FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, March 20, 2012

PROGRAM `BELAJAR CARA BELAJAR` PELAJAR SMI AL-MASRIYAH,BUKIT MERTAJAM






Alhamdulillah,setelah sekian lama perancangan dibuat oleh Pn Wan Busra,Kaunselor SMIAl-Masriyah,akhirnya program Motivasi `Belajar Cara Belajar` telah selamat disempurnakan oleh saya pada jam 12.45 petang tadi ( 20.3.2012). Program bermula seawal jam 9.00 pagi telah berjalan dengan sempurna.
Pelajar-pelajar SMI Al-Masriyah telah didedahkan dengan pelbagai kaedah & tip2 untuk berjaya . Antara pelajar yang terlibat ialah pelajar PMR,SPM dan STAM.
Nampaknya pelajar-pelajar disini  amat bahagakan program sebegini. Dari awal lagi mereka dilihat tertarik dengan modul & style penyampaian saya. Alhamdulillah,majoriti mereka mempunyai karektor tersendiri dan semangat yang diperlihatkan menyuntik semangat saya untuk terus berkarya dimedan Motivasi yang saya cintai ini.
Moga dilain masa & ketika ,saya akan terus berpeluang untuk menabur bakti disekolah ini,Insya-Allah..amin.

Sekian, wassalam

Yang akan terus berbakti
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Traner/Speaker/motivator
Konsultan Jana Insan.

Sunday, March 4, 2012

PROGRAM SECEBIS SEMANGAT,SEMARAK MATLAMAT- SMK TUN SHARIFAH RODZIAH,ALOR SETAR







Alhamdulillah,puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sekali lagi diri ini diberi peluang untuk menggerakkan potensi pelajar-pelajar. Kali ini bertempat di SMK Tun Sharifah Rodziah,Alor Setar bertarikh 3.3.2012 ,sekali lagi saya diberi kesempatan untuk berkongsi tip2 kejayaan bersama dengan hampir 150 orang pelajar berprestasi tinggi disekolah tersebut yang bakal menduduki peperiksaan pada akhir tahun nanti. Kesemua mereka adalah bakal calon SPM 2012.
Tahniah saya ucapkan kepada Pn Jamilah selaku Guru Koperasi SMK Tun Sharifah Rodziah yang mengambil langkah bijak lagi berani mengatur program sebegini. Memang mengejutkan saya apabila dikhabarkan program ini dijana & digerakkan oleh guru-guru Koperasi SMKTSR,bukannya kaunselor yang selama ini sinonim dengan program2 motivasi disekolah-sekolah.
Saya telah diberi masa selama 5 jam ( dalam kata lain setengah hari ) untuk menggerakkan lagi potensi pelajar-pelajar disitu.Alhamdulillah,sememangnya pelajar-pelajar SMKTSR  dahagakan suntikan semangat & motivasi untuk menjana potensi mereka.Maklumlah kebanyakan parent mereka bekerja sendiri,pesawah dan nelayan. Mereka mengharapkan suntikan semangat yang berterusan untuk menjana potensi mereka .
Selama setengah hari saya bersama mereka,terasa sekejap sahaja masa berlalu.terlalu banyak idea,ilmu,tip2 dan formula-formula yang ingin saya kongsikan.
Diakhir program, pelajar-pelajar telah diminta untuk mengisi borang keberkesanan program Motivasi yang dikendalikan oleh saya.Alhamdulillah,majoriti pelajar inginkan program ini dijalankan lagi pada masa-masa akan datang dan apa yang menyentuh hati saya adalah apabila kedengaran `special request` dari pelajar-pelajar SMKTSR yang inginkan penceramah/motivator/trainer /speaker yang sama pada masa-masa akan datang.
Saya terharu apabila Puan Pengetua pun turut sama menginginkan saya sudi datang kembali kesekolah tersebut pada masa-masa akan datang demi memastikan pelajar-pelajar SMKTSR berjaya dalam SPM nanti.
Semoga saya masih ada lagi kesempatan lain untuk terus menyumbangkan bakti buat anak-anak pelajar diSMKTSR.

