Alhamdulillah puji dan syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk terus menghambakan diri dalam bidang Training & Motivasi. Sekali lagi diberi peluang & kesempatan untuk handle program Training untuk staf2 sokongan KMPP pada 30.11.2011 selama sehari di AmanPura Hotel ( Formally Known SP Inn ).
Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah 3 slot Utama dapat diselesaikan.Bermula dengan Slot 1 : Sahsiah Cemerlang Pekerja Terbilang ( Ceramah interaktif ) dan diteruskan dengan slot ke2 : Membina Sikap Positif DiTempat Kerja ( 11.30 -1.00 pm ) dan Slot terakhir pada jam 2.30 -4.30 ( Slot bengkel ) yang mana setiap kumpulan diminta menyelesaikan 2 tugasan utama iaitu mencari nilai & etika yang baik berdasarkan Gambar & juga berdasarkan Video yang dipertontonkan.
Alhamdulillah,keceriaan dan kegembiraan terpancar diwajah para peserta. Semoga kandungan kursus tersebut mampu melonjakkan lagi nilai positif dan motivasi para pekerja untuk menyumbang sesuatu yang baik buat Institusi sehebat KMPP.
Sekian,
Salam Motivasi dan Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan.
No comments:
Post a Comment