FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, December 15, 2022

MOTIVASI DIRI DISAAT KITA JATUH

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA.SALAM SAYYIDUL AYYAM PENGHULU SEGALA HARI BUAT SEMUA KENALAN DAN RAKAN2 PEMBACA BLOG MOTIVASI SAYA NI YER.

HARI INI TIADA KELAS DAN TIADA PERJUMPAAN DENGAN STUDENT.SO,SAYA AMBIL KESEMPATAN INIUNTUK MENULIS SEDIKIT BICARA TENTANG `MOTIVASI DIRI` DISAAT KITA JATUH MERUDUM SAMADA DIKECEWAKAN,BISNES GAGAL,PERCINTAAN TERHALANG ATAU KERJA YANG TAK KESAMPAIAN.


JIKA HARI INI KITA MENGALAMI KEGAGALAN,JANGAN ANGGAP IA SUATU YANG KEKAL ABADI HINGGAKAN TIADA HARAPAN UNTUK PULIH.BUANG SIKAP NEGATIF BEGITU.KITA MESTI INGAT SEGALA UJIAN YANG ALLAH TURUNKAN ITU ADALAH TANDA KASIH SAYANG DIA PADA KITA.

JANGAN PERNAH JEMU UNTUK BANGKIT KEMBALI.JANGAN PERNAH JEMU UNTUK PULIHKAN KEMBALI SEMANGAT YANG TELAH LUNTUR.INGAT! UJIAN YANG ALLAH TIMPAKAN KEPADA KITA ADALAH SATU PETANDA BAHAWA DIRI KITA SEDANG DIUJI UNTUK MENANGKAT MARTABAT DIRI KITA SEBAIKNYA.

ALLAH TELAH MERENCANAKAN SESUATU YANG TERBAIK BUAT KITA.ALLAH NAK HADIRKAN KEGEMBIRAAN YANG LAIN BUAT KITA SELEPAS HILANGNYA DUKA DAN KECEWA YANG KITA LALUI TERSEBUT.


KITA MASIH DALAM PROSES HIDUP YANG PANJANG.BANYAK LAGI HALANGAN2 YANG LAIN SEDANG MENANTI.SETAKAT UJIAN YANG KECIL INI KITA MESTI HADAPINYA DENGAN CEKAL,BERANI DAN CUKUP AMPUH.

BINA UPAYA DIRI.BACA KISAH KEGAGALAN INSAN LAIN.SELAMI KISAH HIDUP SERTA KEPAYAHAN INSAN OKU DALAM MENITI HIDUP.TENGOK BAGAIMANA ORANG KURANG UPAYA MAMPU MENERUSKAN HIDUP SEKALIPUN PAYAH.TIADA ISTILAH GAGAL DAN KECEWA DALAM HIDUP MEREKA SEKALIPUN TANGISAN TAKKAN LUPUT DARI DIRI MEREKA.


JIKA PUTUS CINTA,JANGAN KECEWA.CINTA ITU DATANG DAN PERGI.PENGGANTI LAIN YANG LEBIH SETIA PASTI TIBA.JIKA BISNES GAGAL.IA BUKANLAH SUATU YANG KEKAL.HIDUP KITA INI SATU KITARAN.INSYAALLAH AKAN BERPATAH BALIK KEJAYAAN KEPADA KITA JIKA USAHA DAN TENAGA KITA DAPAT TINGKATKAN.

PERCAYALAH.ALLAH AKAN BERIKAN KEJAYAAN KEPADA ORANG2 YANG CEKAL DAN MAMPU BANGKIT DALAM KEADAAN KECEWA SEKALIPUN PAYAH.TIADA KEGAGALAN YANG KEKAL.IA HANYALAH SUATU KEMENANGAN DAN KEJAYAAN YANG TERTANGGUH.


ATUR SEMULA CORAK DAN STAIL KEHIDUPAN KITA.USAH LAGI TERIKAT DENGAN KISAH SILAM.RENUNG DAN TINJAU PELUANG2 YANG ADA.BANGKIT SEGERA DAN BINA SEMULA UPAYA DIRI UNTUK GAPAI SUKSES. 

SUKSES AKAN HADIR MENERPA HIDUP ORANG YANG HEBAT LAGI CEMERLANG.KITA PELAJARI CORAK HIDUP INSAN2 YANG BERJAYA DILUAR SANA.INSPIRASIKAN HIDUP KITA DENGAN KEJAYAAN INSAN LAIN YANG HEBAT2.

SEMATKAN DALAM DIRI KITA SIKAP2 POSITIF YANG MELINGKARI HIDUP INSAN2 YANG BERJAYA.CONTOHI HIDUP MEREKA DAN AMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.TERUS BERUSAHA,BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH YANG SETIA MEMBANTU KITA.INSYAALLAH.AMIN

SEMOGA CATATAN INI MAMPU MEMBERI SEDIKIT INPUT ATAU KESAN POSITIF BUAT KALIAN SEMUA.SELAMAT MENGUBAH PERSEPSI DIRI DAN CUBA SEDAYA UPAYA DIRI UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN AGAR LEBIH HEBAT DARI TAHUN2 SEBELUMNYA.

SEKIAN, SALAM MOTIVASI DIRI

BANGKIT BERJAYA

YANG MENGHARAP

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

019 4741209

GREAT LEADERSHIP@KEPIMPINAN TERULUNG

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA

ALHAMDULILLAH,KITA DAH PUN MENERIMA PM KITA YANG BARU IAITU PM KE 10,DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.LUPA SEKETIKA KEMELUT PASCA PRU 15 YANG LALU BILA YDP AGONG MENGUMUMKAN PM KE 10,KERAJAAN PERPADUAN.

IA SECARA LANGSUNG BERKAIT RAPAT DENGAN ISU LEADERSHIP@KEPIMPINAN.BAGAIMANA KITA NAK WUJUDKAN KEPIMPINAN YANG AGUNG DAN HEBAT SEPERTIMANA KERAJAAN TERDAHULU.

KERAJAAN YANG HEBAT ATAU KEPIMPINAN YANG AGUNG ADALAH KEPIMPINAN YANG BERTERASKAN KEADILAN,KESAMARATAAN DAN KETELUSAN SERTA KETULUSAN HATI BUDI @PERIBADI PEMIMPIN TERSEBUT.

SEBENARNYA KEPIMPINAN BUKAN BERCERITA TENTANG KEDUDUKAN ATAU KUASA.IA BERKAIT RAPAT DENGAN TINDAKAN ATAU PELAKSANAAN . TIADA GUNANYA PUNYAI KUASA DAN KEDUDUKAN TETAPI KEDUDUKAN ITU MEMBAWA REBAH & KEJATUHAN KERAJAAN.

KEPIMPINAN IALAH PENGARUH UNTUK MERUBAH KEDAAN YANG KURANG BAIK MENJADI LEBIH BAIK.KEPIMPINAN IALAH TINDAKAN YANG DIBUAT MERUBAH KEBOBROKAN MENJADI LEBIHAN & KEBAIKAN.

KEPIMPINAN WAJAR DISITILAHKAN

KEMAMPUAN UNTUK MELONJAKKAN POTENSI SERTA PRESTASI KERAJAAN KEARAH YANG LEBIH MAJU,BERDAYA SAING DAN MELONJAKKAN KEADAAN EKONOMI SERTA FIZIKAL NEGARA.

SEPERTIMANA SU KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT BERKATA,KEPIMPINAN ADALAH PENYELESAIAN MASALAH .BANYAK PERKARA YANG WAJAR SERTA PERLU DISELESAIKAN OLEH PEMIMPIN KITA.

