKA ADA MANA2 ORGANISASI SAMADA AGENSI KERAJAAN,AGENSI SWASTA,SEKTOR IPTA,IPTS,SEKOLAH ATAU AGENSI PERSENDIRIAN YANG INGIN MENGERAKKAN POTENSI PARA PEKERJANYA,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209.KERANA KEJAYAAN ORGANISASI KALIAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA KAMI.

HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 BERCAKAP DENGAN TN SYEIKH GHANI SENDIRI ATAU 019 4001209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG PERKHIDMATAN TRAINING DENGAN PA PN HALIFAH KADRI.

KALIAN BAKAL BANGKIT DENGAN SEMANGAT BARU.INSYAALLAH.AMIN



      • YANG BERSEDIA MEMOTIVASIKAN PEKERJA
      • TN SYIEKH GHANI ALGANUNI
      • MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
      • DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
      • @KONSULTAN JANA INSAN
      • SG.PETANI,KEDAH
      • 019 4741209@019 4001209

Monday, February 6, 2023

HANYA PENGEMBARA DIBUMI SEMENTARA : AKU MOTIVATOR

 Pengembara Yang Merebut Peluang 


عَنْ ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمَنْكِبِي وَقَالَ: "كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّك غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ". وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِك لِمَرَضِك وَمِنْ حَيَاتِك لِمَوْتِك.


Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang kedua bahuku seraya bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara", Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.” 

(HR Bukhari No: 6416) Status: Hadis Sahih )




Pengajaran


1.  Bersegeralah kita mengerjakan pekerjaan yang baik dan memperbanyak ketaatan, tidak lalai dan menunda-nunda untuk beramal kerana kita tidak tahu bila datangnya ajal. 


2.  Gunakanlah segala kesempatan dan peluang melakukan amal soleh sebelum ia hilang berlalu dan kita terlepas peluang. Moga Ramadan tahun ini kita gunakan sebaiknya untuk melipat gandakan amal ibadah kerana kita tak pasti tahun depan bertemu lagi atau tidak.



3.  Jadilah seperti pengembara yang sentiasa menyediakan bekalan untuk memastikan bekalan sepanjang pengembaraan sentiasa mencukupi. Sediakanlah bekalan amal soleh secukupnya untuk bertemu Allah di hari Kiamat. 


4.  Sentiasa berhati-hati terhadap siksaan azab Allah adalah sikap seorang musafir yang sentiasa berwaspada agar tidak tersesat daripada landasan jalan yang benar. 



5.  Berhati-hati dari kawan yang buruk akhlaknya. Jangan kerana terpengaruh dan percaya segala khabar yang disampaikan seperti melalui massage yang ditularkan sehingga menjadi penghalang kita menjadi soleh. 


6.  Pekerjaan di dunia dituntut untuk menjaga jiwa dan mendatangkan manfaat, setiap muslim hendaklah menggunakan kesempatan dan amal di dunia itu untuk tujuan akhirat.



7.  Bersungguh-sungguh menjaga waktu dan mempersiapkan diri untuk kematian dan bersegera bertaubat serta beramal soleh. 



8.  Rasulullah SAW memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, bertujuan agar dia fokus tentang apa yang akan disampaikan. Menunjukkan bahawa seorang pelajar sewajarnya memberi perhatian kepada apa yang akan diajar oleh gurunya agar ia dapat difahami dan diamalkan.

JIKA ADA MANA 2 SEKOLAH,UNIVERSITI,IPTA,IPTS,KOLEJ ,AGENSI SWASTA ATAU SEKTOR KERAJAAN YANG MEMERLUKAN MOTIVATOR@SPEAKER UNTUK PROGRAM YANG DIRANCANG,BOLEHLAH CONTACT NO TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,MASA DAN PENGISAN YANG DIRANCANG YER.

JADILAH PENGEMBARA YANG BERJAYA MENAWAN DUNIA DAN AKHIRAT


SEKIAN 

SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


YANG SEKIAN LAMA MENJADI PENGEMBARA


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
PENGEMBARA MOTIVASI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
109 4741209


Thursday, February 2, 2023

KERJA VS BELAJAR ? MANA LEBIH UTAMA ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


SPM BAKAL MUNCUL TAK BEBERAPA LAMA LAGI.TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI PELAJAR SPM 2022 AKAN MENUDUKI PEPERIKSAAN SPM MEREKA.

RAMAI PELAJAR DIZAMAN SEKARANG YANG LEBIH UTAMAKAN WANG RINGGIT DARIPADA TERUS MENYAMBUNG PELAJARAN.PELBAGAI ALASAN YANG DIBERIKAN.MUNGKIN MEREKA KELUARGA B40 YANG AGAK SUSAH,JADI MEREKA PERLU MEMIKIRKAN BAIK TERUS BEKERJA SELEPAS SPM.

Ramai yang keliru dan pening kepala sama ada hendak sambung belajar atau terus bekerja selepas tamat SPM ataupun Diploma. Sesetengah orang berpendapat lebih baik sambung belajar alasannya masih muda dan mudah menghadam apa yang diajarkan di dalam kuliah & tutorial. Tamat pengajian tangga gaji lebih baik berbandRamai yang keliru dan pening kepala sama ada hendak sambung belajar atau terus bekerja selepas tamat SPM ataupun Diploma. Sesetengah orang berpendapat lebih baik sambung belajar alasannya masih muda dan mudah menghadam apa yang diajarkan di dalam kuliah & tutorial. Tamat pengajian tangga gaji lebih baik berbanding jika hanya ada SPM sahaja.

