Syukur padaMu yang Maha Agung,Maha Kaya dan Maha Pemberi kerana masih lagi SETIA menganugerahkan nikmat buat kami sekeluarga.Pesan saya buat diri sendiri,ahli keluarga dan sanak saudara,jomlah kita sama - sama meningkatkan rasa syukur pada Allah SWT dan berusahalah untuk menjauhi `sifat kufur nikmat`..
Semarakkanlah rasa syukur kita pada Allah SWT dengan cara :
1. Melafazkan rasa syukur melalui lidah.lisan,perbuatan dan amal ibadat
2. Berkongsi rezeki dengan orang lain yang memerlukan( anak yatim,ibu tunggal,fakir miskin )
3. Bersederhana dalam tindakan
4. Berbelanja secara sederhana dan berhemah
5. Tidak membazir
6. Mengingati Allah dalam apa jua tindakan,masa dan tempat
7. Memahami perasaan orang lain yang tidak bernasib baik( miskin,merana,merempat,dhaif,hina)
8. Mengingati Orang yang berjasa kepada kita ( ibu-ayah/ahli keluarga/Bos kita )
9. Infaq pada jalan Allah SWT dengan bersedekah pada masjid,memberi makan pada yang memerlukan dan membantu menyumbang dana pembinaan surau,masjid,sekolah agama dll.
10. Jangan lupa berzakat
Sebenarnya banyak lagi kaedah,bentuk dan cara bersyukur. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menterjemahkan rasa syukur itu pada Yang Maha Memberi
Sekian,Salam Ramadhan
Yang menjalankan amanah Allah
Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator/Lecturer
Konsultan Jana Insan.
No comments:
Post a Comment