FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, March 10, 2014

MEMOTIVASIKAN PEKERJA SECARA MAKSIMA - PROGRAM TRANSFORMASI PEKERJA


Tip-tips Berguna & Efisen untuk Meningkatkan Motivasi dikalangan Kakitangan Syarikat & Pekerja Sesebuah Organisasi:

Sebagai seorang Trainer,Speaker & Motivator yang banyak mengendalikan kursus-kursus Kecemerlangan Organisasi Dan Budaya Kerja Cemerlang, langkah-langkah yang saya sering cadangkan  kepada pengurusan sesebuah Organisasi,Jabatan @ Syarikat dalam usaha untuk meningkatkan motivasi kakitangan mereka adalah seperti berikut :

Pertama – Cubalah Kenalpasti punca-punca sebenar mengapa kakitangan @ staf di dalam organisasi kita kurang atau hilang SENGAT motivasinya. Hal ini amat penting agar kita tidak melakukan sesuatu langkah yang tidak bersesuaian dengan realiti sebenar organisasi. Untuk tujuan itu, kita boleh melakukan satu tinjauan @ kajian ringkas mengenai tahap motivasi kakitangan dan mengapa tahap motivasi mereka menjadi sedemikian rupa . Hasil tinjauan @ kajian ringkas tersebut akan dibuat analisa . Maka punca-punca sebenar masalah motivasi dikalangan pekerja disenaraikan.

Berdasarkan teori-teori Motivasi Psikologi Organisasi, antara punca yang mungkin menyebabkan kekurangan motivasi dikalangan kakitangan @ staf sesebuah organisasi adalah:
  • Keperluannya di tempat kerja (seperti jaminan keselamatan dan peluang latihan serta kursus kompetensi ) tidak dipenuhi,
  • Kurang @ sedikitnya ganjaran positif (kenaikan gaji atau pangkat, bonus, pengiktirafan dan penghargaan),
  • Ganjaran tidak setaraf @ tidak berbaloi dengan usaha yang dicurahkan.
Kedua – Kenalpasti keperluan atau harapan kakitangan kita yang boleh meningkatkan motivasi mereka. Ini penting agar langkah meningkatkan kualiti motivasi kakitangan kita lebih berkesan kerana ianya selari dengan aspirasi mereka dan dapat memuaskan hati mereka. Kajian terdahulu mendapati kepuasan seseorang turut mempengaruhi tahap motivasinya.

Ketiga – Kenalpasti kaedah meningkatkan motivasi kakitangan berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi industri dan organisasi. Di samping itu, kita digalakkan menggunakan pendekatan Islam ( Islamic Modul ) bagi meneguhkan langkah-langkah yang telah diambil.

Keempat – Melakukan kajian keberkesanan terhadap pelaksanaan kaedah motivasi tersebut. Ini penting untuk memastikan tindakan yang diambil benar-benar berkesan.

Cadangan Meningkatkan Motivasi Kakitangan:

Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan di atas, lima cadangan berikut telah dikenalpasti dan disokong dengan rujukan dari pengamalan syarikat yang telah melaksanakannya serta konsep motivasi dalam Islam:

1. Mengurangkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan agar komunikasi lebih berkesan.

Syarikat Air Asia juga mengurangkan halangan komunikasi dengan melenyapkan jurang antara kakitangannya. Mereka tidak bersaing sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi. Pekerja dan majikan boleh makan bersama untuk berbincang idea dan bertukar-tukar fikiran. Dengan yang demikian juga, sebarang ketidakpuasan boleh dibincang bersama. Ia boleh membuatkan pekerja rasa pendapat mereka dihargai.

Di syarikat-syarikat besar Jepun @ Korea , pengurusan tertinggi banyak bertindak sebagai fasilitator @ pembimbing berbanding sumber autoriti. Informasi dan inisiatif mengalir dari bawah ke atas. Secara tidak langsung kaedah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk pekerja mengemukakan pandangan dan idea.

Dalam Islam pula, tiada jurang antara pangkat atau darjat di dunia. Manusia yang terbaik adalah manusia yang lebih baik keimanan dan ketaqwaannya. Justeru, program-program peningkatan ketaqwaan perlu diterapkan dalam organisasi.

2. Mewujudkan semangat berpasukan dan cintakan organisasi.
Orang Jepun sanggup bekerja lebih masa kerana kesetiaan dan komitmen mereka kepada syarikat. Kesetiaan pekerja Jepun terhadap organisasi bukan berasaskan ganjaran dan upah semata-mata tetapi berasaskan semangat kekitaan dalam organisasi tempat mereka bekerja.

