Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Hari ini tanggal 10 Ramadhan 1432 Hijrah....Satu fasa ramadhan telah berlalu, tinggal lagi 2 fasa yang bakal kita semua tempuhi. Dalam kesibukan kita mengerjakan ibadah puasa, media arus perdana masih lagi membicarakan tentang salah-laku dan masalah disiplin para pelajar.
Baru-baru ini ( MINGGU PERTAMA RAMADHAN ) ,satu kes masalah disiplin dan salah laku pelajar telah dikesan di Kemaman ,Terengganu,dimana 3 orang pelajar lelaki telah ditahan dan ditangkap kerana disyaki telah meletakkan kamera bersaiz mini didalam tandas wanita disekolah tempat mereka belajar dengan niat untuk `mengintip` dan `merakam` aktiviti pelajar perempuan.
Seolah-olah masalah disiplin pelajar tiada penghujung. Malah dirasakan ianya semakin `membimbangkan` semua pihak. Siapa yang harus dipersalahkan ? Yang penting ,jangan kita persalahkan sesiapa dalam hal ini. semua pihak bertanggungjawab..semua pihak ada peranan..semua pihak mesti mengambil berat dalam hal ini...
Dalam masalah ini pihak sekolah kena menjalinkan `hubungan `yang baik dengan semua pihak..Pihak ibu-bapa sendiri..pihak guru..pihak polis..pihak masyarakat kena ada satu jalinan yang baik..agar masalah disiplin pelajar ini mampu kita bendung..
Di pihak sekolah, peranan mengawal masalah disiplin dan salah laku pelajar biasanya diletakkan dibahu Guru Disiplin dan Guru Kaunseling @ Kaunselor.....Persoalannya,mampukah Guru Disiplin untuk menangani semua masalah ini...adakah mampu pihak Kaunselor Sekolah memainkan peranan dalam mendidik,membimbing,menasihati dan mejalankan sesi kaunseling kepada semua pelajar yang bermasalah ?
Dalam hal ini, saya melihat peranan Trainer,Motivator dan Speaker menjadi semakin `perlu` dan khidmat mereka amat di`tagih` bagi membantu pihak Guru Disiplin & Kaunselor Sekolah dalam menangani masalah ini. Konsep pengagihan tugas Guru Disiplin dan Kaunselor kepada Trainer ,Speaker dan Motivator perlu diperluaskan lagi...
Maka bertepatan dengan tajuk `post` saya kali ini..peranan Motivator `amat-amat` perlu dalam membentuk pelajar-pelajar sekarang agar lebih berdisiplin,lebih berakhlak,lebih bermoral,lebih `berhala tuju`....Maka ..pesan saya kepada Guru-guru Disiplin dan Kaunselor seluruh Malaysia, jika kalian benar-benar berhasrat untuk `memajukan` dan `memandaikan` anak bangsa, maka rajin-rajinlah berhubung,bersahabat dan membuat jalinan yang baik lagi mesra dengan kelompok Trainer,Speaker dan Motivator yang ramai bilangannya di negara kita.
Tidak salah kita saling kenal mengenali antara satu sama lain....mungkin banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama demi `memajukan` dan `mengangkat` martabat anak-anak pelajar kita samada yang berada dibangku sekolah,kolej,IPT dan belia lepasan sekolah.
Semoga hubungan yang baik yang bakal terjalin antara kita nanti mampu untuk membantu mengurangkan masalah sosial dan salah laku pelajar yang dilihat semakin meruncing sekarang. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan meneruskan kerja-kerja mulia ini ?
SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI ALLAH SWT...AMIN YA RABBAL ALAMIN..
Yang Sentiasa Sedia Membantu
Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman

Add caption |
No comments:
Post a Comment