FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, November 22, 2011

MODUL `INDOOR TEAM BUILDING` YANG `MENGGAMATKAN`





PROGRAM `PEMBINAAN KUMPULAN` @ TEAM BUILDING ADALAH SATU MODUL YANG CUKUP PENTING BAGI SESEBUAH ORGANISASI.IANYA BERTUJUAN MERAPATKAN HUBUNGAN DIANTARA AHLI ORGANISASI DISAMPING MEMBINA SATU GABUNGAN TENAGA KERJA YANG HEBAT,BERKEYAKINAN TINGGI DAN MAMPU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI YANG DIWAKILI.

ANTARA MODUL TEAM BUILDING YANG PIHAK KONSULTAN JANA INSAN SEDIAKAN MERANGKUMI :
1- KORPORAT TEAM BUILDING
2- LEADERSHIP TEAM BUILDING
3- BUSINESS TEAM BUILDING
4- TEAM WORK SPIRIT
5- SPORT TEAM BUILDING

AKTIVITI - AKTIVITI AKAN YANG DIJALANKAN CUKUP MENARIK,SERONOK DAN `MENGGAMATKAN` ANTARANYA :
1- AKTIVITI `PEJAM MATAMU`
2-TITIAN HARAPAN / MENITI TITIAN USANG
3-`KUTAHUKAUTAHU`
4-SPIDER WEBS
5-KAKIKUKUAT
6-SNOOKER SKILLS
7-KITA SERUPA
8-TEGAKKAN PAKSI KITA
9- BALLOON BUST
10-CATERPILLAR BALLOON
11-MENARA KEMBAR PETRONAS
12- F1 TEAM SPIRIT
13- OFFICE IMPIAN KITA
14- `HEADWIND`
15- BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG

SEBENARNYA BANYAK LAGI AKTIVITI2 YANG MENARIK MENANTI ANDA DAN AHLI ORGANISASI ANDA...

HUBUNGILAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEMBINA KUMPULAN ANDA YANG CUKUP DINAMIK DAN CEMERLANG...

YES..ANDA PASTI HEBAT..

Monday, November 21, 2011

BERSAMA TUAN PENGARAH JBS KEDAH YANG `COOL` & SPORTING




TEAM BUILDING WARGA JBS KEDAH @ JEREJAK RAINFOREST RESORT








Alhamdulillah..perjalananku ke Jerejak Raonforest Resort berjalan lancar. Mula menaiki bot dari jeti jam 1.10 petang dan sampai ke jeti Pulau Jerejak pada jam 1.45 petang. Disambut oleh pegawai JBS Kedah,Pn Salwa Senawi selaku Urusetia dan terus dibawa ke Dewan makan untuk menikmati Lunch ( enak ) dan selesai lunch terus menunaikan solat Zohor di Surau Resort pada jam 2.15 .
Jam 2.20 terus bergerak ke Chempaka Ballroom untuk handle Program @ Kursus Team Building para pegawai JBS Kedah. Alhamdulillah,selama 3 jam 1/2 pelbagai aktiviti dan program telah dipersembahkan pada peserta2 kursus. Sambutan yang diberikan cukup `hebat`, `sporting` dan `supportive` . Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Tn Hj Aziz sendiri cukup sporting dan supportive .Selama hampir 4 jam bersama peserta, terlalu cepat dirasakan masa berlalu kerana daripada 15 aktiviti yang ingin disampaikan,cuma 5 aktiviti sahaja sempat dilaksanakan.
Terasa berat untuk meninggalkan para peserta kursus yang masih lagi belum puas untuk mendengar celoteh,gurauan,lawak spontan dan kata2 hikmat dariku. Semoga apa yang disampaikan mampu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Jam 6.00 petang aku terpaksa bergegas ke Jeti Jerejak Rainforest Resort kerana bot untuk keseberang sedang menunggu. Aku diiringi oleh Tn Pengarah sendiri keJeti bersama-sama dengan   6 orang pegawai lain yang sudi membawa segala beg & alatan yang telah ku bawa naik ke bot.Semoga kita dapat berjumpa dilain hari,dilain tempat dan dilain kursus. Semoga Sukses selamanya.

