FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, November 30, 2022

BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

 Assalamualaikum buat semua.

Berfikir secara kritis bermaksud mempunyai tahap kemahiran dan kecekapan menggunakan item minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meniliti kelebihan serta kebaikan dan juga kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat pertimbangan wajar dengan mengemukakan bukti dan alasan yang benar serta berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Berfikir secara kritis dikaitkan dengan otak sebelah kiri.

Perkataan “kritis” berkaitan dengan perkataan critical yang berasal daripada kritikos yang bermaksud menyoal atau mempertingkatkan pengetahuan. Taksonomi Bloom (1956) mengatakan bahawa pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian. 

Terdapat beberapa tahap@kondisi yang mesti dilalui dan digunakan oleh individu apabila berfikir secara kritis. Berikut adalah kemahiran atau perkara yang dilakukan:

  1. Membanding beza
  2. Membuat kategori
  3. Meneliti bahagian-bahagian kecial secara bebas dan juga secara keseluruhan
  4. Menerangkan sebab akibat
  5. Menyusun mengikut aturan
  6. Membuat andaian atau ramalan (berdasarkan pola)
  7. Mempertahankan idea
  8. Meringkas
  9. Menghubungkaitkan kronologi sebab-kesan
  10. Mengusul periksa andaian atau membuat periksa silang dengan maklumat lain bagi mendapat pengesahan
  11. Membuat inferens
  12. Membuat generalisasi

Berfirkir secara kritis banyak dikaitkan dengan kecenderungan atau keperluan dalam bidang Matematik, Kejuruteraan, Sains dan sebagainya yang lebih bertumpu kepada fakta dan logik pengunaan akal. Namun demikian, perkara ini tidaklah mutlak kerana bidang-bidang lain juga memerlukan kita berfikir sedemikian.



Berfikir Secara Kreatif

Bagi berfikir secara kreatif pula, bahagian otak yang paling banyak digunakan ialah bahagian kanan. Individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli sama ada bersifat konkrit (wujud) mahupun secara abstrak (konseptual atau idea). Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah individu tersebut berkemampuan menghasilkan sesuatu yang baru (to create). Berikut adalah perkara atau tahap yang termasuk dalam kemahiran berfikir secara kreatif:

  1. Penyediaan – fasa asas melibatkan pengumpulan maklumat, membuat kajian, emndapatkan data dan pendapat khusus tentang sesuatu isu atau perkara (cth, kaedah mengatasi masalah serangan tikus terhadap tanaman padi)
  2. Pemeraman – pemikiran separa tidak sedar (subconscious mind) mengawal individu dan proses berfikir berlaku secara tidak disedari dan sebagai contoh, individu akan memikir atau mendapat imbasan tentang sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dilakukannya. Hal ini sering kita alami apabila terdapat sesuatu isu yang belum diselesaikan seperti melakukan sesuatu
  3. Pencetusan – manusia mencetuskan idea atau buah fikiran berdasarkan pemerhatian, analisis dan hubungkait sebab dan akibat sesuatu, proses ini juga berkaitan dengan penjanaan idea yang bermaksud indvidu memperluaskan domain pemikirannya kepada perkara-perkara yang difikirkan berkaitan dengan isu sebenar yang dihadapinya (contoh, masalah banjir difikirkan berkaitan dengan kemusnahan tanaman, penempatan penduduk, binatang ternakan, dan pada masa yang sama juga boleh mendatangkan kebaikan seperti aliran sungai akan menjadi lebih lawas, memperbaharui kadar kesuburan tanah, membekal sumber makanan kepada binatang yang tinggal di sekitar sungai, manusia yang terlibat akan mempertingkatkan hubungan dan ukhuwah sesama sendiri, mereka kembali mengingati bahawa Allah lebih berkuasa mengatur perjalanan hidup manusia, peringatan terhadap pencerobohan alam sekitar, mencetus perkembangan ekonomi dan sebagainya)
  4. Pengesahan – setelah keputusan dibuat dan tindakan dilakukan, manusia akan membuat penilaian semula adakah keputusan dan tindakan tersebut memberi lebih banyak manfaat atau sebaliknya. Jika tindakan tersebut memberi lebih banyak kebaikan, maka keputusan yang dibuat merupakan keputusan yang tepat dan begitulah juga sebaliknya.
  1. Mencipta analogi – persamaan atau perbandingan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, kias atau perbandingan. Pada tahap ini, indvidu berkaitan perlu mempunyai banyak maklumat dan pengalaman untuk mencipta analogi kerana analogi merupakan suatu konsep yang membawa banyak makna (contoh, walaupun ayah seorang petani tetapi tugasnya seperti Perdana Menteri)
  2. Mencipta metafora – menggunakan sesuatu yang lain (tidak ada kaitan) untuk menyatakan tentang sesuatu, juga disebut sebagai kejanggalan berbahasa, penggunaan sesuatu unsur untuk menggambarkan sesuatu unsur yang lain. Metafora digunakan apabila individu yang berkomunikasi merasakan tidak mempunyai kosa kata yang tepat untuk menggambarkan makna yang dikehendakinya (contoh, “lembu sungguh budak ini” bermaksud “budak” yang dirujuk oleh individu tersebut mungkin mempunyai sifat, perangai, pemikiran, fizikal atau apa sahaja yang berkaitan dengan “lembu”).


Daripada kedua-dua kemahiran seperti yang dibincangkan di atas, individu akan menjadi lebih efisen dan efektif dalam menjalankan tugasnya. Hal ini terbukti apabila indvidu tersebut akan dapat dapat memanfaatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses penyelesaian masalah. 

Namun demikian, kemahiran-kemahiran tersebut perlu dipelajari,digembleng dan dilatih supaya individu menjadi seorang yang cukup mahir dan berkeupayaan tinggi menggunakannya dalam semua keadaan & situasi.

Selain itu, akhir-akhir ini terdapat pula ada pandangan yang mengatakan bahawa kita sebaiknya mengabung jalinkan kedua-dua bahagian otak semasa berfikir. Pandangan ini dikaitkan  dengan penggunaan “otak tengah” yang dikatakan mempunyai lebih 300 juta saraf neuron yang membantu manusia berfikir (Sawiah Omar 2012 @ Utusan Malaysia). 

Penggunaan otak tengah akan dapat melipat gandakan keupayaan manusia memproses maklumat dan secara tidak langsung mempertingkatkan tahap IQ.  Sama seperti berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menggunakan otak tengah ini juga perlu dipelajari dan diasuh oleh individu yang berminat supaya dapat melipatgandakan kemahiran berfikir.


SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENINGKATKAN LAGI DAYA BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MENYELESAIKAN SEGALA PERMASALAHAN HIDUP KITA.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Sekian.Salam Motivasi & Salam Sukses


Tn Abd Ghani Yusof

Master Trainer/senior speaker/Senior Lecturer

Konsultan jana Insan

Sg.Petani,Kedah

019 4741209

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...