DIMALAYSIA,ANTARA PERKARA YANG WAJAR DISELESAIKAN IALAH :

1-PERPADUAN KAUM YANG KIAN RUNCING

2-KENAIKAN HARGA BARANG

3-ISU GAJI YANG RENDAH & KECIL

4- ISU KETIADAAN BARANG KEPERLUAN ASAS

5-ISU SALAH LAKU PEMIMPIN( RASUAH & KREDIBILITI)

6- ISU TARIF ELEKTRIK YANG TINGGI

7-ISU HARGA RUMAH YANG KIAN MENINGKAT

8-ISU KADAR MATAWANG RM YANG KIAN MENURUN BERBANDING DOLLAR US

SEBENARNYA BANYAK LAGI PERKARA2 [PENTING YANG PERLU DISELESAIKAN OLEH PEMIMPIN NEGARA KITA.BUKAN SETAKAT OMONGAN KOSONG DAN RETORIK SEMATA-MATA.


PEMIMPIN YANG HEBAT IALAH YANG MAMPU BERGERAK SEORANG BILA BERHADAPAN MASALAH.MAMPU MELONJAKKAN KEPUTUSAN YANG BAIK SECARA BERSEORANGAN.

SO,JIKA NAK JADI PEMIMPIN YANG HEBAT,SEMUA DISIPLIN DAN KEPERLUAN DIATAS WAJAR DIMILIKI DENGAN SEPENUH HATI DAN JIWA.

SEKIAN,SELAMAT MEMIMPIN NEGARA KEARAH KEBAIKAN.WASSALAM


YANG MENGHARAPKAN KEAJAIBAN

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

TRAINER/MOTIVATOR/SPEAKER

KONSULTAN JANA INSAN

0194741209

Tuesday, December 6, 2022

CUTI SEKOLAH DATANG KEMBALI.APA RANCANGAN ANDA?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABARAKATUH

ALHAMDULILLAH,SESI PERSEKOLAHAN SESI 2022 DAH HAMPIR KEPENGHUJUNGNYA.MINGGU DEPAN DAH NAK MASUK CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN.SUDAH PASTI YANG SERONOKNYA ANAK2 KITA YANG BERADA DIBANGKU SEKOLAH.MAKLUMLAH.INILAH WAKTU TERBAIK UNTUK MEREKA REHATKAN MINDA & FIZIKAL DIHUJUNG TAHUN.

YANG PENINGNYA ADALAH IBU DAN AYAH MEREKA.SUDAH PASTI PARENTS TAK TERKECUALI SIBUK MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK MEMENUHI PENGISIAN CUTI ANAK2 TERSEBUT.

BAGI YANG PUNYAI DUIT YANG BANYAK,SUDAH PASTI LOKASI & CARA PERCUTIANNYA AGAK MEWAH DAN BERBALOI2 BUAT ANAK2.SUDAH PASTI LOKASI PERCUTIANNYA IALAH DITEMPAT2 YANG BEST LAGI MENDAMAIKAN AKAN MENJADI PILIHAN SAMADA LUAR NEGARA ATAUPUN DALAM NEGARA.


ANTARA AKTIVITI2 YANG BERFAEDAH BOLEH DILAKUKAN ANAK2 KITA DISEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN NI IALAH :

1-MELANCONG ( BAGAI DIKATA KAT ATAS -ITUPUN KALAU RM NYA KUKUH )

2- BERGOTONG ROYONG BERSIHKAN RUMAH

3-SERTAI KEM2 MOTIVASI YANG DIANJURKAN OLEH SWASTA/SEKOLAH

4-ULANGKAJI PELAJARAN BAGI YANG NAK AMBIL EXAM BESAR SPT SPM

5-MENZIARAHI SAUDARA MARA KAT KAMPUNG

6-BERSUKAN & AKTIVITI FAMILY BONDING

7-BUAT HARI KELUARGA DITEMPAT2 RIADAH & REAKREASI


SUDAH PASTI YANG MENJADI PILIHAN ANAK2 PELAJAR KITA IALAH TEMPAT2 REAKREASI SEPERTI TEPI PANTAI,PULAU LANGKAWI,ATAU TEMPAT2 RIADAH SEPERTI ICE SKATING KAT IOI MALL KE?

APA PUN YANG DIPILIH,BIARLAH AKTIVITI YANG KITA BUAT ITU SESUATU YANG BERBALOI DAN SESUAI DENGAN KEMAMPUAN WANG RINGGIT KITA.JANGAN SAMPAI POKET IBU AYAH KOYAK SUDAH LAH YER. SEMOGA AKTIVITI YANG DIPILIH NANTI MAMPU MEMBERIKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT ANAK2 KITA.


SEMPURNAKANLAH HARI2 PERCUTIAN ANAK2 KITA DENGAN SESUATU YANG BERFAEDAH DAN BERMANFAAT BUAT MEREKA. AJAKLAH KETEMPAT2 YANG SEJUK & TINGGI MACAM DICAMERON HIGHLAND,GENTING HIGHLAND  ATAU PULAU2 YANG BEBAS MONSUN SEPERTI PULAU PANGKOR ATAU PULAU LANGKAWI.INSYAALLAH,JIWA ANAK2 KITA AKAN SERONOK DAN TERUJA.

ATURKAN JADUAL AKTIVITI ANAK2 KITA SECARA TERANCANG DAN TERJADUAL BAGI MENYESUAIKAN WAKTU FREE@LAPANG KITA.SEDIAKAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG SEWAJARNYA KALAU MAMPU. JIKA TAK MAMPU HADIRKAN PERCUTIAN MEWAH,CUKUPLAH SEKADAR ADA PENGISIAN YANG SESUAI UNTUK ANAK2 KITA.JANJI HIDUP MEREKA TERISI DAN MASA LAPANG MEREKA DIPENUHI DENGAN AKTIVITI2 YANG BERMANFAAT.


SEMOGA PERCUTIAN ANAK2 KITA TERISI DENGAN AKTIVITI YANG MENARIK DAN MAMPU MEMBANGUNKAN POTENSI MEREKA. HADIRKANLAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT MEREKA. BIARLAH HIDUP MEREKA DIPENUHI DENGAN AKTIVITI2 YANG MERIANGKAN.

KITA SEBAGAI PARENTS SUDAH PASTI INGIN MELIHAT ANAK2 KITA BAHAGIA DAN HAPPY SENTIASA SETELAH PENAT MINDA MEREKA BELAJAR KAT SEKOLAH.BERILAH RUANG UNTUK MEREKA CARI KETENANGAN SEKETIKA SEBELUM KEMBALI MENGADAP KELAS 2 PENGAJIAN MEREKA DISEKOLAH. HIDUP KITA BIARLAH ADA BALANCE & KESEIMBANGAN.BARULAH HIDUP KITA AKAN MENCAPAI TAHAP BAHAGIA.INSYAALLAH.AMIN


SEMOGA PERANCANGAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT.JUGA SEMOGA AKTIVITI2 YANG DIJALANKAN NANTI JUGA SELAMAT DAN TERPELIHARA DARIPADA SEGALA MASALAH DAN KECELAKAAN.BERDOALAH BANYAK2 DAN SENTIASA BERHATI HATI DALAM MENJALANKAN AKTIVITI BAGI MEMASTIKAN PERCUTIAN KITA TIDAK BERAKHIR DENGAN TANGISAN.

SEKIAN,SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENGURUSKAN KEHIDUPAN ANAK2 KITA DIMUSIM CUTI SEKOLAH INI.

SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA.AMIN YA ALLAH


SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

YANG MENGHARAPKAN PERCUTIAN MENARIK

TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

#SENIOR LECTURER/#SENIOR MOTIVATOR/#SENIORTRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

0194741209


Monday, December 5, 2022

KEPIMPINAN YANG DIREDHAI DAN DIBERKATI: MAMPUKAH KITA ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALHAMDULILLAH

PRU 15 DAH PUN SELESAI.ISU PERDANA MENTERI PUN DAH SELESAI.NAMUN DISEBALIK TERBENTUKNYA PEMILIHAN KABINET KERAJAAN PERPADUAN,TIMBUL PULA PELBAGAI POLEMIK DAN KERISAUAN TENTANG LANTIKAN MEREKA YANG MENGANGGOTAI KABINET TERSEBUT.

ADA YANG MENJADI MENTERI TAPI MASIH LAGI TERSANGKUT DENGAN KES2 MAHKAMAH.DAN ADA YANG KALAH TAPI DIBERI PELUANG JADI SENATOR DAN DIANGKAT JADI MENTERI.

PUAK YANG KALAH PULA AKAN KOMPLEN KAW2 AKAN TERBENTUKNYA KERAJAAN PERPADUAN INI.MANAKALA YANG MEMBENTUK KERAJAAN SUDAH PASTI AKAN MEMPERTAHANKAN KABINET YANG DIUMUMKANNYA.


DALAM ISLAM PEMIMPIN YANG KITA MAHUKAN MESTILAH BERDASARKAN BEBERAPA CIRI2 ,ANTARANYA :

1- KUAT PEGANGAN AGAMANYA

2- KUALITI IMANNYA DITAHAP YANG CUKUP MEMBANGGAKAN

3- BAIK TINGKAH LAKU & PERIBADINYA

4- BEBAS DARIPADA MASALAH SALAH LAKU & MORAL BERSIH

5-BOLEH MENERIMA KRITIKAN

6- MAMPU BEKERJASAMA DALAM PELBAGAI SITUASI

7- PENAMPILAN YANG CUKUP MENARIK

8-KOMUNIKASI & PERGAULAN YANG CUKUP BAIK

9- MAMPU BEKERJA LEBIH MASA TANPA BERKIRA

10-BOLEH MEMIMPIN ORANG BAWAHAN MENJADI PEMIMPIN


KITA SEBAGAI RAKYAT MESTI BIJAKSANA DALAM MEMILIH PEMIMPIN.BUKAN SETAKAT PILIHAN PADA PARTI SAHAJA TAPI MELIBATKAN KESELURUHAN CIRI PEMIMPIN TERSEBUT. KITA KENA TENGOK LATAR BELAKANG PEMIMPIN TERSEBUT TERMASUK AKHLAK,BUDI PEKERTI DAN MASALAH PERIBADI BELIAU.

SEORANG PEMIMPIN MESTILAH PUNYAI KAREKTOR2 SEPERTI :

1- BAIK DAN SEMPURNA TINGKAH LAKU

2- BIJAKSANA DALAM KOMUNIKASI

3- PANDAI MENGAWAL PERASAAN & EMOSI

4- BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH SECARA PROFESIONAL

5- TIDAK MUDAH MENGALAH DENGAN KEADAAN SEMASA

6- BOLEH MENERIMA PANDANGAN & KRITIKAN

7- BOLEH MENYUSUN GERAK KERJA SECARA TERATUR & TERANCANG

8- TIDAK SEGERA TUNDUK DENGAN TEKANAN & DESAKAN

9- MAMPU URUSKAN PENTADBIRAN DENGAN BIJAKSANA & HARMONIS

10-PEGANG KUAT PADA PERINTAH DAN ARAHAN AGAMA



SEMOGA PEMIMPIN YANG DILANTIK DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMBANGUNKAN NEGARA INI MAMPU MEMBAWA NEGARA KE ERA YANG LEBIH BAIK DAN TERATUR.

DOAKAN SEMOGA EKONOMI NEGARA KITA TERUS MELONJAK NAIK DAN MASALAH RAKYAT DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CEPAT.SEMOGA KITA SEMUA TERLINDUNG DARIPADA KESAN EKONOMI YANG BURUK PADA TAHUN 2023 NANTI. 

DOAKAN SEMOGA NEGARA KITA MENERIMA PELABURAN YANG TINGGI DARIPADA NEGARA2 LUAR YANG LAIN YER.

DIHARAPKAN NEGARA KITA TERUS MAJU DAN MAKMUR SENTIASA DIBAWAH PIMPINAN BARU PM KE 10 KITA.DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.SEMOGA APA YANG DIKATA DITUNAIKAN DAN SEMOGA SEGALA JANJI AKAN DIMETERAI NANTI.INSYAALLAH.AMIN.


SEKIAN,SELAMAT MENYOKONG  PIMPINAN YANG ADA


SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

SYEIKH GHANI ALGANUNI

SENIOR LECTURER/SENIOR MOTIVATOR

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209

Wednesday, November 30, 2022

BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

 Assalamualaikum buat semua.

Berfikir secara kritis bermaksud mempunyai tahap kemahiran dan kecekapan menggunakan item minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meniliti kelebihan serta kebaikan dan juga kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat pertimbangan wajar dengan mengemukakan bukti dan alasan yang benar serta berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Berfikir secara kritis dikaitkan dengan otak sebelah kiri.

Perkataan “kritis” berkaitan dengan perkataan critical yang berasal daripada kritikos yang bermaksud menyoal atau mempertingkatkan pengetahuan. Taksonomi Bloom (1956) mengatakan bahawa pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian. 

Terdapat beberapa tahap@kondisi yang mesti dilalui dan digunakan oleh individu apabila berfikir secara kritis. Berikut adalah kemahiran atau perkara yang dilakukan:

  1. Membanding beza
  2. Membuat kategori
  3. Meneliti bahagian-bahagian kecial secara bebas dan juga secara keseluruhan
  4. Menerangkan sebab akibat
  5. Menyusun mengikut aturan
  6. Membuat andaian atau ramalan (berdasarkan pola)
  7. Mempertahankan idea
  8. Meringkas
  9. Menghubungkaitkan kronologi sebab-kesan
  10. Mengusul periksa andaian atau membuat periksa silang dengan maklumat lain bagi mendapat pengesahan
  11. Membuat inferens
  12. Membuat generalisasi

Berfirkir secara kritis banyak dikaitkan dengan kecenderungan atau keperluan dalam bidang Matematik, Kejuruteraan, Sains dan sebagainya yang lebih bertumpu kepada fakta dan logik pengunaan akal. Namun demikian, perkara ini tidaklah mutlak kerana bidang-bidang lain juga memerlukan kita berfikir sedemikian.



