FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Friday, November 6, 2009

PEKERJA SYARIKAT KORPORAT PERLU DIMOTIVASIKAN...


Tahniah kepada pengurusan syarikat Rapid Penang kerana telah menganjurkan program pembangunan sumber manusia ....
Latihan dan kursus motivasi untuk pekerja Rapid Penang telah diadakan pada hari ini...Jumaat 6.11.2009...beberapa orang Motivator telah dijemput untuk mengendalikan sesi ceramah motivasi tersebut....

Aku salah seorang motivator yang telah dijemput untuk berkongsi tips dengan pekerja-pekerja Rapid Penang....
Aku telah menyampaikan ceramah selama 3 jam....bermula jam 9.00 am hinggalah 12.00 pm...

Intipati ceramah aku:
1- bagaimana menjadi pekerja cemerlang
2- Mind Change
3-Anjakan paradigma seorang pekerja
4-Memikat hati Bos
5- menggerakkan syarikat
6- Time management
7- pengurusan stress
8- rakan sekerja yang sporting
9- Audit diri ( refleksi diri )
10- Menjejak kejayaan diri

Alhamdulillah..segalanya selesai..harap2 pekerja baru Rapid Penang telah mendapat suntikan semangat dan bermotivasi untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin...

Salam Motivasi
Tuan Ghani Yusof
Sg.petani,Kedah.
6 Nov.2009

Wednesday, November 4, 2009

AKU KINI JADI PANEL KONSORTIUM RAPID PENANG


ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA TUHAN...DIATAS NIKMAT KURNIAANNYA...
Terlalu besar dan terlalu agung nikmat tuhan....nikmat akal fikiran.....nikmat lisan.....Lisan dan lidah yang petah berbicara adalah suatu anugerah yang tidak ternilai......Dengan lidah kita menyeru manusia melakukan amar makruf,nahi mungkar...dengan lidah kita menegur orang lain ..dengan lidah kita memotivasikan orang lain...dengan lidah kita merangsang potensi orang lain......dengan lidah kita mampu menjana potensi manusia yang lemah daya tahannya.......

Anugerah ini perlu kita pelihara...gunakan ia untuk kebaikan.....
Esok,jumaat aku akan mengendalikan satu sesi `brainstorming `dan sesi `jana minda` untuk pekerja /pemandu Rapid Penang..satu konsortium yang besar dalam pengangkutan awam.....mungkin aku diberi masa selama 3 jam untuk kendalikan sesi `perubahan minda`.

Pekerja perlu dan mesti dimotivasikan.....tanpa ransangan motivasi mereka mungkin sudah terbiasa dengan `kelapukan sistem kerja` atau dalam kata lain terbiasa dengan `zon selesa` mereka....ramai dari mereka tiada peningktan dari segi kualiti kerja......tiada anjakan paradigma..tiada desakan untuk berubah......

Peningkatan dalam kualiti kerja amat perlu...peningkatan dalam hidup juga perlu......maka ini adalah medan terbaik untuk aku berkongsi ilmu dan tips untuk merangsang pekerja Rapid penang agar menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakna untuk syarikat mereka.....

Aku menjadikan buku-buku tulisan Stephen Covey sebagai rujukan dalam meningkatkan potensi diri...Buku-buku inilah sandaran kepada sesiapa yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka...untuk merubah cara hidup..untuk merubah paradigma diri...

`Dare to be different` ...jadilah yang lain dari yang lain........

Aku akan tetap meneruskan agenda aku dalam Siri Jelajah Motivasi Dinamika Diri...
2010 diharapkan lebih ramai manusia akan dimotivasikan oleh manusia bergelar Tuan Ghani Al-Modidi

Salam Sukses dan Salam Motivasi
Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.


Monday, November 2, 2009

ISTERI ADALAH RAKAN KONGSI.....

Hairan pun ada,pelik pun,geram pun ada dan takut pun ada....bila melihat paparan akhbar tentang perceraian dan masalah rumah tangga.....saban hari ,saban waktu macam kes kita dengar.....suami panas baran,suami pukul isteri,suami bunuh isteri,suami menghilang tanpa jejak.....

kenapakah lafaz taklik yang si suami sebut dan lafazkan ketika akad nikah...hilang entah kemana..
itulah perjanjian sisuami dengan si isteri dengan disaksikan wali dan 2 orang saksi.....tahukah bahawa kehidupan berumahtangga merupakan satu perkongsian.....ibarat sebuah syarikat...ada 2 orang pemegang saham....masing-masing mengharapkan keuntungan dari perkongsian tersebut.....tiada seorang pun dari pemegang syer/saham tersebut inginkan kegagalan......

Keuntungan dan kejayaan yang diharapkan dalam perkongsian ini memerlukan masa.....bukannya dalam waktu yang singkat....kepercayaan,ketelusan,ketulusan dan saling memahami adalah formula terbaik untuk memastikan perkongsian ini mencapai matlamatnya....

Kenapakah..ramai dari kita tak terfikir hal-hal ini semua.....
Ingatlah....Suami ada hak keatas isteri...
Ingatlah juga...isteri pun ada hak jugak keatas suami.....
masing-masing punyai hak keatas pasangan.....
Inilah yang dikatakan `sharing together`......

Bila berlaku perselisihan dan ketidaksefahaman.....ingatlah kepada hala tuju `syarikat` yang kita bina itu...
Tolong selamatkan perkahwinan ..tolong fikirkan tentang anak-anak......tolong fikirkan masa depan zuriat kita....

Allah berikan kita akal yang waras..kenapa kita tidak berfikir panjang.....
Awas pada godaan syaitan yang sentiasa ingin menjahanamkan kehidupan anak adam....
Perasaan cemburu membabi buta adalah satu bentuk `jarum suntikan maut` yang dihasilkan oleh syaitan....

