FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, July 9, 2012

PENAWAR TENSION !

Jiwa yang tenang adalah kurniaan Allah SWT. hati yang tenang sering didambakan oleh semua orang.Semua orang inginkan kedamaian.Tapi..tak semestinya apa yang diharapkan akan kita miliki. Panas kepetang yang kita harapkan,rupa-rupanya hujan ditengahari.

Kekadang jiwa kita akan diganggu..seringkali perasaan kita berkecamuk. Pelbagai masalah yang menimpa diri kita. Ketika masalah datang bertimpa-timpa,ketika inilah kita diganggu oleh TENSION...

Semua orang pernah mengalami situasi ini.Bagaimanakah cara yang terbaik untuk menangani masalah TENSION.

Sebagai seorang yang mempunyai iman yang tinggi kita seharusnya berjaya mengawal perasaan kita mengikut gasis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Hadapilah rasa TENSION anda dengan cara sebegini :

1.Bertenang dengan semaksima mungkin
2.Beristighfar sebanyak mungkin
3.Bersegera mengambil wudhuk
4.Bersangka baik pada diri sendiri dan orang disekeliling anda
5.Membaca Al-Quran bagi menenangkan jiwa yang `lara`
6.Menyerahkan masalah pada yang Maha Mendengar
7.Minta nasihat daripada pakar & rakan2 yang boleh `dipercayai`
8.Usah `pendek akal` @ cepat melatah
9.Bertindak secara waras,wajar dan terarah
10.Ingatlah,bukan kita sahaja yang punyai masalah..orang lain pun seperti kita juga...

Amalkan petua dan tips diatas.Semoga anda mampu menguruskan tekanan dan rasa TENSION anda dengan cemerlang.

Hidup anda pasti kembali tenang dan ceria..

Sekian,wassalam

Tn.Abd.Ghani bin Yuso
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

Friday, June 29, 2012

PERSONAL TARGET

SEMUA ORANG ADA `PERSONAL TARGET` ! APAKAH `PERSONAL TARGET` ANDA ?
BAGI SEORANG PELAJAR ,PERSONAL TARGETNYA IALAH SUKSES DALAM EXAM DAN MENCAPAI RESULT YANG CEMERLANG .
BAGI SEORANG PEKERJA,PERSONAL TARGETNYA IALAH NAIK PANGKAT DAN NAIK GAJI !
BAGI SEORANG BOSS,PERSONAL TARGETNYA IALAH KEUNTUNGAN KEPADA SYARIKAT @ ORGANISASI.
BAGI SEORANG ISTERI APAKAH PULA PERSONAL TARGETNYA ?
BAGI SEORANG SUAMI APAKAH PULA PERSONAL TARGETNYA ?
APAPUN PERSONAL TARGET,KITA SUDAH PASTI MENGHARAPKAN KEJAYAAN,KECEMERLANGAN,KEHEBATAN DAN KEUNTUNGAN !
SUDAH PASTI USAHA KEARAH MENCAPAI `PERSONAL TARGET` ITU PERLU DITINGKATKAN !
PASANGLAH ANGAN-ANGAN DAN CITA-CITA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DALAM HIDUP !
PASANG NIAT & WUJUDKAN `PERSONAL TARGET` ANDA DARI SEKARANG !
SEMOGA ANDA BERJAYA MENCAPAI APA YANG ANDA HARAPKAN ....

SEKIAN

SALAM SUKSES 

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN

Wednesday, June 27, 2012


SEJAUHMANA JANJI KITA ?

Semua orang membuat janji ! anak berjanji pada sang ayah dan ibu ..isteri berjanji pada suami ! suamu membuat janji2 manis pada isteri..Bos berjanji nak naikkan pangkat staf bawahannya..Bos berjanji nak naikkan gaji..Bos berjanji nak bagi bonus !
Sejauhmanakah kita menunaikan janji kita ? Ingat,janji kena tepati ! janji kena tunaikan..kalau tidak,kepercayaan orang akan hilang pada kita !