Berfikir Secara Kreatif

Bagi berfikir secara kreatif pula, bahagian otak yang paling banyak digunakan ialah bahagian kanan. Individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli sama ada bersifat konkrit (wujud) mahupun secara abstrak (konseptual atau idea). Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah individu tersebut berkemampuan menghasilkan sesuatu yang baru (to create). Berikut adalah perkara atau tahap yang termasuk dalam kemahiran berfikir secara kreatif:

  1. Penyediaan – fasa asas melibatkan pengumpulan maklumat, membuat kajian, emndapatkan data dan pendapat khusus tentang sesuatu isu atau perkara (cth, kaedah mengatasi masalah serangan tikus terhadap tanaman padi)
  2. Pemeraman – pemikiran separa tidak sedar (subconscious mind) mengawal individu dan proses berfikir berlaku secara tidak disedari dan sebagai contoh, individu akan memikir atau mendapat imbasan tentang sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dilakukannya. Hal ini sering kita alami apabila terdapat sesuatu isu yang belum diselesaikan seperti melakukan sesuatu
  3. Pencetusan – manusia mencetuskan idea atau buah fikiran berdasarkan pemerhatian, analisis dan hubungkait sebab dan akibat sesuatu, proses ini juga berkaitan dengan penjanaan idea yang bermaksud indvidu memperluaskan domain pemikirannya kepada perkara-perkara yang difikirkan berkaitan dengan isu sebenar yang dihadapinya (contoh, masalah banjir difikirkan berkaitan dengan kemusnahan tanaman, penempatan penduduk, binatang ternakan, dan pada masa yang sama juga boleh mendatangkan kebaikan seperti aliran sungai akan menjadi lebih lawas, memperbaharui kadar kesuburan tanah, membekal sumber makanan kepada binatang yang tinggal di sekitar sungai, manusia yang terlibat akan mempertingkatkan hubungan dan ukhuwah sesama sendiri, mereka kembali mengingati bahawa Allah lebih berkuasa mengatur perjalanan hidup manusia, peringatan terhadap pencerobohan alam sekitar, mencetus perkembangan ekonomi dan sebagainya)
  4. Pengesahan – setelah keputusan dibuat dan tindakan dilakukan, manusia akan membuat penilaian semula adakah keputusan dan tindakan tersebut memberi lebih banyak manfaat atau sebaliknya. Jika tindakan tersebut memberi lebih banyak kebaikan, maka keputusan yang dibuat merupakan keputusan yang tepat dan begitulah juga sebaliknya.
  1. Mencipta analogi – persamaan atau perbandingan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, kias atau perbandingan. Pada tahap ini, indvidu berkaitan perlu mempunyai banyak maklumat dan pengalaman untuk mencipta analogi kerana analogi merupakan suatu konsep yang membawa banyak makna (contoh, walaupun ayah seorang petani tetapi tugasnya seperti Perdana Menteri)
  2. Mencipta metafora – menggunakan sesuatu yang lain (tidak ada kaitan) untuk menyatakan tentang sesuatu, juga disebut sebagai kejanggalan berbahasa, penggunaan sesuatu unsur untuk menggambarkan sesuatu unsur yang lain. Metafora digunakan apabila individu yang berkomunikasi merasakan tidak mempunyai kosa kata yang tepat untuk menggambarkan makna yang dikehendakinya (contoh, “lembu sungguh budak ini” bermaksud “budak” yang dirujuk oleh individu tersebut mungkin mempunyai sifat, perangai, pemikiran, fizikal atau apa sahaja yang berkaitan dengan “lembu”).


Daripada kedua-dua kemahiran seperti yang dibincangkan di atas, individu akan menjadi lebih efisen dan efektif dalam menjalankan tugasnya. Hal ini terbukti apabila indvidu tersebut akan dapat dapat memanfaatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses penyelesaian masalah. 

Namun demikian, kemahiran-kemahiran tersebut perlu dipelajari,digembleng dan dilatih supaya individu menjadi seorang yang cukup mahir dan berkeupayaan tinggi menggunakannya dalam semua keadaan & situasi.

Selain itu, akhir-akhir ini terdapat pula ada pandangan yang mengatakan bahawa kita sebaiknya mengabung jalinkan kedua-dua bahagian otak semasa berfikir. Pandangan ini dikaitkan  dengan penggunaan “otak tengah” yang dikatakan mempunyai lebih 300 juta saraf neuron yang membantu manusia berfikir (Sawiah Omar 2012 @ Utusan Malaysia). 

Penggunaan otak tengah akan dapat melipat gandakan keupayaan manusia memproses maklumat dan secara tidak langsung mempertingkatkan tahap IQ.  Sama seperti berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menggunakan otak tengah ini juga perlu dipelajari dan diasuh oleh individu yang berminat supaya dapat melipatgandakan kemahiran berfikir.


SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENINGKATKAN LAGI DAYA BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MENYELESAIKAN SEGALA PERMASALAHAN HIDUP KITA.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Sekian.Salam Motivasi & Salam Sukses


Tn Abd Ghani Yusof

Master Trainer/senior speaker/Senior Lecturer

Konsultan jana Insan

Sg.Petani,Kedah

019 4741209

Monday, November 28, 2022

MEMBERI BUKAN UNTUK DIPUJI.MENERIMA BUKAN UNTUK DISAKITI

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM MOTIVASI BUAT SEMUA

ALHAMDULILLAH,KEMELUT POLITIK DIMALAYSIA SUDAH BERAKHIR DENGAN SELESAINYA PRU 15 TEMPOHARI.WALAUPUN PADA AWAL PASCA RESULT PRU 15 MASIH TERGANTUNG,AKHIRNYA PM KE 10 DAH DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.YDP AGONG TELAH MENGAMBIL JALAN SELAMAT & TERBAIK DENGAN MENGISYTIHARKAN KABINET PERPADUAN,MAKA PM SELAYAKNYA KENA BIJAK MENGENAL PASTI CALON2 BERKALIBER & BERAUTHORITI DALAM MENJALANKAN TUGAS NANTI.


SELAMAT DATANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE PUTRAJAYA DAN KITA AMAT2 BERHARAP BELIAU DAPAT MENGEMBALIKAN PROSPEK DAN KUALITI EKONOMI NEGARA KITA PADA LANDASAN YANG BETUL DENGAN PENEKANAN KEPADA BEBASNYA RASUAH DAN SALAH LAKU PENTADBIR.

MEMANG KITA SUKAR MERAMALKAN APA YANG BAKAL TERJADI TETAPI KITA MENGHARAPKAN PENGALAMAN BELIAU DALAM KABINET SEBELUM INI DAPAT MEMUDAHKAN BELIAU MENJALANKAN TADBIR URUS TERBAIK BUAT NEGARA.

KITA SEBENARNYA MENGHARAPKAN PENJENAMAAN SEMULA EKONOMI NEGARA,TADBIR URUS YANG BEBAS RASUAH,INTEGRITI PAGAWAI ATASAN PADA PERINGKAT TERTINGGI DAN PEMELIHARAAN KUASA BELI RAKYAT.

SEMOGA EKONOMI RAKYAT KELAS BAWAHAN AKAN DIPELIHARA DAN DIPERBAIKI.KITA HARAPKAN TIADA LAGI ISU KENAIKAN HARGA BARANG SECARA MELAMPAU DAN KETIADAAN BAHAN MAKANAN PENTING SEPERTI TELUR DAPAT DIATASI,INSYAALLAH.AMIN



WALAUPUN PELBAGAI RINTANGAN DAN HALANGAN YANG BAKAL MENERPA HIDUP KITA,KITA TERPAKSA JUGAK HADAPINYA DENGAN BAIK DAN SISTEMATIK.KITA SEBAGAI RAKYAT MARHAEN KENA SOKONG KEPIMPINAN YANG ADA AGAR DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK & LANCAR.

SOKONGLAH APA JUGA KEBAIKAN YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN.KITA KENA KUAT DAN MAMPU BERJUANG BERSAMA DENGAN KEPIMPINAN KERAJAAN.KITA KENA BANGKIT SEMULA DAN KITA KENA RAIH SEMULA KEJAYAAN LAMPAU YANG KIAN TERTANGGUH.