Beristighfarlah banyak-banyak.....berzikirlah,bertahmidlah.....
Beriltuizamlah untuk menjadi yang terbaik.........

Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT.....
Harapan dari bekas peguam syarie ( Akulah tu )

Tuan Ghani Yusof Al-Modidi
Teratak fahanie,Sg.Petani
Kedah Darul Aman

3 .11.2009

Saturday, October 24, 2009

PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERLUKAN `SUNTIKAN SEMANGAT`.......
















MUNGKIN SEBELUM INI TIADA PROGRAM YANG DILAKUKAN UNTUK MERANGSANG MINAT BELAJAR PARA PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PENANG....

MEREKA MASIH LAGI TERBAWA-BAWA DENGAN BUDAYA SEKOLAH....MASIH LAGI TERBAWA-BAWA DENGAN BUDAYA `TERLALU BERGANTUNG` DENGAN TENAGA PENGAJAR.....

RAMAI LAGI YANG TIADA HALA TUJU...

RAMAI LAGI YANG MASIH `BLUR `DENGAN MASA DEPAN SENDIRI.....


NAMUN SEJAK KEHADIRAN AKU DISEDARI OLEH WARGA KMPP,MAKA TENAGA AKU TELAH DIGERAKKAN UNTUK MENYEDARKAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU YANG KIAN LEMAH,LAYU DAN LONGLAI....


ALHAMDULLILLAH,SUNTIKAN SEMANGAT YANG TELAH AKU BERIKAN....TERPANCAR WAJAH PENUH PENGHARAPAN DARI PELAJAR KMPP.....


AKU SANJUNG TINGGI USAHA JABATAN KIMIA MENGANJURKAN PROGRAM GEMILANG KIMIA BAGI MEMUPUK MINAT BELAJAR SUBJEK KIMIA DAN MENYUNTIK SEMANGAT BELAJAR DIKALANGAN PELAJAR KMPP......




MAKA....BAGI JABATAN LAIN TOLONGLAH AMBIL LANGKAH & PENDEKATAN YANG SAMA BAGI MEMASTIKAN PELAJAR KMPP TERUS CEMERLANG.......

HIDUP KMPP.....


TUAN GHANI AL-MODIDI

Thursday, September 24, 2009

LIFE IS A JOURNEY NOT A DESTINATION....


KEHIDUPAN ADALAH SATU PERJALANAN ....

PERJALANAN MENCARI KEBENARAN...PERJALANAN MENCARI KEREDHAAN TUHAN..PERJALANAN MENCARI KEBAHAGIAAN........KESEMPATAN HIDUP DIDUNIA YANG SEMENTARA INI PERLULAH DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN.....BUATLAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR......CARI KEBENARAN.....MOGA TUHAN MEMBERKATI HIDUP KITA....

AKU BERJANJI PADA DIRI AKU.....SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN..AKU TERUS BERJUANG DIARENA MOTIVASI BAGI MENGANGKAT MARTABAT UMMAH...TERUTAMA REMAJA MELAYU KITA..REMAJA ISLAM KITA......

INGATLAH ..HIDUP HANYA SEKALI...DAN MATIPUN HANYA SEKALI.........SEMASA HIDUP DIDUNIA INI BUATLAH AMAL KEBAJIKAN SEBANYAK MUNGKIN......HINDARI KEMURKAAN TUHAN.....

BIARLAH SELEPAS `KETIADAAN` KITA..KITA DIKENANG SEBAGAI `PEJUANG` TAK KIRA DALAM BIDANG APA SEKALIPUN.....

BIARLAH KEBAIKAN KITA YANG SENTIASA DIKENANG....BUKANNYA KEKURANGAN KITA YANG SERING DIUNGKIT....

MOGA HARUM SUBUR MEKAR MEWANGI NAMA KITA.....


YA ALLAH..ENGKAU KUATKANLAH SEMANGAT DIRIKU UNTUK TERUS `BERMOTIVASI`..DAN KAU JADIKANLAH`MOTIVASI DINAMIKA DIRI` INI TERUS MAJU DAN DITERIMA RAMAI.....INSYA-ALLAH..AMIN..


HARAPAN SEORANG MOTIVATOR

TUAN ABD.GHANI YUSOF

MIRI,SARAWAK

6 SYAWAL 1424 HIJRAH....

Wednesday, September 23, 2009

PERGINYA SEORANG`IBU MERTUA MITHALI`...DARA BT EDI...




PULANGNYA KERAHMATULLAH SEORANG IBU MERTUA YANG CUKUP HEBAT,TABAH,SABAR DAN PENYAYANG.....TERASA KASIH SAYANGNYA HINGGA KE HARI INI..WALAUPUN DAH 5 TAHUN DIA MENINGGALKAN KAMI SEMUA.....WALAUPUN AKU CUMA BERGELAR SEORANG MENANTU..TAPI KASIH-SAYANG YANG DICURAHKAN PADA AKU CUKUP HEBAT..TIADA BEZA ANTARA MENANTU DENGAN ANAKNYA SENDIRI.....


CUMA AKU SEDIKIT TERKILAN...DIA PERGI SEBELUM SEMPAT MENIKMATI SEDIKIT KESENANGAN DAN KEMEWAHAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA AKU.....


LEWAT TAHUN 2008..AKU SUDAH MULA MENIKMATI SEDIKIT PERUBAHAN DALAM DIRIKU......


TUHAN......


AMPUNILAH DOSA IBU MERTUAKU..DAN KAU LETAKKANLAH BELIAU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN...INSYA-ALLAH..AMIN




HARAPAN SEORANG `ANAK MENANTU`....


