FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, May 18, 2023

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang: AUDIT DIRI SENDIRI JER

 Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:  

"Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." 

(HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar. Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.



2.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat dengan hikmah mengikut kemampuan. 


3.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Lebih-lebih lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti Tiktok, FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang. 



4.  Setiap kita juga,dilarang saling mendengki saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.


5.  Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim. 



Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan  menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,KOLEJ SWASTA,SEKTOR KORPORAT DAN SEKTOR AWAM YANG TERCARI CARI MOTIVATOR/SPEAKER ATAU PERUNDING MOTIVASI UNTUK PROGRAM2 KENDALIAN MEREKA,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,HARI DAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM.

KAMI BERSEDIA MENGENDALIKAN PROGRAM ANDA DENGAN JAYANYA & CEMERLANG.INSYAALLAH.AMIN

YANG BERSEDIA BERKHIDMAT

TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209

No comments:

BICARA PONTENG@SMK MAHANG KULIM

 ALHAMDULILLAH,  SYUKUR YANG AMAT SANGAT DITUJUKAN BUAT TUHAN RABBUL JALIL ATAS PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BICARA TENTANG PON...