FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, December 28, 2011

TAHUN BARU 2012 BAKAL MENJELANG TIBA


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang & ruang untuk terus menikmati kehidupan yang serba cukup,serba indah dan penuh kenikmatan ini. Dalam meneruskan kehidupan, kita tidak dapat lari dari perancangan dan ketentuan Allah SWT. Terkadang apa yang kita rancang tidak dapat kita sempurnakan. Dan,terkadang..sesuatu yang tidak dirancang terjadi kepada diri kita.Samada sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk. Selagi terdaya dan termampu kita seboleh-bolehnya tidak mahu yang buruk berlaku terhadap kita.
Dalam meneruskan kehidupan,kita sudah pasti ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Kejayaan tidak akan dicapai,jika tidak disertai dengan usaha yang gigih dan berkesan.Disusuli dan diiringi pula dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT.
Perancangan Strategik dan Analisis SWOT perlu kita lakukan demi mencapai kejayaan,disamping mengenal pasti apakah kekuatan dan kelemahan diri kita,keluarga kita,organisasi kita dan ahli organisasi kita.
Bermula penghujung Disember 2011 ini,kita sepatutnya sudah melakukan perancangan yang rapi demi masa depan kita dan organisasi kita. Buatlah perancangan yang rapi bagi menguatkan lagi prestasi diri,prestasi organisasi dan prestasi ahli organisasi.
Mulalah merancang dari sekarang.Buat sesuatu demi kecemerlangan organisasi kita. Perbaiki kelemahan lampau,cuba cipta sebanyak mungkin kejayaan baru. Lonjakkan prestasi organisasi anda.Berbincanglan dengan pihak atasan dan ahli organisasi anda,apa yang anda dan organisasi anda inginkan.
Semoga tahun 2012 bakal mengundang seribu kejayaan buat organisasi anda. Kami bersedia membantu mencetuskan `revolusi` dan `transformasi` diri anda & organisasi anda.Sinergi dan kolaborasi yang `mantap` boleh dijalinkan atas dasar `menggerakkan` kemajuan organisasi anda. Anda jemput,kami hadir..anda pelawa,kami terima...

Sekian,

Salam Motivasi dan Selamat Tahun Baru 2012

Yang Sedia Membantu

Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer Konsultan Jana Insan

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...