TUAN ABD.GHANI YUSOF


PESISIR PANTAI PULAU MELAYU


MIRI .SARAWAK


5 SYAWAL


KEMAAFAN DETIK YANG TERINDAH....


BERMAAF-MAAFANLAH SESAMA KITA...

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH...

YANG JERNIH KITA MURNIKAN LAGI DENGAN KASIH-SAYANG YANG ABADI DARI SEORANG ANAK KEPADA SEORANG AYAH.....

YANG LEPAS JANGAN DIKENANG......

MASA DEPAN HARUS KITA FOKUSKAN....

BINA KEMBALI JALINAN KEMESRAAN DIAIDIL-FITRI INI....


SALAM AIDIL FITRI DARI BUMI KENYALANG

TUAN ABD.GHANI YUSOF

PULAU MELAYU,MIRI,SARAWAK

23.9.2009

BERMAKNANYA SEBUAH ` AIDIL FITRI`.....







AIDIL FITRI ADALAH SATU TANDA KEMENANGAN.....



BERHARI RAYA BERSAMA FAMILI TERCINTA ADALAH DETIK TERINDAH....



AIDIL FITRI 1423 HIJRAH MERUPAKAN AIDIL FITRI YANG BERMAKNA BUAT AKU SEKELUARGA..TERUTAMANYA ISTERI AKU LE...DAN SETERUSNYA 2 ORANG PUTERI KESAYANGANKU......



TAHU JELAH KAN.....



1- DAPAT JUMPA FAMILI TERCINTA



2- DAPAT BERMAAF-MAAFAN DALAM SUASANA HARMONIS



3- DAPAT MENZIARAHI PUSARA IBUNDA TERCINTA `DARA BT EDI`..



4- DAPAT MAKAN KELUPIS,KEK LAPIS DAN AIR COLA.HA..HA..HA..



5- DAPAT BERKUMPUL RAMAI-RAMAI SYER CERITA SUKA DUKA...



6- DAPAT BERKUNJUNG RUMAH SANAK SAUDARA YANG JARANG-JARANG DAPAT DILAKUKAN..



7- DAPAT MENIKMATI MAKANAN TRADISI SARAWAK...MEE KOLOK,MEE JAWA...



8- DAPAT MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN MANIS MASA LALU....HE..HE ...RAHSIA



9- DAPAT DUIT RAYA..( BAGI 2 ORANG ANAK AKU )



10- MERAPATKAN KEMBALI HUBUNGAN YANG TERPUTUS DAN JERNIHKAN KEMBALI HUBUNGAN YANG RENGGANG.....






APAPUN ..MEMANG BEST BERAYA KAT SARAWAK ....CAYALAH BRO....



SELAMAT HARI-RAYA



MAAF ZAHIR BATIN



TUAN GHANI/HALIFAH/SYAZA AIEMAN HANANI/DARA FARHANI



MIRI,SARAWAK



23.SEPT.2009...



Sunday, September 20, 2009

AIDIL FITRI DISEBERANG LAUT...SARAWAK


ALHAMDULILLAH...HARI INI KITA UMAT ISLAM MERAYAKAN HARI YANG CUKUP BERMAKNA DALAM KALENDAR UMAT ISLAM...IAITU AIDIL FITRI....SETELAH SEBULAN KITA MENAHAN LAPAR DAHAGA DAN MELAWAN HAWA NAFSU...AKHIRNYA KITA BERJAYA DALAM PERJUANGAN MELAWAN NAFSU.....INILAH JIHAD BESAR.....

APAKAH RAMADHAN YANG AKAN DATANG..KITA MASIH BERPELUANG UNTUK MENEMUINYA....JIKA ADA UMUR YANG PANJANG DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH,PASTI KITA MASIH ADA PELUANG UNTUK KEMBALI MENJENGAH RAMADHAN 1431 HIJRAH...


BARU SEMALAM AKU TIBA DI LTA MIRI JAM 10.30 MALAM SETELAH....SELAMA 3 JAM MENUNGGU FLIGHT KE MIRI...AKU BERBUKA SORANG-SORANG KAT KLIA...MAKLUMLAH ISTERI DAN ANAK-ANAK AKU DAH PUN BERLEPAS KE MIRI SEJAK KHAMIS LALU......HANYA BERBEKALKAN BURGER KING ( MAHAL NYE...) DAN SEBOTOL AIR MINERAL AKU BERBUKA DI PINTU 9 SEMENTARA MENUNGGU FLIGHT KE MIRI....


KINI.....AKU DAHPUN BERADA DI MIRI....YANG PALING SERRONOK ADALAH KEDUA2 ANAKKU YANG TERLALU TERUJA BERAYA BERSAMA FAMILI DI SINI....JELAS TERPANCAR WAJAH RIANG MEREKA BERDUA..MAKLUM LAH DAH HAMPIR 4 TAHUN TIDAK BERAYA DI MIRI.....


SEBAGAI SEORANG AYAH/SUAMI ..AKU TERLALU GEMBIRA MELIHAT ANAK-ANAKKU & ISTERIKU YANG CUKUP TERUJA BERAYA DITANAH TUMPAH MAMANYA....


AIDIL-FITRI KALI INI CUKUP BERMAKNA BUAT KAMI SEKELUARGA.....

MOGA TUHAN MEMBERKATI HIDUP KAMI SEKELUARGA.......INSYA-ALLAH..AMIN


MINAL AIDIL WAL FAIIZIN.....


UST.ABD. GHANI YUSOF

MIRI,SARAWAK

1 SYAWAL 1430

10.18 MALAM

Saturday, August 1, 2009

AKU KINI BERGELAR PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG


Syukur alhamdullilah aku panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya,akhirnya aku telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan memangku gred yang lebih tinggi ( DG 48 ).... inilah rezeki namanya..rezeki isteri,rezeki anak-anak dan rezeki ahli keluarga aku.....

