Alhamdulillah..Puji & Syukur pada Allah SWT yang masih lagi sudi memberikan kekuatan & kudrat kepada saya untuk terus berkarya & berkongsi dipentas Motivasi & Training. Kali ini bersama warga Technicion Operator Platform Minyak Kerteh,Terengganu @ Warga Petronas CariGali Sdn.Bhd.
Perjalanan yang jauh dari kediaman saya di Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani menghala ke Bukit Gambang Resort,Kuantan Pahang yang memakan masa selama hampir 7 jam dengan menaiki kenderaan rasmi saya AGY 568 ( Honda Stream Kesayangan ) rasa berbaloi apabila tempat Training & Kursus yang disediakan penganjur cukup selesa & menyenangkan.
Tanggal tarikh 13.3.2014 ( Khamis ) saya bersama trainer saya Tn .Hj.Omar Farouk telah mengendalikan seminar `SUPER WORKERS : KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA` dengan jayanya.
Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat memberangsangkan,terutama sekali slot terakhir iaitu slot analisa SWOT. Dalam slot terakhir ini pelbagai luahan hati & perasaan telah diterjemahkan oleh peserta yang terdiri dari warga Operator Pengeluaran Minyak di pelantar.
Antara kandungan pengisian Modul SUPER WORKERS yang saya kendalikan ini ialah :
1- Kerja Kita adalah Imej & Gambar peribadi diri kita
2- Kerja sebagai satu Ibadah
3- Konsep Syukur dalam Bekerja
4- Tips menjadi Pekerja yang SUPER lagi HEBAT
5- Membuat analisa diri dan analisa organisasi
Seminar kendalian saya telah berakhir pada Jam 4.30 petang. Sejurus habis mengendalikan Program tersebut ,saya & Tn,Hj.Omar Farouk tersu bergegas pulang ke Utara. Alhamdulillah,semuanya selamat ! Kami tiba di Sg.Petani pada Jam 10.30 malam.
Hari ini pula ( 15.3.2014 ) saya akan bergegas pula ke Awana Porto Malai yang kini lebih dikenali dengan Resort World Langkawi untuk mengendalikan Bicara Motivasi Pekerja bersama Warga KLCC Projeks Services Sdn.Bhd ( Juga sebuah anak Syarikat Petronas Malaysia ) ,Kuala Lumpur.
Alhamdulillah & terimakasih kepada korporat & GLC yang terus menanam kepercayaan yang tinggi kepada kami di Konsultan Jana Insan yang terus memperjuangkan Modul MODID ( Motivasi Dinamika Diri ). Semoga sumbangan kecil kami ini mampu menggerakkan potensi para pekerja di Malaysia.
Sekian, wassalam.
Salam Motivasi & Salam Sukses
Terus bersedia memikul amanah
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Pekerja
Konsultan Jana Insan,SP
019-4741209 @ 04-4246033
No comments:
Post a Comment