Terlalu besar dan terlalu agung nikmat tuhan....nikmat akal fikiran.....nikmat lisan.....Lisan dan lidah yang petah berbicara adalah suatu anugerah yang tidak ternilai......Dengan lidah kita menyeru manusia melakukan amar makruf,nahi mungkar...dengan lidah kita menegur orang lain ..dengan lidah kita memotivasikan orang lain...dengan lidah kita merangsang potensi orang lain......dengan lidah kita mampu menjana potensi manusia yang lemah daya tahannya.......
Anugerah ini perlu kita pelihara...gunakan ia untuk kebaikan.....
Esok,jumaat aku akan mengendalikan satu sesi `brainstorming `dan sesi `jana minda` untuk pekerja /pemandu Rapid Penang..satu konsortium yang besar dalam pengangkutan awam.....mungkin aku diberi masa selama 3 jam untuk kendalikan sesi `perubahan minda`.
Pekerja perlu dan mesti dimotivasikan.....tanpa ransangan motivasi mereka mungkin sudah terbiasa dengan `kelapukan sistem kerja` atau dalam kata lain terbiasa dengan `zon selesa` mereka....ramai dari mereka tiada peningktan dari segi kualiti kerja......tiada anjakan paradigma..tiada desakan untuk berubah......
Peningkatan dalam kualiti kerja amat perlu...peningkatan dalam hidup juga perlu......maka ini adalah medan terbaik untuk aku berkongsi ilmu dan tips untuk merangsang pekerja Rapid penang agar menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakna untuk syarikat mereka.....
Aku menjadikan buku-buku tulisan Stephen Covey sebagai rujukan dalam meningkatkan potensi diri...Buku-buku inilah sandaran kepada sesiapa yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka...untuk merubah cara hidup..untuk merubah paradigma diri...
`Dare to be different` ...jadilah yang lain dari yang lain........
Aku akan tetap meneruskan agenda aku dalam Siri Jelajah Motivasi Dinamika Diri...
2010 diharapkan lebih ramai manusia akan dimotivasikan oleh manusia bergelar Tuan Ghani Al-Modidi
Salam Sukses dan Salam Motivasi
Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
No comments:
Post a Comment