FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, June 18, 2012

DIMANAKAH KUALITI DIRI KITA ?

Semua orang bercakap tentang kualiti ! Semua organisasi utamakan kualiti! Samada jabatan kerajaan,swasta ataupun syarikat persendirian,semuanya FOKUS kepada kualiti .Kualiti yang dimaksudkan meliputi dan merangkumi kualiti pekerja,kualiti perkhidmatan,kualiti output,kualiti input dan kualiti pengurusan.
Dimana kualiti diri anda sebenarnya ? Apapun status kita,KUALITI mesti diutamakan. Jika kalian berstatus pelajar,apakah KUALITI yang ada pada diri anda ? Jika anda berstatus pekerja,tidak kira apa bidang kerja anda samada seorang penjawat awam,swasta atau kerja sendiri, dimanakah BANCHMARK bagi menetukan tahap kualiti diri anda ? Adakah disandarkan pada kualiti kerja,mutu kerja,ketepatan masa,kelancaran tugas,keakuran pada perintah dan undang-undang organisasi ataupun ouput yang dihasilkan oleh diri anda ?
Bermula hari ini,detik ini dan saat ini,maka marilah kita sama-sama menilai sejauhmana tahap KUALITI yang ada pada diri kita bagi memastikan diri kita,organisasi kita dan rakan sekerja kita mampu untuk meberikan yang terbaik pada organisasi dan juga pada pelanggan.
Bagi kita sebagai seorang MUSLIM,juga wajib bagi kita untuk menilai tahap KUALITI diri kita sebagai hamba Allah SWT samada ianya menepati kehendak & banchmark yang ditetapkan oleh Allah swt. Ibadah kita,moral & akhlak kita,personaliti diri kita dan juda perwatakan kita,adakah menepati kehendak syariah yang kita junjung.
Sama-samalah kita menilai diri kita dari hari kesehari secara KONSISTEN bagi memastikan diri sentiasa ada nilai KUALITI !

`TINGKATKAN KUALITI DIRI,ANDA PASTI DIHARGAI`

wassalam

Tuan Syeikh Ghani Al-Ganuni
Trainer/Speaker/Motivator/Senior Lecturer

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...