Alhamdulillah..perjalananku ke Jerejak Raonforest Resort berjalan lancar. Mula menaiki bot dari jeti jam 1.10 petang dan sampai ke jeti Pulau Jerejak pada jam 1.45 petang. Disambut oleh pegawai JBS Kedah,Pn Salwa Senawi selaku Urusetia dan terus dibawa ke Dewan makan untuk menikmati Lunch ( enak ) dan selesai lunch terus menunaikan solat Zohor di Surau Resort pada jam 2.15 .
Jam 2.20 terus bergerak ke Chempaka Ballroom untuk handle Program @ Kursus Team Building para pegawai JBS Kedah. Alhamdulillah,selama 3 jam 1/2 pelbagai aktiviti dan program telah dipersembahkan pada peserta2 kursus. Sambutan yang diberikan cukup `hebat`, `sporting` dan `supportive` . Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Tn Hj Aziz sendiri cukup sporting dan supportive .Selama hampir 4 jam bersama peserta, terlalu cepat dirasakan masa berlalu kerana daripada 15 aktiviti yang ingin disampaikan,cuma 5 aktiviti sahaja sempat dilaksanakan.
Terasa berat untuk meninggalkan para peserta kursus yang masih lagi belum puas untuk mendengar celoteh,gurauan,lawak spontan dan kata2 hikmat dariku. Semoga apa yang disampaikan mampu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Jam 6.00 petang aku terpaksa bergegas ke Jeti Jerejak Rainforest Resort kerana bot untuk keseberang sedang menunggu. Aku diiringi oleh Tn Pengarah sendiri keJeti bersama-sama dengan 6 orang pegawai lain yang sudi membawa segala beg & alatan yang telah ku bawa naik ke bot.Semoga kita dapat berjumpa dilain hari,dilain tempat dan dilain kursus. Semoga Sukses selamanya.
No comments:
Post a Comment