Semoga SMKTSR akan terus sukses dan cemerlang dalam bidang akademik .Doa dan harapan saya,moga SMKTSR akan muncul menjadi salah sebuah sekolah cemerlang diKedah.Mungkin menjadi salah satu sekolah Berperestasi Tinggi @ Sekolah Kluster,Insya-Allah .Amin

Sekian

Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani.

Thursday, March 1, 2012

PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH KLUSTER-SMK CONVENT TAIPING





Alhamdulillah,syukur & puji dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diri ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus berbakti dalam bidang yang cukup aku minati ini. Kali ini,pada 25.2.2012 bertempat di SMK Convent Taiping,saya berpadu tenaga dengan rakan baik,rakan sekampung dan rakan senegeri saya Ustaz Mohd.Sopian Salleh telah diberi tanggungjawab untuk memotivasikan hampir 400 lebih pelajar-pelajar disana selama sehari bermula jam 8.30 am dan berakhir pada jam 4.30 petang..
Alhamdulillah,sambutan yang diberikan cukup `bertenaga`,cukup `sporting` dan ckup memberangsangkan.Semoga segala ilmu yang dicurahkan mampu digunapakai oleh pelajar2 SMK Convent yang rata-ratanya memang hebat dan berprestasi tinggi.

Moga kita akan bertemu kembali dilain-lain program pada masa-masa yang akan datang.Insya-Allah.

Sekian , wassalam

Yang Bersedia Mencurahkan Ilmu

Tn.Abd.Ghani Bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

Wednesday, February 22, 2012

CERAMAH PARENTING SKILL @ SK SG.ULAR,KULIM







Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya ,sekali lagi saya diberi peluang untuk berkongsi tips2 dan rahsia kecemerlangan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak.Kali ini bertempat di SK SG.ULAR,KULIM satu Ceramah Motivasi Kekeluargaan yang bertemakan: `Peranan Ibu-Bapa Dalam Menentukan Kejayaan Anak-Anak` telah berlangsung pada 19.2.2012 ( Ahad ) dengan jayanya. Bertempat diDewan Serbaguna Sk Sg Ular,majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 para ibu-bapa yang mewakili anak masing-masing yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

Terimakasih diucapkan pada Kaunselor Sekolah,Pn Halimaton dan tidak lupa juga ucapan terimakasih ditujukan kepada Tuan Guru Besar,Encik Ahmad Zambi yang mesra,peramah dan profesional kerana sudi menjemput dan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada saya dalam usaha menyuntik semangat para ibu-bapa disana.

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan cukup hebat dan respon yang diterima cukup baik.Insya-Allah ,jika ada peluang dan ruang ,saya sekali lagi bakal mengendalikan bengkel untuk pelajar-pelajar tahun 6 pula. Semoga segala rahsia,tip2 berguna dan petua-petua yang dilontarkan buat peserta mampu diaplikasikan untuk membentuk kualiti anak-anak pelajar.

Semoga pelajar-pelajar Sk Sg.Ular mampu mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam UPSR 2012 nanti dan harapan saya juga,para ibu-bapa disitu berterusan secara konsisten mendidik,membimbing,melatih dan mengasuh anak-anak mereka menjadi insan berguna pada suatu hari nanti,insya-Allah.amin.

Sekian, Salam Motivasi dan Salam Sukses

Yang konsisten memandaikan manusia

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah

Wednesday, February 15, 2012

PROGRAM SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW ( CINTA RASUL VS CINTA VALENTINE )







Alhamdulillah,puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya ,sekali lagi diri ini diberi kesempatan untuk berbicara & memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar UniKL ( Malaysian Spanish Institue ) cawangan Kulim,Kedah .Program yang berlangsung pada 13.2.2012 pada jam 9.30 malam itu telah dimulakan dengan beberapa persembahan muzik islamik daripada student2 tahun 1 & 2 disitu.Alhamdulillah,persembahan mereka cukup mantap & hebat.

