FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, January 2, 2013

CARI,GALI,GILAP,ASAH & GERAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR ANDA !

Alhamdulillah...Sesi baru persekolahan sudah pun bermula semalam ( bagi negeri2 pantai Barat termasuk Sabah & Sarawak ) manakala negeri-negeri di Pantai Timur ( Terengganu & kelantan ) dahpun bermula sehari lebih awal iaitu pada Selasa lepas ( 1.1.2013 ).

Maka kembali sibuklah insan yang berwatak sebagai seorang Guru,Cikgu,Pendidik termasuklah para Kaunselor dan Juga pihak Pentadbir sekolah termasuklah Guru Besar,Pengetua,barisan Penolong Kanan termasuk para warden asrama.

Tahun silih berganti,tetapi kerja & tugasan guru tetap sama,malah ada penambahan beban kerja & tugas disekolah.Itulah pendidik. Selain mengajar matapelajaran mengikut bidang kepakaran masing2 samada subjek teras mahupun subjek sampingan,semuanya adalah sama iaitu menggerakkan potensi yang ada pada pelajar.

Bagi Guru Disiplin,setiap hari adalah penuh dengan`kebimbangan `,kerisauan,tekanan,cabaran dan tentangan dalam menghadapi kerenah para pelajarnya. Tugas guru Disiplin juga adalah untuk melahirkan pelajar2 yang bukan saja celik akal,tetapi celik moral,celik akhlak dan celik segalanya.

Buat Guru Kaunselor AKA Kaunselor @ Guru Kaunseling,mesti tengah sibuk membuat perancangan rapi bagi memastikan pelajar-pelajar akan menjadi insan terdidik dengan akhlak yang baik,moral yang cemerlang,akademik yang mantap & pencapaian yang membanggakan. Sudah pasti barisan kaunselor2 disekolah sedang berada dalam kondisi`pening` memikirkan apa,bagaimana,dimana & bila untuk dilakukan program-program yang sesuai dalam menggerakkan potenasi pelajar-pelajar disekolah mereka.

Jangan risau,pihak kami di KONSULTAN JANA INSAN dengan bersandarkan modul MODID yang mantap,efisen & berkesan serta mempunyai barisan Trainer,Speaker & Motivator yang hebat mampu menjadi alternatif dan pilihan buat guru-guru,kaunselor & pihak pentadbir sekolah dalam menyelesaikan masalah yang membelenggui para pelajar sekolah yang rata-ratanya berkisar tentang :

1- Masalah sikap pelajar yang malas,tidak bersemangat & kurang yakin
2- Masalah pelajar yang tidak minat untuk belajar & tidak mahu berdikari
3- Masalah disiplin pelajar yang kian hari kian teruk & menurun kualitinya
4- Masalah keyakinan pelajar yang cukup lemah
5- Masalah kemerosotan tahap pencapaian akademik
6- Masalah sosial yang kian meruncing
7- Masalah pelajar yang tiada nilai kepimpinan 
8- Masalah pelajar yang kurang aktif dalam Ko-Kurikulum
9- Masalah pelajar yang tiada `nilai beragama` dalam diri
10 -Masalah pelajar yang kerap ponteng dan tidak berminat meneruskan pengajian

Semua masalah diatas ada jalan penyelesaiannya.` Setiap penyakit ada ubatnya,` Kita hanya perlu berusaha.Kita cuba buat yang terbaik dan kita cuba cari jalan penyelesaiannya. InsyaAllah,pelajar-pelajar anda boleh dibentuk,boleh diubah,boleh diperbaiki dan boleh dibimbing.

Ayuh,buat perancangan segera ! kami bersedia menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bagi membantu anda,pelajar-pelajar sekolah anda dan sekaligus memperbaiki kualiti pencapaian akademik sekolah anda !

Kami menanti pelawaan anda !

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

yang bersedia memikul amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO,Master Trainer,Speaker,Motivator & Lecturer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah
HP : 019-4741209
TT : 04-4246033
email : fahanie_793@yahoo.com.my
facebook : SyeikhGhani Al-Ganuni



No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...