Tembok kukuh badan korporat yang agak sukar ditembusi selama ini,akhirnya mampu saya tembusi.
Tanggal 28.11.2013 lalu,bertempat di Bilik Seminar 8 ,Universiti Teknologi Petronas,saya telah diberikan amanah selama sehari untuk memotivasikan & menyuntik semangat barisan tenaga kerja Non Executive Universiti Teknologi Petronas seramai 40 orang peserta.
Program bermula dengan ucaptama & kata-kata aluan daripada Penasihat SITDG yang Berbahagia Prof.Madya Dr Bablir Singh yang banyak menyentuh tentang semangat kerja berpasukan dan kualiti sebagai seorang pekerja.
Alhamdulillah,sepanjang sehari tersebut,saya telah menyentuh beberapa aspek penting sebagai seorang pekerja iaitu :
1- Perlunya Transformasi Diri sebagai Pemangkin Kualiti Organisasi
2- Semangat Kerja Berpasukan
3- Pemikiran Kreatif sebagai Seorang Pekerja
4- Perlunya Semangat Setiakawan Dalam sesebuah Organisasi
5- Daya Juang & Daya Saing yang Tinggi Dalam Diri Seorang Pekerja
Alhamdulillah, semangat yang ditunjukkan oleh para pekerja UTP cukup hebat.Mereka sememangnya pekerja2 yang hebat lagi cemerlang.Ini dapat dilihat pada komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus & seminar tersebut dijalankan.
Terimakasih yang tak terhingga saya tujukan kepada Puan Noorasidah & Puan Azwa selaku orang KUAT SITDG UTP,Tronoh Perak yang sudah sekian lama menghubungi saya sejak April lalu bagi memastikan program ini berjalan lancar dan mampu direalisasikan.
Semoga apa yang saya sampaikan selama sehari bermula jam 9 pagi sehingga jam 5.00 petang itu mampu direalisasikan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pekerja di Organisasi yang hebat dan GAH seperti Universiti Teknologi Petronas yang merupakan ASET paling bernilai di negeri PERAK.
Sekian, wassalam
yang bersedia memikul amanah
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri ( MODID )
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019-4741209 @ 04-4246033
No comments:
Post a Comment