FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 27, 2011

PERANAN MENDIDIK BUKAN HANYA TERLETAK DIBAHU GURU..IA TUGASAN SEMUA

Assalamualaikum Warhmatullahi wabarakatuh..

Bertemu kembali diarena Blog Motivasi Dinamika Diri, wadah perjuangan memartabatkan bangsa dan memandaikan Umat Melayu. Tak lama lagi,kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang..ada yang menunggu kerana ingin `melahirkan` rasa cinta pada Allah SWT dengan melakukan Ibadah Puasa dengan `Secemerlang` mungkin.Mendidik jiwa menjadi insan terpuji.
Disebelah pihak yang lain menanti untuk `menjamu` perut dan `memenuhi` kehendak nafsu disepanjang bulan Ramadhan ini.

Inilah 2 keadaan manusia yang melihat sesuatu itu dari 2 sudut yang berbeza. Berbalik kepada topik kita iaitu tugasan mendidik anak-anak pelajar,pelbagai isu timbul. Ada isu tentang `ketidakberjayaan` sistem pendidikan yang ada sekaran. Ada yang mempertikaikan keberkesanan Teknik & cara guru-guru mengajar. Ada pihak lagi yang mempertikaikan peranan Ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Manakala Ada pihak yang lain pula menyalahkan peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan disesebuah sekolah.
Golongan yang tidak pernah lekang dari memikirkan masalah ini juga ialah golongan kaunselor sekolah.

Mereka juga menjadi sasaran kritikan .Kononnya tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas mereka hanya melakukan program & aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik dan prestasi akhlak/sahsiah pelajar.  kaunselor tidak seperti guru-guru yang lain ,mempunyai jadual mengajar khusus.Mereka hanya memikir,merancang,melaksanakan sesuatu program peningkatan prestasi akademik dan prestasi akhlak/moral pelajar .

Dalam mempersoalkan hal ini, kita tidak wajar menyalahkan sesiapa..semua orang ada peranan.semua pihak ada saham dan syer. Semua pihak ada amanah yang hendak dilaksanakan. semua pihak bertanggungjawab.Tak kira ibu-bapa,guru-guru,guru agama,kaunselor,pihak pentadbir,PIBG,ahli masyarakat..semuanya ada bidang tugas masing-masing yang perlu dibereskan bagi memastikan pelajar-pelajar kita mampu menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat.

Dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini,kenapa ada sesetengah pihak yang menjadikannnya sebagai alasan kukuh untuk `berdiam diri` dan terus `berpuasa` dari menjalankan program-program disekolah. Kenapa ? Salah ke menjalankan aktiviti @ program motivasi di Bulan Ramadhan ? Letih sangat ke ? Susah sangat ke ? Rumit sangat ke ?

Muslim yang hebat,pendidik yang hebat, kaunselor yang hebat,pengurusan sekolah yang hebat..adalah yang mampu melaksanakan apa jua program dalam pelbagai situasi ,masa,tempat dan keadaan. Macam-macam program boleh dilaksanakan disekolah. Jangan jadikan alasan bulan Ramadhan sebagai tembok tebal untuk menjadi `malas`,`lemah` dan `tidak berdaya saing`.

Sepatutnya Institusi Ramadhan ini dijadikan sebagai platform terbaik untuk meneruskan kerja-kerja mulia kita untuk mengangkat martabat pelajar muslim. Jadikan Ramadhan sebagai medan terbaik untuk melatih diri pelajar -pelajar menjadi insan yang berjiwa besar dan berdaya juang.

Teruskan kerja-kerja mulia dengan penganjuran pelbagai aktiviti-aktiviti Motivasi dan Training dibulan yang penuh barakah ini. Kami bersedia menyahut cabaran dan pelawaan dari mana-mana institusi dan organisasi yang bercadang menjalankan apa jua program motivasi dan Training disepanjang Bulan Ramadhan ini. Bulan ini sepatutnya kita terus meningkatkan kualiti diri kita dan ahli-ahli organisasi kita.