WALAUPUN BERAT BEBANAN YANG BAKAL KITA TERIMA TAPI DENGAN SEMANGAT DAN KEKUATAN YANG KITA ADA SUDAH PASTI AKAN DAPAT & MAMPU KITA RAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG. JOM KITA BERJUANG UNTUK TERUS HIDUP DIPASCA COVID DAN DIAMBANG KEMELESETAN EKONOMI YANG DIJANGKA AKAN BERULANG SEMULA PADA TAHUN HADAPAN 2023.

SEMOGA NEGARA KITA MALAYSIA AKAN BEBAS DARI KEMELUT EKONOMI YANG DIKATAKAN AKAN MENJELMA PADA 2023 NANTI.SAMA2 KITA JAGA & PELIHARA EKONOMI KITA DENGAN SEBAIKNYA.INSYAALLAH.AMIN.


SEKIAN,SELAMAT MENYOKONG KEPIMPINAN YANG ADA DAN SAMA2 KITA BERJUANG UNTUK PULIHKAN KEADAAN EKONOMI NEGARA. SEMOGA PERJUANGAN KITA AKAN DIBERKATI ALLAH SWT.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN, SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BENAR2 MENYOKONG KEPIMPINAN YANG ADA

TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

PERUNDING MOTIVASI UTAMA

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209

Sunday, November 6, 2022

INI TUGAS KITA.SEKOLAH RENDAH PUN KITA TERIMA@SK BUKIT MERIAM KKM

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL YANG MASIH LAGI MENGURNIAKAN NIMAT KESIHATAN & UMUR YANG PANJANG BAGI MENERUSKAN KERJA2 MURNI KITA DIALAM ARENA TRAINING & MOTIVASI.

WALAUPUN RAMAI YANG BERANGGAPAN PROGRAM YANG MELIBATKAN SEKOLAH RENDAH SUKAR DILAKSANAKAN KERANA ISUNYA RATA2 PELAJAR MASIH KECIL & BELUM FAHAM APA ITU MOTIVASI TETAPI SAYA TETAP JUGA TERIMA PELAWAAN SERTA JEMPUTAN SK BUKIT MERIAM YANG MENUMPANG SEKOLAH SK SRI KUALA.

SEMALAM SELAMA SEJAM SETENGAH DARIPADA JAM 4.00 PM SEHINGGA 5.30 PM SAYA TELAH MENGEMUDI PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SK BUKIT MERIAM DENGAN TOPIK`AKU PELAJAR HEBAT"-KAMU MAMPU BUKTIKAN DAN KAMI PASTI BERJAYA.



ALHAMDULILLAH.BANYAK JUGAK YANG SEMPAT SAYA SENTUH TENTANG ISU SALAH LAKU PELAJAR DAN KOMITMEN PELAJAR LUAR BANDAR TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK. ANTARA YANG SEMPAT SAYA SENTUH IALAH :

  • 1- BUDAYA PONTENG KELAS & PONTENG SEKOLAH
  • 2- BUDAYA HEDONISME
  • 3- BUDAYA REMPIT
  • 4-BAHAYA HISAP VAPE & MEROKOK
  • 5-BUDAYA KETAGIH GADJET ( HP DAN MEDIA SOSIAL )
  • 6- BUDAYA MELEPAK DAN BAUT KERJA YANG TAK BERFAEDAH






SAYA MENYAHUT CABARAN MENYAMPAIKAN CERAMAH INI KERANA MERASA SAYANG PADA POTENSI ANAK ANAK PELAJAR YANG SEDANG MEMBESAR DAN PERLUKAN BIMBINGAN LANGSUNG DARIPADA KITA YANG SUDAH DEWASA INI.

MEREKA PERLUKAN TEGURAN,NASIHAT DAN SUNTIKAN SEMANGAT MOTIVASI YANG TINGGI DARIPADA INSAN-INSAN LAIN DILUAR SANA BAGI MENUNJUK JALAN KEBAIKAN BUAT MEREKA.SEMOGA MEREKA BEROLEH MANFAAT DARIPADA PROGRAM YANG DIATUR INI.

MEREKA BUKANLAH DARIPADA KELUARGA YANG SENANG DAN BERKEMAMPUAN.RATA-RATA IBU AYAH MEREKA KERJA SENDIRI DAN KERJA KAMPUNG.KITA KENA SENTIASA MENOLONG GURU GURU MEREKA YANG CUKUP KOMITED MENGAJAR ANAK DIDIK MEREKA TANPA PENAT DAN LELAH.

KITA SAHUT CABARAN INI.KITA KENA BIMBING MEREKA.KITA KENA GERAKKAN POTENSI MEREKA DENGAN SEBAIKNYA,INSYAALLAH.TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN BUAT CIKGU JALINA MERANGKAP GURU KAUNSELING SEKOLAH ATAS JEMPUTAN INI.





SEMOGA APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA 1 JAM SETENGAH TERSEBUT MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PERUBAHAN SIKAP & TINGKAH LAKU PELAJAR SK BUKIT MERIAM.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


MANA-MANA SEKOLAH DIUTARA YANG INGIN MELAKSANAKAN PROGRAM YANG SAMA SEPERTI INI SAMADA DENGAN MODUL YANG SAMA @ MODUL YANG LAIN,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 UNTUK BERBINCANG TOPIK,PENGISIAN PROGRAM & TARIKH PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN.INSYAALLAH.SAYA SEDIA BERKONGSI ILMU DAN MENGURUSKAN CARA TERSEBUT.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN. SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


  • TN ABD GHANI YUSOF
  • MOTIVATOR HIGH IMPACT & SENIOR LECTURER
  • KONSULTAN JANA INSAN
  • SG PETANI KEDAH DARUL AMAN
  • 019 4741209


Saturday, September 10, 2022

MENCARI MOTIVATOR@SPEAKER HEBAT?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAH SATU MASALAH DALAM MENCARI INDIVIDU YANG SELAYAKNYA UNTUK MENGGALAS TUGAS SEBAGAI MOTIVATOR IALAH BAGAIMANA KITA NAK MULAKANNYA? ADAKAH DENGAN MELIHAT RAMAINYA FOLLOWER DIA KAT TIK TOK? ATAUPUN KEKERAPAN DIA KELUAR TV DAN MAJALAH? ATAU SEKADAR MELIHAT POSTING2 DIA YANG BERKAITAN DIA HANDLE TRAINING? ATAUPUN BERTANYA KHABAR DENGAN ORANG YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT BAKTI BELIAU?

UNTUK PENGETAHUAN TUAN & PUAN2 SEKELIAN,SAYA JUGA PERNAH KELUAR TV,PERNAH KELUAR SURATKHABAR DAN MAJALAH.DAN JUGA DIANGGAP SEBAGAI INDIVIDU YANG TERAWAL MELAKSANAKAN PROGRAM MOTIVASI DISEKOLAH2,IPTA,IPTS DAN JUGA SEKTOR AWAM SERTA KORPORAT DIMALAYSIA.

CUMA SEJAK DUA MENJAK NI,KURANG SEDIKIT MENDAPAT SAMBUTAN @ JEMPUTAN MUNGKIN KURANG KERAPNYA SAYA UPDATE STATUS KAT FACEBOOK @TIK TOK@INSTAGRAM KOT! TAPI SAYA MASIH LAGI MENJALANKAN PROGRAM2 MOTIVASI SECARA RANCAK JUGA YER!