Topik yang diberikan kepada saya ialah : Cinta Rasulullah SAW VS Cinta Valentine ,sempena merayakan sambutan Maulidur Rasul sekaligus meneruskan kempen pulaukan sambutan Valentine yang jelas bertentangan dengan Ajaran Islam kita,sejajar dengan pewartaan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Selama hampir 2 jam lebih saya mengupas isu2 sosial,menjauhi hubungan cinta terlarang dan budaya couple dikalangan pelajar. Dipermulaan ceramah saya,saya mengajak audiens sama2 melahirkan rasa cinta pada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dengan sama-sama bersalawat dengan diiringi video muzik salawat kumpulan Raihan. Kafeteria UniKL ( MSI ) yang besar tersergam indah itu bergema dengan laungan salawat & salam keatas nabi junjungan.

Alhamdulillah, ini adalah kali kedua saya diajak berbicara disitu. Komen dan respon yang diberikan cukup mantap dan memberangsangkan. Beberapa lagi slot Ceramah Motivasi akan diatur disitu tidak lama lagi. Saya terus akan diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan para penuntut disitu.

Semoga Ceramah saya pada malam tersebut mampu melonjakkan lagi rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dan seterusnya menyuburkan lagi roh islam kedalam diri pelajar2 disitu.

Semoga budaya ilmu akan terus subur berkembang pesat diInstitusi Pengajian Tinggi sehebat UniKL ( MSI ) Kulim. insya-Allah..amin

Sekian, Salam Motivasi dan Salam Mahhabah

Yang berterusan mengajak manusia kearah kebaikan

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan.
Sg.Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

Saturday, February 11, 2012

SEMINAR TRANSFORMASI WARGA SK JAWI

Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk terus menabur bakti dalam bidang yang ku cintai ini,Training & Motivasi.Kali ini peluang diberikan oleh pihak pengurusan SK JAWI .

Program selama 3 jam ini telah berlangsung semalam ( 11.2.2012 ) di Dewan Kem Sri Impian,PLKN Relau,Jawi. Peserta-peserta adalah terdiri daripada hampir 60 orang guru-guru ,termasuk Guru Besar SK Jawi Sendiri.Alhamdulillah,komitmen yang ditunjukkan oleh pihak guru-guru SK JAWI cukup baik,interaktif,bersemangat & responsif.

Peserta2 telah dibuka minda bagaimana hendak memulakan Transformasi Minda,Transformasi Sikap,Transformasi Kualiti Kerja,Transformasi Komunikasi dan pelbagai lagi bidang transformasi.Ceramah motivasi kendalian saya diselang seli dengan aktiviti2 yang menyeronokkan.

Semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta cukup baik. Tahniah kepada Guru Besar SK JAWI yang turut hadir menjadi peserta & juga 3 orang penolong kanan yang turut setia bersama guru-guru lain . Semoga apa yang disampaikan oleh saya mampu direalisasikan dan digunapakai untuk kemajuan pihak sekolah bagi melonjakkan lagi prestasi akademik,ko-akademik & ko-kurikulum SK JAWI.

Alhamdulillah,jika tiada aral melintang,sekali lagi saya akan bersama dengan warga SK JAWI dalam program bersama pelajar2 tahun 6 pada bulan Mac nanti.Semoga sekolah hebat ini bakal muncul menjadi sekolah berprestasi tinggi pada masa-masa hadapan.