Tiada Alasan untuk berehat di Bulan Ramadhan. Disiang hari kita berpuasa dan bekerja dengan sehabis baik,manakala dimalam hari kita beribadat dengan sepenuhnya pada Allah SWT..Moga segala usaha,amal perbuatan kita diterima Allah SWT .

Salam Ramadhan dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
CEO,Trainer,Speaker dan Motivator
Konsultan Jana Insan,Sg.Petani,Kedah.
28.7.2011

Thursday, July 21, 2011

HEBATNYA ANUGERAH OTAK


KEDUDUKAN PALING ATAS ANGGOTA MANUSIA
DIJULANG OLEH KEDUA-DUA BELAH BAHU
PUSAT PEMPROSESAN KESELURUHAN OPERASI TUBUH MANUSIA
OTAK `DILINDUNGI` OLEH TENGKORAK KEPALA YANG TERDIRI DARI 29 JENIS TULANG
MEMPUNYAI 100 BILION SEL SARAF  
SARAF BERDENYUT DARI OTAK SELAJU 274K KM / JAM

SMART STUDY SKILLS



7 Study Time Management Principles
Basic Principles of Time Management that you can apply

Identify "Best Time" for Studying: Everyone has high and low periods of attention and concentration. Are you a "morning person" or a "night person". Use your power times to study; use the down times for routines such as laundry and errands.


1.     Identify "Best Time" for Studying

2.     Study Difficult Subjects First

3.     Use Distributed Learning and Practice

4.     Make Sure the Surroundings are Conducive to Studying

5.     Make Room for Entertainment and Relaxation

6.     Make Sure you Have Time to Sleep and Eat Properly
      7 . Try to Combine Activities

Here are eight smart study habits you can help your secondary school student develop at home:

1. Listen carefully when assignments are given at school. Your student should be aware of what each assignment requires and what teachers expect. Careful listening is an often-neglected study skill.

2. Study at a suitable time. Students need to set aside regular time within their most productive hours.

3. Choose a study area free from distractions. Studying smart requires concentration so encourage your student to eliminate distractions such as telephones, television and loud music.

4. Review the day’s work. This enables a student to recall what was done and plan ahead.

5. Allot time for each task. Set aside short periods for study that require your young person to concentrate better and reduce the chance of boredom.

6. Complete one assignment or task at a time. It helps sometimes if a student completes easier tasks first that will allow time for the harder ones. This also helps prevent the feeling of being overwhelmed with work.

7. Take regular short breaks to renew energy. The habit of taking a break helps productivity, but a break should last no more than five minutes.

8. Review completed work periodically. Check over the work you have done to check for errors and omissions.

9. Review each subject periodically so that you stay on top of concepts taught. Allocate a subject a day to review for five or ten minutes each day.

10. Ask for help if needed. Successful students have a habit of using the help and assistance that teachers and other adults offer.

Encourage these smart study skills to become habits rather than activities that young people do once in a while. It is their consistency that makes them such a potent force for young students.



 



 CIRI-CIRI STUDENT FUTURISTIK:

1.  FUTURE THINK – KRITIS/KREATIF/PROAKTIF/RESPONSIF
2.  FUTURE FOCUS – KOSENTRASI DAN FOKUS KEPADA PERKARA BERPENGARUH PADA MASA DEPAN.
3.  FUTURE PLAN – PELAN STRATEGIK /PLAN MASA DEPAN.
4.  FUTURE ACTION- TINDAK SUSUL DARI FUTURE THINK & FUTURE PLAN.
5.  FUTURE REVIEWNILAIAN & ULANGKAJI SEMUA TINDAKAN YANG TERENCANA.


TRANSFORMASI DIRI KEARAH KECEMERLANGAN

Transformasi diri melalui 10 Q's
  • IQ  = Intelliegent Quotient
  • EQ = Emotional Quotient
  • SQ = Spiritual Quotient
  • RQ = Relational Quotient
  • PQ  = Physical Quotient
  • AQ = Adversity Quotient
  • VQ = Verbal Quotient
  • LQ  = Loyalty Quotient
  • MQ = Motivation Quotient
  • BQ  = Balance Quotient.