SAYA MASIH LAGI BERWATAK DENGAN TARAF MOTIVATOR@SPEAKER YER! BANYAK JUGAKLAH SYARIKAT2 KORPORAT & SWASTA YAG MENGGUNA PAKAI PERKHIDMATAN KAMI DIKONSULTAN JANA INSAN .

SAYA SERONOK BEKERJA SEBEGINI.SAYA RASA BANGGA DAPAT MENGGERAKKAN POTENSI INSAN LAIN.SAYA RASA TERUJA BILA DITERIMA DAN KATA2 KITA DIGUNA PAKAI OLEH MASYARAKAT DILUAR SANA.

BERKHIDMAT DENGAN BIDANG PENDIDIKAN SELAMA HAMPIR 30 TAHUN BERMULA SEJAK 1993 DULU.DAH BERGIAT CERGAS DALAM BIDANG MOTIVASI & TRAINING SELAMA HAMPIR 20 TAHUN LEBIH.

ANTARA TV YANG PERNAH MENGGUNAKAN KHIDMAT BAKTI SAYA IALAH PROGRAM MOTIVASI PAGI ( TV 3 ) DAN PROGRAM DI TV 1:GENERASI Y (BEBERAPA EPISOD ).RADIO YANG PERNAH MENGGUNAKAN KHIDMAT BAKTI SAYA IALAH KEDAH FM 97.5 ( SLOT JOM DENGAQ SAT ) DAN KL FM.


CUMA SEJAK UPSR & PT 3 DIMANSUHKAN OLEH KPM,JEMPUTAN DARI SEKOLAH2 AGAK BERKURANGAN.NAMUN SPM MASIH ADA.KHIDMAT BAKTI SAA MASIH LAGI DITAGIH OLEH KEBANYAKAN SEKOLAH2 TERNAMA TERMASUK MRSM SELURUH MALAYSIA.

KITA MESTI TERUSKAN BIDANG YANG DIANGGAP JIHAD INI.INILAH JIHAD MEMBASMI KEBODOHAN DAN JIHAD MEMBASMI KEMUNDURAN PRESTASI. KITA KENA TERUS KUAT UNTUK MENERUSKAN LEGASI INI.KERANA KITA SUDAH DIBERIKAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN OLEH ALLAH UNTUK MENGUASAI BIDANG INI.JADI KITA TERUS MEMIKUL AMANAH INI SEBAIKNYA.INSYAALLAH.

RAMAI JER ORANG YANG BANYAK KELULUSAN TINGGI TAPI TAK MAMPU UNTUK BERBICARA SEPERTI KITA.RAMAI JER YANG MEMPUNYAI KELULUSAN BIDANG KAUNSELING TAPI TAK MAMPU UNTUK BERWATAK SEPERTI MOTIVATOR SEPERTI KITA.HARGAI AMANAH INI SEBAIK MUNGKIN. KITA BUAT APA YANG KITA MILIKI.KITA BERIKAN APABILA DIJEMPUT.


SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN INI MAMPU MEMBERI IMPAK POSITIF & KESEDARAN YANG BAIK BUAT GURU2,HR OFFICER DILUAR SANA UNTUK MENGGERAKKAN ANAK2 PELAJAR DAN JUGA WARGA KERJA INSTITUSI KALIAN.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

KITA RANCANG,KITA BINA DAN KITA ORGANISE PROGRAM KITA SEBAIKNYA.YANG LAIN2 KITA SERAHKAN PADA ALLAH YANG MENENTUKAN KEBERHASILANNYA.

SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SENIOR SPEAKER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

0194741209@0194001209 


Wednesday, September 7, 2022

POPULARITI,NAMA ATAU PENGALAMAN ? MANA PILIHAN KALIAN?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

PUJI DAN SYUKUR BUAT ALLAH,TUHAN RABBUL JALIL KERANA MASIH LAGI MENGURNIAKAN KESIHATAN,REZEKI SERTA UMUR YANG PANJANG BUAT KITA SEMUA.SEMOGA DENGAN REZEKI INI KITA MAMPU MEMBERIKAN IMPAK POSITIF BUAT UMMAH.

BERCERITA TENTANG KEKUATAN UMMAH,KITA TAK DAPAT LARI DARI SISTEM PEMBANGUNAN DIRI MASYARAKAT BERMULA DARI RUMAH,SEKOLAH,MASYARAKAT SETERUSNYA ORGANISASI TEMPAT KERJA.

PELBAGAI PROGRAM & AKTIVITI YANG TELAH DIATUR OLEH SESETENGAH ORGANISASI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI SERTA PRESTASI AHLI2 DIDALAMNYA.PELBAGAI KURSUS,LATIHAN,PROGRAM MOTIVASI DIANJURKAN BAGI MENINGKATKAN KEBOLEHAN DAN PRESTASI ANGGOTANYA.


PELBAGAI CARA ATAU KAEDAH YANG DIGUNA PAKAI OELH SEBAHAGIAN BESAR ORGANISASI UNTUK MEMILIH & MELANTIK PERUNDING CARA@PAKAR MOTIVASI BAGI MENERUSKAN PERANCANGAN YANG DIATUR.ADA YANG MELIHAT KEPADA TAHAP POPULARITINYA BERDASARKAN RAMAINYA FOLLOWER KAT TIK TOK,INSTAGRAM ATAU FB.

NAMUN ADA JUGAK YANG CUKUP BIJAK DALAM MENILAI PEMILIHAN SYARIKAT2 TRAINING BERDASARKAN PENGALAMAN LUAS DAN KEBOLEHBIJAKSANAAN PERUNDING MOTIVASI YANG DILANTIK.


UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA2 BLOG INI DILUAR SANA,SAYA TELAH PUN BANYAK TERLIBAT DALAM PROGRAM2 YANG DIATUR OLEH SYARIKAT2 PENERBITAN TV UTAMA NEGARA SEPERTI RTM,TV3 DAN RADIO KEDAH FM. SELAIN ITU SAYA JUGA PERNAH MENGENDALIKAN PROGRAM2 SYARIKAT BESAR SEPERTI PETRONAS,KWSP,RHB,TABUNG HAJI,ANAK SYARIKAT TH,LHDN DAN SAPURA HOLDING.



SEMOGA PENGLIBATAN SAYA DIARUS MOTIVASI PERDANA INI DAPAT DILIHAT DAN DIAMBIL MANFAAT OLEH MANA2 SEKOLAH,INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM,SWASTA DAN JUGA AGENSI KORPORAT DILUAR SANA.

BANYAK MODUL2 TERKINI YANG BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH MANA2 INSTITUSI DILUAR SANA ANTARANYA:

1- MODUL BICARA PROFESIONAL- PUBLIC SPEAKING

2- MODUL KEPIMPINAN ULUNG - LEADERSHIP PROGRAM

3- MODUL KECEMERLANGAN AKADEMIK- SPM & STPM

4-MODUL INDOOR TEAMBUILDING - KORPORAT & AGENSI KERAJAAN

5-MODUL PEMBINAAN KAREKTOR TERPUJI - PEMBANGUNAN SAHSIAH

6-MODUL TEAM BUILDING -PEMBINAAN PASUKAN

7- MODUL SAHSIAH TERPUJI- PROGRAM SEKOLAH KELAS BELAKANG

8- MODUL MINDA SIHAT & AKHLAK TERPUJI - LEBIH KEPADA KEAGAMAAN

ATAUPUN MANA2 MODUL YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PIHAK PENGANJUR.KITA MAMPU BANGUNKAN MODUL YANG DIINGINKAN OLEH PENGANJUR DILUAR SANA MENGIKUT KEUPAYAAN KITA,INSYAALLAH.AMIN

SEPERTIMANA YANG ADA KAT DALAM POSTER NI,BOLEHLAH CALL,MESEJ ATAU PM KE TALIAN 0194741209 @ 019 4001209 UNTUK PERTANYAAN DAN SEBARANG JEMPUTAN.KITA AKAN CUBA PENUHINYA SEBAIK MUNGKIN.