Doa dan harapan saya semoga SK JAWI terus gemilang dan cemerlang sepertimana misi dan visinya.
Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa-masa akan datang,insya-Allah..amin

Sekian Salam Motivasi & Salam Sukses

Penjana Potensi Insan

Syeikh Ghani Al-Ganuni
12.2.2012
Teratak Fahanie
Sg.Petani,Kedah D.Aman

 KOLEKSI GAMBAR SEMINAR TRANSFORMASI WARGA SK JAWI











Saturday, January 28, 2012

PROGRAM TRAINING SMA SG.PETANI,BEDONG KEDAH




Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diri ini diberi peluang untuk menggerakkan potensi pelajar2 . Semalam,tanggal 29.1.2012 ( Ahad ) bertempat diSMA Sg.Petani,Bedong,Kedah saya sekali diberi peluang & ruang untuk menyuntik semangat pelajar2 peperiksaan PMR & SPM sekolah tersebut.

Selama 2 1/2 jam masa yang diberikan, saya merasakan tidak cukup masa untuk menyampaikan ilmu,info,input2 berguna buat pelajar2 tersebut. Hasil dari pengamatan dan pemerhatian saya,pelajar2 disitu kurang diberi pendedahan program2 motivasi sebelum ini..ini kerana dilihat pada respon peringkat awal, seolah-olah pelajar2 disitu malu2,takut2 dan teragak2 untuk keluar kedepan & berinteraksi dengan Trainer/Motivator.

Alhamdulillah,setelah diberi perangsang dan suntikan semangat, mereka kembali dengan semangat & keyakinan baru. Alhamdulillah,pelajar2 sudah mula berani berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik . Moga ilmu yang dicurahkan mampu untuk diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan mampu memberikan impak yang baik didalam peperiksaan PMR & SPM nanti.

Terimakasih pada Cikgu Zarina selaku Kaunselor sekolah yang telah mengambil langkah awal mengubungi saya,katanya biodata & profil tentang diri saya beliau dapatkan dari sumber internet.Alhamdulillah,berkat kerajinan dan kesungguhan meng`up-date` blog saya,ia sering dikunjungi oleh peminat2 motivasi terutamanya dari kalangan guru2 yang tercari-cari trainer/Motivator yang mampu untuk menggerakkan pelajar mereka.
Semoga ilmu yang dianugerahkan Allah ini,akan mampu digunakan sebaik mungkin untuk menggerakkan potensi pelajar2 diseluruh pelusuk tanah air.

Sekian..

Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
30.1.2012

Tuesday, January 17, 2012

GELAGAT TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR BERGELAR `AGY`





TAK KENAL MAKA TAK CINTA..itulah ungkapan yang biasa kita dengar....ia membawa pengertian,jika kita tidak mengenal seseorang,bagaimana kita nak `menyukai` @ `seronok` dengannya. Jangan terkejut jika ada yang mengatakan bahawa karektor saya  cukup berbeza apabila berada ditempat kerja rasmi di KMPP berbanding karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi ,Training,Kursus,Seminar dan Pengucapan Awam.
Semasa ditempat kerja, saya dilihat seolah-olah seorang yang berkarektor `serius`,`tegas`,`cukup particular` dan `sukar` didekati. Berbanding pula dengan karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi & Training yang dilihat cukup berbeza dengan aksi bersahaja,lawak bersahaja,gila-gila sedikit dan cukup sporting ketika menyanyikan lagu-lagu motivasi sepanjang mengendalikan kursus,seminar atau training.
Terkadang audiens tidak kering gusi ketika saya mengutarakan lawak2 sinis yang boleh diambil pengajaran dan dihubungkaitkan dengan topik ceramah saya. terkadang nada saya terlalu tinggi dan serius bila menegaskan sesuatu fakta atau isi ceramah.Ianya bertujuan menyedarkan audiens tentang keperluan terhadap sesuatu isu itu. Terkadang,audiens tertunduk sepi dan khusyuk mendengar bait-bait bicara yang meruntun perasaan.
Semua ini adalah rencah dan inti-pati Modul Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) yang telah lama saya ketengahkan demi mengangkat martabat insan,menyedarkan manusia yang lalai,menyuntik semangat mereka yang lemah,memberi harapan kepada mereka yang hampir putus asa dengan kegagalan dan meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh audiens.
Semoga Karektor saya yang `pelbagai` ini mampu diterima oleh audiens saya dan mampu menyuntik semangat para pendengar yang setia dari awal program hinggalah keakhir program. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah dan berterusan dilimpahi rahmat dan keberkatan,Insya-Allah.

