Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya ,sekali lagi saya diberi peluang untuk berkongsi tips2 dan rahsia kecemerlangan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak.Kali ini bertempat di SK SG.ULAR,KULIM satu Ceramah Motivasi Kekeluargaan yang bertemakan: `Peranan Ibu-Bapa Dalam Menentukan Kejayaan Anak-Anak` telah berlangsung pada 19.2.2012 ( Ahad ) dengan jayanya. Bertempat diDewan Serbaguna Sk Sg Ular,majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 para ibu-bapa yang mewakili anak masing-masing yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.
Terimakasih diucapkan pada Kaunselor Sekolah,Pn Halimaton dan tidak lupa juga ucapan terimakasih ditujukan kepada Tuan Guru Besar,Encik Ahmad Zambi yang mesra,peramah dan profesional kerana sudi menjemput dan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada saya dalam usaha menyuntik semangat para ibu-bapa disana.
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan cukup hebat dan respon yang diterima cukup baik.Insya-Allah ,jika ada peluang dan ruang ,saya sekali lagi bakal mengendalikan bengkel untuk pelajar-pelajar tahun 6 pula. Semoga segala rahsia,tip2 berguna dan petua-petua yang dilontarkan buat peserta mampu diaplikasikan untuk membentuk kualiti anak-anak pelajar.
Semoga pelajar-pelajar Sk Sg.Ular mampu mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam UPSR 2012 nanti dan harapan saya juga,para ibu-bapa disitu berterusan secara konsisten mendidik,membimbing,melatih dan mengasuh anak-anak mereka menjadi insan berguna pada suatu hari nanti,insya-Allah.amin.
Sekian, Salam Motivasi dan Salam Sukses
Yang konsisten memandaikan manusia
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah
No comments:
Post a Comment