FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, January 18, 2023

MANFAATKAN UMUR YANG PANJANG

 Umur Yang Baik


Setiap orang berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lanjut usia. Setiap orang mengharapkan agar sisa-sisa umur yang ada dapat melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. 


Namun, adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?



Satu daripada kelompok orang yang terbaik adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.  Hadis Rasulullah SAW:


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ


Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." 

(Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih


Mukmin yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa melakukan amal soleh. Dengan sebab umur yang bertambah membolehkannya melakukan amal soleh yang pelbagai dan berterusan.



Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Modal yang banyak akan memberi peluang yang luas untuk dilaburkan dan peluang meraih keuntungan lebih banyak juga cerah. Mensia-siakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan. 


Gunakanlah sebaik mungkin modal umur kita, modal kesihatan serta pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah sebagai modal untuk melakukan amal soleh. Gunakanlah semua modal yang ada untuk kita meraih pahala khususnya pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal dunia nanti.



Berkata Al Munawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini menyebutkan:


 خير الناس من طال عمره وحسن عمله  لان من كثر خيره كلما امتد عمره وكثر أجره وضوعفت درجاته ( وشر الناس من طال عمره وساء عمله ) لان الاوقات كرأس مال التاجر وكلما كان رأس المال كثيرا كان الربح أكثر


“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik perbuatannya”, kerana barangsiapa yang banyak kebaikannya setiap kali ia bertambah umurnya dan bertambah pahalanya dan ditinggikan kedudukannya, sedangkan “seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya”, kerana waktu adalah seperti modal seorang pedagang dan setiap kali modalnya banyak, nescaya keuntungan akan lebih banyak.” Lihat kitab At Taisir Bisyarh Al jami’ Ash Shaghir, 1/1071.


Saidina Ali RA lebih menyukai orang yang mati setelah usia lanjut di mana usia yang lanjut digunakan untuk mengenali Allah berbanding kanak-kanak yang meninggal semasa kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. 

Kata Saidina Ali:


مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ


“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Allah adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)



Namun perlu diingat, hadis di atas juga menyebutkan orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.


Umur yang lanjut tetap ada kebaikannya. Nabi SAW bersabda:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ 

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah (bertaubat).” (HR Bukhari No: 7235)



Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fixed deposit berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.


MENGHARAP UMUR YANG PANJANG


SYEIKH GHANI AL GANUNI

MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209 


KITA SEMUA PENDOSA: RAJIN2LAH MEMOHON DOA PADA YANG MAHA PENGAMPUN

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM KHAMIS.SEMOGA HARI INI MENJADI HARI YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM. BINA DIRI MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT,PATUH DAN SETIA DENGAN AJARAN AGAMA.

RAJIN2 LAH BERDOA & MEMOHON AMPUN PADA ALLAH SWT.


Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa


حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً


Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan  berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu.  Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." 

(HR Tirmizi NO: 3463) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.


2.  Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.



3.  Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.


وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110).


4.  Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:


عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله


“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128). 



Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.


YANG MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN TUHAN


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209

Tuesday, January 17, 2023

SEGERA MEMOHON AMPUN DARI TUHAN

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM RABU DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA.

JOM KITA SAMA SAMA MOHON PENGAMPUNAN ALLAH SWT

Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa


حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً


Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan  berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu.  Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." 

(HR Tirmizi NO: 3463) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.


2.  Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.


3.  Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.


وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110).


4.  Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:


عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله


“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128). 


Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.