Ini janji saya pada klien dan bakal klien saya :

1. Perkhidmatan yang diberikan mencapai standard yang dikehendaki oleh pelanggan
2. Perkhidmatan Motivasi yang diberikan mampu memuaskan hati klien
3. Perkhidmatan Motivasi & Latihan yang diberikan mampu memberi impak yang maksima buat peserta
4. Memberikan perkhidmatan secara profesional,efisen & terancang
5. Memberikan layanan yang terbaik & CEMERLANG untuk pelanggan
6. Memberikan apa jua perkhidmatan Motivasi kepada pelanggan dengan EFISEN
7. Bayaran yang bakal dikenakan kepada pelanggan adalah cukup `KOMPETETIF` dan `MURAH`
8. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami
9. Bersedia menerima teguran dan kritikan membina demi meningkat KUALITI perkhidmatan kami
10. Sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan sentiasa membuat penambahbaikan demi kepuasan pelanggan.

So, janganlah segan-segan @ teragak-agak menghubungi pihak kami di talian : 019-4741209 @ 04-4246033

Kami bersedia memberikan yang terbaik

wassalam

Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI YANG MURAH,BERKESAN & BERBALOI ...

BILA SEBUT SAHAJA PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI,LATIHAN & KURSUS YANG DIANJURKAN OLEH KONSULTAN-KONSULTAN BERTAULIAH,SUDAH PASTI TERGAMBAR DIFIKIRAN KITA BAHAWA BAYARAN YANG BAKAL DIKENAKAN KEPADA KLIEN ADALAH TERLALU `MAHAL` DAN TAK MAMPU DIBAYAR OLEH ORGANISASI-ORGANISASI KECIL SEPERTI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN & JABATAN KERAJAAN.
HANYA ORGANISASI SWASTA,GLC ATAU BADAN BERKANUN SEPERTI PETRONAS,TELEKOM,TNB,SHELL BERHAD,PLUS SAHAJA YANG MAMPU MEMBAYAR KEPADA KONSULTAN YANG MENETAPKAN BAYARAN YANG MAHAL.

MUNGKIN KONSULTAN-KONSULTAN LAIN `YA ` TETAPI PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI `MODID` KENDALIAN SAYA TIDAK BEGITU. BAYARAN YANG KAMI KENAKAN KEPADA PELANGGAN CUKUP `MURAH` DAN `BERBALOI`.

BUKAN BAYARAN YANG `MAHAL` TARGET KAMI...BAYARAN YANG `MINIMA` DAN `MAMPU BAYAR` KAMI KENAKAN KEPADA PELANGGAN. KAMI LEBIH MENGUTAMAKAN KUALITI DAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.
CUBALAH BUAT PERBANDINGAN DAN RASAILAH SENDIRI KELAINANNYA.

CUBA EXPLORE BLOG http://www.motivasidinamikadiri.blogspot.com @ facebook : SyeikhGhani Al-Ganuni UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG SEGALANYA BERKAITAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI `MODID`...
KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK,INSYA-ALLAH...

KEPADA X-KLIEN KAMI,SEKALUNG PERNGHARGAAN & TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN DIATAS KEPERCAYAAN KEPADA KAMI SELAMA BERBELAS TAHUN DAN KEPADA BAKAL `KLIEN` ,INTAI-INTAILAH KAMI ....TANYA PADA YANG TELAH `MENGENALI`KAMI,SUDAH PASTI KHABAR GEMBIRA BAKAL MENANTI PIHAK TUAN/PUAN...

SEKIAN

`ANDA BERHAK UNTUK CEMERLANG`

SYEIKH GHANI AL-GANUNI
TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
( FOUNDER & CEO MODID )

Tuesday, June 26, 2012

KOMITMEN JITU ?

