Assalamualaikum Warhmatullahi wabarakatuh..
Bertemu kembali diarena Blog Motivasi Dinamika Diri, wadah perjuangan memartabatkan bangsa dan memandaikan Umat Melayu. Tak lama lagi,kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang..ada yang menunggu kerana ingin `melahirkan` rasa cinta pada Allah SWT dengan melakukan Ibadah Puasa dengan `Secemerlang` mungkin.Mendidik jiwa menjadi insan terpuji.
Disebelah pihak yang lain menanti untuk `menjamu` perut dan `memenuhi` kehendak nafsu disepanjang bulan Ramadhan ini.
Inilah 2 keadaan manusia yang melihat sesuatu itu dari 2 sudut yang berbeza. Berbalik kepada topik kita iaitu tugasan mendidik anak-anak pelajar,pelbagai isu timbul. Ada isu tentang `ketidakberjayaan` sistem pendidikan yang ada sekaran. Ada yang mempertikaikan keberkesanan Teknik & cara guru-guru mengajar. Ada pihak lagi yang mempertikaikan peranan Ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Manakala Ada pihak yang lain pula menyalahkan peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan disesebuah sekolah.
Golongan yang tidak pernah lekang dari memikirkan masalah ini juga ialah golongan kaunselor sekolah.
Mereka juga menjadi sasaran kritikan .Kononnya tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas mereka hanya melakukan program & aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik dan prestasi akhlak/sahsiah pelajar. kaunselor tidak seperti guru-guru yang lain ,mempunyai jadual mengajar khusus.Mereka hanya memikir,merancang,melaksanakan sesuatu program peningkatan prestasi akademik dan prestasi akhlak/moral pelajar .
Dalam mempersoalkan hal ini, kita tidak wajar menyalahkan sesiapa..semua orang ada peranan.semua pihak ada saham dan syer. Semua pihak ada amanah yang hendak dilaksanakan. semua pihak bertanggungjawab.Tak kira ibu-bapa,guru-guru,guru agama,kaunselor,pihak pentadbir,PIBG,ahli masyarakat..semuanya ada bidang tugas masing-masing yang perlu dibereskan bagi memastikan pelajar-pelajar kita mampu menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat.
Dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini,kenapa ada sesetengah pihak yang menjadikannnya sebagai alasan kukuh untuk `berdiam diri` dan terus `berpuasa` dari menjalankan program-program disekolah. Kenapa ? Salah ke menjalankan aktiviti @ program motivasi di Bulan Ramadhan ? Letih sangat ke ? Susah sangat ke ? Rumit sangat ke ?
Muslim yang hebat,pendidik yang hebat, kaunselor yang hebat,pengurusan sekolah yang hebat..adalah yang mampu melaksanakan apa jua program dalam pelbagai situasi ,masa,tempat dan keadaan. Macam-macam program boleh dilaksanakan disekolah. Jangan jadikan alasan bulan Ramadhan sebagai tembok tebal untuk menjadi `malas`,`lemah` dan `tidak berdaya saing`.
Sepatutnya Institusi Ramadhan ini dijadikan sebagai platform terbaik untuk meneruskan kerja-kerja mulia kita untuk mengangkat martabat pelajar muslim. Jadikan Ramadhan sebagai medan terbaik untuk melatih diri pelajar -pelajar menjadi insan yang berjiwa besar dan berdaya juang.
Teruskan kerja-kerja mulia dengan penganjuran pelbagai aktiviti-aktiviti Motivasi dan Training dibulan yang penuh barakah ini. Kami bersedia menyahut cabaran dan pelawaan dari mana-mana institusi dan organisasi yang bercadang menjalankan apa jua program motivasi dan Training disepanjang Bulan Ramadhan ini. Bulan ini sepatutnya kita terus meningkatkan kualiti diri kita dan ahli-ahli organisasi kita.
Tiada Alasan untuk berehat di Bulan Ramadhan. Disiang hari kita berpuasa dan bekerja dengan sehabis baik,manakala dimalam hari kita beribadat dengan sepenuhnya pada Allah SWT..Moga segala usaha,amal perbuatan kita diterima Allah SWT .
Salam Ramadhan dan Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani Yusof
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
CEO,Trainer,Speaker dan Motivator
Konsultan Jana Insan,Sg.Petani,Kedah.
28.7.2011

No comments:
Post a Comment