PROGRAM PENYEGARAN JATI DIRI BELIA DAERAH JAWI PENANG




FORUM KESUKARELAWAN BELIA PENANG








Alhamdulillah..Program Training & Motivasi terus bergerak lancar. Tanggal 12.11.2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi,berlangsung satu Forum Kesukarelawanan Belia Penang. Saya juga telah dipilih sebagai salah seorang ahli panel Forum dalam program tersebut bersama-sama dengan  orang kuat GPMS Penang . Alhamdulillah , program berjalan dengan lancar.

Sunday, October 30, 2011

BICARA SANTAI BERSAMA BELIA SEBERANG JAYA PART 3










Alhamdulillah,puji dan syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi aku diberi penghormatan untuk mengendalikan satu Sesi Bual Bicara Santai bersama Himpunan Belia Seberang Jaya,Pulau Pinang pada tanggal 29.10.2011 jam 8.45 malam.

Sebenarnya berat untuk saya menerima jemputan tersebut memandangkan saya sudah bersedia mental & fizikal untuk turut sama merasai kehangatan final Bolasepak Piala Malaysia diantara Pasukan negeri kelahiranku Terengganu yang menentang skuad Rusa ( Negeri 9 ) pada malam tersebut.

Namun pelawaan,ajakan dan pujukan daripada pihak JBS Pulau Pinang tidak mampu saya tolak kerana saya adalah satu-satunya speaker harapan mereka terutama disaat-saat akhir program yang dijalankan secara ad-hoc tersebut itu.

Demi untuk tidak menghampakan harapan pihak JBS terutama Tuan Ferdaus Osman,pegawai Strategik yang sentiasa menghubungi saya, maka saya dengan hati terbuka dan berlapang dada menerima pelawaan tersebut. Alhamdulillah, program tersebut telah berjaya dilaksanakan,walaupun sedikit lewat dimulakan.

Program berakhir pada jam 11.30 malam. Alhamdulillah,para audiens yang hadir nampaknya tertarik dan terhibur dengan style penyampaianku,termasuklah Adun Seberang Jaya ( Datuk Arif Shah Omar Shah ) yang telah berkenan merasmikan Program Bual Bicara tersebut.

Semoga perkongsian ilmu ini bakal menggerakkan lagi minda dan jati-diri belia Pulau Pinang pada masa-masa akan datang. ingatlah,sesungguhnya nikmat kemerdekaan itu terlalu besar dan bererti buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Semoga dilain hari,lain masa dan lain tahun kita dapat bekerjasama lagi,Insya-Allah.amin

Yang Ikhlas

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
31.10.2011

Sunday, October 23, 2011

BICARA SANTAI BERSAMA BELIA PULAU PINANG & GPMS PENANG












Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya ,sekali lagi diriku diberi kesempatan & peluang oleh Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan kerjasama pihak GPMS Cawangan Pulau Pinang untuk menyampaikan Ceramah kepada hampir 150 orang peserta yang terdiri dari bebarap cabang belia dan juga wakil pelajar2 USM.. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal tarikh 23.10.2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Perkampungan Kastam di Gelugor,Penang.

Terimakasih diucapkan kepada pihak JBS Pulau Pinang & GPMS atas jemputan tersebut. Ada masa kita boleh bekerjasama lagi pada masa-masa yang akan datang, insya-Allah.


Sekian, Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd. Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.D.Aman

SPM KIAN DEKAT. MOTIVASI DINAMIKA DIRI SEDIA TERIMA TAWARAN

  Pelan Strategi 40 hari Menjelang SPM 3K: Kemahuan, Kesungguhan, Konsisten Teknik ulang kaji aktif Latihan soalan & buku kesilapan Tekn...