KOMITMEN ! satu istilah,satu perkataan,satu `NILAI`,satu `HARAPAN` dan satu `PENGHARGAAN`..
Semua orang mengharapkan komitmen ! semua organisasi mengharapkan komitmen dari para pekerja dan ahlinya. Setiap boss mengharapkan komitmen dari setiap pekerjanya !
Jom ..kita pakat check dan nilai tahap komitmen kita terhadap kerja dan tugasan yang kita pikul..Adakah tahap komitmen kita berada pada tahap biasa2 ataupun tahap baik,memuaskan,bagus atau CEMERLANG !
Ayuh..kita semarakkan KUALITI kerja dan berikan KOMITMEN yang jitu pada setiap pekerjaan,tugasan dan amanah yang diberikan kepada kita.Semoga dengan komitmen yang dipersembahkan itu mampu melonjakkan prestasi diri,prestasi keluaran dan prestasi organisasi yang kita wakili.

KOMITMEN pemangkin KUALITI organisasi...


Wednesday, June 20, 2012

MENGAPA `LIAT` UNTUK BERDOA ?

DOA adalah permintaan ! DOA adalah puncak pengharapan kita pada Yang Maha Berkuasa ! DOA adalah adalah senjata umat Islam.DOA adalah suatu bentuk ibadah pada Allah ...Jika kita semua memahami konsep DOA dan memahami peranannya,sudah pasti ramai dari kita takkan lupa untuk berdoa..
Yang menjadi peliknya kenapa ramai daripada umat islam sendiri yang hilang pergantungannya pada Allah Rabbul Jalil..Mereka malas untuk berdoa..Mereka tak yakin pada doa..Mereka tak yakin pada pertolongan Allah SWT..
Umat Islam yang taat dan patuh pada Allah SWT sudah pasti yakin dengan sebenar-benar yakin akan pertolongan Allah SWT..Jadi,mereka takkan lupa untuk berdoa tak kira waktu dan ketika..samada dalam keadaan susah @ senang !
Mulai hari ini tanamkanlah keyakinan yang penuh pada KUASA Allah SWT..Jangan lupa untuk berdoa..jangan takut untuk meletakkan pengharapan pada Allah swt..jangan lupa untuk bermunajat pada Allah swt...mintalah pertolongan dan bantuan Allah swt.
Allah sentiasa mendengar permohonan,permintaan dan rintihan hamba-hambanya..Semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh swt..Insya-Allah...Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, June 18, 2012

DIMANAKAH KUALITI DIRI KITA ?

Semua orang bercakap tentang kualiti ! Semua organisasi utamakan kualiti! Samada jabatan kerajaan,swasta ataupun syarikat persendirian,semuanya FOKUS kepada kualiti .Kualiti yang dimaksudkan meliputi dan merangkumi kualiti pekerja,kualiti perkhidmatan,kualiti output,kualiti input dan kualiti pengurusan.
Dimana kualiti diri anda sebenarnya ? Apapun status kita,KUALITI mesti diutamakan. Jika kalian berstatus pelajar,apakah KUALITI yang ada pada diri anda ? Jika anda berstatus pekerja,tidak kira apa bidang kerja anda samada seorang penjawat awam,swasta atau kerja sendiri, dimanakah BANCHMARK bagi menetukan tahap kualiti diri anda ? Adakah disandarkan pada kualiti kerja,mutu kerja,ketepatan masa,kelancaran tugas,keakuran pada perintah dan undang-undang organisasi ataupun ouput yang dihasilkan oleh diri anda ?
Bermula hari ini,detik ini dan saat ini,maka marilah kita sama-sama menilai sejauhmana tahap KUALITI yang ada pada diri kita bagi memastikan diri kita,organisasi kita dan rakan sekerja kita mampu untuk meberikan yang terbaik pada organisasi dan juga pada pelanggan.
Bagi kita sebagai seorang MUSLIM,juga wajib bagi kita untuk menilai tahap KUALITI diri kita sebagai hamba Allah SWT samada ianya menepati kehendak & banchmark yang ditetapkan oleh Allah swt. Ibadah kita,moral & akhlak kita,personaliti diri kita dan juda perwatakan kita,adakah menepati kehendak syariah yang kita junjung.
Sama-samalah kita menilai diri kita dari hari kesehari secara KONSISTEN bagi memastikan diri sentiasa ada nilai KUALITI !