KEAMPUNAN MILIK ALLAH SWT

YANG MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER

KONSULTAN JANA INSAN

Monday, January 16, 2023

USAH TERGESA-GESA DALAM BERDOA

ASSALAMUALAIKUM WARHAMATULAHI WABARAKATUH

SALAM SELASA DAN SALAM KEJAYAAN BUAT SEMUA

Tidak Tergesa-gesa Dalam Berdoa 


عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّهُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو عُبَيْدٍ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَكَانَ مِنْ الْقُرَّاءِ وَأَهْلِ الْفِقْهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ رَبِّي فَلَمْ يَسْتَجِبْ لِي


Daripada Ibnu Syihab bahawasanya ia berkata; 

"Telah menceritakan kepadaku Abu Ubaid hamba Abdurrahman bin Auf yang mana dia termasuk dari para Qari (penghafal Quran) dan Ahli fekah, dia berkata; Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang dari kalian akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa hingga mengatakan; Aku telah berdoa kepada Rabbku, namun Dia belum juga mengabulkan untukku' (HR Muslim No: 4917) 

Status: Hadis Sahih.



Pengajaran:


1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah


2.  Doa seseorang tetap akan dikabulkan oleh Allah


3.  Antara sebab doa seseorang tidak dikabulkan ialah apabila ia tergesa-gesa.


4.  Orang yang tergesa-gesa ialah yang tidak sabar doanya dikabulkan dan mudah berputus asa dan enggan berdoa kembali.


5.  Berdoalah dengan penuh keyakinan. Sabda Nabi:



أُدْعُوا اللهَ تَعَالَى وَأَنتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ, وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِن قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ


“Berdoalah kepada Allah sementara kalian yakin doa kalian dikabulkan. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan dari hati yang lalai dan lengah” (Sunan Tirmidzi No: 3479)


DOA SENJATA MUKMIN-JOM BERDOA DENGAN BERHEMAH


YANG MENGHARAPKAN KEAJAIBAN TUHAN


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN


Sunday, January 15, 2023

MUKMIN YANG KUAT LEBIH DICINTAI & DISUKAI ALLAH SWT-PERCAYALAH

 ASSALAMUALAKIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM ISNIN.SEMOGA KEMBALI BERSEMANGAT UNTUK TERUS BEKERJA

Mukmin Yang Kuat Lebih Dicintai Allah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ


Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah engkau merasa malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu musibah, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan " (HR Muslim No: 4816) Status: Hadis Sahih



Pengajaran Yang boleh diambil :


1.  Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah.


2.  Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan tanggungjawabnya.



3.  Mukmin yang lemah tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah


4.  Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya, masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah.



5.  Rasulullah SAW memerintahkan agar bersemangat dan bersungguh-sungguh serta mohonlah pertolongan kepada Allah dalam melakukan perkara yang bermanfaat sama ada yang berkaitan dengan agama mahupun dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.


6.  Jangan bersikap malas dan tidak bersungguh dalam melakukan perkara bermanfaat kerana ia menjadi sumber kegagalan.



7.  Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah iman.


8.  Jauhilah berkata "kalau" atau "seandainya" kerana ia akan membuka peluang hasutan syaitan.


Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjadi Mukmin yang KUAT IMAN


kita kuat,ummah sejahtera


YANG MENGHARAP

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

019 4741209


Thursday, January 12, 2023

SYURGA KEDIAMAN KEKAL ABADI YANG KITA DAMBAKAN

 ALHAMDULILLAH

PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL

SALAM SAYYIDUL AYYAM..

Jaminan Masuk Syurga 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Syurga disediakan untuk mereka yang benar2 beriman dan melakukan amal yang soleh.


2.  Saidina Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.


3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.



4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.


5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga. 



Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim. Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kepada kerabat, sahabat, jiran sekeliling kita. Moga Allah mempertautkan hati-hati sesama kita.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


🎋   Buat tanpa tapi..Lakukan tanpa nanti....