Betapa bangganya isteri,anak-anak dan ibu-bapa aku yang selama ini adalah pendorong kuat aku....

Bermula 1 jun 2009 , aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Tetapi memandangkan surat penempatan sampai lambat dan sangkut kat JPN Kedah,akhirnya aku lapor diri kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada akhir Julai 2009. namun begitu,aku beluam lahi bertugas kerana budak-budak matrikulasi tengah bercuti ( 2 minggu )...jadi akupun turut bercuti sama le....

Esok, 3 ogos 2009 aku akan mula bertugas secara rasmi di Kolej Matrikulasi Penang...harap-harap suasana kerja dan bidang tugas lebih mudah walaupun mencabar minda..maklum le mengajar budak-budak pandai......semuanya dapat 7A- 9A dalam spm...tentu iq mereka hebat-hebat belaka.....

Apapun..aku anggap inilah cabaran terbaru aku....aku berpegang kepada prinsip oarang yang hebat pasti berani hadapi cabaran dan sukakan cabaran....

Disini jugak aku akan mengukuhkan lagi kedudukan aku sebagai perunding motivasi.....moga-moga rezeki aku makin bertambah dan nama aku makin dikenali dalam bidang perundingan dan latihan.....motivasi le tu...

Cuma banyak pengorbanan yang terpaksa aku lakukan...iaitu cuti aku dan isteri tercinta aku tidak lagi sama....apapun aku berjanji pada diri aku jika ada kesempatan dan ruang cuti walaupun 2 hari..akan aku manfaatkan cuti aku sebaik mungkin bersama-sama anak & isteri aku..... masa tu aku takkan terima undangan ceramah motivasi......


Apapun...aku tetap berpegang kepada janji.....akan aku bahagiakan anak dan isteriku....insya-Allah amin.....


Doakan kesejahteraan aku,anak-anak dan isteriku.....

Amin..wassalam.....

Tuan Ghani bin Yusof

Konsultan Jana Insan

Sg.Petani,Kedah D.Aman

019-4741209 @ 04-4219069

Tuesday, July 28, 2009

AKHIRNYA...KEPUTUSAN DICAPAI...HONDA STREAM TERBAIK BUAT FAMILIKU,,,


BILA MENGENANGKAN PASAL KERETA NI..PENING JUGAK NAK BUAT KEPUTUSAN..RANCANGAN ASALNYA AKU NAK AMBIL MERCEDES C 200 KOMPRESSOR TAPI SETELAH BERBINCANG DAN BUAT PERTIMBANG SEWAJARNYA..AKU RASA YANG TERBAIK ADALAH HONDA STREAM BARU YANG BAKAL KELUAR PADA BULAN OKTOBER NANTI...

DULU,TOYOTA WISH ADA JUGAK DALAM PERANCANGAN TAPI...KINI RAMAI SANGAT DAH ORANG PAKAI WISH..JADI KURANG SIKIT UUMPHNYA..HE..HE..HE...


KALAU BOLEH ADA SEDIKIT KELAINAN DENGAN ORANG LAIN....

BILA SERVE INTERNET TERJUMPA GAMBAR HONDA STREAM SPORT MUGEN....PERGHHHH..CAYALAH.. MANYAK CANTIK WOOO....


SEKARANG AKU DAN FAMILIKU MENANTI DAN MENUNGGU KEDATANGAN `MAKHLUK` BARU DALAM HIDUP KAMI.......HONDA STREAM SPORT MUGEN EDISI 2010...YANG BAKAL DILANCARKAN PADA BULAN 10 NANTI......


INI CONFIRM AKU BELI.......

TUAN GHANI DAN CITA-CITA

KONSULTAN JANAN INSAN,SG.PETANI

Sunday, July 26, 2009

AKU KINI DAH JADI PENSYARAH....


TANGGAL 1 JUN 2009,AKU MULA BERTUGAS SEBAGAI PENSYARAH DI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG,PONGSU SERIBU...SELAMAT TINGGAL SMK KOTA...SELAMA 16 TAHUN BERADA DIKOTA,AKU TELAH MENGENALI BERBAGAI WATAK SAMADA PENGETUA MAUPUN GURU-GURU....

SMKKKM MENGAJAR AKU ERTI KETABAHAN DAN DISITULAH AKU MEMBINA KEYAKINAN DIRIKU SEBAGAI GURU MAHUPUN SEBAGAI MOTIVATOR...

AKU ADALAH MOTIVATOR UNTUK SEMUA PROGRAM SEKOLAH.....

KINI AKU TELAH BERJAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK,KAUNSELOR DAN MOTIVATOR........


MOGA-MOGA REZEKI AKU MAKIN BERTAMBAH BILA BERADA DI KOLEJ MATRIKULASI PENANG.....

AKU HARAP NAMA DAN `BRAND` AKU ( MOTIVASI DINAMIKA DIRI ) AKAN BERKEMBANG KESELURUH MALAYSIA DALAM WAKTU YANG TERDEKAT INI.......


AKU HARAP TUHAN PERKENANKAN DAN REDHA PERJALANAN HIDUP AKU SEBAGAI PENSYARAH,TUTOR SAMBILAN DIOUM DAN PERUNDING MOTIVASI.....


SEKIAN...