KALIAN MENJEMPUT,KITA PENUHI.KALIAN BERHARAP,KITA CUBA SAMPAIKAN.INSYAALLAH,PERKHIDMATAN TERBAIK BAKAL KITA SEMPURNAKAN.JANGAN RISAU SOAL BAYARAN PERKHIDMATAN,KITA SEDIA BERTOLAK ANSUR DALAM SOAL BAYARAN PERKHIDMATAN.INSYAALLAH.AMIN

JANGAN RAGU,JANGAN RISAU.KITA PASTI AKAN SEMPURNAKAN HASRAT KALIAN.

SEKIAN SELAMAT MERANCANG! SELAMAT MENGATUR PROGRAM BERIMPAK TINGGI.SAYA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT KALIAN SEMUA.AMIN YA ALLAH.

PENGALAMAN HAMPIR 28 TAHUN DALAM INDUSTRI TRAINING DAN JUGA BIDANG PENDIDIKAN PASTI MEMBERI NILAI TAMBAH DALAM PERKHIDMATAN SAYA SELAKU PERUNDING MOTIVASI & PENCERAMAH KECEMERLANGAN,INSYAALLAH.

SEKIAN,SELAMAT MERANCANG

YANG BERSEDIA BERBAKTI

TN ABD GHANI YUSOF ALGANUNI
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN & MOTIVASI DINAMIKA DIRI TRAINING
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209


Sunday, September 4, 2022

AKU MOTIVATOR ,AKU TRAINER & AKU SPEAKER

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SEJAK KEBELAKANGAN INI,MEDIA TIK TOK MENJADI PILIHAN GOLONGAN MUDA UNTUK MENGEMBANGKAN BAKATNYA MENJADI MOTIVATOR@SPEAKER.ITULAH MEDIUM TERKINI YANG MENJADI PILIHAN MEREKA.

NAMUN BAGI SAYA,YANG DAH LAMA TERLIBAT DALAM INDUSTRI TRAINING,LATIHAN,MOTIVASI DAN KURSUS2 NI SUDAH LAMA  MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG KESEDIAAN KHIDMAT BAKTI KITA DIMEDIUM BLOG ( SEPERTI INI),FACEBOOK DAN JUGA INSTAGRAM.

BETULLAH KATA ORANG! MEDIUM TERKINI SENTIASA BERKEMBANG DAN KITA JANGAN LUPA UNTUK MENCUBA.SAYA PUN DAH WUJUDKAN LAMAN TIK TOK SAYA PADA 2 BULAN YANG LEPAS.APALAH SALAHNYA JIKA KITA MENCUBA KAN?



2 TAHUN JUGA KITA DIHIMPIT COVID DAN PKP.MAKA PELUANG ITULAH KITA BERKENALAN DENGAN MEDIUM2 TERKINI SEPERTI TIK TOK,FACEBOOK DAN INSTAGRAM DEMI MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA JEMPUTAN MENGENDALIKAN TRAINING SECARA ONLINE ( ATAS TALIAN ).

SEBENARNYA BANYAK JUGAK HIKMAH YANG ALLAH NAK TUNJUKKAN PADA KITA YER.DISEBABKAN PENDEMIK COVID INI,KITA MENGENALI MEDIUM2 LATEST UNTUK BERHUBUNG DAN MEDIUM UNTUK BELAJAR.

SAYA BELAJAR SEMUANYA ITU MELALUI TRY & ERROR.BELAJAR SENDIRI DGN SEDIKIT PANDUAN DRP RAKAN2 YANG MEMAHAMI MEDIUM TERSEBUT.ALHAMDULILLAH,MAHIRLAH JUGAK. BOLEHLAH HANDLE PROGRAM2 SECARA ATAS TALIAN MELALUI GOOGLE TEAM,GOOGLE MEET DAN BEBERAPA MEDIUM LAIN YANG AGAK POPULAR.

DISINI SEKALI LAGI SAYA NAK PERKENALKAN DIRI SAYA.SAYA ADALAH SEORANG SENIOR LECTURER ( PENSYARAH KANAN ) DIKOLEJ MATRIKULASI PENANG DAN BERGIAT CERGAS & AKTIF DALAM PERKHIDMATAN TRAINING,LATIHAN,KURSUS DAN MOTIVATION TALK DISELURUH MALAYSIA.

SAYA BERSEDIA MEMENUHI JEMPUTAN DIMANA JUA .KERANA SAYA MEMILIKI SYARIKAT TRAINING IAITU KONSULTAN JANA INSAN & MOTIVASI DINAMIKA DIRI TRAINING SERVICES.

BANYAK SEKOLAH2,IPTA,IPTS,AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA YANG TELAH SAYA KENDALIKAN PROGRAM MEREKA TERMASUKLAH UMT,PETRONAS,SAPURA HOLDING,TABUNG HAJI,KWSP DAN PELBAGAI LAGI INSTITUSI KORPORAT YANG LAIN.


JANGAN RISAU PASAL BAYARAN.KITA HANYA MENGENAKAN BAYARAN ( HONORARIUM) YANG CUKUP BERBALOI DAN MESRA PELANGGAN.KITA BOLEH BINCANG KAEDAH BAYARAN SECARA BERHEMAH ,INSYAALLAH.

APA YANG PENTING ADALAH KEMENJADIAN PARA PESERTA KITA.JIKA MEREKA SEORANG STUDENT,KITA AKAN JADIKAN MEREKA STUDENT YANG HEBAT.JIKA MEREKA SEORANG PEKERJA,KITA AKAN BANGUNKAN POTENSI MEREKA MENJADI PEKERJA YANG HEBAT.YANG PENTING HASILNYA.

JIKA ADA MANA2 INSTITUSI & ORGANISASI DILUAR SANA YANG INGIN JALANKAN PROGRAM,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209@019 4001209 UNTUK BERTANYAKAN PASAL PROGRAM,MASA,TEMPAT DAN KAEDAH PEMBAYARAN.INSYAALLAH PROGRAM KALIAN AKAN TERLAKSANA DENGAN JAYANYA,AMIN YA RABBAL ALAMIN.

JOM ! KITA SEMPURNAKAN IMPIAN DAN HASRAT KITA SEGERA.BERTANYALAH PADA YANG PAKAR.BERGURULAH PADA YANG MAMPU.BERIKHTIARLAH SEBAIK MUNGKIN.KITA DISINI PASTI AKAN BERSSEDIA MEMBANTU KALIAN DILUAR SANA DENGAN SEBAIKNYA.INSYAALLAH.AMIN

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN&MOTIVASI DINAMIKA DIRI
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
019 4741209 @019 4001209



Thursday, August 25, 2022

MOTIVASI DIRI- SUATU KEPERLUAN ATAU SUATU TUNTUTAN?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALHAMDULILAH,PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL.DUA HARI LAGI KITA BAKAL MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA KALI KE 65. APAKAH PENGISIAN YANG TELAH KITA LAKUKAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN MERDEKA INI? APAKAH KITA PERNAH MERDEKA JIWA? APAKAH KITA PERNAH MERDEKA NURANI ? APAKAH KITA PERNAH MERASAI NIKMAT MERDEKA EKONOMI? APAPUN PENGERTIAN MERDEKA YANG KITA ALAMI,KITA TETAP INGINKAN NIKMAT `MERDEKA`,BETUL KAN ?