SALAM SYURGA BUAT KITA SEMUA.AMIN YA RABBAL ALAMIN


TN SYEIKH GHANI AL GANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI

019 4741209

Wednesday, January 11, 2023

HALAU SYAITAN DARI BADAN KITA-DIA PENGGANGGU KITA

 Halau Syaitan Dirongga Hidung


عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا  فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,  “Jika salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah berwuduk lalu beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No: 3295) Status: Hadis Sahih




Pengajaran:


1.  Islam mengajar kita beradab dan berakhlak dalam setiap perkara.


2.  Antara adab seorang Muslim selepas bangun daripada tidur adalah mengambl wuduk.


3.  Beristintsar (mengeluarkan air dari dalam rongga hidung selepas menghirupnya) ketika berwuduk adalah sunat dilakukan.



4.  Antara hikmah memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali selain daripada membersihkan kotoran daripada hidung juga bertujuan untuk menghalau syaitan yang menumpang bermalam di lubang hidung.






Pastikan amalan memasukkan dan mengeluarkan air ke dalam rongga hidung kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur melalui amalan berwuduk.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera

SEMOGA SELAMAT DARI HASUTAN SYAITAN

TN ABD GHANI YUSOF

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

019 4741209


Tuesday, January 10, 2023

SIAPA KITA UNTUK MEMBURUKKAN ORANG LAIN?

Larangan Memburukkan Orang Lain


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755) Status: Hadis Sahih




Pengajaran:

1.  Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.

2.  Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang difikirkan oleh akal kita. Jika akal kita berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif. 

4.  Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.



5.  Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukanlah semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.

6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka. 

7.  Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan tidak menjadikan orang lain sebagai pelarian (escapist) dengan menuding jari kepada orang lain.



Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah untuk menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka. 

SO,SENTIASA KENA INGAT SIAPA KITA ? KENAPA KITA NAK MEMBURUKKAN INSAN LAIN? BAIK SANGAT KE KITA NI? TIADA YANG BAIK MELAINKAN ALLAH.

SEKIAN ,SELAMAT BERMUHASABAH DIRI


YANG INGIN HIDUP TENANG


SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209.

Monday, January 9, 2023

TAHUN 2023 MESTI TERUS POSITIF

 ALHAMDULILLAH

PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL YANG TERUS MENERUS HADIRKAN KESIHATAN,REZEKI SERTA UMUR YANG PANJANG BUAT KITA.

ALHAMDULILLAH,HARI NI DAH MASUK HARI KE 10 BULAN PERTAMA TAHUN BARU 2023.BAGAIMANA PRESTASI KERJA ANDA? BAGAIMANA PRESTASI SYARIKAT ANDA? BAGAIMANA PRESTASI AKADEMIK PELAJAR2 ANDA? BAGAIMANA PRESTASI RUMAHTANGGA ANDA? DIHARAPKAN SEMUANYA OK DAN MENAMPAKKAN KECEMERLANGAN.AMIN YA RABBAL ALAMIN

2023 TAHUN UNTUK KITA BANGKIT.TAHUN INI TAHUN UNTUK KITA BINA KEJAYAAN YANG LEBIH BERBANDING TAHUN 2 SEBELUMNYA.KEJAYAAN BUKAN SETAKAT TERHASIL DARI KERJA YANG KUAT DAN BERTERUSAN SAJA.IA BERMULA DENGAN MINDA YANG POSITIF DAN TINGKAHLAKU YANG MENUJU ARAH YANG POSITIF.


APA PUN YANG MELINGKARI HIDUP KITA SELAMA INI,KITA MESTI PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI KITA UNTUK BERUBAH. IANYA BERMULA DENGAN MINDA YANG POSITIF,DIIKUTI DENGAN KEPERCAYAAN YANG POSITIF SETERUSNYA DENGAN TINDAKAN YANG POSITIF.

KITA PUNYAI AKAL YANG CUKUP HEBAT ANUGERAH TUHAN.DENGAN AKAL INI MANUSIA SUDAH SAMPAI KEBULAN,MARIKH DAN MANUSIA MAMPU MELEWATI RUANG UDARA ANGKASA RAYA DENGAN BERGAYA.

