FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, August 3, 2011

PROGRAM MOTIVASI....CARANYA BIARLAH SESUAI & BERPADANAN

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Bertemu kembali diarena blog motivasi dinamika diri kesayanganku ini....alhamdulillah,syukur dan puji dipanjatkan kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih lagi memberi kekuatan untuk diri ini terus berkarya dan berjuang di medan Training & Motivasi...

Tertarik dengan isu beberapa orang pelajar disebuah sekolah ( JOHOR ) yang terpilih menyertai kem motivasi di sebuah penjara di Johor..berbagai pro dan kontra berhubung isu ini. Campurtangan pelbagai pihak telah menjadikan isu ini lagi menarik dan `panas`.

Malam tadi, dikesemua channel TV menyiarkan berita tentang isu ini. Ada yang mengatakan bahawa program ini dipersetujui bersama oleh pihak sekolah,PIBG dan waris mereka sendiri. Ada yang mengatakan pihak ibu-bapa tidak `berkenan` dengan cara pihak penjara melayan anak mereka seolah-olah anak mereka `banduan` sebenar. Disebelah pihak penjara pula,mengatakan ianya tidak berlaku ( penderaan )..katanya ianya hanyalah simulasi...

Biarlah siapa benar,siapa salah..janji isu ini kita kena selesaikan bersama...masalah disiplin pelajar memang serius..ini kenyataan..siapa yang harus dipersalahkan ? siapa yang yang perlu bertanggungjawab ? jawapannya..kita semua..Ibu bapa perlu mainkan peranan..sekolah dan guru-guru perlu mainkan peranan..,masyarakat juga perlu main peranan...semuanya pihak ada saham ...

Dalam memperkatakan tentang program motivasi,ianya hanya layak dikendalikan oleh orang yang benar-benar mempunyai kemampuan .Program motivasi biarlah sesuai,sepadan,mendidik dan memberi kesan yang mendalam kepada para peserta. Kekerasan bukanlah `satu-satu`nya jalan yang terbaik untuk mendidik.Banyak lagi pendekatan lain yang boleh diketengahkan.

Setelah sekian lama berkecimpung dibidang motivasi,saya melihat pelajar-pelajar bermasalah ini perlukan belaian,bimbingan dan sentuhan...bukannya `kekerasan` yang hanya menjauhkan mereka dengan program-program motivasi.Buatlah program motivasi yang membina , bukannya program yang `membunuh` potensi anak-anak pelajar.

Motivasi Dinamika Diri ada pendekatan `sentuhan` & `belaian` yang mampu membina kekuatan dalaman pelajar yang bermasalah. kami akan terus menyokong usaha-usaha untuk membangunkan modal insan disekolah2 dan IPT diseluruh Malaysia. Kami bersedia membantu dan memberi khidmat bakti jika diperlukan.

Sekian,Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
Teratak Fahanie,Sg.Petani,Kedah
4 Ramadhan 1425 Hijrah.


No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...