ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABARAKATUH
ALHAMDULILLAH,SESI PERSEKOLAHAN SESI 2022 DAH HAMPIR KEPENGHUJUNGNYA.MINGGU DEPAN DAH NAK MASUK CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN.SUDAH PASTI YANG SERONOKNYA ANAK2 KITA YANG BERADA DIBANGKU SEKOLAH.MAKLUMLAH.INILAH WAKTU TERBAIK UNTUK MEREKA REHATKAN MINDA & FIZIKAL DIHUJUNG TAHUN.
YANG PENINGNYA ADALAH IBU DAN AYAH MEREKA.SUDAH PASTI PARENTS TAK TERKECUALI SIBUK MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK MEMENUHI PENGISIAN CUTI ANAK2 TERSEBUT.
BAGI YANG PUNYAI DUIT YANG BANYAK,SUDAH PASTI LOKASI & CARA PERCUTIANNYA AGAK MEWAH DAN BERBALOI2 BUAT ANAK2.SUDAH PASTI LOKASI PERCUTIANNYA IALAH DITEMPAT2 YANG BEST LAGI MENDAMAIKAN AKAN MENJADI PILIHAN SAMADA LUAR NEGARA ATAUPUN DALAM NEGARA.
ANTARA AKTIVITI2 YANG BERFAEDAH BOLEH DILAKUKAN ANAK2 KITA DISEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN NI IALAH :
1-MELANCONG ( BAGAI DIKATA KAT ATAS -ITUPUN KALAU RM NYA KUKUH )
2- BERGOTONG ROYONG BERSIHKAN RUMAH
3-SERTAI KEM2 MOTIVASI YANG DIANJURKAN OLEH SWASTA/SEKOLAH
4-ULANGKAJI PELAJARAN BAGI YANG NAK AMBIL EXAM BESAR SPT SPM
5-MENZIARAHI SAUDARA MARA KAT KAMPUNG
6-BERSUKAN & AKTIVITI FAMILY BONDING
7-BUAT HARI KELUARGA DITEMPAT2 RIADAH & REAKREASI
SUDAH PASTI YANG MENJADI PILIHAN ANAK2 PELAJAR KITA IALAH TEMPAT2 REAKREASI SEPERTI TEPI PANTAI,PULAU LANGKAWI,ATAU TEMPAT2 RIADAH SEPERTI ICE SKATING KAT IOI MALL KE?
APA PUN YANG DIPILIH,BIARLAH AKTIVITI YANG KITA BUAT ITU SESUATU YANG BERBALOI DAN SESUAI DENGAN KEMAMPUAN WANG RINGGIT KITA.JANGAN SAMPAI POKET IBU AYAH KOYAK SUDAH LAH YER. SEMOGA AKTIVITI YANG DIPILIH NANTI MAMPU MEMBERIKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT ANAK2 KITA.
SEMPURNAKANLAH HARI2 PERCUTIAN ANAK2 KITA DENGAN SESUATU YANG BERFAEDAH DAN BERMANFAAT BUAT MEREKA. AJAKLAH KETEMPAT2 YANG SEJUK & TINGGI MACAM DICAMERON HIGHLAND,GENTING HIGHLAND ATAU PULAU2 YANG BEBAS MONSUN SEPERTI PULAU PANGKOR ATAU PULAU LANGKAWI.INSYAALLAH,JIWA ANAK2 KITA AKAN SERONOK DAN TERUJA.
ATURKAN JADUAL AKTIVITI ANAK2 KITA SECARA TERANCANG DAN TERJADUAL BAGI MENYESUAIKAN WAKTU FREE@LAPANG KITA.SEDIAKAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG SEWAJARNYA KALAU MAMPU. JIKA TAK MAMPU HADIRKAN PERCUTIAN MEWAH,CUKUPLAH SEKADAR ADA PENGISIAN YANG SESUAI UNTUK ANAK2 KITA.JANJI HIDUP MEREKA TERISI DAN MASA LAPANG MEREKA DIPENUHI DENGAN AKTIVITI2 YANG BERMANFAAT.
SEMOGA PERCUTIAN ANAK2 KITA TERISI DENGAN AKTIVITI YANG MENARIK DAN MAMPU MEMBANGUNKAN POTENSI MEREKA. HADIRKANLAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT MEREKA. BIARLAH HIDUP MEREKA DIPENUHI DENGAN AKTIVITI2 YANG MERIANGKAN.
KITA SEBAGAI PARENTS SUDAH PASTI INGIN MELIHAT ANAK2 KITA BAHAGIA DAN HAPPY SENTIASA SETELAH PENAT MINDA MEREKA BELAJAR KAT SEKOLAH.BERILAH RUANG UNTUK MEREKA CARI KETENANGAN SEKETIKA SEBELUM KEMBALI MENGADAP KELAS 2 PENGAJIAN MEREKA DISEKOLAH. HIDUP KITA BIARLAH ADA BALANCE & KESEIMBANGAN.BARULAH HIDUP KITA AKAN MENCAPAI TAHAP BAHAGIA.INSYAALLAH.AMIN
SEMOGA PERANCANGAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT.JUGA SEMOGA AKTIVITI2 YANG DIJALANKAN NANTI JUGA SELAMAT DAN TERPELIHARA DARIPADA SEGALA MASALAH DAN KECELAKAAN.BERDOALAH BANYAK2 DAN SENTIASA BERHATI HATI DALAM MENJALANKAN AKTIVITI BAGI MEMASTIKAN PERCUTIAN KITA TIDAK BERAKHIR DENGAN TANGISAN.
SEKIAN,SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENGURUSKAN KEHIDUPAN ANAK2 KITA DIMUSIM CUTI SEKOLAH INI.
SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA.AMIN YA ALLAH
SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES
YANG MENGHARAPKAN PERCUTIAN MENARIK
TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI
#SENIOR LECTURER/#SENIOR MOTIVATOR/#SENIORTRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
0194741209
No comments:
Post a Comment