KITA ADALAH MAHKLUK YANG TERBAIK DAN TERPINTAR YANG ALLAH JADIKAN.GUNAKAN KEPINTARAN KITA UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA.


SEGALA TINDAKAN YANG BAIK SECARA BERTERUSAN DAN KONSISTEN ADALAH PEMANGKIN YANG CUKUP KUAT UNTUK TERUS CIPTA KEJAYAAN HIDUP. ALLAH AMAT MENCINTAI AMAL TERUS MENERUS SECARA KONSISTEN & ISTIQAMAH.

JANGAN CEPAT JEMU DAN MENGELUH DENGAN KEGAGALAN.JANGAN TUNDUK PADA KELEMAHAN DIRI.BANGKIT DAN CIPTA KEJAYAAN BARU DALAM HIDUP.JIKA SEMALAM TIADA KEJAYAAN,IA BUKANNYA TITIK PENAMAT.TERUS BERUSAHA DAN BERJUANG UNTUK MERAIH SUKSES DALAM HIDUP.

SAYA SENDIRI KURANG CEMERLANG PADA TAHUN LEPAS.NAMUN SAYA PERLU DAN WAJIB BANGKIT PADA TAHUN 2023 INI SEKALIPUN RAMALAN MENGATAKAN TAHUN INI ADALAH TAHUN SUKAR DARI SUDUT EKONOMI.KITA TAK BOLEH TUNDUK PADA ANGGARAN & TAFSIRAN INSAN LAIN.KITA MESTI HADAPINYA DENGAN BIJAKSANA.


AYUH. BERSAMA SAYA KITA MENGORAK LANGKAH YANG LEBIH BERJAYA PADA TAHUN INI.KETEPIKAN RASA TAKUT DAN GUSAR UNTUK BERSAING.BINA UPAYA DIRI DAN KEMAMPUAN SEBENAR UNTUK MERAIH SEJUTA PULANGAN BERHARGA.

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,KOLEJ2 ,AGENSI AWAM DAN SWASTA YANG NAK JALANKAN PROGRAM MOTIVASI & TRAINING BERSKALA HEBAT PADA TAHUN 2023 INI,SILA HUBUNGI PIHAK KAMI DI TALIAN 019 4741209 @ 0194001209 ( MY PA ) UNTUK BERBINCANG DAN MENEMPAH SLOT2 BERMAKNA DEMI KEMAJUAN DITAHUN 2023 INI.


SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH D.AMAN

019 4741209

Saturday, January 7, 2023

ANAK ANUGERAH ALLAH YANG TERLALU BERHARGA

 ALHAMDULILLAH

PUJI DAN SYUKUR BUAT ALLAH,TUHAN RABBUL JALIL YANG SETIA MENJELMAKAN PELBAGAI REZEKI BUAT KITA TERMASUKLAH KURNIAAN ANAK. RAMAI DARIPADA KITA YANG DAH BERKELUARGA TAPI BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT.ALHAMDULILLAH. 

SAMADA DAH ADA ZURIAT ATAU BELUM ADA ZURIAT,KITA MESTI TETAP KENA UCAPKAN ALHAMDULILLAH DIATAS SEGALA NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT.ADA YANG BERPULUH TAHUN KAHWIN MASIH BELUM DIKURNIAKAN REZEKI ANAK. MUNGKIN ADA HIKMAH TERSELINDUNG DISEBALIKNYA.

DAN ADA JUGA YANG SELANG SETAHUN DIKURNIAKAN ANAK.RAMAI ANAK MEREKA.ITUPUN REZEKI ALLAH YANG WAJIB DISYUKURI.SEDIKIT ATAU BANYAK ITU SEMUA REZEKI ALLAH SWT.KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH SWT YANG MAHA MENENTUKAN.