TUAN GHANI YUSOF

27 JULAI 2009


Monday, May 18, 2009

GAMBAR SEKITAR CERAMAH TUAN GHANI DIPERKHEMAHAN KO-KURIKULUM CHALET PUTRI AYU,YAN KEDAH







AKU AKAN TERUS BERJUANG UNTUK MEMARTABATKAN ANAK MELAYU...
AKU AKAN TERUS BERJUANG UNTUK MEMBINA JATI-DIRI PELAJAR MUSLIM KITA....
AKU AKAN TERUS BERJUANG UNTUK MERUBAH PARADIGMA ANAK MELAYU KITA...
AKU AKAN BUKTIKAN BAHAWA ANAK MELAYU YANG MISKIN SEPERTI AKU MAMPU BERJAYA....... AKU AKAN TERUS MEMOTIVASIKAN JIWA ANAK PELAJAR KAMPUNG AGAR TERUS BANGKIT......BUKTIKANLAH BAHAWA KEJAYAAN TIADA BATAS SEMPADAN.......






































PERCAYALAH.....JIKA ADA KESUNGGUHAN KITA MAMPU LAKUKAN........APAKAH KITA TIDAK BOLEH...?

KITA PASTI BOLEH......

CERAMAH DAN REFLEKSI DIRI PELAJAR- PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMKKKM 2009 -CHALET PUTRI AYU,YAN KEDAH
















ASSALAMUALAIKUM,






TANGGAL 13 MEI LALU,AKU TELAH MEMENUHI UNDANGAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KESEDARAN DAN REFLEKSI DIRI UNTUK PELAJAR SMKKKM YANG TERLIBAT DALAM PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM DI CHALET PUTRI AYU YAN KEDAH( JAM 9.00 MLM - 12.30 MLM )...






IA ADALAH PENGALAMAN YANG CUKUP BERHARGA BUAT PELAJAR TERSEBUT KERANA SEBELUM INI MEREKA BELUM LAGI MERASAI PENGALAMAN BERADA DALAM KELOMPOK MANUSIA YANG BERTUAH ( MENYERTAI PROGRAM BERASASKAN`MODID` ) ..

CERAMAH AKU SAMPAIKAN SELAMA 2 JAM. DAN REFLEKSI DIRI SELAMA 1/2 JAM.WALAPUN SEDIKIT MASA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK REFLEKSI DIRI NAMUN,PELAJAR -PELAJAR TELAH DISENTUH HATI MEREKA OLEH ALUNAN PIANO ISTRUMENTAL ` WINTER SONATA `DAN PERJALANAN MENGENAL DIRI`MONOLOG DIRI` YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ GHANI...( SAYA LE TU.... )

MEREKA TIDAK DAPAT LAGI MEMBENDUNG PERASAAN SEDIH,BERDOSA DAN BERSALAH PADA IBU-BAPA MEREKA.....

USTAZ GHANI ( AKU LE TU ... ) TELAH BERJAYA MENYENTUH PERASAAN MEREKA DENGAN IMBAUAN LAMPAU DAN SEDIKIT KESEDARAN TENTANG KASIH SAYANG IBU-AYAH.....


APAPUN...AKU HARAP TITISAN AIRMATA MEREKA PADA MALAM KERAMAT ITU DAN KESEDARAN MEREKA BUKAN TERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA...IA HARUS DIBAWA SAMPAI BILA-BILA...

SELAKU PAKAR MOTIVASI, AKU HARAP PELAJAR-PELAJAR INI AKAN TERUS SEDAR,INSAF,BERTAUBAT DAN BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK.....INSYA-ALLAH...AMIN

APAPUN AKU AKAN TERUS BERBAKTI UNTUK MEMBINA DIRI PELAJAR-PELAJAR MELAYU DAN ISLAM DIMANA JUA...( ITUPUN KALAU DIJEMPUT )....

AKU BERSERAH PADA TUHAN DAN BERHARAP TUHAN AKAN MERESTUI PERJALANAN HIDUP AKU SEBAGAI PERUNDING MOTIVASI @ PAKAR MOTIVASI PELAJAR.....

INILAH TANGGUNGJAWAB AKU.....MOGA TUHAN SENTIASA MEMBERKATI AKU..INSYA-ALLAH AMIN


YANG MENGHAMBAKAN DIRI

AL-FADHIL TUAN ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID )
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.












Monday, May 11, 2009

SEMAI BENIH KECEMERLANGAN




MARILAH KITA SAMA-SAMA SEMAI DAN TANAM BENIH KECEMERLANGAN DALAM DIRI KITA....


BIARLAH KEKECEWAAN SEMALAM BERLALU PERGI...KITA CUBA BENIHKAN KECEMERLANGAN UNTUK HARI ESOK DAN HARI-HARI YANG MENDATANG.......


KITA YANG MENCORAKKAN MASA DEPAN KITA....


KITA YANG SEMAI DAN KITA JUGA YANG AKAN TUAI HASILNYA....




  1. PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI


  2. KITA MESTI YAKIN KEMAMPUAN KITA


  3. KITA MESTI KOTAKAN APA YANG KITA JANJI


  4. BUKTIKAN PADA ORANG LAIN BAHAWA KITA JUGA MAMPU


  5. TIADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP INI


5 RUKUN INI PERLU DIJADIKAN ASAS KEJAYAAN ...PERCAYALAH KEJAYAAN PASTI MENJELMA



TUAN ABD.GHANI YUSOF



KONSULTAN JANA INSAN

Friday, May 8, 2009

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG GKM DIKOTA







assalamualaikum...



bulan april adalah bulan kemanusiaan peringkat sekolah...aku bersama guru-guru bidang kemanusiaan telah bermesyuarat dan mengambil kata sepakat untuk membuat sedikit kelainan dalam majlis pelancaran dengan mengadakan simbolik tanam pokok sempena `kempen Earth Hour` .....



Pengetua SMKKKM telah berkenan untuk `mencemar duli`untuk menyempurnakan upacara tanam pokok simbolik kepada kempen `Eart Hour`dan inilah yang akan aku terapkan dalam jiwa pelajar smkkkm agar terus mencintai bumi kita dengan menjaga kebersihan,menjaga alam,jimat elektrik,menjaga kebersihan sungai kita,tidak merosakkan alam dan menjaga bumi dengan sebaik mungkin...