LANGKAH-LANGKAH LAKUKAN TRANSFORMASI


1.  KENAL PASTI MASALAH DAN KELEMAHAN DIRI.

2.  DAPATKAN SEBERAPA BANYAK MAKLUMAT DARI PELBAGAI SUMBER-GURU/MEDIA MASSA/BUKU DAN IBU-BAPA

3.  CUBA LAKUKAN TRANSFORMASI BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI.

4.  LAKUKAN PENILAIAN YANG MENYELURUH PADA PERUBAHAN.

5.  JIKA POSITIF-TERUSKAN BUAT PERUBAHAN HINGGA BETUL-BETUL BERJAYA.

6.  JIKA TIADA KESAN – KENAL PASTI MASALAH SEBAB `KETIDAK-BERKESANAN` TERSEBUT.

7.  BUAT PENILAIAN SEMULA – SELEPAS DILAKUKAN PERUBAHAN BARU.

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG KEJAYAAN DIRI:


1. KENALI DIRI - MAKSIMUMKAN BAKAT & TAHAP KECERDASAN DIRI.

2. YAKIN DIRI – DORONGAN PENGHASILAN PERKARA YANG BERFAEDAH.

3. FAHAMI KONSEP KENDIRI – PANDANGAN/ANGGAPAN/PENILAIAN DAN PENERIMAAN TERHADAP DIRI.

4. LAKUKAN TRANSFORMASI DIRI- UBAH SIKAP  `PEGAGAL` KEPADA SIKAP`PEJAYA` ( WINNERS VS LOSERS )



3 JENIS MANUSIA:


1. MEREKA YANG MENJADIKAN SESUATU PERKARA ITU BERLAKU

2. MEREKA YANG MELIHAT SAHAJA APA YANG BERLAKU

3. MEREKA YANG BERTANYA APA YANG BERLAKU.


M


Wednesday, July 20, 2011

BENARKAH SISWA MELAYU LEKEH ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah SWT yang masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk diri ini terus berkarya diarena motivasi & training serta di medan blog motivasi kesayanganku ini.

Kali ini penulis ingin mengajak para peminat Blog ini dan pencinta arena Training dan Motivasi untuk merenung satu topik yang agak `sensasi` dan `panas` iaitu benarkah student melayu `lekeh` ? Penulis sengaja mencetuskan polemik ini kerana sejak akhir-akhir ini banyak artikel akhbar yang `highlight` topik ini,dimana kemampuan mahasiswa @ pelajar melayu dipertikaikan.

Penulis ingin mengajak kita semua merenung kembali isu ini. kalau tiada angin,takkan pokok bergoyang ? inilah pepatah yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan isu ini. Memang ada kebenarannya,kerana sistem yang ada sekarang lebih menjurus kepada akademik semata-mata. Mahasiswa @ pelajar-pelajar melayu kita semakin hari semakin lemah daya tahan,semakin lemah daya imaginasi,semakin kurang daya kreativiti,semakin kurang semangat juangnya dan semangit luntur semangat bersaing.

Ramai student melayu kita yang takut untuk kedepan,takut dan malu berada dikhalayak ramai,takut untuk bersaing dengan pelajar bangsa lain ,malah `impriority complex`nya cukup tinggi. Pelajar melayu kita hanya bersedia untuk belajar tetapi tidak bersedia dan tidak mampu untuk menjadi pelajar yang `versatile`.Maksud versatile yang saya maksudkan ialah `serba boleh`.

Ramai pelajar melayu kita yang terlibat dengan gejala yang tidak baik samada dibangku persekolahan mahupun di IPT. Sesetengahnya pula belajar hanya `ala kadar` dan tiada `target` yang jelas. Mereka menjadikan Universiti @ Kolej itu hanya sebagai tempat untuk meluaskan `jalinan sosial`nya. Tiada fokus yang jelas dan tiada `komitmen`yang padu.   Kalau mereka keluar dari Universiti sekalipun hanya sekadar untuk mendapat Ijazah kelas kedua @ ketiga.