KEPADA YANG SUDAH PUNYAI ANAK DAN ZURIAT SAYA UCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS.KALIAN SUDAH PUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG CUKUP BESAR UNTUK MENDIDIK DAN MEMELIHARA MEREKA MENGIKUT ADAB,ATURCARA DAN DIDIKAN ISLAM YER.

ANTARA PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU AYAH TERHADAP ANAK-ANAKNYA IALAH :

1- MENGAJAR MEREKA MENGENAL PENCIPTA- ALLAH SWT

2-MENDIDIK MEREKA DENGAN AMALAN RASULULLAH SAW DALAM SETIAP AMAL KEHIDUPAN

3- MENGAJAR MEREKA KENAL TUHAN MELALUI SOLAT DAN AMALAN KETAATAN YANG LAIN

4-MENDIDIK MEREKA DENGAN ALQURAN,HADIS DAN SEGALA AJARAN ISLAM YANG LAIN

5-MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN & KESALAHAN MEREKA SECARA ADIL & TERTIB

6-MEMAMNDU MEREKA MENGENAL SEGALA PPERATURAN AGAMA.


ANAK ANAK KITA PERLUKAN BIMBINGAN DAN DIDIKAN LANGSUNG DARIPADA KITA. DIDIK MEREKA DENGAN AMALAN KEBAIKAN.DAN HINDARI DIRI MEREKA DARIPADA SEGALA UNSUR YANG MELALAIKAN.

ANAK ANAK PERLU DISAYANGI BUKAN DISAKITI.ANAK2 PERLU DIDEKATI BUKAN DIJAUHI.ANAK ANAK WAJAR DIBERIKAN PELUANG UNTUK BERTANYA BUKAN UNTUK DIDERA DAN DIBULI. ANAK-ANAK WAJAR SEKALI DIBERI PELUANG UNTUK MENGENAL ERTI KEHIDUPAN MELALUI LATIHAN2 YANG KITA AJARKAN.

AJARI ANAK-ANAK KITA DENGAN SEDIKIT LATIHAN YANG BERTERUSAN:

1- DIDIK ANAK UNTUK MENGEMASKAN TEMPAT TIDUR SENDIRI

2-LATIH ANAK ANAK UNTUK CUCI PINGGAN MANGKUK YANG DIGUNAKAN

3-DIDIK ANAK-ANAK UNTUK MENGAHRGAI ABANG2 DAN KAKAK2 YANG LAIN

4- LATIH ANAK-ANAK UNTUK CUCI KASUT SEKOLAH SECARA SENDIRI

5-LATIH ANAK-ANAK UNTUK BANGKIT DARIPADA TIDUR AWAL

6- DIDIKLAH ANAK2 AGAR MENGHORMATI INSAN YANG LEBIH TUA


JIKA ANAK-ANAK BUAT KESILAPAN,JANGAN TERUS DIMARAHI MEMBABI BUTA.LIHAT,KAJI DAN TELITI APA MASALAHNYA.TEGUR SECARA BERHEMAH DAN BERIKAN ALTERNATIF JALAN KEBAIKAN BUAT MEREKA.

JANGAN MARAH MEREKA SECARA MELAMPAU.TEGUR SECARA BAIK DAN BERIKAN PERINGATAN YANG JELAS SERTA WAJAR BUAT MEREKA. ANAK-ANAK KITA PUNYAI POTENSI YANG BERBEZA DIANTARA SATU SAMA LAIN.


ANAK2 KITA ADALAH KAIN PUTIH BERSIH YANG PERLUKAN CORAK DIDIKAN YANG SEMPURNA DARIPADA KITA. JANGANLAH MENGHARAPKAN INSAN LAIN YANG MENDIDIK ANAK KITA.KITA SEBAGAI IBU BAPA ADALAH INSAN PERTAMA YANG MEREKA KENAL DAN MEREKA IKUTI.