Topik inilah jugak akan aku selitkan dalam siri ceramah Motivasi aku sepanjang 2009..kerana ia adalah tuntutan Tuhan dan agama kita yang suci....






Allah ada berkata" janganlah kamu melakukan kerosakan diatas muka bumi' .inilah adalah mesej jelas yang Allah peringatkan kepada kita,agar bumi dan alam ini kita pelihara dan pulihara sebaik mungkin demi kesinambungan generasi yang akan datang...






Tidak hairanlah jika mutakhir ini,banyak sangat berlaku bencana alam seperti banjir kilat,tanah runtuh,banjir lumpur,dan segala seribu macam kemusnahan..ini semua adalah kerana tangan-tangan kotor manusia yang tidak pandai menghargai `nikmat Allah` dan kurang cerdik dalam menguruskan Alam.....






Tahniah kepada Karam Singh Walia kerana berusaha bersungguh-sungguh mengenengahkan isu-isu alam sekitar agar semua pihak membuka mata dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik...jangan hanya pandai cakap dan sering menuding jari kepada pihak lain....






Semoga,kempen Earth Hour ini menjadi titik tolak kepada kita semua usaha mengembalikan kecintaan kita kepada alam dan dunia...






sekian,salam sukses dan salam kecemerlangan dari aku






Tuan Abd.Ghani Yusof



Konsultan Jana Insan



Sg.Petani,Kedah.019-4741209

Saturday, May 2, 2009

PERGERAKAN TAHUN 2009( SIBUK LE JUGAK )

INILAH SIRI CERAMAH MOTIVASI TUAN ABD.GHANI YUSOF BERMULA JANUARI 2009 HINGGA OGOS 2009:



1- CERAMAH PELAJAR BARU SMKKKM ( 14 JANUARI 2009 )

2- CERAMAH MOTIVASI CALON UPSR SK BANDAR BARU PERDA PENANG ( 17 JAN.2009 )

3- SESI TOT DI HOTEL SENTOSA ALOR SETAR ,KEDAH ( 22 - 24 JAN.2009 )

4- PROGRAM INTEGRASI PLKN ,DAMAI PARK RESORT ,MERBOK ( 1- 5 FEB.2009 )

5- PROGRAM MOTIVASI SENI SENTUHAN HATI SMK(P)ABU BAKAR,MUAR (6-9.2.09 )

6- PROGRAM PUTERA RABBANI SMK BAKAR ARANG ( 19 FEB.2009 )

7- PROGRAM MSSH SMK CONVENT (P) BT.PAHAT JOHOR ( 20-22.FEB.2009 )

8- CERAMAH MOTIVASI PEMEGANG BIASISWA SMK SG.LAYAR ( 23.FEB.2009 )

9- PROGRAM MOTIVASI CALON UPSR SK MAK MANDIN,PENANG ( 28.FEB.2009 )

10-PROGRAM QIAMULAIL SMK TUN HUSSEIN ONN,PENANG ( 6 HB MAC 2009 )

11- PROGRAM MOTIVASI UPSR SK PERMATANG BERTAM ,PENANG ( 7 MAC 2009 )

12- CERAMAH MAULIDUR RASUL DAN MOTIVASI MUSLIM TASEK GELUGOR (13.3.09 )

13-CERAMAH PARENTING SKILLS SK KOTA,KEDAH ( 29.MAC.2009 )

14- PROGRAM MSSH SMK SUBANG,SELANGOR ( 3- 5 HB APRIL 2009 )

15- CERAMAH UPSR SK SG DAUN TENGAH,YAN ( 11 APRIL 2009 )

16- KULIAH MAGHRIB /SUBUH KADET POLIS,TUPAH ( 26 -28 APRIL 2009 )

17 - CERAMAH MOTIVASI STUDENT PRA U,GUNUNG JERAI ( 30.4.2009 - 9.00MLM )

18- CERAMAH MOTIVASI & KEPIMPINAN ISLAM SMK MERBOK ( 1.5.2009 )

19- CERAMAH MOTIVASI DAN KESEDARAN PELAJAR BARU PRA U SMKKKM ( 11.5.2009 )

20- CERAMAH MOTIVASI KEM PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM CHALET PUTRI AYU ( 13.5.2009 )

21- CERAMAH KESEDARAN DAN REFLEKSI DIRI PELAJAR ASRAMA SMKKKM ,28.5.2009 ( 9.00 MLM - 12.30 MALAM ) KHAMIS

22- CERAMAH MOTIVASI PELAJAR UPSR 2009,SK SIMPANG 3,SG.DAUN,GUAR CHEMPEDAK, KEDAH ( 14 . JULAI 2009 )

23 - PROGRAM QIAMULAIL PELAJAR PEREMPUAN,SMKKKM, ( 16.JULAI 2009 )9.00-12 MALAM .

24- CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ & MOTIVASI PELAJAR MUSLIM,SMK DATO BIJAYA SETIA( 19 JULAI 2009 ) 8.30 -10.00 AM .

25 - CERAMAH KEPIMPINAN DAN JATIDIRI SMK TAMAN RIA JAYA, PANTAI MERDEKA RESORT ,21 JULAI 2009 ( 9.00-12 MALAM )

26 - CERAMAH PARENTING SKILLS UNTUK WARIS CALON UPSR,SK TAMAN INDERAWASIH,PERAI ,25 JULAI 2009 ( 8.30-10.30 MALAM )....

