Alhamdulillah,puji dan syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi aku diberi penghormatan untuk mengendalikan satu Sesi Bual Bicara Santai bersama Himpunan Belia Seberang Jaya,Pulau Pinang pada tanggal 29.10.2011 jam 8.45 malam.
Sebenarnya berat untuk saya menerima jemputan tersebut memandangkan saya sudah bersedia mental & fizikal untuk turut sama merasai kehangatan final Bolasepak Piala Malaysia diantara Pasukan negeri kelahiranku Terengganu yang menentang skuad Rusa ( Negeri 9 ) pada malam tersebut.
Namun pelawaan,ajakan dan pujukan daripada pihak JBS Pulau Pinang tidak mampu saya tolak kerana saya adalah satu-satunya speaker harapan mereka terutama disaat-saat akhir program yang dijalankan secara ad-hoc tersebut itu.
Demi untuk tidak menghampakan harapan pihak JBS terutama Tuan Ferdaus Osman,pegawai Strategik yang sentiasa menghubungi saya, maka saya dengan hati terbuka dan berlapang dada menerima pelawaan tersebut. Alhamdulillah, program tersebut telah berjaya dilaksanakan,walaupun sedikit lewat dimulakan.
Program berakhir pada jam 11.30 malam. Alhamdulillah,para audiens yang hadir nampaknya tertarik dan terhibur dengan style penyampaianku,termasuklah Adun Seberang Jaya ( Datuk Arif Shah Omar Shah ) yang telah berkenan merasmikan Program Bual Bicara tersebut.
Semoga perkongsian ilmu ini bakal menggerakkan lagi minda dan jati-diri belia Pulau Pinang pada masa-masa akan datang. ingatlah,sesungguhnya nikmat kemerdekaan itu terlalu besar dan bererti buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Semoga dilain hari,lain masa dan lain tahun kita dapat bekerjasama lagi,Insya-Allah.amin
Yang Ikhlas
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
31.10.2011
No comments:
Post a Comment