SEGALA TINGKAH LAKU SERTA PERBUATAN KITA AKAN DITIRU OLEH ANAK2.SO BERKATA-KATALAH DAN BERTINDAKLAH DENGAN BAIK DAN BIJAK.ANAK-ANAK MENJADIKAN IBU BAPANYA SEBAGAI HERO & HEROIN YANG WAJAR DICONTOHI.

SO,SEBAGAI IBU BAPA KITA AMAT WAJAR SEKALI MENUNJUKKAN PERKATAAN,PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU YANG BAIK YANG BAKAL JADI IKUTAN PARA ANAK2.SO,BERFIKIRLAH SEBELUM MENUTURKAN KATA-KATA DAN BERTINDAK.

SEMOGA SEDIKIT PESANAN DARIPADA SAYA ( AYAH YANG PUNYAI 2 ORANG ANAK PEREMPUAN INI ) MAMPU MELONJAKKAN KUALITI KALIAN SEBAGAI IBU BAPA & PARENTS YANG TERBAIK.INSYAALLAH.

ANAK ANAK KITA ADALAH CERMINAN DIDIKAN KITA. SO,DIDIKLAH MEREKA DENGAN SEBAIKNYA.JANGAN MEROSAKKAN KUALITI ANAK2 KITA DENGAN DIDIKAN YANG TERUK DAN MELANGGAR PERATURAN AGAMA.SEMOGA ALLAH SWT BERIKAN KITA JALAN DAN KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN DIDIKAN LANGSUNG KITA BUAT ANAK2 KITA,INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

JIKA ADA MANA2 IPT,ORGANISASI,UNIVERSITI ATAU SEKOLAH YANG INGIN MENJEMPUT SAYA SEBAGAI PENCERAMAH MOTIVASI KEKELUARGAAN(PARENTING SLOT) BOLEHLAH MENGATUR TARIKH JADUAL DAN WAKTU PROGRAM UNTUK KITA SAMA-SAMA MERANCANG MASA DEPAN ANAK2 KITA.AMIN YA RABBAL ALAMIN. BOLEH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 (HP PENULIS/MOTIVATOR ) ATAU 0194001209 (PA-PN HALIFAH ).

SEKIAN,SALAM KASIH SAYANG


YANG BENAR BENAR INGIN JADI HEBAT


SYEIKH GHANI ALGANUNI

MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209

Thursday, January 5, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023-SEMOGA SEGALANYA BERWAJAH BARU

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALHAMDULILLAH,HARI INI DAH MASUK HARI KE 6 TAHUN BARU 2023.BAGAIMANA PERJUANGAN KALIAN SETAKAT 6 HARI INI? ADAKAH MENAMPAKKAN TANDA2 KEJAYAAN YANG CEMERLANG AKAN TIBA? SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR DAN TERATUR SEPERTI YANG DIAZAMKAN SETIAP TAHUN.

BILA SETIAP KALI MENJELANG TAHUN BARU,MAKA BERDUYUN-DUYUNLAH KITA SEMUA BUAT PERANCANGAN DAN SIMPAN HASRAT UNTUK MEMBINA KEJAYAAN DITAHUN BARU.BEGITULAH JUGA KITA. DIMANA PELBAGAI KEJAYAAN,KEGAGALAN DAN KELEMAHAN TELAH DIKENAL PASTI PADA TAHUN LEPAS,MAKA PADA TAHUN INI KITA INGIN MEMPERBAIKI KELEMAHAN2 LAMPAU. 

SO,KITA BERTEKAD DAN BERAZAM UNTUK MENCIPTA SEBANYAK MUNGKIN KEJAYAAN DI TAHUN 2023 INI.


SAYA JUGA TIDAK TERLEPAS MEMENDAM HAJAT DAN HASRAT BEBERAPA IMPIAN SAYA YANG BELUM TERCAPAI PADA TAHUN 2022 YANG LALU. JADI PADA TAHUN BARU 2023 INI SAYA INGIN MENCAPAI BEBERAPA KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN, ANTARANYA :

1-MENJADI MOTIVATOR YANG MEMPUNYAI PELANGGAN YANG RAMAI & POPULAR DIKALANGAN GURU KAUNSELING SEKOLAH SEPERTIMANA PADA TAHUN 2010-2018 YANG LALU.