27 - CERAMAH MOTIVASI PELAJAR KIMIA, ANJURAN JABATAN KIMIA,KOLEJ MATRIKULASI PENANG, 13 OGOS 2009 ( 9.00- 11.30 MALAM )

28- CERAMAH MOTIVASI KEKELUARGAAN,JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT PULAU PINANG,PERMATANG PASIR,PENANG ,16 OGOS 2009

28- IMAM MAGHRIB/ISYAK DAN KULIAH MAGHRIB DI SMK BAKAR ARANG- (6 OGOS 2009) - SELESAI

29- CERAMAH `PERSONALITI MUSLIM HEBAT ` DI SMK AGAMA BEDONG-GURUN ( 8 OGOS ) -9-11 AM.

30 - CERAMAH PECUTAN TERAKHIR SPM ,SMK TAMAN PERWIRA,PERMATANG TINGGI,SIMPANG AMPAT,PULAU PINANG( 11 SEPTEMBER 2009- JUMAAT )

DAN ADA BANYAK LAGI JEMPUTAN SEHINGGA AKHIR TAHUN.....

JIKA ADA PIHAK YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN KEPAKARAN MODID BOLEHLAH HUBUNGI KONSULTAN JANA INSAN :

TUAN GHANI YUSOF
SG.PETANI KEDAH.





INI ADALAH PROGRAM YANG TELAH SELESAI DIKENDALIKAN OLEH SAYA ,SELAKU PENGARAH URUSAN KONSULTAN JANA INSAN BERMODALKAN MODUL `MODID` YANG TELAH SAYA GARAP DAN PRAKTIKKAN SEJAK 1993....



JIKA MANA INDIVIDU,SYARIKAT,KORPORAT,INSTITUSI DAN BADAN YANG INGIN DAPATKAN KERJASAMA DAN KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI BOLEHLAH HUBUNGI :

TUAN ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.
019-4741209 @04-4219069

IMEJ BARU MOTIVASI DINAMIKA DIRI

assalamualaikum.....

buat para guru,kaunselor dan pendokong motivasi selamat bertemu diarena blog MODID ...
semalam aku dapati bisnes kad aku dah tinggal 2 keping saja...
akupun pergilah buat yang baru dengan imej yang baru..... moga ia lebih bererti dan memberi seribu makna buat aku....

tahun 2009 ni aku makin sibuk dan semalam 2 program aku lalui.....satu program di Gunung Jerai( khamis malam jumaat -30/4/2009 ) dan keesokkannya( jumaat - 1 mei 2009 ) aku berada dichalet Merbok untuk program motivasi SMK Merbok....

Setakat ni dah banyak aku pergi seperti Johor,Melaka,Selangor,Perak dan penang.

Kad baru aku nampak lebih `korporat` dan `nampak lebih segar dan bermaklumat` ...moga ia lebih menjurus kepada target aku untuk membangunkan `minda melayu`dan ` membersihkan jiwa` remaja islam....

Kepada pelajar-pelajar yang pernah menyertai ceramah motivasi aku,aku ucapkan selamat berjaya dan berikanlah sesuatu yang bermakna buat ibu-ayah,keluarga,guru,sekolah dan masyarakat setempat....

Kepada para ibu-bapa dan waris pelajar yang telah dan pernah mengikuti ceramah `parenting skills` yang dikendalikan oleh saya,tolonglah main peranan sebagai ibu-ayah sebaik mungkin,agar anak kesayangan kita akan lahir sebagai manusia berguna dunia dan akhirat.

akhir kata, sama-samalah kita bangunkan jiwa bangsa kita.....

sekian wassalam
Tuan Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani.

Wednesday, April 29, 2009

pamplet korporat MODID

PERUBAHAN KAN TERLAKSANA JUA...


assalamualaikum .....


kepada guru-guru ,kaunselor,penyelia tingkatan dan pegawai hal-ehwal pelajar janganlah kita merasa give up dan bosan melayani kerenah pelajar kita....

sesungguhnya mereka masih belum mengenal erti dunia ....hanya keseronokan yang mereka inginkan.....


merek perlu dibimbing,diasuh dan dipandu agar hidup mereka terarah.... tugas ni tugas siapa ? ibu-bapa mereka ,ahli keluarga mereka atau kita sebagai guru? jangan menunding jari kepada sesiapa! semua orang ada peranan masing-masing.....


jangan lari dari tanggungjawab dan peranan kita.....


walau sekeras mana hati mereka, masih ada ruang untuk melembutkannya...walau sekasar mana tindakan mereka...masih ada peluang untuk memperbaikinya.....


memang kita manusia.kesabaran ada batasnya.... tapi apa kesudahannya..

ayuh kita sama-sama main peranan untuk mengubah mereka....


kita berganding bahu dan seiring sejalan dalam membentuk masa depan anak-anak melayu kita.....


saya bersedia memberi khidmat bakti melalui ceramah motivasi saya dan pendekatan saya dalam melembutkan hati mereka... kita asuh mereka,kita didik mereka dan kita bimbing mereka....


tuhan akan sentiasa bersama kita....


Kalau ada kelapangan dan kesesuaian masa,saya menyahut sebarang jemputan ceramah motivasi kendalian agensi,syarikat dan sekolah tuan dan puan sekelian...


hubungilah saya untuk tempahan tarikh dan masa..


sekian,selamat memajukan anak bangsa


Ustaz Abd.Ghani bin Yusof

Konsultan Jana Insan

Sg.Petani,Kedah

019-4741209 @ 019-4211857 @ 04-4219069

MOTIVASI PELAJAR




ASSALAMUALAIKUM.... DAH HAMPIR 10 BULAN AKU TAK UP-DATE BLOG ...RINDU RASANYA NAK BERKONGSI CERITA DENGAN RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN PEJUANG & PENGAMAL MOTIVASI....