Di syarikat Petronas, program mengkomunikasikan jenama syarikat yang boleh memenangi hati dan minda kakitangannya dijalankan secara terancang di seluruh peringkat jabatannya. Akhirnya, setiap kakitangan Petronas akan ada perasaan bangga menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.

Kumpulan kualiti ( KMK ) wajar diwujudkan bagi membolehkan pekerja bersama-sama menyumbang (idea) dalam pengurusan organisasi. Kumpulan ini terdiri daripada 6-10 orang dan diberi amanah membincang dan mengemukakan penambahbaikan secara berterusan. Justeru, ganjaran juga diberi kepada pencapaian pasukan, bukan pencapaian individu.

Dalam Islam pula, semangat berpasukan ( Amal Jamai ) diterapkan dalam solat melalui solat berjemaah. Hubungan antara kakitangan akan lebih erat jika sering bersolat berjemaah bersama.

3. Pemberian ganjaran berdasarkan prestasi kerja.

Sejak tahun 1995, sebahagian besar  daripada syarikat  gergasi Jepun memberi ganjaran berdasarkan kemahiran atau prestasi berbanding senioriti. Honda juga membayar bonus kehadiran secara harian kepada pekerja yang bekerja selama 30 hari berturut-turut. Ini didapati menimbulkan semangat bekerja dalam kalangan pekerja mereka. Kakitangan yang yakin apabila prestasi kerja yang dihasilkan akan mendapat ganjaran setimpal akan terus bermotivasi meningkatkan prestasi kerjanya.

Motivasi dalam Islam hadir dalam bentuk ganjaran di dunia dan akhirat. Setiap pekerjaan yang baik dan diniatkan kerana mencari keredhaan Allah akan mendapat pahala dan kebajikan. Kakitangan hendaklah sentiasa diingatkan agar bekerja kerana mencari keredhaan Allah dan selaku seorang Muslim hendaklah sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin.

4. Menggalakkan pengupayaan kakitangan.

Pekerja perlu ada autonomi agar merasa bertanggungjawab terhadap kerja mereka. Syarikat Jepun mengamalkan sistem Ringi, iaitu pengurusan pertengahan mengemukakan cadangan yang kemudiannya akan diedar kepada semua pengurus di bahagian yang berkaitan. Setelah cadangan dipersetujui, individu yang mengemukakan cadangan tersebut diberi kepercayaan menjalankan cadangannya di dalam organisasi.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah membenarkan para pemuda yang dirasakan berkelayakan memimpin tentera Islam walaupun ada panglima perang yang lebih senior dan berpengalaman. Ini bermakna kepimpinan dalam Islam bukan berbentuk horizontal tapi bulat, pemimpin tidak sentiasa berada di atas dan pengikut tidak sentiasa berada di bawah.

5. Meraikan idea dan inovasi. 

Setiap tahun pekerja cemerlang diberi anugerah inovasi bagi menggalakkan pekerja mengetengahkan idea baru serta bagi melibatkan mereka dalam proses pengurusan secara bersama. Misalnya, di kilang pemasangan Toyota, Georgetown, 80,000 cadangan penambahbaikan telah dikemukakan dalam hanya satu tahun dimana 99% daripadanya dilaksanakan. 

Dalam konteks Sirah Islami, Rasulullah s.a.w. juga sering merujuk kepada para sahabat dalam membuat keputusan, terutama dalam sesuatu perkara yang bukan kepakaran baginda. Contohnya, baginda telah meraikan cadangan Salman al-Farisi & sahabat-sahabat yang lain dalam Perang Khandak.

JOM !, sebagai penggerak kepada peningkatan kualiti pekerja ,seseorang Bos atau pihak pengurusan mesti & wajar melipat gandakan usaha untuk menggerakkan potensi pekerja. Antara kaedah yang terbaik :

1- Penganjuran kursus-kursus peningkatan kualiti pekerja
2- Penganjuran program family day untuk merapatkan hubungan diantara pekerja sesebuah organisasi
3- Penganjuran Program Team Building yang mantap dalam meningkatkan semangat kerjasama & Team spirit dikalangan ahli Organisasi
4- Penganjuran Makan Malam Penghargaan untuk Staf & kakitangan dalam usaha meningkatkan semangat & motivasi pekerja
5- Sentiasa memberi ruang untuk para pekerja untuk memberikan Idea & pandangan dalam menggerakkan sesebuah Organisasi 

Kami di Konsultan Jana Insan,bersedia mental,fizikal & emosi dalam memikul amanah untuk menggerakkan potensi pekerja syarikat & Organisasi tuan/puan diluar sana.

Hubungi kami di talian :

Tn.Abd.Ghani bin Yusof 
Perunding Motivasi Kualiti Pekerja
019-4741209 @ 04-4246033

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...