Sekian,

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tuan Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan

Sunday, January 15, 2012

GENERASI PERTAMA ADALAH PERINTIS

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya,diri ini masih lagi diberi kekuatan & keupayaan untuk terus menggerakkan potensi anak-anak pelajar diseluruh pelusuk tanahair.Kelebihan dan bakat yang telah dikurniakan Allah SWT ini perlu & wajar dieksploitasi semaksima mungkin. Tempahan dan undangan untuk memberi ceramah terus diterima.Terkadang terasa juga penatnya. Namun setelah melihat sambutan,sokongan dan perhatian yang diberikan oleh audiens ,terasa hilang segala penat dan letih lesu.





Terimakasih diucapkan buat Guru Besar SK Seri Gemilang,Kg.Padang Benggali,Butterworth kerana sudi menjemput dan menaruh kepercayaan buat diri ini untuk menggerakkan potensi pelajar2 tahun 6 sekolah beliau.Kali pertama menjejakkan kaki ke perkarangan SK Seri Gemilang pada pagi 14.1.2012,terasa kagum dengan bangunan & kemudahan yang tersergam indah .Cukup teruja diri ini. Bangunan sekolah dilihat dari jauh tak ubah seperti apartment mewah dipinggir kota.

Kesempatan bersembang dan berbual mesra dengan Puan Guru Besar & Cikgu Azizi ( Penyelaras Tahun 6 ),barulah saya tahu bahawa sekolah ini adalah sekolah baru dan tahun 2012 adalah tahun pertama pelajar2 nya menduduki UPSR. Banyak kisah & pengalaman menarik telah dikongsi bersama oleh kedua-dua tokoh guru ini.

Program bermula jam 10.00 pagi. alhamdulillah, para ibu-bapa setia menanti dan menghayati bait-bait bicara saya sehingga jam 12.30 petang. Banyak yang telah dikongsi bersama dengan para pelajar tahun 6 ( bakal menududuki UPSR 2012 ). Tips2 untuk ibu-bapa juga turut dikongsi bersama. Semoga kerjasama baik antara guru dan para ibu-bapa mampu mencernakan kejayaan cemerlang buat pelajar2 disini.

Satu pesan `keramat` saya buat pelajar-pelajar tahun 6 SK Seri Gemilang,` U all adalah anak sulung sekolah ini,maka U all bakal jadi contoh terbaik buat adik2 ditahun 5,4,3,2 & 1.` Anak sulung kena tunjukkan contoh teladan yang terbaik.

Semoga anak-anak pelajar ini,mampu menggalas tugas untuk menaikkan nama Sk Seri Gemilang dan mampu menggembirakan hati para guru & ibu-bapa mereka.Diharapkan info-info berguna yang telah disampaikan mampu untuk melonjakkan prestasi pelajar2 disini. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang,insya-Allah.amin.

Sekalung penghargaan dan tahniah buat pengurusan SK Seri Gemilang kerana mengambil langkah awal & drastik dalam mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar2 generasi sulung UPSR ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang kita inginkan dan hasratkan mampu kita raih,insya-Allah.amin

Sekian,Wassalam

Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Bersedia Berkhidmat

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan

JAYA WARIS & MOTIVASI PRA STPM 26

 ALHAMDULILLAH PUJI & SYUKUR DITUJUKAN PADA SANG PENCIPTA KERANA MASIH LAGI SETIA MENGURNIAKAN KESIHATAN & KELAPANGAN PADAKU SEBAGAI...