SYUKUR ALHAMDULILAH,KITA PANJATKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL YANG TELAH MENGURNIAKAN NIKMAT REZEKI BUAT KITA DALAM MENGISI KEMERDEKAAN NEGARA KITA INI.WALAUPUN DULU KITA PERNAH DIJAJAH OLEH JEPUN,INGGERIS DAN BELANDA,AKHIRNYA KITA BERJAYA JUGA MERASAI NIKMAT MERDEKA !ALHAMDULILLAH.


MOTIVASI DIRI KITA JUGA PERLU MERDEKA ! DIRI KITA JUGA SEWAJARNYA MERDEKA! BEBAS DARIPADA KESULITAN,KEPAYAHAN,KEKURANGAN DAN KETIDAKSMEPURNAAN. KITA KENA MEMERDEKAKAN DIRI KITA DARIPADA SEBARANG UNSUR YANG MELEMAHKAN DIRI KITA.KITA KENA BANGKIT SEIRING NIKMAT KEMERDEKAAN INI. KITA SEPATUTNYA ? 

KITA SEPATUTNYA LEBIH BERJAYA DAN CEMERLANG DIPASCA MERDEKA INI

KITA SEPATUTNYA LEBIH CERDIK DAN SEMPURNA PASCA MERDEKA INI

KITA SEPATUTNYA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB PASCA MERDEKA INI

KITA SEPATUTNYA LEBIH KAYA PASCA MERDEKA INI

KITA SEPATUTNYA HEBAT SEGALANYA DIPASCA MERDEKA INI


SAYA BERSEDIA MELONJAKKAN SEMANGAT MERDEKA ANAK2 PELAJAR IPTA,IPTS,SEKOLAH & KOLEJ2 AGAR LEBIH MENGHARGAI NIKMAT MERDEKA INI.

KITA TIDAK LAGI BOLEH TERJAJAH MINDA.KITA SEPATUTNYA MENGELAK DARIPADA DIJAJAH PEMIKIRAN KITA.KITA SEPATUTNYA MENGHARGAI JERIT PERIT PEMIMPIN LAMPAU YANG BERJUANG MEMBANGUNKAN NEGARA KITA INI.


JOM KITA SAMA-SAMA SEMARAKKAN ROH MERDEKA KALI INI DENGAN MEMERDEKAN DIRI DARI PENJAJAHAN MINDA DAN KELESUAN ILMU.KITA BINA BANGSA KITA SEMULA DAN KITA BINA SEMANGAT BELAJAR DAN BEKERJA DENGAN UPAYA MERDEKA. 


AYUH.KITA BANGKIT BERSAMA DAN LAUNGKAN MERDEKA !MERDEKA!MERDEKA !

SEMOGA  ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.AMIN YA RABBAL ALAMIN


SEKIAN ,WASSALAM

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH



TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

PAKAR MOTIVASI KORPORAT & PENCETUS SEMANGAT BELAJAR

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH D.AMAN

019 4741209

Wednesday, August 24, 2022

KEHEBATAN MOTIVATOR BUKAN PADA RAMAINYA FOLLOWER KAT TIK TOK

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


SEJAK DUA MENJAK INI ,APILKASI TIK TOK MENJADI PILIHAN UTAMA DALAM MEMASARKAN PRODUK ,BISNES DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.BIDANG MOTIVASI JUGA TAK TERLEPAS DARIPADA  PENGARUH TIK TOK.

RAMAI JUGA PENCERAMAH2 MOTIVASI YANG CUBA MENGGUNAKAN POPULARITI APLIKASI TIK TOK UNTUK MENYAMPAIKAN BIDANG MOTIVASI DAN MERAIH SIMPATI MASYARAKAT.

RAMAI JUGA MOTIVATOR2 MUDA YANG MENGGUNAKAN APLIKASI TIK TOK SEBAGAI MEDIUM TERBAIK UNTUK MENJADI TERKENAL.NAMUN TIDAK BAGI SAYA.SAYA BARU JER MENGGUNAKAN TIK TOK SEJAK 2 BULAN LEPAS.FOLLOWER PUN TAK SAMPAI 2 RATUS ORANG.


APA PUN YANG TERJADI KITA KENA IKUT PEREDARAN ZAMAN.MUNGKIN BARU 2 BULAN SAYA MENGGUNAKAN APLIKASI TIK TOK.INSYAALLAH JIKA SAMPAI MASANYA NANTI SAYA AKAN KEMBALI DIIKUTI DILAMAN TIK TOK.AMIN YA RABBAL ALAMIN

BUAT SECARA JUJURNYA SAYA LEBIH SUKA MEMPROMOSIKAN PERKHIDMATAN MOTIVASI & KAUNSELING SAYA MELALUI MEDIUM BLOG,FB DAN INSTAGRAM SEBAB ITU MEDIUM MEDIA SOSIAL YANG TERLEBIH AWAL SAYA GUNAKAN.


SAYA SEDIA MENERIMA JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI DISELURUH MALAYSIA JIKA MASA,TARIKH DAN TEMPAT YANG DIBERIKAN SESUAI DENGAN MASA SAYA,INSYAALLAH.

ANTARA MODUL HEBAT KENDALIAN SAYA IALAH :

- MODUL PARENTING SKILLS

- MODUL PUBLIC SPEAKING

- MODUL LEADERSHIP ( KEPIMPINAN )

- MODUL PEMBINAAN SAHSIAH

- MODUL KECEMERLANGAN AKADEMIK

- MODUL QIAMULAIL/MOQIAM ( MOTIVASI & QIAMULAIL

- MODUL PEMBINAAN KAREKTOR TERPUJI

- MODUL ETIKA SOSIAL 

JIKA ADA MANA2 ORGANISASI YANG MEMERLUKAN MODUL2 BARU,BOLEH JER BAGITAU DAN KITA CUBA UNTUK PENUHI MERANGKAN & MENGHASILKAN MODUL TERSEBUT DENGAN SEGERA.


APA YANG PENTING IALAH KEBERKESANAN DAN TERCAPAINYA OBJEKTIF PROGRAM.KITA SAMA-SAMA BINA HARAPAN DAN GERAKKAN POTENSI YANG ADA DALAM MEMASTIKAN PROGRAM YANG DIBUAT MENCAPAI SASARANNYA.

SEMOGA DENGAN TERBUKA LUAS PENGANJURAN PROGRAM2 YANG DILAKUKAN OLEH SEKOLAH2,IPTA,IPTS DAN AGENSI KERAJAAN SERTA SWASTA MAMPU MENINGKATKAN LAGI KEUPAYAAN WARGA MALAYSIA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN JUGA KERJAYA.INSYAALLAH 

SEBARANG JEMPUTAN MENGENDALIKAN PROGRAM BOLEH DISAMPAIKAN KEPADA SAYA MELALUI NO 019-4741209 ATAU HP PA SAYA PN.EFFA DITALIAN 0194001209 .TINGGALKAN PESAN JIKA CALL HP TAK BERSAMBUT DAN TAK BERJAWAB. KITA AKAN MELAYANI SEBARANG PERTANYAAN DENGAN JIWA YANG TERBUKA.INSYAALLAH


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

SUPER MOTIVATOR/SENIOR SPEAKER

MOTIVASI DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES

KONSULTAN JANA INSAN.SG.PETANI

KEDAH

0194741209

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...