Bagaimanakah caranya untuk kita memperbaiki `label negatif` yang terpalit dimuka pelajar-pelajar Melayu ini ? Bagaimanakah carnya untuk kita memperbaiki prestasi pelajar Melayu di Sekolah,Kolej @ IPT ? Bagaimanakah caranya untuk kita meningkatkan prestasi mereka ? Bagaimanakah caranya untuk kita memulihkan semangat dan `motivasi ` mereka ?

Penulis selaku seorang Perunding Motivasi dan Trainer ,melihat fenomena ini ada kaitannya secara langsung dengan kurangnya suntikan semangat atau kurangnya sentuhan `motivasi` pada diri pelajar-pelajar melayu samada di sekolah ,IPT @ Kolej. Maka,penulis menyarankan agar pihak sekolah,Kolej @ IPT sentiasa memikirkan bagaimanakah caranya @ jalan terbaik untuk memperbaiki keadaan ini.

Antara jalan @ pendekatan yang paling baik bagi menyelesaikan masalah ini ialah  perlunya komitmen yang berterusan dalam  menganjurkan program-program berbentuk motivasi,kaunseling dan training untuk para pelajar Melayu samada di sekolah,kolej @ IPT. Mungkin,kesannya tidak dapat dilihat dalam tempoh yang begitu singkat tetapi hasilnya tetap ada jika ianya dibuat secara berkala dan berterusan.

Penulis bersedia memberi khidmat bakti dalam `memotivasikan` pelajar-pelajar melayu yang bermasalah jika dijemput. Apalah sangat dengan perbelanjaan ,jika dibandingkan dengan manfaat yang boleh didapati @ diperolehi dari program-program berbentuk motivasi dan kaunseling ini.

Kepada sekolah-sekolah,Kolej @ IPT yang telah,sedang dan akan menjalankan program motivasi,sekalung tahniah diucapkan. Bagi yang belum lagi berkesempatan menganjurkan program sebegini,belajarlah dari mana-mana organisasi yang telah menjalankan program ini. Jika ada sebarang kemusykilan atau masalah tentang penganjuran program ini,bolehlah berhubung terus dengan saya . Insya-Allah,saya sedia membantu jika diberi kesempatan.

Sekali lagi saya mengharapkan `kolaborasi` dan `sinergi` yang akan terjalin diantara kita nanti mampu untuk merubah `persepsi` negatif yang dilemparkan kepada student melayu. Diharapkan, dengan terbentuknya kerjasama ini,kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan berstatus `dunia`.

Sekian , semoga dunia Motivasi dan Training ini mampu memberi kesan yang terbaik dalam melahirkan pelajar-pelajar melayu yang` berkualiti` dan `berdaya saing`.

Sekian,wassalam

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.
21.7.2011

Tuesday, July 19, 2011

WANG BUKANLAH SEGALANYA....




Alhamdulillah...

Puji dan Syukur pada Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan kesihatan,kekuatan dan umur yang panjang buat diri ini untuk terus berjuang dalam usaha `memandaikan`bangsa & `mencelikkan` hati-hati pelajar melayu yang semakin hari,semakin kurang daya tahan,semaking kurang nilai diri dan semakin kurang `harga diri` @ `self-esteem` nya.

Ilmu yang dianugerahkan Allah pada diri ini akan terus dimanfaatkan demi membangunkan modal insan berkelas dunia dan berstatus `muslim super`. Dari hari kesehari, diri ini terus menjadi `pilihan` untuk terus menyampaikan Ceramah Motivasi dan Training diserata pelusuk Malaysia. Alhamdulillah,kepercayaan demi kepercayaan terus diberikan .