Walau bagaimanapun, ada segolongan yang lain pula beranggapan lebih baik bekerja dulu dan ambil peluang untuk melatih diri dalam suasana bekerja. Apabila ada rezeki lebih nanti barulah teruskan niat untuk sambung belajar. Anda pula bagaimana?. Lebih suka belajar atau bekerja dahulu?. Apa pun pilihan anda, mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat.  Diakhir perkongsian ini, fikirkanlah sendiri baik dan buruknya.ing jika hanya ada SPM sahaja.



Menimba Pengalaman Sebenar

Ramai di antara pelajar yang beranggapan bahawa apabila mereka menamatkan belajar tidak kira walaupun hanya di peringkat SPM atau diploma, terus bekerja merupakan langkah yang terbaik. Mereka yakin bahawa dengan bekerja mereka mampu menimba pelbagai ilmu yang berguna bukan sahaja terhad hanya di dalam kelas sahaja. Bagi mereka pembelajaran di dalam kelas dan di dunia sebenar itu sangat berbeza.

 

Dengan bekerja juga, mereka percaya bahawa mereka mampu memperoleh banyak pengalaman yang akan membantu diri sendiri dalam  mendapatkan kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan. Golongan ini juga amat yakin bahawa pada hari ini majikan lebih melihat kepada pengalaman kerja berbanding kelulusan semata-mata.


Mengumpul Pendapatan

Antara salah satu sebab mengapa segelintir daripada mereka gemar untuk terus bekerja daripada menyambung pengajian adalah ingin merasa gaji lebih awal berbanding rakan lain yang meneruskan pengajian ke kolej atau universiti. Boleh kumpul wang lebih awal untuk persiapan hari tua, beli rumah, kereta dan sebagainya.

Tambahan pula, pada hari ini gaji seorang yang hanya memegang kelayakan sijil diploma boleh mencecah atau melebihi RM2500 berbekalkan pengalaman yang ada! Siapa yang tidak mahu memilih untuk bekerja berbanding belajar?.

 

Dapat Mengasah Bakat & Kebolehan

Ini juga adalah faktor utama mengapa pelajar lebih berminat untuk terus bekerja berbanding untuk menyambung belajar. Mereka dapat mengasah bakat terpendam tanpa perlu ke kelas atau mengambil peperiksaan di universiti. Mereka dapat terus menjalani latihan praktikal dan mengasah bakat dalam bidang yang minati.


Walau bagaimanapun, niat sambung belajar itu ada cumanya belum masa yang sesuai atau belum timbul lagi kesedaran untuk melanjutkan pengajian. Mungkin apabila ianya diperlukan kelak boleh sambung sebagai pelajar separuh masa PJJ

Peluang Pekerjaan yang BAIK

Bagi sesetengah pelajar mendapatkan kelulusan yang tinggi adalah perkara yang penting dan serius dalam mendapatkan kerjaya yang menjamin masa hadapan. Semakin tinggi kelulusan yang diperolehi semakin mudah untuk mereka mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang bagus dengan tangga gaji yang baik & lumayan. Tetapi, mereka perlu diingatkan bahawa bukan semua graduan mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang agak baik kerana keputusan peperiksaan mereka yang kurang memuaskan atau hanya sekadar ‘lepas pagar’ tidak akan dipandang majikan.


Mudah Dinaikkan Pangkat

Dengan mempunyai kelulusan yang tinggi seperti di peringkat ijazah, master mahupun PhD, golongan yang mementingkan pelajaran ini merasakan kelayakan mereka untuk mendapatkan pangkat atau jawatan dalam sesebuah syarikat/organiasasi adalah lebih terjamin. Semakin tinggi kelayakan yang dimiliki semakin mudahlah untuk mereka mengejar cita-cita yang diinginkan selain kurangnya persaingan dalam mendapatkan pekerjaan tersebut.

Gaji Yang Lebih Lumayan

Seperti mana yang anda sedia maklum, kebiasaannya apabila seseorang individu itu mempunyai kelulusan yang agak baik, pendapatan atau gaji yang diterima juga akan bertambah & meningkat. Selalunya golongan yang mempunyai segulung ijazah ini, majikan telah meletakkan 1 standard gaji tertentu dan jumlah gaji akan semakin meningkat seiring dengan pengalaman yang diperolehi. Tidak perlu bermula daripada bawah seperti mana kelulusan rendah. Walau pengalaman banyak, gaji hanya naik sedikit sahaja.


Jadi kesimpulanya, mana satu yang menjadi pilihan anda?. KERJA atau BELAJAR?. Fikir-fikirkanlah sebaiknya kerana jalan yang anda pilih itu baik atau buruknya anda yang bakal laluannya. Selamat datang ke dunia orang dewasa yang penuh dengan liku-liku kehidupan ini!

JIKA ADA MANA MANA SEKOLAH,IPTA,IPTS,KOLEJ,AGENSI KERAJAAN ATAU SEKTOR SWASTA YANG INGIN JALANKAN PROGRAM MOTIVASI & LATIHAN,BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN HOT LINE KAMI DI 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,HARI DAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM TERSEBUT.

KECEMERLANGAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN KAMI.

SELAMAT MENGURUSKAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN

YANG BERSEDIA MENABUR BAKTI

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER/FASILITATOT
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209

MOTIVASI SPM 5 JAM YANG AWESOME@SMK BANDAR SP

 ALHAMDULILLAH PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS KURNIAAN NIKMAT & REZEKI YANG DIBERIKAN. SEMALAM TANGGAL 16.8.2026,SAYA TELA...