FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 20, 2011

BENARKAH SISWA MELAYU LEKEH ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah SWT yang masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk diri ini terus berkarya diarena motivasi & training serta di medan blog motivasi kesayanganku ini.

Kali ini penulis ingin mengajak para peminat Blog ini dan pencinta arena Training dan Motivasi untuk merenung satu topik yang agak `sensasi` dan `panas` iaitu benarkah student melayu `lekeh` ? Penulis sengaja mencetuskan polemik ini kerana sejak akhir-akhir ini banyak artikel akhbar yang `highlight` topik ini,dimana kemampuan mahasiswa @ pelajar melayu dipertikaikan.

Penulis ingin mengajak kita semua merenung kembali isu ini. kalau tiada angin,takkan pokok bergoyang ? inilah pepatah yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan isu ini. Memang ada kebenarannya,kerana sistem yang ada sekarang lebih menjurus kepada akademik semata-mata. Mahasiswa @ pelajar-pelajar melayu kita semakin hari semakin lemah daya tahan,semakin lemah daya imaginasi,semakin kurang daya kreativiti,semakin kurang semangat juangnya dan semangit luntur semangat bersaing.

Ramai student melayu kita yang takut untuk kedepan,takut dan malu berada dikhalayak ramai,takut untuk bersaing dengan pelajar bangsa lain ,malah `impriority complex`nya cukup tinggi. Pelajar melayu kita hanya bersedia untuk belajar tetapi tidak bersedia dan tidak mampu untuk menjadi pelajar yang `versatile`.Maksud versatile yang saya maksudkan ialah `serba boleh`.

Ramai pelajar melayu kita yang terlibat dengan gejala yang tidak baik samada dibangku persekolahan mahupun di IPT. Sesetengahnya pula belajar hanya `ala kadar` dan tiada `target` yang jelas. Mereka menjadikan Universiti @ Kolej itu hanya sebagai tempat untuk meluaskan `jalinan sosial`nya. Tiada fokus yang jelas dan tiada `komitmen`yang padu.   Kalau mereka keluar dari Universiti sekalipun hanya sekadar untuk mendapat Ijazah kelas kedua @ ketiga.

Bagaimanakah caranya untuk kita memperbaiki `label negatif` yang terpalit dimuka pelajar-pelajar Melayu ini ? Bagaimanakah carnya untuk kita memperbaiki prestasi pelajar Melayu di Sekolah,Kolej @ IPT ? Bagaimanakah caranya untuk kita meningkatkan prestasi mereka ? Bagaimanakah caranya untuk kita memulihkan semangat dan `motivasi ` mereka ?

Penulis selaku seorang Perunding Motivasi dan Trainer ,melihat fenomena ini ada kaitannya secara langsung dengan kurangnya suntikan semangat atau kurangnya sentuhan `motivasi` pada diri pelajar-pelajar melayu samada di sekolah ,IPT @ Kolej. Maka,penulis menyarankan agar pihak sekolah,Kolej @ IPT sentiasa memikirkan bagaimanakah caranya @ jalan terbaik untuk memperbaiki keadaan ini.

Antara jalan @ pendekatan yang paling baik bagi menyelesaikan masalah ini ialah  perlunya komitmen yang berterusan dalam  menganjurkan program-program berbentuk motivasi,kaunseling dan training untuk para pelajar Melayu samada di sekolah,kolej @ IPT. Mungkin,kesannya tidak dapat dilihat dalam tempoh yang begitu singkat tetapi hasilnya tetap ada jika ianya dibuat secara berkala dan berterusan.

Penulis bersedia memberi khidmat bakti dalam `memotivasikan` pelajar-pelajar melayu yang bermasalah jika dijemput. Apalah sangat dengan perbelanjaan ,jika dibandingkan dengan manfaat yang boleh didapati @ diperolehi dari program-program berbentuk motivasi dan kaunseling ini.

Kepada sekolah-sekolah,Kolej @ IPT yang telah,sedang dan akan menjalankan program motivasi,sekalung tahniah diucapkan. Bagi yang belum lagi berkesempatan menganjurkan program sebegini,belajarlah dari mana-mana organisasi yang telah menjalankan program ini. Jika ada sebarang kemusykilan atau masalah tentang penganjuran program ini,bolehlah berhubung terus dengan saya . Insya-Allah,saya sedia membantu jika diberi kesempatan.

Sekali lagi saya mengharapkan `kolaborasi` dan `sinergi` yang akan terjalin diantara kita nanti mampu untuk merubah `persepsi` negatif yang dilemparkan kepada student melayu. Diharapkan, dengan terbentuknya kerjasama ini,kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan berstatus `dunia`.

Sekian , semoga dunia Motivasi dan Training ini mampu memberi kesan yang terbaik dalam melahirkan pelajar-pelajar melayu yang` berkualiti` dan `berdaya saing`.

Sekian,wassalam

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.
21.7.2011

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...