Terasa seronok,teruja,bangga dan sesekali tersentuh hati ini diatas sambutan yang begitu menggalakkan sehingga terkadang tidak mampu untuk menolaknya. Selagi ada kudrat dan peluang,diri ini akan terus berusaha memenuhi jemputan,asalkan ianya sesuai dengan jadual peribadiku.

Bila bercerita tentang penganjuran program Motivasi dan Training,sudah pasti ia tidak lari dari permasalahan bayaran dan kos penganjuran. banyak konsultan Training dan Motivasi yang mengenakan caj dan bayaran yang terlalu mahal yang tidak mampu ditanggung oleh penganjur terutama sekolah.

Bagi diri saya, bayaran yang dikenakan tidaklah setinggi dan semahal yang dikenakan oleh Konsultan -konsultan lain yang bercambah di Malaysia ini. Walaupun diri ini telah diiktiraf dan menjadi salah seorang panel Rancangan Motivasi TV 3, tapi bayaran yang dikenakan kepada klien -klien saya tidaklah mahal. Ianya masih lagi dianggap kompetetif dan berpatutan.

Bila menyentuh soal bayaran,pihak penganjur perlu mengambil kira tentang kos pengangkutan,kos makan minum,kos penginapan ( hotel ),kos minyak dan kos tol. Bayaran yang dikenakan oleh syarikat kendalianku masih dianggap rendah.

Berikut adalah bayaran yang dikenakan : 

1. Jemputan Ceramah ( Slot In ) -minima 2 jam ( RM 150 perjam )
2. Program setengah Hari ( 8-12.00 pm ) - RM 10 per/student - minima 150 student /klien
3. Program Selama Sehari ( 8.00 - 4.00 pm ) - RM 15 perstudent- minima 100 student/klien

Jadi,kenapa terlalu memikirkan tentang soal bayaran ! Ilmu yang disampaikan lagi bernilai dan tidak mungkin dapat dicari,kalau bukan dengan cara berguru pada yang mahir dan pakar. Konsultan Jana Insan kendalian saya bersedia memenuhi jemputan jika ada pelawaan dari mana-mana organisasi.

Moga kita selesa bekerjasama dan ber`kolaborasi` diarena Motivasi dan Training.

Sekian,Wassalam. Amin

Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.
20 Julai 2011.

Saturday, July 16, 2011

KOLABORASI BERSAMA PENGUSAHA TASKA & TADIKA DAERAH BERTAM,PENANG









ALHAMDULILLAH...

SYUKUR PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MENGURNIAKAN KESIHATAN,KEKUATAN,KUDRAT DAN UMUR YANG PANJANG BUAT DIRIKU UNTUK TERUS MENABUR BAKTI DALAM ARENA TRAINING DAN MOTIVASI.

SEMALAM,TANGGAL 16.7.2011 BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA RESTORAN ARABIAN AS-SAHA,BERTAM TELAH BERLANGSUNG SATU `SEMINAR PEMANTAPAN KUALITI GURU -GURU SERTA STAF TASKA/TADIKA DAERAH KEPALA BATAS.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUAN WARDI SELAKU PENGELOLA DAN PENGANJUR PROGRAM TERSEBUT KERANA ATAS INISIATIF BELIAULAH ,MAKA PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN JAYANYA. TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA RAKAN2 BELIAU YANG BERUSAHA DAN BERTUNGKUS LUMUS MEMASTIKAN PROGRAM INI BERJALAN DENGAN JAYANYA.

SEKALI LAGI SAYA DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK MEMBERI INPUT BERGUNA DALAM DUA SESI KENDALIAN SAYA IAITU :
1- SESI CERAMAH PEMANTAPAN KUALITI KERJA ( 8.30 - 10.30 AM )
2- SESI LDK DAN TEAM BUILDING UNTUK PARA GURU DAN STAF TASKA/TADIKA

TERIMAKASIH KEPADA PARA PESERTA YANG TERDIRI DARI SERAMAI 60 ORANG GURU + STAF TASKA YANG CUKUP KOMITED,TEKUN DAN SPORTING SEPANJANG SESI KENDALIAN SAYA.