2. MENJADI PILIHAN SYARIKAT KORPORAT ATAU AGENSI AWAM DALAM MENGENDALIKAN TRAINING & KURSUS YANG DITAWARKAN.SEMOGA MODUL2 CIPTAAN SAYA MENJADI PILIHAN.

3- MENJADI SEORANG YANG KAYA & DERMAWAN. SEMOGA ALLAH MEMILIH SAYA MENJADI JUTAWAN YANG MAMPU MENYUMBANG KEPADA KEBAIKAN PADA AGAMA & MASYARAKAT

4- MENJADI TRAINER PILIHAN & SPEAKER PILIHAN UNTUK SLOT2 DIRADIO SERTA TV SE[PERTI SEBELUM INI PETNAH MUNCUL DITV1,TV 3 DAN RADIO KEDAH FM

5-KEMBALI MENJADI PILIHAN SEKOLAH2 UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPADA PELAJAR2 MEREKA TERUTAMA PELAJAR2 KELAS EXAM SEPERTI SPM DAN SEBAGAINYA.



SEBAGAI UMAT ISLAM DAN HAMBA ALLAH  KITA JUGA MESTI MENYIMPAN HASRAT YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 SEBELUMNYA.ANTARA IMPIAN SAYA SEBAGAI HAMBA ALLAH IALAH :

1- INGIN MENYIMPAN DUIT SEBAGAI BEKALAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH DITANAH SUCI MEKAN-INSYAALLAH.

2-MENJADI HAMBA ALLAH YANG LEBIH BERTQWA DAN BERIMAN.- ADA PENINGKATAN DALAM IBADAT & KERJA BAIK KITA PADA ALLAH DAN AGAMA

3- BERUSAHA UNTUK BERKONGSI HARTA DAN KEWANGAN UNTUK INSAN2 YANG LEBIH MEMERLUKAN

4-MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA KEHIDUPAN INSAN LAIN DILUAR SANA

5- MENAMBAH PAHALA KEBAIKAN DAN MENGURANGKAN DOSA HARIAN.SEMOGA BANYAK AMAL KEBAIKAN MAMPU DILAKUKAN DEMI KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI DIAKHIRAT NANTI. AMIN YA RABBAL ALAMIN


SEMOGA SEGALA HARAPAN ,IMPIAN DAN HASRAT KITA MAMPU DIJELMAKAN DENGAN SEHABIS BAIK.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN

KITA MESTI KENA TERUS BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN DAN BERDOA SERTA BERTAWAKKAL SEPENUH HATI KEPADA ALLAH DEMI MENCAPA KEJAYAAN YANG CEMERLANG. KEPADA MANA-MANA INSTITUSI SWASTA, AGENSI AWAM, SEKOLAH2  ATAU UNIVERSITI YANG INGIN DAPATKAN KHIDMAT BAKTI SAYA DIBIDANG MOTIVASI,TRAINING & LATIHAN, BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DITALIAN  019 4741209 ( HP SENDIRI ) ATAU 019 4001209 ( PEMBANTU SAYA)

SEKIAN,SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA SUKSES DITAHUN BARU 2023 INI DAN MAMPU MEMPEROLEHI BANYAK KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


YANG TURUT SAMA MENGHARAPKAN SINAR TAHUN 2023


TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR

KONSULTAN JANA INSAN

SP-019 4741209 


MOTIVASI SPM 5 JAM YANG AWESOME@SMK BANDAR SP

 ALHAMDULILLAH PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS KURNIAAN NIKMAT & REZEKI YANG DIBERIKAN. SEMALAM TANGGAL 16.8.2026,SAYA TELA...