assalamualaikum...
bulan april adalah bulan kemanusiaan peringkat sekolah...aku bersama guru-guru bidang kemanusiaan telah bermesyuarat dan mengambil kata sepakat untuk membuat sedikit kelainan dalam majlis pelancaran dengan mengadakan simbolik tanam pokok sempena `kempen Earth Hour` .....
Pengetua SMKKKM telah berkenan untuk `mencemar duli`untuk menyempurnakan upacara tanam pokok simbolik kepada kempen `Eart Hour`dan inilah yang akan aku terapkan dalam jiwa pelajar smkkkm agar terus mencintai bumi kita dengan menjaga kebersihan,menjaga alam,jimat elektrik,menjaga kebersihan sungai kita,tidak merosakkan alam dan menjaga bumi dengan sebaik mungkin...
Topik inilah jugak akan aku selitkan dalam siri ceramah Motivasi aku sepanjang 2009..kerana ia adalah tuntutan Tuhan dan agama kita yang suci....
Allah ada berkata" janganlah kamu melakukan kerosakan diatas muka bumi' .inilah adalah mesej jelas yang Allah peringatkan kepada kita,agar bumi dan alam ini kita pelihara dan pulihara sebaik mungkin demi kesinambungan generasi yang akan datang...
Tidak hairanlah jika mutakhir ini,banyak sangat berlaku bencana alam seperti banjir kilat,tanah runtuh,banjir lumpur,dan segala seribu macam kemusnahan..ini semua adalah kerana tangan-tangan kotor manusia yang tidak pandai menghargai `nikmat Allah` dan kurang cerdik dalam menguruskan Alam.....
Tahniah kepada Karam Singh Walia kerana berusaha bersungguh-sungguh mengenengahkan isu-isu alam sekitar agar semua pihak membuka mata dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik...jangan hanya pandai cakap dan sering menuding jari kepada pihak lain....
Semoga,kempen Earth Hour ini menjadi titik tolak kepada kita semua usaha mengembalikan kecintaan kita kepada alam dan dunia...
sekian,salam sukses dan salam kecemerlangan dari aku
Tuan Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.019-4741209
No comments:
Post a Comment