SAYA CUKUP SERONOK DAN TERSENYUM GEMBIRA BILA MELIHAT SAMBUTAN YANG CUKUP MEMBERANGSANGKAN DARI PARA PESERTA DAN JUGA `BOS-BOS` MEREKA ( PEMILIK TASKA / TADIKA )

KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH KESEMUA PESERTA & PENGANJUR CUKUP `POSITIF`DAN MAMPU `MENYEMARAKKAN`LAGI SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERJUANG DIBIDANG MOTIVASI DAN TRAINING YANG CUKUP SAYA `GILAI` INI.

DIHARAPKAN PESERTA-PESERTA MAMPU MENGAPLIKASIKAN APA YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN SELAMA SETENGAH HARI ( 8.30 -1.30 ) TERSEBUT. MOGA DILAIN KALI KITA BOLEH BERKERJASAMA LAGI ,INSYA-ALLAH AMIN.

SEKIAN, WASSALAM.
SGAG
17.7.2011 ( AHAD )
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI
KEDAH D.AMAN.

Monday, July 11, 2011

KEMBALI MENABUR BAKTI DI BUMI TERENGGANU

Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi kesihatan yang berpanjangan pada diriku dalam usaha meneruskan tugas-tugas murni `memandaikan` anak bangsa.

Semalam tanggal 10.7.2011( Ahad ) buat julung2 kalinya aku diberi peluang untuk `menyuntik`semangat  & `memotivasikan` anak-anak pelajar SMKA Kuala Abang ( nama glamournya KAKA ).Hampir 200 orang pelajar telah memenuhi Dewan Utama KAKA untuk mendengar amanat dariku.

Sudah sekelian lama,aku memendam hasrat dan keinginan untuk menabur bakti di bumi tanah tumpah darahku Terengganu Darul Iman,(maklum le aku kini berkelana jauh di Utara Semenanjung). Akhirnya hasrat murni ku tercapai jua,bila mendapat tawaran dan pelawaan dari Cikgu Nur Yaslan,Kaunselor SMKAKA..Inilah yang dikatakan perancangan Allah SWT. Allah itu mendengar hasrat & keinginan hambanNya.

Program yang dijalankan lebih menjurus kepada suntikan semangat untuk menyedarkan pelajar,bahawa kejayaan adalah milik orang-orang yang berusaha dengan gigih & berterusan.

Sesungguhnya peluang belajar sekolah berasrama penuh perlu dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar KAKA.Banyak keistimewaan yang mereka perolehi disini.

Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada kaunselor yang gigih dan cukup komited seperti Cikgu Nor Yaslan Abd.Aziz(orang kuat KAKA) kerana sudi menjemput dan memberi peluang kepada ku untuk berprogram selama sehari disini.

Sebanyak 5 slot utama telah dibereskan :

1. Ceramah Utama - Aku Takkan Toleh Kebelakang Lagi`
2. Slot Study How To Study ( Study Skills )
3. Slot LDK,IQ Test & Mind Power ( uji minda pelajar )
4. Slot Antara Harapan & Kehendak Ibu Ayah
5. Sesi Katarsis & Personal Touch

Semoga apa yang disampaikan oleh ku mampu dimanfaatkan & direalisasikan oleh anak-anak pelajar KAKA. Doaku semoga KAKA terus Cemerlang .










Semoga anak-anak pelajar KAKA yang mengikuti Ceramah Motivasi kendalianku selama sehari itu, mampu muncul sebagai anak yang hebat,student yang hebat & hamba Allah yang Cemerlang..Insya-Allah..amin

Doaku jua,moga Cikgu Nur Yaslan akan terus menyumbang bakti untuk kemajuan anak2 KAKA ( khususnya ) dan anak-anak Terengganu yang lain ( amnya ). Jika ada peluang,ruang dan kesempatan ,bolehlah kita berjumpa lagi.Insya-Allah.

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...