TAHUN NI AGAK SIBUK JUGEK..... DARI JANUARI SAMPAI SEKARANG AKU MASIH TERIMA BERBAGAI JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI....RATA AKU DAH PERGI SAMPAI KE JOHOR,SELANGOR ,NEGERI SEMBILAN DLL. KAT KEDAH & PENANG JANGAN CERITA LE.... HAMPIR SETIAP MINGGU ADA JEMPUTAN...




BULAN FEBUARI ARI TU AKU JOINT KON SULTAN VILLA HATI KENDALIAN USTAZ SOPIAN PERGI KEMUAR,BATU PAHAT DAN AWAL MAC PERGI SMK SUBANG SELANGOR.




KAT PENANG MACAM-MACAM JENIS CERAMAH AKU KENDALIKAN TERMASUK CERAMAH MOTIVASI AKADEMIK,AKHLAK DAN CERAMAH KEAGAMAAN SEPERTI MAAL-HIJRAH DAN MAULIDUR RASUL....




HUJUNG MINGGU NI AKU TERPAKSA NAIK KEPUNCAK JERAI ,BAGI CERAMAH KAT BUDAK TINGKATAN 6 SMKKKM DAN KEEOKKANNYA TERPAKSA PERGI PULAK KE DAMAI PARK RESORT UNTUK CERAMAH KAT PELAJAR SMK MERBOK.....(1 MEI 2009 ).HARI PEKERJA ORANG BERCUTI,TAPI AKU TERPAKSA BERKERJA DEMI KEJAYAAN ANAK BANGSA AKU...




AKU SANGGUP MEMENUHI MANA-MANA UNDANGAN CERAMAH MOTIVASI WALAUPUN JAUH NUN DISELATAN ATAU DILUAR NEGARA MALAYSIA ( TERMASUK SINGAPORE & BRUNEI ) ITUPUN KALAU ADA ORANG YANG SUDI DAN MENGHARGAI `KEHEBATAN` TEKNIK & MODUL CERAMAH AKU.




MODID ADALAH IDEA ASLI AKU.... MOTIVASI DINAMIKA DIRI ...GABUNGAN BEBERAPA ELEMEN PENINGKATAN KUALITI DIRI SEPERTI AKHLAK,KEAGAMAAN,AKADEMIK,SOSIAL DAN KETRAMPILA DIRI....




AKU TENGAH SERIUS PERJUANGKAN ` MODID ` AGAR IA TERUS BERKEMBANG....




WALAUPUN AKU BELUM LAGI PERNAH KELUAR TV,TAPI AKU BERSEDIA BERSAING DENGAN TOKOH-TOKOH YANG MUNCUL DIKACA TV........




KITA SERUPA SAJA....HANYA MEDAN YANG BERLAINAN TAPI NIAT YANG SAMA




UCAPAN TERIMAKASIH AKU UCAPKAN KEPADA MANA-MANA GURU,KAUNSELOR,PENGETUA,DAN KETUA JABATAN YANG PERNAH MENGGUNAKAN KHIDMAT AKU DALAM MOTIVASI INI.....




SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH MANUSIA YANG DIKURNIAKAN SEDIKIT KELEBIHAN BERPIDATO DAN PENDEKATAN MERANGSANG JIWA ORANG LAIN UNTUK BERJAYA DAN BERUBAH.....




KINI,AKU BERSYUKUR KERANA NIKMAT SUARA INI TELAH AKU GUNAKAN UNTUK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT....




ALHAMDULLILAH....




KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGGUNAKAN KHIDMAT AKU SEBAGAI PENCERAMAH MOTIVASI DALAM MANA-MANA PROGRAM MOTIVASI BOLEHLAH HUBUNGI AKU.....




SEKIAN SELAMAT MEMBINA DIRI...SESUNGGUHNYA POTENSI MANUSIA TIADA TANDINGAN...JANAILAH IA AGAR BERKEMBANG.....




TUAN ABD.GHANI YUSOF


PENGARAH URUSAN


KONSULTAN JANA INSAN


SG.PETANI,KEDAH


019-4741209 @ 04-4219069

Monday, April 27, 2009

aku jadi ketua jurulatih modul integrasi PLKN























tahniah pada diri sendiri...kah..kah..kah... dan thanks to Starza Corporation yang lantik aku... beri kepercayaan yee... inilah yang dikatakan hebat... baru pergi kursus TOT 3 hari..mereka dah nampak talent aku...macam tak percaya wooo....














aku terpaksa control 5 orang jurulatih yang gila-gila tapi sporting......














pelatih-pelatih siri satu pula baik-baik dan talented semuanya..bagus ...senang beri arahan pada mereka... apapun aku ucap tahniah pada kesemua jurulatih modul integrasi bawah aku yang memang berbakat besar dan berilmu pengetahuan....














banyak input yang telah mereka berikan kepada pelatih-pelatih plkn di Kem Damai Park resort...














hari last rasa sedih sangat..sebab terpaksa keluar dari Kem Damai Park... kebetulan pulak petang tu aku terpaksa bergegas ke Johor untuk Motivasi seni sentuhan Hati bersama partner aku iaitu ustaz sopian salleh....SMK perempuan Abu Bakar Muar Johor....














3 hari aku kat Johor...seronok dan gembira pasal pengalaman dan tunjuk ajar kita dihargai oleh peserta kursus apatah lagi disanjung melangit oleh pengetua sekolah dan para guru disana...














Letih memang meletihkan tapi..inilah tugas motivator,....














Balik pula terpaksa naik Bas dipuduraya dan sampai di Sg.petani jam 10.45 malam.esoknya terpaksa kesekolah pulak.... inilah rutin harian aku...














moga Allah beri kekuatan pada aku ....agar aku dapat teruskan niat murni aku ini...aku mahu modul aku ini dikenali keserantau nusantara....














sekian,wasalam...

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...