`TINGKATKAN KUALITI DIRI,ANDA PASTI DIHARGAI`

wassalam

Tuan Syeikh Ghani Al-Ganuni
Trainer/Speaker/Motivator/Senior Lecturer

Thursday, June 14, 2012

Kejar kecemerlangan & buat sehabis baik...Result yang cemerlang akan memungkinkan kita akan menjadi antara calon pekerja yang dipilih.So,kepada pelajar-pelajar di Universiti & IPT ,belajarlah sungguh-sungguh dan buatlah sehabis baik dengan harapan kita akan menjadi `buruan` dan `pilihan` majikan diluar sana yang sekian lama menantikan kehadiran pekerja-pekerja baru yang berkualiti dan ada daya saing..
jangan sekadar belajar `ala kadar`..belajarlah sungguh-sungguh kerana diluar sana ,ramai dari majikan menantikan bakal calon pekerja yang boleh bekerja secara`sungguh-sungguh`dan mampu memberi pulangan kepada organisasi.
Rebutlah peluang untuk cipta kejayaan didalan pelajaran dan juga kerjaya...
Salam Sukses...

MENANGIS ? APA HIKMAHNYA ?

Pernah anda menangis ? Satu soalan yang dianggap janggal ! semua orang pernah menangis ! sejak keluar dari rahim ibu,kita terus menangis ..kalau tak menangis,doktor akan menepuk-nepuk bahagian punggung bayi supaya ia menangis ! menangis tanda kita sihat & normal...
Semua orang pernah dan selalu menangis. menangis rupa-rupanya ada pelbagai hikmah & khasiatnya, Rujuk pada gambar diatas..Sesekali kita perlu menangis. Semoga tangisan kita mampu memberi impak yang baik kepada emosi,perasaan,fizikal dan kesihatan diri kita.So,kenapa malu pada orang lain jika kita tidak dapat kawal perasaan dan berakhir dengan tangisan. Menangislah...semoga jiwa kalian akan tenang selepasnya..

Wednesday, June 13, 2012

MOTIVASI PARA NURSE HOSPITAL KUALA TERENGGANU







Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah kerana memberi kesempatan yang terbaik untuk menabur bakti diBumi Kelahiran,Terengganu Darul Iman. Kali ini ( Tanggal 9.6.2012 - Sabtu ) bertempat di Auditorium Hospital Sultanah NurZahirah,Kuala Terengganu saya berpeluang memberi Ceramah Motivasi Kerjaya kepada hampir 200 Jururawat dari seluruh negeri Terengganu termasuk dari daerah Besut,Dungun,Kemaman,Hulu Terengganu.
2 slot yang diberikan kepada saya telah disempurnakan dengan jayanya. Slot pertama yang berlangusng dari jam 8.45 - 10.45 pagi berkisar tentang : 'Jangan Pandang Belakang' : antara amanah,rezeki & integriti : Sejauhmanakah Profesionalisme Kerja Kita. Manakala slot ke 2 yang berlangsung pada jam 11.15 - 1.15 petang ,pula berkisar aktiviti-aktiviti BUKA MINDA & Himpunan Aktiviti Team Building.
Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat positif dan menarik perhatian para jururawat yang hadir.InsyaAllah,jika ada rezeki,ruang dan peluang saya akan menyampaikan kursus pula untuk jururawat di Hospital Ipoh...amin ya rabbal alamin.
Selamat Maju Jaya buat Para Jururawat & Doktor di seluruh Hospital & Klinik Kesihatan seluruh negeri Terengganu.


JAYA WARIS & MOTIVASI PRA STPM 26

 ALHAMDULILLAH PUJI & SYUKUR DITUJUKAN PADA SANG PENCIPTA KERANA MASIH LAGI SETIA MENGURNIAKAN KESIHATAN & KELAPANGAN PADAKU SEBAGAI...